CRIMINAL : WATCH OUT!!!


For your information. ( Very Urgent ) If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with abloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jayaand Klang Town police stations (actually around the whole country). These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare tocommit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stopthe car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to robyou and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care about. 

Dr Jeyashree Srinivasan Island Hospital
Tel: +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125

Source: Email forwarded

DON'T STRESS ME!!


I’m not feeling well today. Entahlah bangun pagi tadi belikat belakang ni terasa sakit sangat. Sakit lain macam macam senak susah nak bernafas. Tahan je lah sepanjang kat office ni… Sat lagi nak pergi klinik jap.

Workstation dah macam hape document bersepah sana sini… -.-’ Ingat macam dah boleh release sikit stress harini tapi tak boleh nak bersenang lenang lagi bila sini pending sana pending… My paling menyampah kalau deal dengan orang yang lambat buat kerja. Lambat respon. Lambat dalam segala hal! It’s about time man… Don’t tell that you have lots of things to do, don’t have enough time bla bla bla… sudahnya cannot meets my needs. Itu kerja kau sepatutnya kau tahu how to manage how to layan semua client kau supaya mereka berpuas hati dengan kerja kau. Indirectly kau dah bagi bad first impression to your client. Seyesly… stress to work with this kind of people!
My tak kisah kalau that person ada banyak sangat kerja and need time. Fine. I can give you time. But susah sangat ke nak respon? Susah ke nak hantar email? Sms? Bila kita serious like need a confirmation contohnya, kita hantar email and need reply but no respon at all… how do you feel??? AT LEAST hantar email bgtau yang dia receive our email and akan take action within sekian-sekian tarikh. Ini tidak… kita yang nak kena call dia MANY TIMES and follow up… yes, I know that’s my job but macam mana cara kau bekerja kalau kau tak boleh bertindak bagaimana sepatutnya? SETIAP KALI nak kena cakap nak kena ingatkan… tapi tak juga respon2!! Kalau kau fax anything pun kat aku boleh tak bagitahu kau dah fax to make sure that the document is safely arrived kepada yang sepatutnya! Ini tup tup bila kita call tanya bila nak fax.. aik?? Dia kata dah hantar semalamnya! What the fishhhh aku tak terima apa-apa pun… kau sure ke fax machine kau tu elok? Dah cek successfully delivered ke tak????

Damn mannn!!!

Bila orang tak buat kerja kerja kita pun jadi susah…! Sudahnya bila boss push tanya itu ini sape kena?? Aku jugakkkk nak menjawabbb…

Stress la… T_T

K A W A N


Malam ni cuaca suram... hujan turun dengan selebat-lebatnya... hujan Rahmat barangkali. Alhamdulillah... Asyik panas saja pun tak elok jugak kan. 

Cuaca sejuk... dengar plak lagu-lagu sentimental perghhh layannnn.... Biasanya dengar lagu-lagu slow ni teringatkan kekasih yang jauh di mata... Tapi My tidak... hoho....

My teringatkan kawan-kawan yang pernah bersama-sama melalui kehidupan bersama My... Kawan-kawan yang pernah singgah mengisi kekosongan hidup My... Kawan-kawan yang pernah mengisi kesunyian hidup My... Kawan-kawan yang pernah sama-sama susah dan senang dengan My....

Ah rindunya!

My rindukan zaman kanak-kanak My...
Main pondok-pondok kat rumah jiran sebelah.
Main masak-masak... ambil daun-daunan sebagai duit mahupun sayuran...
Selagi tak senja tak ingat nak balik... 
Selagi mak tak jerit 'Maiiiiiiiiiii... balikkkkk!!!' memang tak ingat jalan pulang..-.-'
Silap-silap kalau belum solat Asar abah dah tunggu depan pintu dengan muka bengis... erkk
My rindukan zaman sekolah My ketika tinggal di asrama...
Tidur 1 dorm dekat 20 orang... kenal macam-macam jenis orang...
Bangun pagi seawal 5.30 pagi sebab berebut bilik mandi. 
Malam sebelumnya awal-awal dah siap sangkut towel menandakan My dah booking...-.-'
Kalau basuh kasut... gumpal surat khabar banya2 dalam kasut bagi dia serap sebelum jemur kasut beramai-ramai kat bawah kipas... sok pagi nahhh dah kering..
Nila baju sekolah kalau boleh sebiru-birunya.... heeee
Kat sekolah usik kawan sana sini... demmm nakalnya aku... -.-'

My rindukan zaman belajar di KPTM, Bangi...
Masa awal-awal kehidupan kat sana dulu gi kuliah jalan kaki je...
Nak naik teksi pun pikir 2/3 kali...
Dalam bilik riuh rendah dok gelak sakan dengan geng sekaki...
Time exam??? tahu kau dok diam... terpaku di meja studi pulun abes semua chapter haha...
Dah nak masuk tahun 3 di Bangi My pindah ke rumah sewa...
Dah pakai motor pemberian abang... apalagi merempit lah ke kuliah...
Kawan-kawan lain pun ada yang bawa motor.. ada yang bawa kereta... 
Perbelanjaan? agak terhad dengan duit loan mara setakat RM300/sebulan... Dah masuk tahun 3 tu baru dapat RM500/sebulan... agak mewah sikit ketika itu... namun masih berpada-pada supaya tak kopak sebelum sampai masuk duit bulan seterusnya heheh
Namun moment bersama kawan-kawan takkan My lupakan.... T_T

My rindukan zaman belajar di UiTM, Shah Alam...
rindu dengan suasana pembelajaran di dalam bilik kuliah...
tersengguk-sengguk dengar lecture kat depan...
My kat belakang dah tutup muka dengan buku rujukan... demmm...
Bila ada esemen... selagi tak dekat due date selagi tu tak settle...
Kalau datang masa malas giler nak ke kuliah sanggup ponteng gi tengok wayang dengan classmate... demmmm... -.-'
Rindu jugak nak masak tempe goreng kegemaran My di rumah...
Budak-budak rumah yang tak pernah makan dah mula gemar dan goreng sendiri...;)
Rindu juga nak main lawan-lawan kentut masa tengah tengok tibi.... demmmm.... -.-'

Ah! rindu pada semuanya!!!

Sekarang? Dah tiada gelak tawa kawan-kawan... dah tiada teman sembang... dah takde orang boleh pillow-talk dengan My... sob sob. Masing-masing dah ada life sendiri. Nak jumpa pun sikit punya susah... Connection hanya terbatas di laman sosial fesbuk...T_T

Korang.... Aku rindu!!!!!!!! Bagaimana kita di kemudian hari? Masih berhubungkah? Kalau aku dah kawen nanti? Dah mempunyai anak?? 

Aku harap persahabatan kita sentiasa kekal.... sampai bila-bila!!!

Jangan pernah lupakan aku.... seperti aku tidak pernah lupa pada semua kawan-kawan ku.....

Friendship Remains... And Never Can End.... !!!

Love you friends!!!

KAWAN
by: In Team

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua

Kawan dihadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu seperti rama-rama cantik 

namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu umpama lipan dan kala berbisa 

namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita

Menunjukkan jalan demi ummat semesta


SOFFIYA SLOT AKASIA DI TV3


Drama Akasia, Kasih Alia telah pun melabuhkan tirai Selasa yang lalu. Puas gak tunggu bila nak sampai ke penghujung episod hehe bukan apa lama-lama jadi bosan plak lepas sorang, sorang mati…-.-’… Slot Akasia diteruskan lagi dengan bermulanya episod baru berjudul “Soffiya”. Tengok promonya sahaja macam dah jatuh cinta lebih-lebih lagi bila ianya dibintangi pelakon utama Nur Kasih, Tiz Zaqyah.


Drama Soffiya dibintangi oleh Tiz Zaqyah sebagai teraju utama iaitu Soffiya, Fizo Omar sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona dan Azhar Sulaiman sebagai Kamal.

Soffiya mengisahkan mengenai Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering mengalami masalah kesihatan. Titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri. Sejak kejadian itu kehidupan Soffiya mula berubah apabila lebih suka menyendiri dan selalu murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara dan baru mula mengenal erti cinta.. namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Sila tonton Slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam hehe. Kalau tak sempat menonton sila tonton di tonton.com.my…;D
Hurm, macam besh je bunyi nya tapi My tak suka bila cinta melibatkan 2 orang yang punyai pertalian macam ni adoiii macam mana lah agaknya ending cerita ni kan? So, make sure yu ols jangan ketinggalan oke walaupun My ada tertinggal sikit masa episode pertama cerita ni heee… yela buat time maghrib mana nak dan… -.-’
Boleh tak nak request kat TV3 ubah Slot Akasia ke waktu lain?? Cerita time-time camni semua menarik tapi waktunya sahaja tidak sesuai… Jadi, tolonglah pertimbangkan ye tibi 3!!!
Till then!


MIGRANE & BEKAM

Salam korang...:)

Dah titon ke? ek eleh.. ilex laaa malam masih muda... hehe... amboih2 My ni bila badan dah cergas jari pun kemain cergasnya... ni mata dok celik je lagi ni... heheh...

Alhamdulillah... Panas badan dah kebah.. tekak yang perit semalam pun dah hilang.. Mungkin sebab My cepat ke klinik sebelum lebih teruk tu pasal tak jadi batuk n demam lebih kronik kot. Migrane pun dah rasa lega... 

Sepanjang MC sehari ni My tak manjakan diri dengan tido je... Kalau tido je konpem badan makin lemah. Tapi takde lah My keluar sampai soping habihkan duit plak kan hehe. Pagi tadi My berehat di rumah je sambil jengah ke email ofis tengok any update kalau ada. Bukan apa, risau tak datang kerja ada je yang My terlepas pandang nanti. Tengah hari My mandi mandi n keluar ke Taman Pinggiran Batu Caves. Nak tahu My ke mana??


Jangan salah faham ye... Bukanlah nak gtau My ni mengada sangat ke spa bagai... -.-' Tapi sebab kesihatan badan jugak. My ke sana sebab nak berbekam. Bukan apa, untuk pengetahuan korang My ni mengidap migrane sejak zaman sekolah lagi. Dulu masa zaman sekolah duduk asrama bila time kena migrane tu sampai menggigil lah badan. Pastu kawan-kawan angkat turun hostel panggil warden hantar ke klinik. Kalau tak dapat ubat doktor memang takkan rasa lega. Masa study UiTM ada jugak kena migrane tapi biasanya My tahan je takdelah kronik sangat. My biasa malas nak layan sakit tu unless kalau dah tak tahan sangat My akan telan panadol 2 biji. 

Tapi this year migrane My makin menjadi-jadi... entahlah... Pernah pertengahan tahun kalau tak silap My siap jumpa pakar mintak scan kepala kot ada sakit-sakit lebih kronik tapi tak pun. Migrane My gaknya makin menjadi-jadi... Mata pun makin kabur kalau tak pakai speck memang tak leh nak drive... orang depan mata pun My kurang nampak hoho. Ni sakit kali ni sejak sebelum raya haritu menjadi-jadi... Kadang-kadang telan panadol, ponstan pun tak jalan... T_T My kalau terlalu penat, terlalu stress, kena panas, hujan, lapar memang senang nak datang migrane... Nak nak kerja tengah melambak ni kan memang migrane suka sangatlah bertandang... Yang nak menanggungnya ni haaa adeh... Memang sakit sangat. Korang kalau pernah rasa mungkin tahu. Sakit kepala biasa dengan migrane ni lain sket... 

errr panjang lah plak mukadimahnya...-.-' Oke2 back to the main point, pasal bekam. Orang kata berbekam ni baik. My dah lama senanya nak buat tapi tak ada kekuatan sebab bila tengok orang buat macam sakit je sampai kuar-kuar darah tu.. -.-' Jadinya kali ni My tak nak pikir panjang dah... sakit pun sakit lah janji sakit ni hilang... Jadinya petang tadi My ke sana untuk berbekam... Mintak 10 point je dulu sebab festime kan hehe. Itu pun banyak kot tapi dah itu paling minimum yang ado... -.-' 
google~
Hasilnya??? Alhamdulillah... Rasa lebih lega berbanding sebelumnya... Kepala dah tak sakit.. Badan pun rasa ringan sikit. Banyak gak darah kuar tadi... toksin dengan angin banyak sangat dalam badan ni...-.-' Lepas ni kalau ada masa My nak pergi lagi, tapi takleh la tiap-tiap minggu kan.. kopak poket den... heheh. 

So, kalau korang ada sakit-sakit badan, migrane macam My bolehlah pergi berbekam. Sakit-sakit lain pun boleh... Berbekam ni memang cara perubatan yang digalakkan dalam Islam.

Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadith Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3 mm hingga 4 mm di bawah permukaan kulit di seluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Bekam terdapat 2 jenis:


1. Jenis Basah atau Bekam Darah,

Permukaan kulit dilukakan menggunakan LANCET (jarum tajam) kemudian sekitarnya di sedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Darah kotor, air, angin akan keluar dari permukaan kulit
Darah yang bertoksid akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin.
Pembekaman sama seperti bekam darah cuma ianya dibuat tanpa melukakan permukaan kulit. Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.

Tadi My buat bekam darah.. dia keluar darah kotor dengan angin2 nya sekali... ok lah untuk first timer kan... Nak kata sakit, sakit lah jugak tapinya My boleh je tahan, bermakna takdelah sakit sangat hehe...Tapi ada bekas lah belakang badan ni... 2/3 hari baru hilang...-.-'

So, yu ols yang tak pernah buat tapi teringin sila-silalah cuba... InsyaAllah badan akan rasa lebih selesa dan segar... Oklah, My nak tido dah harapnya dapatlah tido nyenyak malam ni n bangun dengan badan yang segar pagi esok untuk ke tempat kerja...;) Mahap boss kerana terpaksa rehatkan badan sehari ni... -.-'

Till then!!!

sumber: sini & sini

KURANG SIHAT

Hai korang...

Just drop by here a few minutes... I'm not feeling well today... Dari petang semalam migrane teruk. Malam tadi badan panas, tekak pun dah perit. T_T Tak tahan menanggung terus gi klinik...
Kalau ikutkan hati memang saat-saat genting macam ni My tak boleh tak datang ofis. Yela event bape hari je lagi... Selagi tak sampai event tu memang tak senang duduk. Tapi memang badan ni tak larat sangat... bangun subuh tadi pun terasa panas and tak bermaya lagi... Kebetulan doc pun suruh berehat kat rumah harini so cuti lah jugak.. My ni susah nak demam... Tapi kalau dah demam... cam ni la... Harap-harapnya esok rasa lebih lega sikit. Pagi tadi pun tak sedap hati nak text lady boss bgtau MC....-.-' My kalau tak betul-betul sakit memang tak sampai hati nak MC... adeh..

Errr k la... kepala da toing.. nak cek inbox email ofis jap mana tau ada perkara penting perlu My update kat boss... lepas tu nak titon... -.-'

Jangan marah aaaa.... sob sob...

Till then!

COUPLE bukan tiket untuk mendedahkan aurat kepada PAKWE


Assalamualaikum yu ols!! Selamat pagi! Tak kira nak curik masa sat hapdeting belog hehe…

Pagi ni masuk office serabut kapla tengok workstation bersepah mengalahkan tongkang pechah… -.-’ Document sana sini… telap kuih raya yang dah kosong pun tak reti-reti nak buang grrrr… Takpe itu menunjukkan den begitu jitu dan bersemangat dalam melakukan kerja. Lalala~ Oke sat lagi take time cleanup all the things! Tak boleh tengok menda bersepah-sepah ni… -.-’

Oke takmo mukadimah panjang-panjang so kita straight to the point. Nowadays seperti yang kita lihat dah banyak trend-trend muslimah yang boleh diikuti oleh perempuan yang berhijab. My sendiri tak mahu ketinggalan… Kalau ada trend terbaru yang My rasa sesuai maka My akan mencubanya juga. Selagi tak tersasar dari niat utama untuk menutup aurat tak salah. Nak ikut trend? Nak kelihatan lebih selesa? Nak up-to-date? Tak salah… Yela kang orang kita ni tak alert pada arus pemodenan persekitaran ye dakkk… errr tersasar sudah… Apapun, tak salah selagi niat utama kita tu tidak terkeluar dari senarai…

Tapi! Ada juga yang pakai sebab ikut trend. Yeke? Sebab tudung tu cantik maka dia pakai… sebab dia rasa dia cantik bila bertudung maka dia pakai so orang akan puji dia cantik dia baik dia blab la… semua positip la. Bukan sebab dia takut balasan Allah… Bukan sebab dia fikir azab nampak sehelai rambut 70 tahun kat neraka… Tapi dia fikir kerana kecantikannya… yang dia tak sedar… cantik tu pun nikmat yang datang dari Allah… kan kan.
pinjam gambar ye banggggg eh kakkk...;D
Bila ada niat macam tu so terjadilah adegan-adegan yang tak diingini… Pakai tudung… ye dia pakai tudung bila keluar bekerja bila keluar bersama kawan-kawan bila ke kuliah… Tapi! sewenang-wenangnya membuka aurat di hadapan teman lelaki yang belum tentu sah akan jadi suaminya. Apa kes?? Tu belum tengok yang letak gambar tak bertudung dengan boipren kat fesbuk… -.-’… Kat luar semua orang kenal dia ni jenis bertudung tapi tengok gambar?? Demmmm… Kan dah menimbulkan prasangka buruk oleh orang lain… tak gitu?

My bukanlah nak memburukkan mana-mana perempuan sejantina My… tidak… Peringatan ni untuk diri sendiri jugak… Korang sedar tak? Sebenarnya dengan abang ipar, adik ipar lelaki kita pun kita kena menutup aurat??? So, sebenarnya banyak lagi kekurangan yang ada pada diri kita ni… Kepada yang tak segan silu dedahkan aurat kepada PAKWE terchenta tu toksahlah buat lagu tuuu… Jangan pakai tudung sebab trend je… jangan pakai tudung sebab nak cantik je… jangan pakai tudung sebab… apa-apa je la. Tapi depan PAKWE? Kot ye pun memang takde segan silu nak tunjuk aurat kat pakwe toksah lah buat bagi semua orang nampak… -.-’ bukan apa, tak pasal-pasal yang suka jadi tak suka… yang baik semua dah hilang… tak syok la kan……

Sekian~

Taking Time for My Self..:)


Assalamualaikum…



It has been almost a week My tak hapdet belog. Demmmm… lama giler!!! Apa yang den buat sampai berhari-hari tak mengemaskini belog nih? grrrr

Ok fine. Semua orang dah takde kan. Korang dah malas nak singgah belog yang hampir mati ni an an… sampai hati uuuwwwaaaaa! My busy… seyes… busy sangat!! 24 jam yang Allah bagi untuk kita sehari tu pun rasa tak cukup! Senanya bukan tak cukup tapi kita eh My yang tak boleh nak manage dengan sempurna!! Dissappointed!

Ok jap jap… tarik napas dulu… fuuuuhhhhhhhh… Masuk masuk je keje harini terus mengadap keje. Curik masa beberapa minit je untuk bekpes… Tak sempat nak kunyah sampai lumat makanan tu terus masuk perut..-.-’ Kalau boleh tak nak membazir sesaat pun untuk pastikan keje terurus tanpa cacat cela… hurm… apa nak buek keje kuli cam ni la… T_T

Masa bekerja memang My gunakan untuk bekerja sahaja… So, bila weekend My akan pastikan cuti itu adalah ‘me time’ sebab tu My tak hapdet juga belog… Nak bukak lappy pun tade perasaan cuma sesekali My online thru mobile… biasalah segalanya di tapak tangan je sekarang kan haha… So, fyi weekend yang lepas ni My balik ke kampung sebab ada appointment dengan tetttt… personal matters so tak perlu di war-warkan hahaha… My balik sehari je… Jumaat pagi balik kampung, Sabtu petang dah pulang ke KL atas permintaan enchek tunang… Bayangkan penat tak penat dahlah drive sowang2…T_T Balik KL terus ke beberapa open house menemani enchek tunang… Biasalah tunang mithali… ;D So, malam semalam around 8.30 pm baru ada di rumah dah flat giler… mandi2, solat…dapat bantal terus Zzzzzzz... bangun pagi dah kena keje... isk sob sob..


Kalau korang nak tau, (tanak tau pun takpe My nak tulih gak grr) yang menjadikan My bizi sangat sekarang ni sebab company My (not mean MINE oke) ada event early next month. Event ni yearly punya aktiviti for customers so korang imaginelah masa yang tinggal kurang sebulan je lagi My nak kena settle everything... Mana nak fikir pasal event place, invitation kat all customers... nak deal dengan dia tu dia ni... poning pale mak ni nokkkkk..... yela nak buek camno... kojo ezekutip je punnn... so, kenalah perabih tenaga settlekan mana yang patut...

Tulang 4 kerat ni pun sengal-sengal je lately ni nak pegi spa mintak urut memang tak sempat... isk isk... So tenyeh je la dengan incik yoko yoko -.-'... Setelah beberapa hari malam ni barulah My dapat mengadap tenet sepenuhnya sikit kalau tak memang setakat ngadap tenet thru henpon je la... Kat ofis pun sekarang banyak keje so agak terhad sikit masa untuk bersoSIAL... heeee~

Anywayyyy i mish yu guyssss! i mish my readers!! i mish to jengah ur blog too...T_T Ada masa kita singgah2 eh... raya tak habeh lagi ni prepare la kuih raya tu kalau tinggal habuk pun habuk laaa heheh....

till then!;)

nota kaki: Alhamdulillah... rezeki tanpa di duga.. petang tadi dapat surat dari superior... salary adjustment... Syukur tak terhingga...;) salary tambah zakat pendapatan pun bertambah laaa hoho

BLOG TERBENGKALAI

video
Masih terasa nikmat beraya ke????


My busy dengan kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal & mental!
Maaflah dek kekangan menghapdet entry...T_T

Mungkin akan semakin berkurangan...
Hari ini hapdet.. esok tidak... lusa hapdet... tulat tidak...
mungkin juga belog akan terbengkalai....-.-'

Selagi kerja tak selesai...
Hati pun tak tenang....T_T
Mana nak fikir hal-hal peribadi lagi....huh....

Kalau ada masa My akan berblogwalking je...
Thanks sudi singgah sini lagi... 0_o

ok bai!

errr... ada sape-sape nak beli belog ni? ngee~..-.-'

Tiada cukai 6% tanpa kelulusan Kabinet – jaminan kerajaan

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.

Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas



sumber: Bernama 


nota kaki: Nampaknya 15 sept ni tiada caj 6% lah kan... heheh. saje je tuh saspen je lebey.. ada agenda tersembunyi ke? lalalalala~

FRUSTRATED!


Morning readers! Owh oke fine nampaknya ramai readers dah lari dari sini… Inilah akibatnya sebab dah jarang hapdet belog apatah lagi blogwalking… -.-’ Maafkan shaye penunggu belog… maafkan saya penunggu belog…

Akibat kekangan waktu yang ada My tak dapat nak memberikan perhatian sepenuhnya ke atas belog. Di tambah pulak dengan jemputan rumah-rumah terbuka yang tak tercapai oleh akalku… mengarut demmm… Weekdays diri dibelenggu oleh kerja yang semakin suntuk untuk diselesaikan… Weekend plak orang dok helo-helo suruh datang rumah… Biasalah bab-bab makan serah kat My…-.-’

So, aktiviti Sabtu dan Ahad yang baru ni My menghabiskan masa pergi open house… Sabtu ke Bukit Antarabangsa and Kepong… Alhamdulillah yang dirancang berjalan dengan baik. Dapat My menternak lemak di kedua-kedua open house berkenaan…

Semalam? Seperti yang dirancang… My nak menghadiri open house company di Istana Hotel dan open house rumah pakcik My di Cheras… Dipendekkan cerita… Semalam My tak jadi ke Hotel Istana dek tersesat mesat!!!! Inilah akibatnya kalau tidak berlaki drive sorang-sorang pehtu sesat. Bajet GPS boleh lah nolong tapi entah mana-mana jalan dia suh den masuk…!! Hampir 2 jam My duk pusing-pusing bandar kL je oke!!!

Enchek tunang bz mencari rezeki jadinya tak dapat nak teman My ke open house 2 hari ni. Sedih jangan cakaplah tapi nak buek lagu ano kan kenalah faham walaupun den saje buat-buat tak faham…T_T Semalam punya lah kondifennya keluar rumah nak ke hotel Istana. Padahal dah berjuta kali jengah ke google maps masa kat rumah… Dah ontheway siap bukak gps lagi… Tup tup salah masuk jalan! Bila dah salah masuk jalan dah susah nak pusing balik. Jalan banyak sehala… Jauh giler oke My memusing-musing! Bila dah jauh memusing sangkut plak dengan jammed… perghhh tensen nya jangan cakaplahhh… tahap gaban! Bila dah masuk balik Bandar… tak jumpa-jumpa jalan nak masuk. Hotel Istana dah nampak tersergam depan mata tapi mana den nak lalu ni!!! ya Allah sampai berair lah mata menahan nak menanges…T_T
dem yuuu...T_T
Sudahnya, My surrender. Terus call officemate beritahu My tak jadi nak ke Hotel Istana gara-gara sesat. Walaupun lahir di kL nampaknya jiwa ni tak sebati lagi dengan bumi kL… grrrr… At last, My terus menghala ke rumah pakcik di Cheras… Dahl ah perut lapar giler tak makan hape dari pagi. Dalam kete duk menyumpah je menyalahkan orang yang bikin jalan sampai den tak nampak!!!

Kecewa giler oke!! dah lah tahun lepas tak dapat join company punya open house di hotel yang sama… Kununnya taun ni nak lah merasa kesedapan makanan di hotel tu… sudahnya???? Hampagas betul!!!

Sampai rumah pakcik My terus bedal makan dekat 5 round akibat kerana lapar dan lepas geram… Flat giler badan semalam… Nak gerak balik rumah pun malas…T_T Migrane jangan cakaplah bertambah-tambah… isk sob sob… sebelum maghrib My gagahkan gak diri balik rumah… dekat sejam jugaklah… Haih… letih betul…

Malamnya mandi mandi, solat, lipat baju, teman enchek tunang gi makan jap then balik terus tido… Sekejap je weekend… tak terasa pun cuti 2 hari… kenapalah weekend tak 3 hari? T_T

Weekend korang macam mana?? Lagi heaven dari My ke? -.-’

Nota kaki: meeting!!!!

Caj Perkhidmatan 6% bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar mulai 15 September 2011


Demmmm.... tiba-tiba ada service charge plak untuk prepaid prabayar??? Malas nak cakap banyak yu ols baca je lah isu yang dah hangat jadi bualan ramai. Berita pun dah kuar nih. 

Haa gasaklah korang gi beli topup banyak-banyak sebelum 15 Sept ni huhu... nasib baik den pakai bil untuk number digi tuh. Maxis je guna topup... lepas ni alamatnya memang jarang le nak topup... silap hb buang terus number tu huhu...

Service charge bertambah2... gaji tak naik-naik pun... nak makan hape??? makan roti lolllll......

sumber: Hotlink

Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang berikut.

1. Apakah cukai perkhidmatan yang dimaksudkan di sini?
• Cukai perkhidmatan ini adalah cukai penggunaan dan dikenakan ke atas para
  pelanggan, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang cukai perkhidmatan.
• Undang-undang cukai perkhidmatan memerlukan syarikat-syarikat telekomunikasi
  mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar yang dinyatakan ke atas perkhidmatan
  telekomunikasi yang diberikan, termasuklah tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
  perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Bermula 15/9/2011, syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai
  perkhidmatan pada kadar 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Berkuatkuasa 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan adalah 6%. Sebelum tarikh 1 Januari
  2011, kadar tersebut adalah sebanyak 5%.


2. Mengapakah syarikat anda mengenakan cukai ini sekarang sedangkan syarikat anda telahpun
    menanggung kos tersebut selama ini?
• Menurut undang-undang cukai perkhidmatan, tambah nilai prabayar dan pek permulaan
  adalah tertakluk untuk dikenakan cukai perkhidmatan. Cukai ini adalah sama seperti yang
  dikenakan pada pembelian makanan daripada restoran dan hotel-hotel, sebagai contoh.
• Perkhidmatan prabayar merupakan satu-satunya perkhidmatan di mana cukai
  perkhidmatannya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi, dan bukannya pelanggan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
  perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Sebelum ini, caj panggilan prabayar dan SMS adalah pada kadar yang lebih tinggi dan
  ianya telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, sebelum ini
  semasa perkhidmatan ini mula diperkenalkan, pelanggan perlu membayar RM0.60
  seminit tetapi hari ini, kadarnya adalah serendah RM0.12 sen seminit. Manakala bagi SMS,
  kadarnya telah menurun daripada RM0.20 kepada serendah RM0.01 dan MMS sebelum ini
  dicaj RM0.50 dan sekarang serendah RM0.10.
• Selain itu, pelanggan kini menikmati pelbagai promosi seperti masa berbual percuma dan
  kredit bonus sebagai sebahagian daripada faedah menjadi pelanggan prabayar.


3. Dengan kadar cukai perkhidmatan yang baru ini, berapakah yang perlu saya bayar?
• Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ini akan dikenakan pada peringkat jualan bagi setiap
  pembelian tambah nilai prabayar mudah alih dan pek permulaan.
• Sebagai contoh, apabila anda membeli tambah nilai prabayar mudah alih bernilai RM10,
  anda perlu membayar sebanyak RM10.60 dan akan menerima kredit prabayar bernilai
  RM10. Tambahan sebanyak 60 sen tersebut adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan.
  Sila merujuk jadual berikut untuk lebih keterangan. 

Semua harga produk Internet termasuk pek SIM Internet prabayar, kit permulaan Internet prabayar dan Hot Tiket Internet TIDAK TERTAKLUK KEPADA CUKAI PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN.


4. Adakah cukai perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas semua pek permulaan dan tambah nilai
    prabayar mudah aiih?
• Ya, berkuatkuasa 15 September 2011, semua pek permulaan dan tambah nilai prabayar
  mudah alih adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% KECUALI kit permulaan, kad
  sim dan hot ticket Internet pra bayar Maxis. 

5. Adakah saya masih boleh menambah nilai di semua saluran yambah nilai prabayar mudah alih?
     Ya, kecuali penambahan nilai melalui
     • ATM
     • Perbankan Internet
     • Mesin Deposit Tunai
     • Kiosk Pembayaran Elektronik
     yang tidak boleh dilakukan buat masa ini sehingga diberitahu kelak.

6. Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?
     • Pembelian pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudahalih di kawasan bebas cukai seperti
       Labuan, Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%.

sumber: Celcom

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
1. What is service tax?
  • Service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.
  • The service tax laws require the telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including prepaid reload and starter packs.
  • However, the telcos have been absorbing the service tax since the introduction of the prepaid services in 1998.
  • Effective 15 September 2011, the telcos will be charging customers service tax for purchases of prepaid reloads and starter packs.
  • With effect from 1January 2011, service tax rate is 6%. Prior to 1 January 2011, service tax rate was 5%.

2. Why are you charging this tax now after absorbing it all these years?
  • In accordance to the service tax laws, prepaid reloads and starter packs will be charged with applicable service tax. This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels, for example.
  • Prepaid service is the only service whereby the service tax has been absorbed by the telcos, not by the customer.
  • Prepaid call and SMS charges were more expensive then and have progressively dropped over the years. For example, customers used to pay RM0.60 per minute when the service was first introduced but today it is as low as RM0.12 per minute. As for SMS, it has dropped from RM0.20 to as low as RM0.01 and MMS was previously RM0.50 and now it is as low as RM0.10.
  • In addition, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit of being a prepaid customer.
3. How much will I pay now with the service tax?
The 6% service tax will be charged on top of the prepaid reload and starter pack at point of sale for every purchase.

For example, when you purchase RM10 prepaid reload, you need to pay RM10.60 and will get prepaid credit of RM10. The 60sen is the service tax.

The service tax will be remitted to the Government.

4. Will service tax be charged on starter packs and every mobile prepaid reload channels; i.e. epay, etc?
Yes, starter packs and reloads will be charged the 6% service tax effective 15 September 2011 regardless of channels.


5.Will I still be able to reload at all the mobile prepaid reload channels?
Yes, exept for any reloads via:
  • ATMs
  • Online/Internet banking
  • Cash deposit machines
  • Electronic payment kiosks
until further notice.

6.Does this charge apply to prepaid broadband?
Current service tax laws require telcos to levy service tax on prepaid upon sale. As actual utilization of reload cannot be ascertained at the point of sale, total reload / starter pack price will be subject to service tax.

Nevertheless, customers now enjoy various promotions such as free airtime and bonus credits amongst others as part of the benefit for being a prepaid customer.



PEMAKAIAN TUDUNG YANG DIHARAMKAN


Salam,

Selamat hari Jumaat yu ols… Wah dah lama rasanya tak bagi tazkirah hehe. So taknak mukaddimah panjang-panjang, kita straight to the point. Harini My nak bercerita mengenai trend pemakaian tudung masa kini yang semakin menjadi-jadi. Menjadi-jadi maksudnya di sini pelbagai teknik pemakaian telah diperkenalkan kadang-kadang kita baru nak try pakai tudung camni tup tup dah keluar plak fesyen tudung camtu… cis. Kang kalau tak ikut trend tudung masa kini orang kata tak up-to-date plak..-,-’…

Kalau cakap pasal trend pemakaian dan pengeluaran jenis tudung terkini tu memanglah banyak… My sendiri kadang-kadang mengikuti jugak  peredaran zaman fesyen terkini tu. Tapi tengok jugaklah tempat kalau setakat nak ke tempat kerja takdelah My nak mencapub sangat lilit sana lilit sini kan… -.-’… Nak ikut cara-cara pemakaian tudung masa kini tu tak kisahlah… ikut suka hang lah kan janji menutup aurat… Yang menjadi permasalahannya sekarang… My tak gemar betul tengok orang pakai tudung jenis nampak bonggol atas kepala tu… alaaaa yang macam orang ikat rambut tinggi-tinggi macam berpantang gamaknyaaa… Lebih senang dah serupa bonggol unta… -.-’
ni haaa bonggol untaaa...-.-'
Peliklah… apa kejadahnya best sangat pakai tudung sanggul-sanggul tinggi macam tu cuba habaq mai sket?? Hodoh tau tak??? My ni kang nak sound lebey-lebey ada plak suara-suara sinis berkata:

“okaylah tu… daripada tak pakai tudung langsung…”

Elok sangat lah tu… Kang ko jawablah kat Akhirat… ! dah dah takmo cakap banyak baca je lah dalil-dalil kat bawah ni. (Rasanya sebelum ni dah banyak dikongsikan di Facebook tapi masih ada yang galak pakai macam ni kan…)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Korang tau tak kenapa ianya menjadi suatu kesalahan? Okay pada pemahaman My macam ni… sila baca ulang-ulang kalau tak faham oke. Bila seseorang wanita pakai tudung sanggul tinggi-tinggi macam ni ofkos lah dia akan mengumpulkan semua rambutnya tu menjadi sanggul kan. Bila dah buat sanggul lepas tu dia sarung tudung sah-sahlah sanggul tu akan menonjol…sehingga menampakkan bagi penglihatan orang lain terutama pada yang bukan mahram… So, bagi mereka yang nampak tu dia akan tahulah bahawa rambut korang tu lebat, panjang mengurai… Kalau yang lelaki tu boleh bayangkan lagi… sanggul tinggi ni konfem rambut lebat panjang mengurai… Maka ia dah jadi haram bagi si pemakai dan wajiblah baginya untuk menguraikannya.

Ada pahammm???

So, tolonglah… kepada mereka-mereka di luar sana janganlah pakai tudung sanggul-sanggul tinggi ni… Ada banyak cara nak ikat rambut tu bagi tak menampakkan aurat… Toksahlah dibuat-buat bonggol macam tu… buruk oke…-.-’

******************************************************
Satu perkara lagi yang My dok kaji adalah mengenai pemakaian tudung yang menyerupai biarawati kristian. Nau'zubillah... My sebenarnya kalau malas nak melilit-lilit selendang selalu lah pakai tudung sarung tu. senang... cepat dan mudah. So bila pakai tudung macam ni dia kan macam besar sikit so My sukalah pin kan tudung tu di belakang leher supaya nampak kemas. My percaya ramai yang gemar pakai tudung macam ni. 

Sehinggalah satu hari mak pernah tegur bila nampak My pakai tudung macam tu. Mak kata mak pernah pergi dengar ceramah seorang ustazah tu dia tegur perempuan yang pakai tudung pin ketat-ketat belakang leher tu.. Dia tegah pakai macam tu sebab menyerupai biarawati kristian. Masa tu My macam hot je... My cakap kat mak... "eh yeke...taklah... bergantung kat niat kita lahhh... " boleh cakap gitu??? melawan melawan! grrr...

Lepas tu, My tetap pakai tudung macam tu sebab My fikir... it depends on our niat.. Tapi hakikatnya baru My sedar... My ni salah. ish berdosa betul. Memang lah korang.... niat bukanlah nak menyerupai... tapi bila kita pakai tudung macam tu secara langsung ia akan menampakkan susuk leher korang... makanya, hukumnya dah jadi macam mana? 

Same goes to yang kat atas tu menampakkan bonggol kepala, same goes to perempuan yang pakai pakaian ketat dan jarang... menampakkan susuk tubuh yang tak berapa nak slim... harammmmmm

Plus,
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan olehIbn Hibban)


So, fikir-fikirkanlah... korang nak ke tergolong di kalangan biarawati-biarawati kristian tu? Nau'zubillah.....
nak geng? joinlah diorang...-.-'
My taknak... So, My bukak pin di belakang leher tu.... taknak lah pakai macam tu lagi... biarlah tak cantik di mata orang... tapi cantik di mata Allah & Malaikat....T_T Jadi, marilah kita sama-sama renung-renungkan... kita pakai tudung kerana fesyen atau tuntutan agama? Jangan kerana mahu cantik... kita abaikan tuntutan-tuntutan agama yang perlu kita tahu dalam pemakaian tudung...

Sekian, dimaklumkan… *peringatan untuk diri sendiri yang lemah juga...

Wallahua'lam...

sumber: SINI dan SINI dan SINI juga

Nota kaki: Artis yang bertudung pun ada jugak yang pakai sanggul tinggi macam ni… Nampak dalam kaca tv alahaiiii… nak je gi jerit kat telinga dia tolonglah turunkan rambut tu… T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

Kawan-Kawan Saya! ^_^

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers