9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, July 31, 2011

COUNTDOWN RAMADHAN | PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN


(Sticky Post. Post baru Scroll bawah ye)
Assalamualaikum…

Memandangkan Ramadhan Al-Mubarak akan tiba tak lama lagi jadinya My berbesar hati sangat nak ajak korang semua mempersiapkan minda dan hati untuk bulan yang penuh peluang ini!!

Berdoalah agar Allah S.W.T. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu bulan Ramadhan dengan keadaan sihat walafiat

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya'ban, wa balighna Ramadan." Ertinya, Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Ketahuilah kita semua bahawa Tetamu Agung akan berkunjung lagi!!;) Mari kita countdown sama-sama!!

AHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!

أَهْلاً وَ مَرْحَبً يَا رَمَضَــان

Kat sini My nak kongsikan pada korang Checklist Ramadhan untuk korang buat senarai semak amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan nanti… Download di SINI

Feel free to share with all Muslim friends!!;)


Friday, July 29, 2011

PULANG KE KAMPUNG: SELAMAT BERPUASA SEMUA

Hye korang... just a short entry

Masa entry ni terpublish My mungkin sedang dalam perjalanan ke kampung halaman di Segamat Johor. Doakan My selamat sampai ye. My drive sorang2 walaupun 'kurang sihat'...-.-' Hari Isnin My bercuti so dapatlah bersahur dengan family..;)

Selamat berpuasa My ucapkan kepada semua!!! Tak sabarnya menantikan Ramadhan!!

ok bai

Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA vs SINGAPURA 28 JULAI 2011

Keputusan terkini perlawanan Malaysia menentang Singapura 28 Julai | 
Pra Kelayakan Piala Dunia 2014

Perlawanan di antara Malaysia dan Singapura sedang berlangsung sekarang! Yang bertuah dapat beli tiket tu dah selamat sampai ke Stadium ke? Jangan ada yang baling botol ke mercun ke plak ye. Menontonlah dengan berhemah..;) My pun dah selamat jugak… selamat menonton depan televisyen hehe… Duk rumah bujang tade Astro so tengok RTM 1 pun boleh lah…;D
Seperti yang diperkatakan, untuk mara ke peringkat seterusnya Malaysia memerlukan kemenangan 2-0 bagi perlawanan ini. Jadi, benteng pertahanan Malaysia harus diperkuatkan lagi supaya tidak kecundang dibolos oleh Singapura! Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi diharapkan dapat memberi tumpuan dan mempertahankan gawang sehingga ke saat-saat akhir walaupun kini dilanda kemelut dengan gosip yang kian tersebar mengenai keretakan pertunangannya bersama Elia (pemilik blog jejariruncing)

Ops.. kita tak mahu tahu pasal apa-apa gosip tapi apa yang kita harapkan adalah Malaysia dapat memberi berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia!! Lebih-lebih lagi dengan kehadiran ribuan penyokong tanah air dapatlah hendaknya Harimau Malaya mempersembahkan rentak permainan yang hebat lagi dahsyat!!

Bagi yang tak ke Stadium menyaksikan perlawanan bolehkan menonton di RTM 1 ataupun Astro Arena. Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan live di televisyen bolehlah menyaksikan live streaming!! Tak dapat jugak??? Tengok je la paper esok hahaha... 

Apapun, kita doakan agar Malaysia beroleh kemenangan malam ini! Keputusan perlawanan akan dikemaskini dalam masa ke semasa! Stay tuned!!

Pemain Malaysia terpaksa pulang dengan hampa kerana hanya dapat mengekalkan 1-1 sehingga ke saat terakhir menjadikan mata keseluruhan 6-4 kalah di tangan Singa!! My sangat hampa. Hampa dengan pemain-pemain Malaysia... My solute pada Safee Sali dan Fahmi tapi yang lain-lain? Permainan mereka menghampakan. Gawang dibiar kosong mengharapkan Fahmi seorang! Bola hanya dilihat bukan nak turun rebut bola tu!! Ramai yang tengok bola tapi tak kejar bola! Malas! 

Mahap... emo sangat... nak ucap tahniah ke takziah ni???? Takpelah, nak buat macam mana. takde rezeki buat Malaysia.... Semoga berjaya dalam perlawanan yang lain pula! Tahniah tuk Singapura-pura.

MALAYSIA 6  -  SINGAPURA 4


MALAYSIA VS SINGAPURA 28 JULAI 2011 | Second Leg


MALAYSIA MELAWAN SINGAPURA LIVE DI TV1, ASTRO ARENA, STREAMING


Seperti yang dijadualkan hari ini tepat jam 8.45 malam kita akan menyaksikan perlawanan timbal balik di antara Malaysia dan Singapura. Perlawanan yang akan berlangsung selama 90 minit di Stadium Bukit Jalil ini akan menentukan adakah Malaysia mampu ke peringkat seterusnya.
sumber SINI
Harimau Malaya memerlukan kemenangan jaringan sebanyak 2-0 selepas dibenamkan oleh Singa 23 Julai lalu di Singapura dengan jaringan 5-3. Pemain Malaysia pada perlawanan pertama bagai dipukau apabila Singapura terus menerus membolos jaring namun mereka terus bangkit walaupun terpaksa menerima hakikat Syafiq Rahim tidak dapat beraksi bersama-sama mereka disebabkan menerima kad merah daripada pengadil.

Tiket perlawanan yang habis terjual sebanyak 85,000 pasti akan menaikkan semangat Harimau Malaya dengan sorakan penyokong mereka yang sanggup turun padang memberikan sokongan.

Yang tak dapat ke stadium seperti My? Jangan risau kerana TV1 dan Astro Arena akan menyiarkan perlawanan secara langsung untuk kita semua!! Jadi, pastikan malam ini korang tak ke mana-mana oke!;)

Hidup Harimau Malaya!!!

nota kaki: sebagai sokongan, jom tukar profile pitcha di Facebook dengan gambar Harimau Malaya!!;)

Spontaneous Thursday #3

Bagaikan pemain bola, 
jalani hidup ini mengikuti irama bola yang pergi...
Kemanapun ia pergi, ikutilah ia, 
tapi jangan lupa sasaran hidupmu...
SASARANMU ADALAH MEMBUAT GOL SEBANYAK MUNGKIN!



nota kaki: demam bola so ayat pun kena ada kena mengena dengan bola haha



(sumber: google)

Wednesday, July 27, 2011

Pengalaman berpuasa zaman kanak-kanak

Pagi tadi seperti biasa sementara bersiap-siap untuk ke tempat kerja sambil-sambil menonton MHI di TV3 bersama pengacara Ahmad Fedtri dan Abby Fana. Tergelak kecil My dibuatnya bila diorang duk bercerita mengenai topik pengalaman berpuasa masa zaman kanak-kanak. Lagi-lagi bila diorang go thru komen-komen penonton di facebook MHI. Macam-macam pengalaman ado…

Adoiii.. tengok je lah komen-komen diorang ni macam manalah tak tergelak..;D yang My geli hati sangat sebab kebanyakan pengalaman commentor ni adalah pengalaman yang My juga pernah lakukannya.. haha..

Kalau dulu siapa yang besar-besar usia My mungkin pengalaman kita hampir sama.. Yela dulu masa darjah 1,2 rasa memang kecik sangat dan masih terlalu awal untuk berpuasa. Setakat belajar-belajar… on off on off tu boleh lah… hehe. My sendiri tak pernah cukup penuh sebulan berpuasa rasanya sepanjang sekolah rendah. Masa tu dahlah My badan kecik comel lote je… ;D

Masa kecik dulu, kalau orang lain liat nak bangun sahur pastu tak lalu makan tapi My tak. Masa nak celik mata bangun tu je agak susah tapi bila dah berkumur, nasi depan mata… selera makan tu macam sedang menjamu makan tengahari hehe. My kalau sahur ada nasi panas, telur mata and milo dah cukup dah… n setiap pagi sahur mak yang sediakan… Mak akan bangun seawal 4 pagi untuk sediakan semuanya. Sampai nasi pun dah siap tersedia atas meja tau pukul 5 pagi baru dia kejut semua isi rumah. camnelah mak boleh kental lakukan semua itu disaat My masih menternak taik mata kan… macih mak!!!

Haaa masa bersahur memanglah selera je makan… tapi bila di siang hari pergh… Tuhan je tahu betapa deritanya nak menanggung tunggu sampai maghrib… Meh tengok antara perkara-perkara yang pernah My buat ketika bulan puasa…

  • Merayu-rayu kat mak nak puasa setengah hari je kalau tak tahan sangat…
  • Mintak upah kalau dapat puasa sehari penuh
  • Kalau tak tahan sangat tapi takut nak cakap kat mak nak berbuka curik-curik beli donat kat bazaar. Zaman dulu donut 5 bijik singgit pehtu besar nak mammppp… Nak plak sedap, lembut… Konon nak beli untuk berbuka padahal balik je rumah seludup bawa masuk bilik and bedal 5 bijik donut sampai licin..-.-’
  • Pernah jugak curik-curik bukak puasa masa mak tade kat rumah… makan pisang pastu gi main kat rumah kawan. Bajet tak kantoi ngan mak tiba-tiba dengar mak menjerit panggil My balik. ‘Maizatulllllllllllllllll!!’… balik je rumah mak tanya ‘tak puasa eh’… ‘eh puasalah…’… ‘jangan nak tipu tu dalam bakul sampah tu kulit pisang tu siapa punya’???? kan dah kantoiii kot ye pun gi lah tanam kulit pisang tu kat belakang rumah grrr…
  • Pernah juga curik-curik bukak pose minum air kat dapur… minum air paip kat bilik air…
  • Pernah juga curik-curik bukak pose makan cekelet dalam toilet… bukak air deras-deras kononya tengah berak… -.-’
  • Pernah jual kad raya kat depan rumah… setiap petang angkat meja kecik dengan kerusi letak tepi jalan tunggu orang lalu lalang beli kad raya…kad raya mak abah yang belikan hehe…-.-’
  • Suka mandi lama-lama selagi mak tak jerit selagi tu tak keluar… kan dah makhruh… hehe
  • Setiap saat tengok jarum kecik jam sampai ke angka 7… ‘lambatnye lagi nak berbukaaaaaa’…
  • Setiap tahun My lah yang bertungkus lumus memasang pelita di keliling rumah. Zaman My kecik belum ada kayu pastik yang selalu orang jual sekarang so terpaksalah cari kayu-kayu di mana-mana hutan/pokok untuk jadi penyangkut pelita tu. Pastu beli minyak tanah tak pun minyak diesel untuk pelita hehe.

Begitulah antara pengalaman yang My pernah lalui sepanjang Ramadhan. Sampai harini mak tak tahu My pernah ponteng puasa tanpa pengetahuan dia. Mahap mak!!! Hehe. Bila terkenang-kenang balik rindu betul pada zaman kanak-kanak dulu. Kalaulah My boleh putarkan waktu…;)
Kanak-kanak zaman sekarang cepat membesar dengan akal bijak. Jadinya kebanyakannya umur 5 tahun dah pandai belajar berpuasa. So, bila dah darjah 1 umur 7 tahun apatah lagi kan. Bagi korang yang dah berkahwin dan mempunyai anak macam mana anak-anak korang belajar berpuasa? Apa yang korang terapkan dalam minda dia supaya berpuasa macam orang lain? Banyak caranya kan? Boleh bagitahu diorang ‘orang berpuasa ni dapat pahala… Allah sayang…’… Boleh jugak bagi ganjaran duit ‘kalau berpuasa penuh dapat RM1 sehari’… Tapi anak-anak sekarang tatao la kan kot la demand nak RM5 sehari hehe..

Hurm tak sabar nak menyambut Ramadhan kan korang?? Kehadirannya semakin dirasai! Moga kita memperoleh 1001 kemanisan pada Ramadhan akan datang ni…Amin…

Eh pengalaman korang berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu camne plak? Mehlah kongsi…;)

Wordless Wednesday | Kucing Corrupt

siape yg corruptkan tucen ni?-.-'

Tuesday, July 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

nak join? klik gambar..;)

Kite Nak berkenalan dengan Cici Boleh?


Suatu masa dulu My pernah buat entry pasal makhluk Tuhan kesayangan My nih. Yang jadi teman My di kala keseorangan… Yang teman My dikala kesepian… ecewah… silat lihat entry ini --> Kesayangan Saya!!

Makhluk Tuhan ini adalah seekor kucing jantan bernama Noty… Err… Pada entry di atas tu kalau korang lihat ada dua ekor pada awalnya Noty dan Nony… Tapi atas dasar terpaksa My melepaskan salah seekor daripadanya seperti yang pernah diluahkan di entry ini --> Terpaksa
Noty n Nony
Dulu masa kecik-kecik selalu jugak bela kucing. Tapi kebanyakannya kucing datang rumah je, kucing tempatan. Nak beli yang import tak termampu..hehe Tapi sekarang semua dah tak ada dah… Ada yang mati, ada yang hilang entah ke mana ada yang abah buang sebab ‘buang’ merata-rata…-.-’…

Start tahun lepas masa My duduk membujang (bila bekerja) ni ada kucing datang rumah… Mula-mula Noni yang datang… My bawa masuk rumah bagi makan bela dia.. Selang beberapa hari tiba-tiba je muncul lagi seekor, kaler dia sebijik macam Noni. Lalu My bela kedua-duanya dan berikan nama seekor lagi Noty. Yang beshnya sekor betina sekor jantan. My tunggu-tunggu gak kot lah ada jiran datang mencari kucing hilang yela mana tahu kepunyaan orang kan. Tapi takde pun yang mengadu kucing hilang. Makanya My bela je la dua-dua ekor ni.

Masa My jumpa dua-dua ekor tu diorang kecik lagi… So agak lincah dan nakal oke. Masa nak pergi kerja My selalu kurung dalam sangkar sebab takut-takut diorang keluar pagar rumah tak pasal-pasal kena lenyek dengan kereta nanti…-.-’… Bila balik je najis bersepah-sepah dalam sangkar tu My la yang kena membersihkannya. Part paling besh time My bebaskan diorang nanti startlah main-main sampai ke rumah aunty cina sebelah rumah yela rumah aunty banyak pasu bunga meriah sket nak main rumah bujang My ni apo ado? Heheh. suka suka jugak… ‘membuang’ tak lupa. Adoiii bape kali dah dengar aunty tu membebel sebab kucing tu biyat kat rumah dia ngeh3. My pekakkan telinga je. Pastu My biar je diorang main dalam rumah and memang ada sediakan bekas khas siap beli pasir najis kucing untuk diorang biyat.
Noni di hadapan. Noty nak main ekor Noni dibelakang hehe
Sampailah suatu hari bila Noni buat hal bila kencing merata-rata tak seperti kebiasaanya. My terpaksa letak atau bahasa kasarnya buang dia di pasar borong berdekatan. Haih~ My oke je kalau nak bela tapi My takut budak rumah tak selesa walaupun sebenarnya dak umah pun suka kucing. Lagipun My takut gak kalau Noni and Noty dah besar nanti kalau Noni bunting macam mana? Dahlah sekor betina sekor jantan. Tak terlarat plak My nak menjaga nanti. Jadi ada baiknya My lepaskan salah sekor… Sedih sangat masa nak buang noty tu. Teringat-ingat My pada dia… Hurm, entah hidup ke tak lagi dia sekarang ni… Kalau masih hidup mesti dah sebesar Noty…T_T

Masa mula-mula Nony kena buang dulu Noty nampak sedih sangat sebab dah hilang kawan untuk diajak bermain. Yela selalu Noty suka kacau Nony tapi bila Nony dah tak ada dia tak biasa pada awalnya. Sekarang Noty dah besar… Dah pandai keluar rumah tak macam dulu selalu lekat dalam rumah sekarang ni dah pandai merayap jauh-jauh… Tapi bijaknya dia pandai cari rumah tuan dia balik… Tapi balik bila nak makan je la… Perut kenyang keluar la balik hehe. Setiap pagi kalau dia ada kat rumah lepas My bagi makan My lepaskan dia keluar… Bila My balik kerja je nampak dia berlari ke dalam pagar sebab tahu tuan dia dah balik nak masuk rumah sama-sama… haih~ geram betul dengan keletah Noty nih… Hari-hari balik sebelum bagi makan mesti nak peluk-peluk cium dia dulu… Noty panggil My mummy taw… hahahahaha… Manja kan kan..;D

Kalau Sunah Sakura ada Cici, si kucing betina… My ada Noty si kucing jantan… Kat area rumah My ni susah nak jumpa kucing betina. ada kucing betina jiran depan rumah punya tapi sombong Noty datang dekat je dia marah haha… Sebab tu Noty suka merayap jauh-jauh kot gi cari partner… ;D… So ada Cici dapatlah Noty kawan baru… mari berjabat tangan! Hohoho…

Banyak kebaikan bela kucing ni My ada baca selain mengasihi sesame makhluk Allah… Tapi, My pernah dengar gak kalau kawin tak elok bela kucing nanti susah nak mengandung… pernah dengar??? Boleh percaya ke?-.-’ Alaaa nanti My nak kawen takkan My nak buang Noty… sianlah dia…T_T

Korang ada Makhluk Tuhan peliharaan tak? Ce Cite Ce Cite hehe…

Belum Sampai Seru

Assalamualaikum.. Selamat pagi korang.. Macam mana semangat hari ini? ok ke? Atau masih membayangkan mimpi-mimpi indah dihujung minggu yang lepas? Monday blues tak habis lagi? Hish… tamo lah gitu… semangatlah sikit k? ;) Hurm… My pun sedang memujuk diri sendiri ni ngee~

Entahlah, sekarang ni setiap kali bangun daripada tidur je mesti rasa tak semangat… Dalam hati mesti cakap ‘alaaaa kejapnye dah pagi… tak puas tidur…T_T’… Padahal malam tadi belum pukul 11pm dah tidur. Punyalah bosan. Lepas layan citer SuperMak di TV3 yang super dongeng tak tahu nak buat apa. Citer lepas tu macam tak berapa nak besh. Melayan internet? Perghhh ak muntah dah mengadap fb… Nak hapdet belog?? Lagi hampeh…. Wallawehhhhh!!!! Mana pergi semangat aku ni wehhhhh!!! Penyakit ‘M’ semakin menular dalam diri ni!!! grrr
Entahlah tatao apa sebenarnya yang sedang My fikirkan… Akal gagal berfungsi dengan baik kebelakangan ini. I need rest I need holiday!!! Hurm… Weekend ni balik ke Johor.. hampir 3 bulan beb tak balik rindu dah nak dengar ayam berkokok hahaha.

Bila balik rumah nanti confirm semua akan bertanya ‘weh bila nak makan nasik minyak ni’?? demmmm… pegi je lah kedai beli sendiri mintak kat orang watpe grrr… Harus persiapkan metal dan fizikal untuk soalan-soalan yang bakal diajukan…. Atau…

My memang sepatutnya bersedia ke arah itu…? Hurm tapi nak bermula kena ada perancangan tak bolehlah main redah je kan. uwwaaaa dah tua sangat ke My ni semua orang suruh kawennnnnn…T_T… huh… kawen bukan benda senang der… -.-’

Hish dah dah… serabut lah sebut pasal kawen ni. den yang nak kawen ke korang yang nak kawen grr… Yela yela akan dipertimbangkan… Tunggu seru jeee nanti den ikut lah jejak langkah kawan-kawan tu yekkkk…

Dah dah…. Keje! Bai.

Monday, July 25, 2011

DRAMA SUPERMAK SLOT AKSI TV3

Drama Juvana telah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dengan ending yang tidak mengecewakan. Minggu ini bermulanya episod baru Slot Aksi di Tv3 jam 9 malam yang berjudul Supermak. Dalam Slot Aksi kali ini Nasha Aziz akan membawakan watak utama sebagai Amy Salim a.k.a Supermak yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa, diwarisi daripada nenek moyangnya dari kepulauan Riau. 

Keturunan Amy memperolehi kuasa luarbiasa ini apabila nenek moyangnya yang bernama Thani menyelamatkan seekor burung garuda yang tercedera terkena panah sakti. Setelah diselamatkan, burung garuda itu bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita umpama bidadari. Sebagai membalas jasa kepada Thani, burung garuda tersebut menganugerahkan 5 kuasa sakti kepadanya dan diperturunkan ke generasi seterusnya sehinggalah diwarisi oleh Amy.

Amy kini telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ayesha dan Amri) hasil daripada perkahwinan itu. Walaubagaimanapun Amy terpaksa menyembunyikan kuasa yang dimilikinya daripada pengetahuan suaminya, Rees yang juga seorang anggota polis. Watak antagonis yang tak sah kalau takde dalam sesebuah drama dipegang oleh Zul Yahya yang membawakan watak sebagai Bashar yang juga merupakan musuh tradisi keluarga Amy dari keturunan riau. Bashar mengganggu kebahagiaan keluarga Amy dan semua orang gerun kepadanya kerana kekuasaannya membakar musuh sehingga menjadi debu.

Selain watak Bashar,terdapat juga watak lain dari keturunan sama iaitu Camelia lakonan Zara Zya yang mempunyai kuasa ais, Khalil lakonan Syawal mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi lakonan Henzy Andalas mempunyai kuasa menjadi halimunan. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Bagaimanakah pertarungan antara mereka? Siapakah yang berjaya mendapatkan pecahan pingat tersebut?? Jangan lupa saksikan setiap malam Isnin jam 9 malam di Slot Aksi Tv3!!!;)

PEREMPUAN SENANG MASUK SYURGA TETAPI PALING RAMAI DI NERAKA

Asalamualaikum korang…
  
Seringkali kita dengar orang perempuan ni senang nak masuk syurga… Hanya perlu jaga solat, jaga puasa, jaga kehormatan diri, taat pada suami maka masuklah dia dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

 “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Subhanallah maha suci Allah yang memberi kemudahan kepada wanita…

Tetapi, kenapa ramai perempuan yang masuk neraka?

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika baginda melihat Neraka baginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan padadirimu.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni
Neraka, baginda bersabda:
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Nau’zubillah… begitulah hadith megenai perkara yang menjerumuskan kaum wanita ke lembah Neraka bahkan mejadi majority penghuninya dan menyebabkan mereka menjadi golongan minority dari penghuni Syurga.

Nak masuk syurga tapi ingkar pada perintah Allah… kufur pada nikmat yang Allah beri… Dah ada suami tapi masih boleh curang? Malah lebih teruk sanggup melakukan hubungan kelamin dengan orang lain di belakang suami? Nau’zubillah… Takutnya My tengok zaman sekarang ni. Bila dengar perkara macam ini jadi macam takut plak nak kawen. My terfikir, kalau My berkahwin nanti mampukah My jadi seorang isteri yang sempurna untuk suami My nanti? Mampukah My jadi isteri solehah buat suami? Ya Allah… betul-betul takut… My mahu berkahwin bukan hanya kerana cinta… tapi keran Allah ta’ala jua… Minta dijauhkan My dari perkara-perkara seumpama ini…-

Ingatlah wahai perempuan… wanita… isteri… Berpeganglah kamu pada agamamu… Ingatlah balasan Allah pada kamu-kamu yang tidak taat pada suamimu… ingatlah janji Allah pada kamu-kamu yang tidak menjaga kehormatan milik suamimu… Ingatlah balasan Allah di sana kelak… Subhanallah peritnya tidak terkata…
Percayalah, mungkin ada di antara kamu Allah tunjukkan balasan di dunia… Tidak perlu tunggu akhirat kamu diuji dengan ujian maha berat atas dosa besar yang kamu lakukan… Semalam kamu fitnah suamimu sebagai penyebab kamu menghidapi HIV namun Allah tunjukkan hari ini apabila ujian DNA membuktikan suamimu langsung tidak mempunyai penyakit itu secara langsung mangaibkan dirimu sendiri atas keterlanjuranmu bersama bekas kekasih… Nau’zubillah…

My tak dapat bayangkan bagaimanakah perasaan isteri itu sekarang… betapa berdosanya dia… Ditambah dengan jangkitan HIV, penyakit seumur hidup… Suaminya pula? Bagaimanakah perasaannya? Tidakkah dia kecewa? Ya Allah…

Berdoalah moga kita yang perempuan, wanita ini tidak tergolong di kalangan wanita-wanita yang dicampakkan ke neraka…Moga kisah yang terpapar hari ini kita jadikan ikhtibar untuk melalui kehidupan mendatang… InsyaAllah…

Wallahua’lam…



KEMBALI SENYUM

Assalamualaikum korang...

ok wait wait... don't tell me that tomorrow is Monday... tomorrow is Sunday right right??? -.-' Heee~ yela yelaaa... tawu lah esok hari Seninnnn... fine. grrr... Welcome Monday!! can't wait to see you AGAIN and AGAIN...;D oke.. kena semangat!! Esok bangun kena ikhlas baru tak 'ter'lajak sampai ke siang haritu habis semuanya 'gajah'...termasuklah subuh gajah.. haih~ tu pasal kena pasan 2/3 alarm walaupun senang bangun. Yela bila jam yang first tu dah tertekan 'stop' pehtu terlelap balik hancus lah kan.. at least ada backup alarm another 5 minutes ok la hehe
Errr nak minta maaf sebab semalam terpublish entry entah hape-hape.. penuh dengan rasa marah.. emo dan tertekan sangat-sangat... (SINI) .. mahapkan My ye kawan-kawan mungkin dengan cara tu baru My rasa lebih lega... Yeah.. That's blog for, sometimes... Thankslah pada kawan-kawan yang bagi nasihat dalam komen tu.. ada gak yang menyinggah walaupun bukan entry seo hehe.. thanks again... macam bongok je senanya nangis-nangis macam budak kecit.. tu lah My... senang sangat mengalir.. hish...

Oke dah. itu citer semalam... Hari ini bangun pagi dah rasa lebih lega.. Dah tak rasa marah... Dah tak terlebih emo... Dah kembali senyum...;) Walaupun malam tadi tak boleh lelapkan mata dan hanya tidur selepas pukul 2pagi.. Pagi ni tak boleh nak tidur sampai ke tengahari.. pukul 10am macam tu dah bangun mengemas rumah walaupun semalam dah mengemas segala.. (tak boleh tengok habuk..-.-') Nak gak sambung tidur balik.. puas guling-guling atas tilam tapi tak boleh nak lelap.. last last bangun terus.. main game kat henpon.. online... pastu enchek tunang text ajak makan n pergi tengok rumah.... hehe our future house.. gi bersihkan apa-apa yang patut je..0_o

Kemas punya kemas sampai ke petang.. ke maghrib... fuhhh penat walaupun dia yang banyak buat keje haha.. Mak Ayah dia pun ada sama.. So lepak-lepak.. lepas solat maghrib baru gerak balik. Sebelum tu singgah pi makan Char Kuey Teaw di Batu Caves ngee~ baik punya!!! Tak percaya.. gi la try... ;)

La ni baru dapat merehatkan badan... penat weh macam nak patah pinggang den.. tambah plak migrain datang adeh...-.-' Lately ni My migrain selalu datang balik.. Time panas, time sejuk, time hujan, time kepenatan, time lapar... dunno why..-.-' Tadi pas dapat Char Kuey Teaw and then borak-borak tak hengat baru rasa lega sikit kepala.. esok lusa tatao la datang balik kan.. Anyone tahu camne nak ubat migrain ni? sejak sekolah ni...T_T

heee~ oklah.. 'Jangan Tidur Lagi' pun dah habis... so, dah kena tidur dah ni maklumlah esok kan monday blues so kena tidur lebih awal dengan harapan esok bangun dengan lebih semangat... hope so!!

k guys.. korang pun kena tidur awal oke!!! see ya!!

Saturday, July 23, 2011

BERIKAN AKU KEKUATAN

Bagaimana harus My mulakan? dari mana? huh.... entahlah... fikiran tengah serabut... Hati tengah tak tenang... sakit... pedih... tertekan... emosi sedang kuasai diri My sekarang... air mata? tak tahu banyak mana dah My keluarkan sejak pagi tadi... 

Ya Allah, berikan aku kekuatan....T_T

Ikutkan seharian tadi My ada program. Tapi dek perkara yang tak boleh My elakkan program tersebut terpaksa My batalkan. Ya Allah betapa sakitnya hati ni Allah je tahu... Susah payah My bangun pagi-pagi lepas Subuh langsung tak tidur. Kelam kabut mengemaskan rumah, mop lantai, cuci bilik air, basuh baju segala... kononnya nanti nak keluar tak sempat nak buat semua tu... Bila dah bersiap tiba-tiba terpaksa batalkan. Ya, My tahu apa jua yang kita rancang tapi Allah yang menentukan adakah apa yang kita rancangkan itu menjadi... Tapi kalau hanya pentingkan diri sendiri tak nak berusaha sedangkan ada jalan... nak serah segalanya pada takdir je ke? Pentingkan diri dan tak fikir langsung tentang perasaan orang lain? 

My tak tahu kenapa My rasa kecewa sangat-sangat... My bukan ego... tapi My terlalu sakit... sangat-sangat... Tapi takde orang boleh faham apa yang My rasa... Takde sape boleh memahaminya... My tak tahu nak mengadu pada sape... Syukur pada Allah My masih waras dan tak bertindak bukan-bukan... Apa yang My mampu buat? menangis.... My minta pada Allah moga Dia kuatkan hati My... Kalau ini bukan jalan untuk My mintak Dia tunjukkan... My penat... penat nak hadapi semua ini sorang-sorang.... Apa lagi patut My buat...T_T

Tak cukup dengan itu, ujian lain pula datang... malam tadi akak sms bagitahu adik My ditahan wad di hospital Melaka sebab suspek apendiks. My ingatkan takde apa-apa tapi tengahari tadi My diberitahu adik confirm kena apendiks dan memerlukan pembedahan segera... My nak pergi tapi My tak terdaya...T_T... kakak jenis apa My ni? My hanya mampu kirimkan doa dari jauh... T_T Alhamdulillah, adik selamat operation. Sekarang masih di wad mungkin esok lusa baru boleh keluar....

Seharian My tak makan... My lapar sangat... Tapi hati My sakit... My tak mampu buat apa-apa pun... Biarkanlah My sendirian.... Biarkan My jaga hati ini sendiri... Biarkan My tenangkan hati ini....

Ya Allah, berikan aku kekuatan....T_T

footnote: Maaf kalau entry ini tak sesuai dipublishkan... 

Friday, July 22, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA 23 JULAI 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 :
MALAYSIA MELAWAN SINGAPURA 23 JULAI 2011
Tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana layak ke pusingan seterusnya apabila apabila menewaskan Taiwan dengan kemenangan agregat 4-4. Pertemuan seterusnya kita bakal menyaksikan Malaysia bertemu Singapura pada 23 Julai di Singapura.

Dalam sejarah bolasepak antara Malaysia dan Singapura selalunya memberi kelebihan kepada Malaysia kerana lebih banyak memenangi perlawanan namun tiada siapa boleh menjangka adakah kali ini Malaysia mampu menewaskan Singapura lagi? InsyaAllah yakinlah pada skuad negara kita!!

First leg perlawanan di antara kedua-dua negara ini akan diadakan di Singapura esok 23 Julai 2011 jadinya memberi kelebihan kepada pihak lawan namun kita tetap harapkan skuad Malaysia mampu mempamerkan perlawanan yang terbaik. Diharapkan ramai penyokong yang tinggal berhampiran seperti Johor Bahru dapat turun sana sokong mereka!;)

Second leg pula akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai. Sama-sama kita doakan skuad Malaysia akan mempamerkan perlawanan yag hebat di depan ribuan penyokongnya nanti!!!

Pada korang yang nak ke Stadium bolehlah mula membeli tiket. My nak pergi tapi macam tak berkesempatan sebab hari bekerja ka balik tu macam dah penat je so tengok kat rumah je la..-.-’… Anyway kalau korang nak beli tiket bolehlah pergi ke tickethotline. Tiket dijual dengan harga RM50 untuk grand stand, RM30 untuk open dan RM5 untuk kanak-kanak  berumur bawah 12 tahun.

Pengutipan tiket bolehlah diambil pada 26hb dan 27hb bermula jam 9 pagi hingga 7 malam manakala pada 28hb dibuka jam 9 pagi sehingga separuh hari kot. Penyokong Singapura collect tiket di pintu biru manakala penyokong Malaysia di pintu merah.

Kita doakan semoga Malaysia mampu menewaskan Singapura… !!!


MALAYSIA 3  SINGAPURA 5

HUKUM MEMPELAJARI AL-QURAN DAN TAJUID

بسم الله الرحمن الرحيم
لا إله إلا الله محمد رسول الله فى كل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله

Assalamualaikum sahabat-sahabat My yang dilindungi Allah sekalian.. InsyaAllah... dah sarapan? My baru je sampai di pejabat, kejap lagi baru pergi pantry makan bekalan yang dibawa dari rumah tadi hehe. Semalam berpuasa makanya seharian lemau tah macam hape... Bila balik dapat je makanan memang tak toleh kiri kanan dah… bedal sampai licin hehe.. dugaan dugaan… camne lah nak berpuasa di bulan Ramadhan kang ni… heee takpe nanti bulan Ramadhan tu lama-lama kita biasalah kan. Biasalah awal-awal puasa perut tu ibarat culture shock yela selalu penuh terisi tapi time puasa kena tahan hingga berbuka… macam perut My yang manja ni la…-.-’
Ok seperti biasa di pagi Jumaat ni haruslah berperanan seperti seorang pendakwah menyebarkan ilmu untuk jadi tatapan korang semua hehe. Tapi belum sampai nak jadi seperti Ustazah Bahiyah dari Semanis Kurma ye hehe… tak layak… Ok straight to the point di mana hari ini My nak kongsikan mengenai Hukum Mempelajari Ilmu Al-Quran beserta tajuidnya. Bila masuk je bab-bab agama macam ni bab-bab Al-Quran macam ni tolong jangan ambil ringan ye kawan-kawan… dunia dunia gak… Akhirat jangan dilupakan… Apa yang My sampaikan ni bukan untuk korang je malah untuk diri My juga hamba Allah yang naif ni…

Nowadays kan pada pandangan koranglah berapa ramai di kalangan masyarakat Islam kita yang pandai membaca Al-Quran? Kalau pandai, berapa ramai pulak yang membaca mengikut tajwid yang betul sebutannya? Nowadays… agak-agak korang berapa ramai yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan setiap hari? Paling tidak pun seminggu sekali? Kalau anak-anak kecil yang bersekolah mungkin ibu ayah hantar ke kelas mengaji tetapi kita-kita yang remaja dan dewasa ni?? Masih belajar dan mengamalkannya tak? Atau Al-Quran dibiarkan sebagai perhiasan tidak terusik di rak-rak, di atas almari… macam tu? Cuba fikirkan…

Mempelajari Al-Quran hukumnya wajib berdasarkan hadis di bawah:
Sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimah”
Ok sekarang cuba fikirkan ini, kita umat Islam semua tahu bahawa menunaikan Solat itu wajib kan? Tetapi adakah Solat kita itu sempurna jika kita tidak pandai membaca Al-Quran? Maka belajar membaca Al-Quran hukumnya wajib. Dalam masyarakat kita masih menganggap remeh tentang belajar Al Quran ini.Tetapi ketahuilah apabila membaca surah yang wajib dibaca dalam solat iaitu Al Fatihah dalam keadaan tajwid yang tidak betul adakah solat kita sah? Cuba fikirkan…
Hukum mempelajari ilmu Tajwid ialah fardhu Kifayah dan mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu 'Ain ke atas setiap orang yang ingin membaca al-Quran.
Maksud Fardu Kifayah adalah suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti solat berjemaah, pakar dalam sesuatu bidang, menghadiri majlis kenduri dan sebagainya.

Maksud Fardu ‘Ain adalah seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu wajib dia melakukannya. Sesuatu yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya seperti keimanan, solat, puasa, menuntut ilmu, berjihad dan seumpamanya.

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Muzzammil (4):
“Dan bacalah akan Al-Quran secara tartil”

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menyukai hamba-Nya yang membaca Al-Quran bertepatan sebagaimana ia diturunkan.” – Riwayat Ibnu Khuzaimah

Saidina ‘Aliy r.a berkata:
“Tartil ialah memperelokkan bacaan (mengeluarkan huruf dari makhraj dan menunaikan sifat huruf dengan betul) dan mengetahui kaedah waqaf dan ibtida’ yang sebenar”

So sekarang korang faham tak apa hukumnya kita mempelajari Al-Quran dengan tajuid yang betul? Cuba rujuk pada ahli keluarga atau mana-mana yang ustaz/ustazah adakah betul pembacaan tajuid korang? Cukup baca Al-Fatihah je mesti dah boleh dengar pembacaan itu betul atau salah.

Kalau kita solat tapi tajuid kita salah, sia-sia je kan? Bukan kita tak tahu pun bahawa membaca dengan tajwid yang salah itu dilarang? Kita tahu tapi kita buat buat tak tahu.. Yela pada pandangan kita, alaaa bukan orang dengar pun aku baca so takdelah malu betul ke salah… Am I right?? Tapi jangan lupa, Malaikat kiri kanan kita boleh dengar… Allah apatah lagi...

Kata al-Imam Ibnu al-Jazariy:
“Dan beramal dengan tajwid itu satu kewajipan, siapa yang tidak mentajwidkan al-Quran maka ia berdosa”
Kalau korang rasa korang masih perlu belajar ilmu Al-Quran dan Tajwid ni, belajarlah… Menuntut ilmu ni sampai ke liang lahad… Tak perlu malu… Ada orang dewasa atau warga emas yang menyedari pembacaannya tidak betul tapi tak mahu belajar, tak mahu mengikuti pengajian Al-Quran yang biasa diadakan di masjid, surau malah ada institusi yang ditubuhkan untuk mempelajari Al-Quran. Bagi mereka kalau orang dah tua-tua ni pergi belajar Al-Quran buat malu je, bagi mereka ia hanya layak untuk kanak-kanak sahaja. Itu semua bisikan syaitan je korang…

My bukannya kongsikan semua ini untuk menunjuk-nunjuk yang My ni pandai sangat. Tapi My bersyukur sebab Mak Abah didik My dengan ilmu agama yang mencukupi… Kami adik beradik diasuh dari kecil untuk solat 5 waktu, belajar tajwid dengan betul. Selagi tak betul abah akan marah dan ajar dengan tegas dan Alhamdulillah My mampu tuturkan dengan sebutan yang betul InsyaAllah. Malah korang percaya tak masa My darjah 5 sampai tingkatan 2 My selalu mewakili sekolah bagi Tilawah Al-Quran, masa kat kampung pun pernah join pertandingan Tilawah… hehe… Tapi setakat sampai tingkatan 2 je lah lepas tu My tak aktif dah… My kan pelajar nakal haha… Masa duduk asrama dulu pun bila solat berjemaah and sampai turn dorm My jadi wakil imam My selalu jugak imamkan sampai wirid. Wirid tu rujuk buku hehe tapi seronok lah selalu jugak volunteer nak jadi imam sebab My suka dengar suara diri sendiri jadi imam…sedap… hahaha… sorry pasan sikit…-.-’

Jadi korang, kalau rasa dah lama tak mengaji tu apakata lepas ni jadikan amalan seharian. Macam sekarang ni My selalu mengaji setiap kali lepas Maghrib. My rasa lepas ni kalau berkesempatan My nak join jugaklah kelas Al-Quran ni nak asah lagi ilmu yang tak seberapa ni. So mana-mana yang My tak tahu hukum tajwid tu bolehlah My tanyakan pada ustaz/ustazah yang ajar tu kan? Bagi korang yang pandai membaca Al-Quran dan tajwid yang betul Alhamdulillah… selalu-selalu lah amalkan oke…;)

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
“Bacalah Al-Quran (dengan betul) kerana ia akan datang pada hari Qiamat untuk membantu orang yang membacanya” – Hadis Riwayat Muslim
Moga kita mendapat Rahmat daripada Allah Ta’ala… InsyaAllah… Yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datang dari diri My sendiri… Wallahu’alam…


Footnote: Korang nak join tadarus tak Ramadhan ni?? Meh klik SINI!!!

NAK GANJARAN TAK?


Korang boleh mengaji dengan tajuid yang betul? Bulan Ramadhan mesti biasa tadarus Quran kan? My pun selalu buat, eventhough bukan bulan puasa pun kalau berkesempatan My akan tadarus setiap kali lepas Maghrib… Habis je 30 juzuk My ulang balik daripada juzuk pertama. Macam tu lah My amalkan sejak 2/3 tahun lepas. Bukan apa, daripada biarkan Quran menjadi perhiasan kan elok kita amalkan? Daripada ilmu membaca Al-Quran terpadam begitu sahaja, sebelum lidah kelu kekok nak membaca lebih baik My teruskan membaca Al-Quran kan? Penat-penat mak abah ajar mengaji dari kecik sampai tersedu-sedu menangis kena marah kalau salah sebutan so sayanglah kalau tak diamalkan…

Ops My bukan nak bukak kelas mengaji ye di sini… tapi My nak ajak korang semua bertadarus bersama-sama dengan My. Eh bukan dengan My je… kita tadarus ramai-ramai. Laaa… tak perlu pun jumpa My la… korang mengaji dekat rumah korang je…;)
Dulu masa belajar My rajin jugak join kawan pergi kelas Usrah. So setiap kali Ramadhan kitorang mesti buat tadarus sama.sama. Surah-surah dalam Al-Quran kitorang bahagikan dan My baca di rumah setiap kali kelapangan sampai habis baca bahagian yang My dapat tu. By end of Ramadhan kami berkumpul di rumah salah seorang sahabat berbuka, solat berjemaah dan khatam Al-Quran sama-sama…;) Seronok… Yela, kalau seorang nak membaca 30 juzuk dalam masa 1 bulan Ramadhan mungkin tak terhabis dek kekangan masa jadi bila dibahagi-bahagikan Surah tu dapatlah kita pahala untuk 30 juzuk tu sebab kita bertadarus bersama-sama…

Tak rugi pun kan… daripada kita abeskan masa hanya di facebook, blog, tidur, ada baiknya kita ambil sedikit waktu baca beberapa ayat dalam sehari tu. Pagi selepas sahur nak tunggu Subuh pun boleh baca, kat tempat kerja kalau letih-letih nak berehat sekejap pun boleh baca, lepas berbuka sementara nak pergi terawikh pun boleh even malam selepas witir pun boleh baca…;) Besar ganjarannya kalau kita tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan tau.

Nak join? Jomlah join Cik Tiniey yang berbesar hati menganjurkan sesi tadarus sesama blogger.  Nak tambah ganjaran pahala sila-silalah klik SINI dan hantar penyertaan korang pada tuan belog tu oke…;) Moga Ramadhan akan datang ni beri 1001 makna buat kita semua... Amin...

Dah download Checklist Ramadhan korang? kalau belum klik SINI oke...;)

Thursday, July 21, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS CHELSEA 21 JULAI 2011

LIVE DARI STADIUM BUKIT JALIL PERLAWANAN MALAYSIA MELAWAN CHELSEA 21 JULAI ASIA TOUR 2011
Perlawanan persahabatan Asia Tour 2011 hari ini akan memperlihatkan pertemuan di antara Malaysia dan The Blues! (Chelsea) tepat jam 8.45pm. Pastinya ramai yang berpusu-pusu ke stadium hari ini untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri pemain kesukaan bermain bola di Stadium Bukit Jalil kan kan. Yang mana minat Chelsea je laaa..;D

Dengarnya pada pertemuan kali ini Malaysia akan membawa masuk 2 pasukan iaitu skuad senior dan olimpik. Pada separuh masa pertama Malaysia akan menampilkan pemain senior manakala masa berbaki 45 minit akan memasukkan skuad olimpik. Betul ke? Wah macam best je..;)

Kalau dilihat pada perlawanan sebelum ini Malaysia tewas dengan Arsenal 4-0 dan Liverpool 3-6 namun dapat kita lihat pasukan Malaysia telah berusaha keras untuk permainan tersebut. Apakah kali ini mereka berjaya membolos gawang The Blues??? InsyaAllah yakinlah dengan pasukan negara anda!!

Chelsea dikatakan membawa turun kesemua pemain-pemainnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Diddy Drogba. My percaya mereka juga gerun untuk bertemu Malaysia lebih-lebih lagi di hadapan penyokong-penyokongnya yang membanjiri stadium.

Apapun, kita doakan semoga malam ini Malaysia mampu mempamerkan rentak permainan yang terbaik seperti yang kita harapkan langsung menguatkan semangat mereka untuk bertemu Singapura Sabtu ini!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemain-pemain Malaysia berentap! Kalau tade live di tv jangan risau kerana anda boleh menyaksikan live streaming.  Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa..;)

MALAYSIACHELSEA 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers