9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDILFITRI!

Salam...

Selamat Hari Raya yu'ols! how's raya today? wahwah sronoknye koranggg.. mentang2 xpose ketupat rendang penuh satu perut eh huhu

My tade ke mane2 pun harini yela beraya di rumah je so abang, kakak, ipar2 n anak-anak buah je la balik. ni pun dah tukar baju biasa hoho baju raya sayang nak pakai lame2 simpan dulu ngee~ mungkin esok atau lusa baru berjalan ke kampung mak di Kluang. Tak lupa mungkin beraya dengan kawan-kawan kat sini. Ramai dah booking ni hoho sementara masih bujang kan..;-)

oklah got to go ni pun pinjam android akak ni. selamat beraya korang! makan jangan ikut nafsu oke.. :D

tata!

Saturday, August 27, 2011

Oooooo balik kampung.... Oooooo Balik kampung.... Ooooo Balik Kampung... Hati Giranggggggg

Assalamualaikum....

Tadi My masuk tidur jam 1 pagi... sebelum pukul 5am dah terjaga itupun tak berapa nak nyenyak tidur... mungkin sebab terlalu eksaited nak balik kampung.. -.-'

Oke... My tak boleh lama-lama ni sebab perlu bersiap-siap nak gerak pulang ke Segamat kejap lagi. Lepas Subuh My gerak lah. Takut sesak kat highway kang tak larat den nak menanggungnye dahla kete manual..-.-' Tapi Alhamdulillah ada member sama sekolah dulu teman balik sekali. Adalah teman berborak kalau tak mahu tersengguk-sengguk gak ni kang hehe...

Oke di kesempatan ini My nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sedang membaca entry ini... Kalau My pernah terkasar bahasa... terkasar perbuatan.. tak kira My sengaja atau tidak... harap dimaafkan... Kalau ada apa-apa pernah My ambil harap dihalalkan... Kalau ada yang My berhutang sila-silalah roger yek akan ku langsaikan hutang itu hehe...

Yang pulang ke kampung tu... berhati-hati di jalan raya oke... Biar lambat asal selamat. eceh My ni pandai nasihat orang kang diri sendiri tah macam mana. My agak suka juga bawa laju...-.-' Tapi hari ini InsyaAllah My cuba bawa dengan cara lebih berhemah...;)

Oke korang kita jumpa lagi nanti! Mungkin My tak akan online selama seminggu ni.. dunno tengok keadaan hehe...

So.... Enjoy your Hari Raya ya!!!!^_^

Friday, August 26, 2011

Tips Keselamatan Pulang ke Kampung di Musim Perayaaan


Ya Allah.. pagi ni nak bangun liat giler… Lepas sahur, dah azan Subuh pun still nak lelap beberapa minit… grrr… Pakai baju pun compang camping je nih… Dah takde mood nak ke opis yaw!! Drive tadi pun tersengguk-sengguk dek aircond yang menusuk ke seluruh tubuh. Jalan jam tapi smooth je taklah serabut kapla mungkin ramai yang dah gerak pulang ke kampung halaman… jeles!!

Hati My dah balik Segamat!!! Hanya jasad yang masih tinggal di bumi metropolitan nih huarghhhhh… seyes low motivation tahap gaban dah nih… -.-’ Esok dahlah balik drive. Bila dengar harini mungkin highway dah mula sesak dengan kenderaan pulang ke kampung risau la plak… Kena gerak sebelum sahur ni…. -.-’

Tadi gi webpage PLUS… ada jadual perjalanan yang disediakan bagi mereka yang akan pulang beraya ke kampung. Jadual perjalanan ni membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya. Katanya langkah ini bertujuan untuk memisahkan pengguna lebuh raya dari utara-selatan dan juga bagi mereka yang ingin pulang beraya di saat-saat akhir menuju sekitar lembah klang dari 1-4 September nanti.
PLUS
Hurm, dengan eksaited nak pulang tak hengattt agak-agak relevan tak jadual perjalanan ni kepada pengguna lebuh raya? Macam tak je… ngeh3… Kalau ikutkan jadual tu… My kena masuk highway selepas jam 6 ptg. Kea rah Segamat biasanya My keluar tol Senawang. Giler kauuuu nak gerak balik 6 ptg esok???? Setengah hari sebelum tu den nak buek po??? Dah terbayang mak abah di rumah.. adik badik, anak-anak buah… Rasanya den nak tunggu ke sampai petang? Macam tak je…-.-’

Untuk jadual perjalanan pulang ke ibu kota tu My tak kisah sangat sebab My mungkin balik 5hb hoho orang pun ramai dah mula bekerja so harap-harapnya jalan lengang la masa tu kan hehe… Apapun, Esok for sure pagi-pagi My dah bertolak pulang ke Segamat… Tak tahan dah wooooooo…

Haip… eksaited eksaited jugak tapi jangan keterlaluan hingga kita abaikan aspek-aspek keselamatan semasa di jalan raya oke! Bagi yang naik pulang memandu tu sila pastikan kenderaan anda siap service dulu cek apa yang patut sebelum gerak. My bab-bab enjin kete memang haram satu apa pun tatao so enchek tunang lah yang tolong hantar pi service hehe My tahu drive je… :D Harap-harap pengalaman pahit masa pulang ke KL raya tahun lepas tak berulang… Tak tengok temperature dah naik tahap gaban tawu-tawu kete panas… air-cond panas… Enjin dah bunyi macam haremmmm… tup! Mati di tengah jalan… Sampai kena tukar lah menatang kat dalam enjin tu… ala yang ada kipas tu apetah nama dia… -.-’ Masa tu My stop kat tepi jalan suh enchek tunang datang tolong taw. grrrr…

Selain itu, semasa memandu jangan pentingkan diri sendiri… Ingatlah orang-orang disekeliling anda… Ikut had laju yang ditetapkan… Jangan potong Q sebarangan! Jangan memandai-mandai buat 4 lane kat highway! Menyusahkan taw! Biar lambat asal selamat… Malang ni tak berbau… ingat tu!! Bersabarlah sedikit bukannya ke mana pun kampung korang tu kan

Yang balik naik bas? Train? Tidur je laaaa sampai kampung halaman anda. Sebab itulah yang selalu My buat hahaha…;D

Ooooooo...Oooooo balik kampung.... Oooooo balik kampung.... Ooooo balik kampung... Hati girangggggggggg!

Thursday, August 25, 2011

RAYA DULU DENGAN RAYA SEKARANG


Heee… sekarang ni sehari sekali je My hapdet belog terchenta… Bukan apa, hati sekarang dah ada kat kampung je ni… Nak hapdet belog pun dah ketandusan idea ngee~ Korang tak eksaited ke weh nak raye nih!!! Nak nak plak My dapat cuti seminggu kan haruslah eksaited woooooooo

Tahun ni My beraya kat kampung halaman di Segamat. Yela mak abah pun dah ada menantu, cucu kan haruslah raya pertama ada di rumah… Tahun ni giliran abang yang tinggal diperlis beraya kat rumah. Kakak yang tinggal berdekatan dengan mak abah giliran beraya rumah mertua plak tapi tak jauh pun area Segamat jugak. kak Ngah My plak memang tiap-tiap tahun beraya di rumah sebab mak abah sebab mertua dia pun duduk kampung sama dengan mak abah so tayah gado-gado nak balik mana dulu hehe. Abang My yang sulung belum tahu dapat balik ke tidak sebab masa raya nanti mak mertua dia kena masuk wad.

Hurm… Kalau dulu masa mak abah belum ada menantu, cucu… Kitorang akan pulang ke kampung mak di Kluang, Johor atau kampung abah di Taiping, Perak. Kalau ada budget lebih sikit kitorang balik dua-dua kampung kalau tidak gilir-gilir lah tahun ni dah ke Perak tahun depan mungkin tidak. Ke Kluang 3 jam je dari rumah tiap-tiap tahun boleh pergi. Masa My kecik dulu My ingat lagi beberapa hari sebelum raya My dengan abang akan pulang lebih awal ke kampung. Naik bas… Sampai simpang nak masuk kampung… Atok dah siap menunggu dengan kereta Datsun 120y kaler putih dia tu. Lepas tu My follow atok n nenek pergi Surau berterawih…
google~
Haih… rindu betul saat-saat itu… Time hari raya meriah sangat… Pakcik makcik bagi duit raya… Lepas tu jalan pusing kampung dengan sepupu beraya sama-sama… Time kat rumah My pun macam tu… Dah 2 minggu raya pun masih bersemangat berjalan gi beraya… Jauh jugaklah My berjalan masa kecik dulu… Masa tu dapat 30 sen pun dah rasa besar sangat nilainya. Jalan jauh dari rumah pun tak terasa. Huih… dulu betul-betul rasa lah makna Hari Raya tu… Raya pun rasa lama sangat…

Tapi sekarang? Hambar. Atok dan nenek dua-dua belah mak abah pun dah tiada… T_T… My pun dah jarang pulang ke kampung masa raya pertama… Biasanya kitorang akan ke sana setelah beberapa hari beraya itupun balik hari… jarang tidur di kampung. Duit raya? My dah keje ni konpemlah tak dapat kan adik-adik sepupu tadah tangan mintak kat My ada la…-.-’…

Sekarang budak-budak pun dah jarang gi beraya… Budak zaman sekarang dah segan nak bertandang rumah orang… Kebanyakan orang pun dah malas nak terima budak-budak datang beraya… Asal nampak budak-budak nak datang rumah cepat-cepat tutup pintu… bila orang bagi salam jawab dalam hati je buat-buat rumah macam takde orang… ceyt.. -.-’…  Hari raya sekarang pun dah tak terasa sangat dah sekarang… 3/4 hari beraya dah terasa abis beraya… Lepas tu sebulan tu kejap je berlalu.. Betul-betul dah tak rasa meriah macam dulu… T_T

Uwwwaaa seyesly… rindu betul dengan zaman beraya masa kecik dulu… zaman-zaman 90-an… meriah sangat! Main mercun, bunga api pun tak jadi satu kesalahan… T_T

Korang rasa macam mana? Betul tak betul tak?

Wednesday, August 24, 2011

"MANA MAK"?

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 


sumber: email forwarded

PERSIAPAN RAYA 2011


Salam… It’s Wednesday korang!!! 2 days more to go lepas tu chow dari bumi KL hehe. Sekejap je kan… pejam celik pejam celik dah dekat nak raya… tinggal beberapa hari je lagi… bahang raya semakin terasa…;) So, amacam dengan persiapan perayaan korang?? Dah settle semuanya? baju raya? kuih raya? kasut raya? Dah beli ke? Huhu

Tahun lepas My ada buat perbelanjaan raya kat entry INI. Boleh tahan jugak berbelanja tahun lepas yela 1st year beraya dengan gaji bekerja selepas tamat belajar… Memang pulun habis laaa… Mana nak belanja kelengkapan rayanya, duit raya nak bagi kat adik-adik, anak-anak buah, Ditambah plak dengan hutang bulanan yang ditanggung tetiap bulan… fuhhhh…-.-’

Tahun lepas tak banyak benda sangat nak pikir so memang agak selamber la menghabiskan wang untuk itu ini… La ni dah bertunang… pikir masa depan, nak kawen… agak terasa sikit bila keluar duit tu… terasa-terasa jugak… duit tetap keluar… boleh? -.-’

Setakat ni My dah habiskan lebih dari RM300 untuk 2 pasang baju raya dan 2/3 helai shawl… demmmmm… bayangkan duit lebur macam tu je… uwwaaaaaa… dahlah belum gaji lagi… Duit jualan kuih pun ada yang belum bayar so terpaksalah den menanggung penderitaan kekurangan wang perbelanjaan. Yela kuih-kuih tu ofkos lah My kena dahulukan duit poket sendiri… beratus oke lagi… ni beriban woooo… Kalau customer bayar selepas raya agak parah sikit laaa… -.-’

Itu baru RM300++ hanya untuk baju dan shawl belum lagi masuk duit-duit raya nak bagi kat anak-anak buah, adik, parents… Hutang-hutang bulanan yang dah bertambah lagi… -.-’… Kalaulah duit boleh jatuh begitu sahaja dari langit…. T_T

Tahun ni My mungkin cut perbelanjaan untuk kasut dan handbag… yang tahun lepas masih elok sebab jarang pakai so tak payah beli kot tahun ni… Dah jimat di situ hohohoho…

So, persiapan raya korang macam mana? Berapa juta dah korang sedekah kat penjual-penjual baju? kuih? Kasut segala? Hehe… Beli mana yang perlu sahaja oke… Jangan terlalu ikutkan nafsu serapah tu (samelah My pun hoho)… Berbelanjalah ala kadar sahaja… J

nota kaki: Coming October and December My ada 2 event nak kena organize. Masa yang ada dah terlalu-lalu suntuk!!!!! *worried!!!!

Tuesday, August 23, 2011

Terima Kasih Allah….


Assalamualaikum semuanya…;) rindunya dekat kawan-kawan blog especially yang rajin sangat singgah komen kat sini. Terima kasih tak terhingga. Rindu betul My pada semangat untuk berblog…. Terasa sangat harini…Semangat tu dah datang kembali…;)

My nak panjatkan kesyukuran yang amat tak terhingga pada Allah yang menghidupkan dan mematikan… Allah yang mengurniakan kita Rahmat dan kesihatan yang baik… Bersyukurlah kita sebab dilahirkan sempurna tanpa cacat cela..

Aminnnn ya Allah… abah dah keluar wad petang semalam… Di saat My sedang drive pulang dari bekerja dengan kesesakan lalu lintas My dikhabarkan dengan berita gembira itu. Ya Allah… syukurnya tak terkata… ;)

Hari ni baru rasa lebih lega dan bersemangat untuk menjengah blog… Semangat nak raya pun semakin terasa… Rasa nak menjerit sekuat-kuat hati untuk rasa lebih puas hehe…

Terima kasih sangat-sangat pada korang yang singgah sini dan tak putus-putus bagi semangat dan mendoakan kesihatan abah My… Maaf, beberapa hari ni mood My entah ke mana dan My jarang sangat nak blogwalking… Jadi di kesempatan ini My nak thank you all of you yang pernah singgah kat blog daif My ni… InsyaAllah lepas ni if got free time My akan ke rumah (blog) korang oke…;)

Eh korang! Dah soping raya ke??? Jom… Jalan TAR!!! hehe

nota kaki: bukak lagu raya kuat-kuat!!!

Monday, August 22, 2011

Innalillah.....

Fuuuhhhhh tarik napas jap....

1....2....3... lepasssss..... pruuutttttt... ops!! Angin lain plak kuar lalalalalalala~

My baru je masuk office pukul 11pagi ni. Sampai 8.30 am pagi tadi tapi tak sempat nak duduk on lappy sebab baru lepas angkut stok kuih raya dari kereta.. (nak edar tempahan harini kalau sempat). Lepas tuh officemate ajak pi melawat kematian di Sg Buloh...

Innalillahiwainnailaihiraji'un.....

Anak kepada staff/officemate meninggal dunia awal pagi tadi jam 1 am. Baru berusia 3 tahun... Meninggal akibat jangkitan dekat jantung... Mula-mula demam je sampailah dimasukkan ke ICU minggu lepas sebelum disahkan ada infection di jantungnya.

Kesian kat ibunya.... Yela ibu yang mengandungkan 9 bulan siapa tak sedih kan. Lebih-lebih lagi dah dekat nak raya ni... T_T

Apapun, yang pergi tetap pergi... Allah lebih menyayanginya. Alhamdulillah... Allah pinjamkan anak kecil itu untuk bersama ibu ayahnya selama 3 tahun... Moga rohnya dicucuri rahmat..

Al-fatihah~

nota kaki: Abah masih di wad... Semalam nampak macam dah okay sikit tapi belum buat scan perut. Darah belum stabil. Harap-harap abah dapat keluar wad sebelum raya... Amin....

Saturday, August 20, 2011

My pulang ke Segamat lagi....

Salam korang...

Testing testing 1... 2... 3... fuhyooo laju gak 3G kat rumah akak den nih hehe.. Bukan apa, jakun sket sebelum ni kawasan ni tak dapeknye 3G, lately ni je mungkin dah ada penambahbaikan tu pasal laju semacam je berukband den nih hehe.

So, korang buat ape je harini? Yela cuti kan.. hehe bagi yang bekerja 5 haru seminggu je la. Yang bekerja? Selamat bekerja..;D Yang bercuti? Ni kalau tak duduk rumah konpem pegi shopping raya kan kan..;) Sadly, My tak shopping raya pun lagi...T_T Maybe next week... will see...

Anyway, harini My pulang ke Segamat lagi setelah pulang pada Selasa & Rabu lepas. Masuk harini dah 5 hari abah di wad.. Masih macam tu.. malam semalam tambah lagi pack darah yang ke-7... Abah dah boleh makan tapi tak boleh scan perut lagi sebabnya darah tak stabil.. Ditambah plak tiba-tiba abah kena gout.. Kaki bengkak.. Kesian nak ke toilet pun susah... Mak pun kesian.. Dah bape hari tak bekerja.. tidur pun tak selesa... hurm....

My drive balik ke Segamat tadi.. 3 jam perjalanan. Oklah gerak awal sampai pun awal... tade lah terasa sangat penatnya. Esok enchek tunang datang naik bas then balik dengan My balik KL... Haritu pun dia yanga ambil My kat Segamat... Thanks sayang really appreciate it....

Harapnya abah cepat-cepat sembuh.. Taknaklah beraya di hospital.. T_T 

Friday, August 19, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang berbahaya baik di bumi mahupun di langit. Dan Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...."

Senarai 24 Lebuh Raya Beri Diskaun Tol Musim Raya

ihsan google
Berita baik untuk pengguna tegar Lebuhraya di seluruh negara kerana bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan nanti diskaun dan rebat tol akan diberikan sehingga 37.5% mulai 25 Ogos sehingga 2 September 2011.

 Mulai 25 Ogos ini antara lima Lebuh Raya  yang paling awal memberikan diskaun adalah:
  • Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
  • Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  • Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LIN-KEDUA)
Lebuh Raya lain adalah:
  • Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I)
  • Lebuh Raya Pintas Se;at Klang Utara Baru (NNKSB)
  • Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
  • Lebuh Raya SMART
  • Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE)
  • Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
  • Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE)
  • Lebuh Raya Cheras – Kajang (GRAND SAGA)
  • Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  • Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
  • Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  • Manakala Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini. 
Sumber: Berita Harian

Nota Kaki: My balik naik train (KTM) ke Segamat. Tak larat lah nak drive sorang-sorang... hehe

Malam 1000 bulan semakin menghampiri kita... Kalaulah abah sihat...

Maafkan My.... sebab tak putus-putus bercerita pasal abah yang masih terlantar di hospital...

Waktu tengah menaip entry ni pun airmata My masih belum berhenti mengalir... Harini My bekerja tapi fikiran My asyik memikirkan keadaan abah... T_T

Malam ni balik kerja My call akak tanya keadaan abah... Kalau pagi tadi My dapat tahu abah kena masuk darah untuk kali ke-4... Malam ni My dapat tahu rupanya dah 6pain darah telah dimasukkan ke dalam badan abah... Tak cukup dengan itu doktor masukkan 3 platlet darah.. My pun tak pasti apa benda tu.. darah putih ke? 
Ya Allah... kenapalah My tinggal jauh dengan mak n abah? Kalau tak boleh My jenguk mereka hari-hari...T_T Nasib baik My ada kakak yang tinggal dekat dengan mak. 4 hari berturut-turut ni dia lah yang ke hospital tengok abah... dia yang pergi hospital temankan mak berbuka... My tak sampai hati tengok.... My sedih...T_T

Doktor kata darah abah tak stabil... so masih tak boleh scan.. entahlah macam mana pihak hospital buat kerja pun My tak tahu... berapa lama lagi nak tahan abah kat wad? sampai bila nak masukkan darah je without any action??? Sian kat mak yang jaga abah hari-hari... Tidur di kerusi plastik... tanpa katil... tanpa tilam....

My tak sampai hati....T_T

Malam Lailatulqadar semakin hampir... Kalaulah abah sihat... pasti abahlah orang pertama yang bangun setiap pagi... solat sunat sebelum ke masjid untuk berjemaah menunaikan Subuh.... Kalaulah abah sihat... pasti abah antara orang yang berlumba untuk berjumpa malam Lailatulqadar... Kalaulah abah sihat....T_T

Abah.... sembuhlah cepat... Ya Allah... kembalikan abah kami yang sihat dan ceria....T_T

My tak cukup kuat nak hadapi semua ni.... tak.... My tak kuat....T_T

Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah dapat cuti raya... tapi raya tak bermakna kalau....


Alhamdulillah... My dapat cuti 3 hari untuk Hari Raya nanti. So My mungkin akan pulang ke kampung halaman pada 27hb Ogos jadi dapatlah lebih kurang 10 hari bersama keluarga tercinta. Tahun lepas raya ke-3 My dah balik KL sebab tak dapat cuti raya hehe. Jadi tahun ni bolehlah My makan ketupat rendang dengan begitu berselera..;)

Tapi.....

Apalah makna Hari Raya kalau abah masih belum sembuh... Apalah makna Hari Raya kalau abah belum keluar wad... T_T
Ya Allah... panjangkan usia abah... sembuhkan penyakit abah berikan kesihatan yang baik untuk abah.. agar kami dapat beraya bersama-sama dengan abah...

Amin....

Setiap kali teringatkan abah di hospital mata My berair... Abah... My sayangkan abah... lekas-lekaslah sembuh ye....T_T

sape hantar kad raya ni? -.-'

Di saat My tengah sedih mengenangkan abah di hospital dan emak yang menemani abah di hospital… Abang dispatch tiba-tiba datang. Pelik. Jarang sekali ada surat untuk My tapi hari ini…

Kad raya plak tu…-.-’

Pergh… dahlah pos kat ofis… ditulis plak nama den macam tuh… nampak sangat lah tuanya punnnn….-.-’
Kalau dah tercatat 'Auntie Mai' di situ sah-sahlah anak buah den yang hantar nih… -.-' Yang sampul surat ni tulisan mak die nih. tawu dahhh... weh letak name muleh? letak auntie pekejadahnye? grrr
buruk je..;D
Alahai comelnya tengok isi dalam dia hehe... Yana dah pandai mengeja sikit-sikit sekarang.. Baru 5 tahun.. tapi umur 4 tahun mak dia dah hantar ke taska. Okelah kan walaupun ada sipi-sipi salah janji ada bunyik haha
Selamat Hari Raya Maaf Sahri (zahir kot) Aunti Mai dan Uncle Ben (future uncle in-law)
daripada: Ayah Ibu Yana Haiqal
huhu... comel je... tersenyum den sorang2... Yana ni akak kepada Haiqal yang giler sangat dengan jersi Malaysia dan bendera Malaysia tu...

Yana & Haiqal

Dah bosa dah anak-anak buah den nih... hehe...

Thanks Yana for send me this kad hari raya! satu-satunya kad raya tahun ni..-.-'

My kembali bekerja. dah nak raya harap abah sembuh cepat

Salam korang... long time no see..;)

My baru sahaja selesai bersahur... ratah ayam golek yang tak habis masa berbuka kat highway semalam hehe. Alhamdulillah... rezeki Allah... kalau tak My sahur kurma+air masak je...

My selamat sampai KL malam tadi around 9.30pm macam tu la.. Yang tak tahu ke mana My menghilang 2 hari tak hapdet belog boleh tengok entry INI. My pulang ke segamat melawat abah yang sedang sakit. Masuk harini 3 hari dah abah check in di rumah kedua, hospital. Sampai sekarang masih belum tahu apa punca abah jadi macam tu. 3 hari lepas abah mengadu terlalu penat... So akak bawa ke bahagian kecemasan hospital, doktor suspect ada bleeding dalam perut jadinya abah kena tahan wad. Tak tahu sampai bila mungkin agak lama sebab doktor nak pantau dari masa ke semasa sampai bleh tahu apa masalah yang abah hadapi...
T_T
Dah 3 pain darah masuk kat badan abah haritu... abah tak boleh makan apa-apa... Buang air pun atas katil... Kadang-kadang je abah turun ke toilet dengan bantuan emak. Sian abah... kena cucuk sana cucuk sini... sekejap-sekejap nurse, doktor datang tengok abah... cek itu cek ini...

Kami adik-beradik semua balik haritu kecuali abang yang di Perlis. My emergency bercuti dan terpaksa bercuti 2 hari sebab tak larat nak balik hari. Balik ke Segamat hari tu pun My naik train tak larat nak drive sendiri. Semalam kebetulan enchek tunang bercuti so dia yang ambil My dari KL. Lepas tengok abah kami balik KL sama-sama. Giler terasa lapar oke... Walaupun bukan My yang drive hehe.. Kami singgah di Bazar Ramadhan kat area Negeri Sembilan then berbuka kat RnR di Highway Lekas. Berbekalkan ayam golek dari Segamat dan air soya+tebu beli di bazar kami order nasi+sayur kailan ikan masin kat kedai di RnR tu... Dapat je nasi tak pandang kiri kanan dah... Sudu pun campak tepi pakai tangan je oke.. puas giler dapat makan..-.-' ngeh3.... macam setaun tak dapat makan..-.-'
-.-'
huarghhhh... harini baru hari Khamis rupanya. Kena kembali bekerja... fikiran masih fikirkan abah dan emak. Dapat tidurkah abah malam tadi? Mak dah beberapa hari ni tak bekerja. Temankan abah di hospital. tidur pun duduk. Disuruh amik kerusi malas tapi dia kata tak selesa sebab nurse kuar masuk je cek abah. hurm... Kalaulah My boleh stay lama di sana n jaga abah...T_T

Hurm, apapun My doakan moga abah cepat sembuh.. Dah nak raya ni kami nak abah sihat so bolehlah kita beraya bersama-sama.. Amin... 


Anyway... back to work! Walaupun badan masih terasa penat namun My perlu gagahkan gak diri ke office.. Harapnya tak mengantuk lah harini hehe. Nampaknya banyak cerita yang My dah terlepas walaupun baru 2 hari tak berbelog kan hehe. Sorrylah tak dapat nak belogwalking.. InsyaAllah kalau berkesempatan My qada' harini oke..;)


Till then!


**berita terbaru pagi ni... abah kena masuk darah lagi hari ni... T_T... Ya Allah permudahkanlah kami Ya Allah... berikanlah kesihatan yang baik buat abah kami...T_T


footnote: thanks for all comments yang tak putus-putus support me and doakan abah sembuh! thanks!;)

Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin Full Version!! | OST Ramadhan Terakhir Slot Samarinda TV3

Berita baik untuk peminat tegar lagu Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin!! Seperti yang diberitahu di entry INI, full version untuk lagu tersebut hanya akan release apabila Fanpage Pompa Bensin mencecah 5000 like!! And harini My tengok Fanpage mereka telah pun melebihi 5000 like.. mungkin malam tadi dia release…

Dan My telah pun men-download lagu tersebut! Ho yehhh… harini tayah bukak lagu lain dah kat ofis ulang je lagu ni sampai 9876452456790764 juta kali!!!

So pada yu guys yang nak download bolehlah klik laju-laju di link ini:


Lepas tu bolehlah dijadikan ringtone di henpon kekekeke…

Penyanyi kumpulan Pompa Bensin juga dah didedahkan seperti yang My perolehi di link tersebut:
POMPA BENSIN is a special project band formed in Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. The group consists of AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) and Aidan Alicia (vocals). All four members are involved
AzmAiza tu mungkin Izma Yusoof tapi the other nama tu siapa ek?? Bagi details plis!!!

Anyway, Thanks Pompa Bensin!!! It’s really a very nice song!!! Lepas ni konpem meletop di corong-corong radio…;) Keep it up and hope bukan lagu ni je terbaik and lepas ni please buat lagu sebaik ini oke!!

Korang? Apa tunggu lagi pegilah download and enjoy the song!!;)

Tuesday, August 16, 2011

My nak balik jenguk abah di hospital....

(otopublish)

Waktu korang bace ni My mungkin dalam perjalanan pulang ke Johor. Nak melawat abah. Kalau korang baca kat ENTRY INI mungkin korang tahu yang abah My sekarang admitted di Hospital Segamat.

Bagi anak perantau macam My ni bukan senang nak balik melawat mak dengan abah... Takkan masa abah sakit ni My masih nak diam diri kat bumi KL ni? T_T

Subuh ni angah (kakak no. 2) sms My tanya balik ke tak. Sebab dia nak balik. Mak bagitahu abah kena masuk darah... buang air kecil buang air besar dah kena mak yang buat. Ya Allah.... tak pernah lagi abah sakit macam tu. Abah memang ada kencing manis... darah tinggi... tapi setahu My sakit-sakit abah... abah tak pernah terlantar... abah sentiasa makan ubat... jaga makan... apa yang perlu pantang memang abah takkan ambil. Abah tak degil... sebab abah tak suka nak memudaratkan diri sendiri... 

Sepanjang My hidup kat perantauan sejak 2005... bila abah masuk wad, My tak pernah balik. Dulu lepas abah pulang dari Mekah tunaikan Haji... dia sakit sekejap. Mungkin pertukaran cuaca... Sepanjang kat Mekah abah kata tak pernah sakit malah ubat yang perlu dia ambil tiap-tiap hari pun tak ada masalah kalau dia tak ambil... begitulah miracle nya bumi Allah, Mekah. Bila balik sini abah sakit... My yang masa tu masih belajar sekadar berdoa dan menangis mengenangkan abah.. Mak kata masa tu tak perlu balik.. abah ok... 

2 tahun lepas ke tahun lepas entah.. abah admitted di wad sebab sakit kaki tak silap. Doktor suspect gout tak silap My... Dia kadang-kadang mengadu cepat sakit kaki. Masa tu pun My tak bali jenguk abah sebab mak selalu kata... tak apa-apa tak perlu balik. Mak tak nak menyusahkan anak-anak...T_T... Jadi My sekadar bertanyakan khabar hari-hari sampailah abah discharge. Masa tu My ingat lagi, beberapa hari sahaja nak raya...

Macam kali ni lah... Bila semua umat Islam nak berhari raya.. abah tiba-tiba sakit... Kali ni tak macam biasa...T_T Jadi, perlu ke My tunggu lagi? My dah tak keruan kat sini... sampai termimpi-mimpi malam tadi... Kepala dah sarat fikir macam-macam...T_T....

My perlu pulang.... InsyaAllah...

Doakan My selamat pergi dan pulang ye.... Doakan abah My lekas sembuh....T_T

p/s: Thanks pada kawan-kawan yang mendoakan abah My di komen fesbuk mahupun komen di entry INI.

Thanks sangat-sangat...T_T

Salam...

Monday, August 15, 2011

Ya Allah.... Panjangkan umur Abah...

Fikiran My entah ke mana-mana sekarang. Abah admitted kat Hospital Segamat malam ni... suspect bleeding dalam perut... T_T

Petang tadi masa My nak solat Asar kat surau ofis, dapat panggilan daripada akak. Akak cakap mak call dia mintak tolong hantarkan abah ke hospital. Mak kata abah macam tak bermaya harini. Mak kata abah banyak duduk je... bila ditanya abah kata abah rasa macam terlalu penat... muka abah pucat... T_T

My sebak... masa solat asar mata dah berair... terbayang wajah tua abah... kasihan abah... My doa-doa semoga abah takde apa-apa.

Lepas solat Maghrib My dapat sms akak... abah maybe ada bleeding dalam perut. Kena tahan wad malam ni. Ya Allah... risaunya My dengar.... T_T

My bingung nak buat macam mana sekarang? Akak kata tak perlu balik kalau ada apa-apa dia roger. huh.... tak keruan My dibuatnya...

Ya Allah... sembuhkan abah... Panjangkan usia abah.... 

Abah.... lekas sembuh ye...T_T

DODOL SEDAP & REMPEYEK BERSAMA IKAN BILIS SPECIAL UNTUK HARI RAYA!!

Untuk pengetahuan semua, tempahan Kuih Raya yang My publishkan di ENTRY INI masih dibuka sehingga Khamis ini 18 Ogos 2011. (Untuk sekitar Kuala Lumpur sahaja)

This time My ada additional stock untuk Hari Raya iaitu Dodol dan Rempeyek. Dodol didatangkan dari Segamat jugak tetapi rempeyek dari Selangor tak silap sebab ini kawan yang jual. Dodol sedap, lembut. Rempeyek juga sangat rangup dan ada letak ikan bilis.

Berikut adalah harga untuk Dodol dan Rempeyek:

Dodol Pulut Putih (biasa)       RM17 untuk 1kg      RM9 untuk 500g
Dodol Pulut Hitam                  RM17 untuk 1kg      RM9 untuk 500g
Dodol Durian                            RM18 untuk 1kg     Not available for 500g

Rempeyek ikan bilis                  RM16 untuk 50pcs
dodol pulut putih (biasa)
dodol durian
dodol pulut hitam
dodol pack 500g
Rempeyek Ikan Bilis
Berminat membuat tempahan bolehlah terus menghubungi My di 017-3033476 oke..;) Untuk sekitar Kuala Lumpur sahaja, bergantung pada tempat InsyaAllah My akan hantar ke sana.

Sila buat tempahan sebelum 18hb Ogos (Khamis). Semua tempahan akan diedarkan pada minggu hadapan.

Sekian~

Aku Jumpa Lailatulqadar!!

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi


kehkehkeh~

sumber: email forwarded


nota kaki: ai bizi youuuu petang kang ada management review miting... nak kena tacap presentation...-.-'

Sunday, August 14, 2011

ADIK SURUH GANTUNG BENDERA MALAYSIA DALAM KERETA!





gambar adik ngan kakak di kelilingi bendera Malaysia...-.-'
Sejak musim lawan bola hari tu setiap kali keluar shopping kalau nampak jersi Malaysia mesti adik suruh ibu beli. "ibu nk aju icia (Malaysia)...".... Baju jersi kuning setakat ini dah ada 3 pasang... yang kaler biru dah ada sepasang (mungkin akan ada penambahan).. Setiap kali kena salin baju takmo pakai baju lain... 'nak aju icia... nak aju icia..."... Sampaikan pernah tu semua baju berbasuh... ayahnya terpaksa keringkan depan kipas angin nak bagi kering sebab dia berkeras nak pakai baju jersi Malaysia...-.-'...

Kali ni adik nampak bendera nak beli bendera plak... tak cukup dengan itu dia suruh gantung dalam kereta... tengok tu... abis kereta ibu...-.-' ibu ayah layankan aje....... tak dibuat kang melalak...

haih~ Adik... adik..... kecik-kecik dah ada semangat kesukanan dan kenegaraan haha.... geram betul aunty My tengok la

RINDU!!!!

Dah tengok gelagat adik mengantuk sangat dalam kereta semalam? klik SINI kalau belum

*taken from my sister's facebook


UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK

Yesss!!! at last berpeluang jugak My nak join Give Away yang dianjurkan oleh blogger hebat ni tak lain tak bukan abang Eqbal Zack. Everybody know him right? ;) Kalau sebelum ni My tak berpeluang sebab My rasa My tak boleh penuhi requirement GA dia tu... Maklumlah orang tak kretip kan... So mampu lihat je lah orang lain menang...-.-'

But kali ni no say no!!! GA semudah ABC takkan tak boleh buat ye dak hehe. Oke apa yang perlu My buat hanyalah memberi ucapan Aidilfitri untuk beliau. So, pikir punya pikir.... there it is....

Sudilah kiranya abg Eq menerima ucapan yang ikhlas from the bottom of my heart ni... eceh..;D Last but not least, moga kita dapat sempurnakan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan dipanjangkan umur agar dapat menikmati kedatangan Syawal.... Amin...;)

What are you waiting for? Jom meriahkan GA di SINI!! good luck!! ^_^

Till we meet again! daaa~

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


nak join sila klik gambar abang ketak..0_o

BERPAGI-PAGI

ihsan google

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith maksudnya:
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi
Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
Dimakruhkan tidurmu –wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang berakal.
**************************************************************


Kebanyakan orang semua tahu tidur lepas subuh tu mewarisi kepapaan... tapi kenapa dia tetap buat? (termasuklah yang menaip ni pun*kadang-kadang...-.-')... Asal lepas Subuh je tidur. Itulah akibatnya sebab sayang benau dengan incik tidur tu kan. Masa sesaat yang dibazirkan selepas Subuh pun dianggap sangat berharga... Sesudah lelap, matahari atas kepala baru nak bangun...;D *saya lettew....-.-'

Tapi tengoklah, kadang-kadang je My tidur lepas Subuh... Yela dalam seminggu kan ada 7 hari... kalau 5 hari My bekerja konpem lepas Subuh My tak tidur dah sebab terus bersiap-siap ke kerja. So, weekend yang 2 hari tu je lepas Subuh My tidur..;D Itupun tengoklah kalau malam sebelumnya tu My tidur agak lambat memang lepas solat subuh je terus bantai qada' tidur . Kalau tak My memang akan berjaga at least sampai siang sikit baru lah sambung tidur. 

Untuk mengelakkan tidur lepas subuh biasanya My habiskan masa dengan online la. Takpun My tadarus Quran, takpun My basuh segala baju atau mengemas rumah sampai licin tahap boleh cermin muka hehe. Then selepas tu barulah My sambung sikit tidur tu. Bukan apa korang... 5 hari seminggu dah kekurangan tidur sebab bekerja kan. Tidur pun tak tentu masa... letihnya lagi. So masa weekend ni je lah yang ada untuk My qada' kan tidur. Kira balas dendam lah selepas penat 5 hari berturut-turut kerja.... rehatkan badan..;)

Tu ok lah My bangun subuh taw. Ada orang tu langsung tade solat subuh dalam kamus hidup dia. ape kes? Janganlah macam tu. Solat 5 waktu tu kan wajib... Kalau susah bangun subuh kenalah train diri tu supaya boleh bangun. Kalau nak gi kerja kita boleh je terjaga pagi takkan nak solat tak boleh kot? Ke saja-saje tak boleh ni? 2 rakaat je sayanglah kalau kita gagal laksanakan perintah Allah yang satu ni...;) My, Alhamdulillah susah nak tinggal solat subuh paling tidak pun ter'gajah' sebab tak sedar bunyi jam hehe. Bukan apa bila tak bangun subuh tu rasa semacam je dalam diri... tak sedap hati so walau mengantuk macam mana pun My cuba lawan and bangun ambil wuduk. So, pada korang yang rajin tinggal subuh tu latih-latih lah diri bangun subuh pasni k? ;)

Hurm.. semalam My masak bihun goreng tomyam untuk berbuka. bleh lah.. not bad... cuma masin sikit biasalah puasa kan tak bleh nak bajet masinnya tu hehe. Harini My plan nak masak spaghetti and kuih melaka. Dah beli pun bahannya. Spaggheti festime nak try buat. Kuih Melaka kalau buat ni kira kali kedua lah. Hehe saje je berlatih masak kang nak kawen senang... Bila lagi kan nak masuk dapur kalau bukan time weekend camni. Kalau hari bekerja memang tak lah hehe... Korang masak apa hari ni? Ke masak kat bazar Ramadhan je? hehe... Nanti My kongsikan masakan Bihun goreng tomyam tu kat korang k?;)

Eh dah sianglah.... dah boleh tidur...;D  till then!~

notakaki: anyone ada resipi spaghetti sos tomato tak? mehla share... gelabah nak buat petang kang ni..-.-'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers