9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, October 31, 2011

Fasa Baru Dalam Hidup. Bersediakah Aku?


Seyes harini ke laut bebenor mood ni haaa… Biasalah, Monday!!! I hate myself on Monday.. sugul, tak bermaya, not in a good mood at all… dush! Kat ofis ni pun tersengguk-sengguk ni haaa… demmmm… wake up My!!!

Mungkin sebab malam tadi tidur tak berapa cukup… pukul 1 baru dapat lena, kul 5 lebih dah bangun for sahur… Teringat ada sorang Ustaz cakap hari tu.. antara 1-10 Zulhijjah ni bagus berpuasa…J Mungkin juga sebabweekend yang tak berapa nak heaven sebab tak dapat nak rest sangat atas sebab-sebab tertentu. Takpelah… demi masa depan….-.-’

Sebenarnya weekend yang lepas ni My ke kursus kahwin dengan enchek tunang. Alhamdulillah… tangguh punya tangguh akhirya pergi jugak kitorang… satu setengah hari je pun… Tapi tuh la.. terpaksa menahan jugak lah mata ni mengantuk kalau ada penceramah yang agak boring and kurang sense of humor hehe.. Yang kelakar tu sampai nak terkeluar anak tekak rasanya bila dengar haha. Lega betul bila keluar dewan tengahari semalam… at last!! So, lepas ni tunggu sijil keluar je lah.. lepas tu? Dah boleh tawen!!! Hahaha…

Eh belum laaa… ujian HIV tak pergi lagi…-.-’ ni lagi satu hal.. kena pergi klinik/hospital gomen je.. dahlah ramai.. kena buat appointment bagai… haih~

Dan untuk pengetahuan korang juga, semalam My dah pun menempah kad kahwin di salah sebuah kedai kad kahwin di Pertama Kompleks. Hadoihhh lega betul. Yela lama jugaklah My ambil masa untuk survey perkara yang satu ni…-.-’… Harga berpatutan.. Design pun ok.. kira yang penting enchek tunang puas hati, My juga puas hati… Kitorang decide buat 2 pihak dalam 1 kad.. J Mungkin siap akhir November atau awal Disember nanti.. haish tak sabar betul My nak tengok… hehe…

So, dah lepas 2 perkara… Alhamdulillah.. rasa ringan sikit. Tapi belum lepas lagi nak akad nikah ni hehe. What next?

Surat Akuan Bujang
Ujian HIV
Souvenir untuk kawan-kawan any suggestion all??
Gubahan Hantaran nak buat sendiri ke hantar kat kedai?? Uwwaaa tak pandai nak buat!

Haih~ bila dah go thru step by step ni tiba-tiba rasa berdebar-debar plak. Betul ke My nak kahwin ni?? Dah bersediakah??? Huihhhh… seram rasanya… -.-’

Apapun, My harap apa yang dirancang akan berjalan dengan baik. Moga Allah permudahkan urusan kami… Aminnnn… 


Oke dah. jom sambung keje...!J

Friday, October 28, 2011

Ingatkan Kahwin ni Senang.....

Ingatkan nak kahwin ni senang kan... pung pang pung pang..salam tok kadi.. Sah?? Sahhhhhhh! haih~ My tengok orang lain kahwin macam senang je tapi rupanya letih gak nak kahwin ni mana nak fikir soal kewangan, persediaan perkahwinan, mak andam, pakaian pengantin, kad kahwin, souvenir, bla bla bla... arghhhh penatnya!!!

Setakat ni barang-barang untuk hantaran dah hampir kesemuanya My dah beli. Mak andam dah deal cuma tunggu dia order baju untuk pengantin. Photographer pun dah deal. Dokumen perkahwinan? Dah ambil borang di pejabat agama masa balik kampung haritu. cumanya belum ke kursus kahwin, ujian HIV... Tapi takpe, borang tu sebulan atau 2/3 minggu before wedding boleh hantar kot. Lambat lagi hehe. Sekarang ni yang tengah memeningkan kepala My adalah kad kahwin. Nak cari yang paling menjimatkan punya pasal sampai sekarang tak buat tempahan lagi.. haih nasib baik lambat lagi... 

My dengan enchek tunang ni pendapat susah nak sama.. kitorang sering bercanggah pendapat dalam menentukan sesuatu. Sebagai contoh macam nak buat kad kahwin ni la... Jenis enchek tunang ni simple je, tayah nak membazir sangat asalkan ada. Jenis My, memang lah nak jimat tapi memuaskan hati.. Kalau hati tak berkenan memang tarik muka ketat lah My jawabnya...T_T Sepanjang lebih sebulan ni dah banyak giler kedai kahwin yang My survey... kebanyakannya thru online la. Nak ke kedai selalu memang tak sempat sangat. Ada yang price ok cumanya masalah sekarang ni kitorang cuma nak 1000pcs untuk kedua-dua pihak. budget untuk sekeping kad kahwin 40sen and below. 

Mulanya kitorang plan nak buat 2 pihak dalam satu kad, tapi ada masalah dengan peta plak. Peta rumah enchek tunang dahla complicated, besar dan memerlukan space yang agak luas. Kalau buat 2 pihak peta tu perhaps akan jadi kecik sebab satu page tu masukkan 2 peta kan (2 inlay).  . kalau kecik sangat nanti takut tak nampak plak dalam kad tu. Lepas tu untuk menyenangkan, kami plan nak buat 500 pcs untuk pihak lelaki 500 pcs untuk pihak perempuan. Masalahnya plak kalau order 500pcs kebanyakan kedai tak boleh bagi harga rendah. harga berbeza untuk 500pcs & 1000pcs... memang pun... hurm...

Semalam kitorang dah decide nak order kat satu kedai kad kahwin ni, harga terendah yang kitorang survey.. tup tup sampai kedai tu enchek tunang berkenan kad lain yang lebih murah.. My pulak langsung tak berkenan yang dia nak tu... Agak lama jugak di kedai memilih kad dan My dah belek banyak kali kad yang enchek tunang nak tapi tak berkenan langsung...T_T Kad yang My berkenan tidaklah mewah.. masih di bawah budget cumanya tu la kami berbeze pendapat. At last bila enchek tunang mengalah nak ambil pilihan kad yang My nak.. peta plak jadi masalah... sebab kad tu 2 inlay je.. so peta will be place in one side for dua-dua pihak. Confirm lah jadi kecik dan for sure terlalu kecik untuk orang baca... Ahh sudahhh dugaan apakah ini...T_T... Sudahnya, kitorang tak jadi langsung order dan mintak diri balik n bincang dulu. Kami dah sama-sama penat+pening nak pikir hal kad yang satu ni... haih~

Anyone tahu tak mana-mana kedai yang jual kad kahwin with lower budget + without minimum order??? suggest pls...T_T

fenin... fenin....

nota kaki : Nak buat sendiri tak berbaloi.. kuar duit jugak, kuar tenaga lagi.. dahlah tak kretip.. kalau beli mahal2 sangat lagi la tak berbaloi.. nanti sudahnya ke tong sampah jugak kalau orang frame kan takpe gak...-.-'

Iktibar: Kisah Si Penjual Tempe

Moga menjadi iktibar.. 

Ada sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau tealah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin” 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin” 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. 

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin“. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. 

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin“. 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. 

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap“. 

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

MORAL:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat .
source: Email Forwarded

Thursday, October 27, 2011

Makna disebalik bunyi 'hon' kenderaan...

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.



Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
  •  1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” 
  • 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” 
  • 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) 
  • 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan 
  • 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE” 
  • 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap...































































“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
source: email forwarded

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Antara Retis & Artis

Yg blkg tu retis y duduk tu artis heheh
Tadi gi kenduri kawen jumpa Nabil... Jakun la skettt...;D Wife dia sangat awesome!!!

Tuesday, October 25, 2011

Kanak-Kanak; Dulu vs Sekarang

Baru je semalam punya entry berazam nak kurus dan tak nak makan nasi tup tup harini ada staff belanja makan nasi beringin sempena nak menunaikan Ibadah Haji… sedap oooo Bangsar mari rugi tak makan! Habis separuh je pun nasi tu…kesian kat perut sob sob… hampeh kau My

Eh bytheway nak citer ni, last week My ada post status kat profile facebook My yang My copy dari seorang kawan yang berbunyi begini.. mana ada bunyik… -.-’


Sepanjang My berkecimpung dalam dunia facebook status ni kot antara komen terbanyak yang My pernah peroleh haha.. tu termasuk komen My sekali la ye.. Mana taknya bila My tagged kawan-kawan zaman sepersekolahan tu, ramai jugak duk join sekali mengingati sejarah lama kami… masa di bangku sekolah rendah…

Antara komen-komen yang My sempat rakam adalah:







Huhu banyak lagi komen-komen menarik + kelakar yang kawan-kawan komen tapi tak dan nak rakam semuanya heheh… Apapun komennya yang pasti kenangan-kenangan tersebut adalah kenangan terindah dalam hidup My…J

Nostalgia tu beb…. For those yang lahir tahun 90-an pastinya merasai sepertimana kami pernah lalui…pembelajaran, persekitaran, pergaulan, permainan.. semuanya old skul! Bila terkenang balik mengalahkan kerinduan pada pakwe tau korang.. betapa rindunya nak balik ke zaman itu! Seyes!

Ok jom kita balik ke 1990-an......

Duit belanja ke sekolah

Zaman masa My sekolah dulu start darjah 1 My cuma membawa duit belanja sebanyak RM0.70 tau. 20 sen My buat beli mee/bihun/nasi lemak, 20 sen My buat beli air, 20 sen My buat beli jajan-jajan. Lebih 10 sen My beli air soya bungkus kat tepi jalan depan sekolah. Laku wooo 10sen… sedap giler air soya makcik tu… 70 sen mak bagi setiap hari rasa macam banyak sangat… zaman sekarang ado???

Persekolahan

Zaman sekolah zaman My dulu tak pernah kenal erti telefon bimbit. Even masuk sekolah menengah pun My belum pakai henpon tau. Telefon kat rumah pun belum ada la rasanya time sekolah rendah dulu. Dengan cikgu tak berani melawan, takut silap sikit je mesti kena denda dengan cikgu.. cakap je denda apa yang My tak pernah kena.. rotan kat tapak tangan? Rotan kat kuku-kuku jari? Kena cubit? Kena enjut ketampi? Diri atas kerusi? Semua pernah… Nak mengadu kat mak abah? Jauh sekali… Silap silap kalau My mengadu My kena marah lagi ada la. sape suh degil kan..-.-’ Kalau bosan-bosan kat sekolah main permainan dalam kelas… main batu seremban, main ceper, main pemadam, main carem pakai alas meja kayu yang dah rosak pastu bawak bedak tabor atasnya.. gilo.. -.-’, main lari-lari.. Time rehat masa yang ada sempat main tiang-tiang besi.. sape tak dapat tiang dia yang jadi kat tengah-tengah haha… heaven kan kan? zaman sekarang? Adooo???

Pergaulan

My masa sekolah rendah dulu ganas-ganas tapi comel..My kawan dengan semua orang termasuk budak-budak lelaki.. Masa sekolah rendah bukan My tak pernah tangkap-tangkap cintan tapi taklah keterlaluan sampai ajak bercinta.. suka-suka je. Tapi My tak pernah pun terjebak dengan sumbang mahram… nak kawan kawan je lah.. takde pun nak tepuk tampar sana tepuk tampar sini… Nak menggatal? Jauh sekali.. memang tak pernah belajar n tak pernah diajar pun… senang citer tak pandai langsung laaa… Hehe.. teringat masa darjah 6 dulu ada sorang member kelas sebelah ni tangkap cintan dengan My.. Surat cintan berlambak-lambak dia bagi kat My ahaha… Tapi tak sampai ke mana pun.. tu semua cinta monyet.. sampai sekarang kitorang masih kekal sebagai kawan…J Itu dulu… zaman sekarang punya pergaulan? Ado??

Permainan

Waaaaaa ini part yang paling My suka.. Sape kata zaman dulu mundur takde permainan nak main? Adolaaa… Meh nak flashback balik…
ihsan google
·  Teng-teng
        
         Sapa yang lahir zaman 90-an tapi tak pernah main teng teng tu maknanya dia budak bandar yang kerek haha.. Permainan yang hanya memerlukan batu untuk bermain. Teng-teng tu dilukis atas tanah.. Macam rumah My di kampung senang tanah merata amik kayu lukih je. Teng-teng ada banyak jenis tapi yang My belajar dulu ada satu je hehe… Nak start main dia baling dulu buah teng-teng tu.. (batu), mana-mana kotak yang mengenai buah tu adalah diibaratkan rumah kita. Lepas tu lompat sebelah kaki disetiap kotak.. kotak yang ada buah milik kita boleh pijak dua2 belah kaki, kotak yang ada buah orang lain kita tak boleh pijak.. kena skip.. haaa macam tu kalau tak silap.. errrr… correct me if I’m wrong oke hehe..
ihsan google
·  Congkak

   Kalau macam My tak mampu nak beli bekas congkak tu so apa yang My buat adalah buat lubang congkak di tanah.. lepas tu kutip la batu-batu yang ada.. Anytime boleh main.. hehe…

·  Baling Selipar

Ahhaaa permainan ni memerlukan tahap fizikal dan mental yang kuat sikit.. mana taknya kena berlari keliling rumah hehe. Cara permainan adalah kena volunteer siapa nak bagi sebelah kasut membentuk seperti segitiga.. biasanya pakai 4 selipar. 3 selipar untuk dibentukkan segitiga 1 selipar sebagai pembaling. n selipar yang diperlukan biasanya selipar jepun hehe. Lepas tu kena ada 2 kumpulan yang bermain. Satu kumpulan yang perlu mengejar dan satu lagi kumpulan yang perlu dikejar. Bila kumpulan yang perlu dikejar tu berjaya meruntuhkan bentuk selipar tu geng-geng  satu lagi perlu segera mencapai selipar pembaling dan mengejar semua geng-geng yang berjaya runtuhkan selipar tu. Siapa yang kena baling akan mati.. Kalau salah seorang ahli kumpulan tu berjaya mencantumkan semula selipar yang diruntuhkan tadi tu maka diorang akan bermula main lagi (yang mati akan hidup balik). Kalau ke semua ahli kumpulannya mati maka kumpulan yang mengejar tadi pula akan bermain…J

Faham ke korang? Berbelit2 lidah den menerangkan.. hehe
ihsan google
·  Belon acar/acah/galah panjang

Hah permainan ni My tak pasti la nama dia… belon acar ke acah tah… tapi adik beradik la dengan galah panjang… Permainan ni pun melibatkan 2 kumpulan.. Main acah-acah.. Ahli kumpulan kena berjaya melepasi tembok lawan sampai ke penghujung dan kembali ke hadapan semula dengan selamat kalau masih mahu bermain…J

Tak faham buat-buat faham la…-.-’
ihsan google
·  Zero Point/Lompat Getah

Zero point sesuai dimainkan oleh orang yang tinggi sebab My dulu kalau main menatang ni sampai paras telinga je mesti mati cis…-.-’
ihsan google
·  Mario games – Permainan komputer

Dulu My tak celik computer sangat.. Kalau masuk computer tahu main Mario Games dengan solitaire je.. itu pun yang easy level hahaha…

Huihhh kalau nak sebut permainan-permainan zaman 90-an dulu sampai tahun depan pun tak habis tau korang… So My list kan je lah ye, antara yang lain-lain adalah seperti Lompat Tikus, Lubang Tikus, Pukul Berapa Datuk Harimau, Pondok-Pondok, Masak-Masak, Kawen-Kawen, Batu Seremban, Ayu@Are You Sleeping, Kejar-Kejar, Buaya-Buaya, Nyorok-Nyorok, Nenek nenek si bongkok tiga, Layang-layang, Wau, gasing, yoyo, guli, Lastik, Bingo, Pangkah Bulat, Tikam, … bla bla bla…

Haaa korang sempat jumpa ke semua permainan tu? Kalau korang ingat lagi selebihnya bolehlah senaraikan di ruangan komen ye.. J

Haaa… see see? Best giler kan zaman kanak-kanak My dulu? Itu dulu… sekarang adooo??

Oke dah dah... Sila balik semula ke zaman 2000-an...

Zaman kanak-kanak zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu… Duit belanja seringgit sehari pun tak cukup.. Setiap tahun kena bertambah.. Tapi itu takpelah ikutlah peredaran ekonomi kan.. sekarang bihun sepinggan nak dapat 20 sen? Kirim salam laaa… -.-’…

Kanak-kanak sekarang pergi sekolah dah tak serajin dulu.. Ramai dah mula tiada rasa hormat pada guru.. Kalau kena marah kena rotan sikit mula mengadu kat mak bapak.. mak bapak datang sekolah.. masuk media.. nama siapa yang buruk? Cikgu jugakkkk

Kanak-kanak sekarang kecik-kecik dah pandai main cinta.. main cinta stok-stok orang dewasa.. Dah pandai tonton video lucah padahal masih bersekolah rendah… Dah pandai menggatal… Dah pandai buat perkara tak senonoh.. akal fikiran mengalahkan orang dewasa… haih~
ihsan google
Kanak-kanak sekarang dah tak main dah teng-teng, galah panjang, congkak semua tu.. Diorang semua stok-stok main PS1, PS2, Angry Bird... Yang lagi hebat kecik-kecik dah ada henpon sendiri.. henpon bukan henpon biasa.. takde keypad tuuuu... (touch screen laaa).. perghhhh… Bagi je sejibik henpon kat dia konpem kejap je dia explore.. Lagi expert kecik-kecik dah pandai berfesbuk… wallawehhhhh…. Den masuk unibesiti baru kenal fesbuk tau…

Dahsyat tak dahsyat zaman sekarang kan? Giler tak heaven… Biasalah, kanak-kanak kita sekarang semuanya ditenggelami oleh peredaran dunia berteknologi dan digital… Semua yang old skul dah ditelan arus pemodenan ini!!! Giler tak besh wehhhh…

Itulah untung zaman kanak-kanak sekarang... Tapi untungnya mereka-mereka ni tak seuntung zaman My dulu-dulu... Kami betul-betul menikmati zaman kanak-kanak tersebut... J

ahhhhhh... Kalau saja aku dapat putarkan waktu...... T_T

Aku Disahkan Mengandung!

Salam yu ols!!! Kelasss kau My dah sehari suntuk hari Isnin baru nak muncul..-.-’ huwaaaarrrghhhhh mana pegi mood berblogging ni? ku seru kau datanggggg!!!! Isk

Entahlah. Lately ni mood nak berblogging memang payah nak datang ni pun paksa gak jari jemari ni menaip.. teruk an an.. haih~ -.-’... Thanks sangat kat korang yang masih rajin singgah kat blog naif My ni walaupun My hanya sesekali hapdet!!!

Nak kata My busy… celah mana tah busy… Kerja pun dah tak seberapa… InsyaAllah kalau bos bagi kerja, secepat mungkin My akan segera menyiapkan.. Tapi tuh laaa… Kalau mood ke laut apa pun tak boleh! Sudahnya dah habis waktu kerja baru terhegeh-hegeh nak hapdet belog terchenta… boleh gitu? Hehe

Hari ni takde mood betul nak datang kerja.. mana taknya  dah lama sangat bercuti minggu lepas… Ambil cuti Isnin minggu lepas, datang kerja hari Selasa..  lepas tu ke klinik buat dental surgery langsung dapat MC terus 3 hari.. dan cuti sehingga weekend.. heaven sangat kan? heheh.. Tapi tak ke mana pun duduk rumah je melayan gusi bekas buat dental surgery yang masih sakit… sekarang pun sakit lagi… nape ek? Isk..

Anyway.. satu perkara yang merunsingkan kepala otak sekarang ini adalah masalah berat badan yang semakin meruncing (eceh macam masalah ekonomi plak bunyinya)… Mana tak dinamakan masalah bila naik je timbang tak pernah turun! Makin naik ada lah… enchek tunang pun dah geleng kepala… My plak entah bila nak sedar.. ah sudahlah kau punya sedar My dah berapa tahun dah kau cakap pasal kesedaran…! -.-’ uwwaaaaaaa!! My dah kehabisan idea korang!!! Camne lagi My nak kurangkan berat badan tanpa kurangkan nafsu makan??? Boleh? Erkkkk…
takmo takmo takmo!!!
Apa je diet My tak pernah cuba… minuman/pil kurus? Dah berkotak-kotak, berbotol-botol pernah cuba… diet atkins pun pernah.. tapi, hampeh!! Semua tak jalan! Bukan menatang tu yang tak bagus tapi My yang tak konsisten.. malas… -.-’… Bersenam? Jauh sekali… 3 bulan sekali belum tentu buat! Asal jogging je semput.. separuh jalan..buat sit-up jauh sekali.. beli dance mat kat rumah pun tak jalan wehhhh sampai berhabukla wa cakap luuuu…. Apa lagi nak bagi masuk kat pale otak My ni???

My ni perasan je slim… tak gomok tak gomok… Asal balik kampung jumpa kawan-kawan, jiran tetangga yang dah berbulan/bertahun tak jumpa.. perkataan pertama yang akan terpacul keluar dari mulut longkang diorang adalah… “My!!! Asal ko dah gemokkkkk??????”…. “My!! Asal ko makin gemokkkk niiiii???”.. grrrrr…. Sabau je lah mak nokkkk… Mak senang je jawab… “Orang banyak duit biasalahhhh… makan je kejenyeeee…kau adooo???”…

Ok fine My sedar perut ni dah maju ke depan macam mengandong 3-5 bulan gamaknyaaa… cuba tengok poyot YanaMIB yang memang tengah mengandung dengan perut My ni.. takde bezanya yu olsssss…. Dia mengandung.. My pun mengandung jugakkk… mengandung-i lemakkkk…. Ni bikin lemak tepu punyaaa… nak buang?? Perghhhh bape tahun seat-up baru hilang gaknya…-.-’

Kalau My sendiri tak sedar diri masih dengan nafsu serakah yang kuat makan sampai bila-bila lah badan ghupe ini… Nanti kalau dah takde cutting kauuuu.. orang jantan tengok pun takde selera… dush!! @_@

Korang!! Ada tak cara-cara diet paling senang dan berkesan untuk My praktikkan? My ingat macam nak berhenti makan nasi je.. My dah pernah buat tapi once dah TERmakan (kalau dak rumah tiba2 rajin masak grrrr) nasi balik hah amik kauuu makan tak henti…-.-’ Oh pelissss!!!!! Camne lagi My nak buat ni… tak larat dah bawa badan gergasi ni…T_T

Kalau ghupe ini camne nak naik pelamin ni??bape bulan je lagi ni… Takmo lah nampak gomok pakai baju pantin…T_T

Friday, October 21, 2011

Walau Apa pun Alasannya....

Seperti yang kita semua tahu, berita mengenai kanak-kanak berusia 2 tahun, Wang Yue yang digilis oleh dua buah kenderaan telah pun tersebar di seluruh dunia. Walaupun dah ramai yang post pasal cerita tergempar ini My tetap terpanggil untuk memberikan ulasan dari lubuk hati My sendiri.
Baru sebentar tadi di Buletin Utama ada mengesahkan bahawa budak malang tersebut telah meninggal dunia akibat otaknya yang gagal lagi berfungsi. Bagi My, biarlah dia 'pergi' daripada menanggung kesengsaraan akibat sikap tidak bertanggungjawab oleh masyarakat disekelilingnya. Ternyata berita ini telah mendapat perhatian seluruh manusia di pelusuk dunia. Masakan tidak sikap mereka yang hanya memandang tanpa memberikan sebarang bantuan adalah suatu tindakan luar batasan yang tidak boleh dimaafkan!

My tak berani nak mainkan dan lihat video penuh tersebut.. cukuplah sepintas lalu mata My melihat bila ianya disiarkan di media elektronik. Tak sanggup rasanya.. Luluh sangat rasa dihati... My percaya, semua ibu-ibu di luar sana pasti lebih merasakannya kerana lebih faham perasaan hati seorang ibu apabila anak kesayangan diperlakukan sebegitu rupa. Nau'zubillah....T_T

Sepanjang berita ini menjadi bualan ramai, My ada terbaca di beberapa blog yang post mengenai sebab mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan sebegitu rupa. Kerana kepentingan diri, nyawa seorang kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa. Terkilan sungguh My apabila pemandu kenderaan yang melanggarnya itu sendiri mengaku dia sengaja melanggarnya sekali lagi kerana memikirkan apa yang bakal terjadi padanya sekiranya kanak-kanak tersebut terus hidup di mana kebarangkalian beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi berbanding dengan nilai hukuman denda yang lebih rendah.
Lebih sedih lagi apabila Wang Yue dilanggar lagi oleh kenderaan lain.. Bertambah-tambah malang lagi apabila lebih daripada 10 orang hanya memandang dan berlalu pergi tanpa memberikan sebarang bantuan!!! Malah lebih busuk ada yang bertindak mengelak daripada 'terlanggar' umpama memandangnya hanya seperti kucing yang dilanggar di tepi jalan!!! 

Tempat kejadian hanya berlaku di jalan kecil.. jarak dengan kedai dan kedua ibu bapanya hanya beberapa meter. Mungkin silap kedua ibu dan ayahnya sebab terlepas pandang kelibat Wang Yue sebelum sedar dia telah pun digilis umpama binatang! Namun... Ianya bukan salah mereka apabila anaknya diperlakukan begitu kejam!!!

WALAU APA PUN ALASANNYA.... Di mana letaknya rasa keperimanusiaan masyarakat di sana?? Di mana letaknya rasa ihsan sesama insan sampai sanggup mementingkan kepentingan diri berbanding nyawa yang tidak berdosa??!! kejamnya kamu!!!

Kalau kamu rakyat Malaysia, walau apa pun alasannya... Letaklah rasa keperimanusiaan itu di tempat pertama jika kamu diberi pilihan untuk bertindak... T_T

nota kaki: sakit gusi bekas surgery. mood macam hampeh!!!

Wednesday, October 19, 2011

Tamat Riwayat Gigi Bongsu!

Kalau korang notice, My selalu mengadu sakit gigi bongsu. Sakitnya berlarutan sampai sakit kepala.. Atas nasihat lepas pegi check up hari tu My ke klinik gigi untuk buat surgery pada gigi tersebut. So, tak ke kerja lah harini. Dah buat appointment since last week. So, sebelum doktor nak berangkat ke tanah suci Mekah eloklah My datang secepat ini. Lagipun sakit pun dah lama nak tunggu sampai bila an an... 
Gigi bongsu ni gigi geraham paling belakang. Biasanya tumbuh bila umur kita menjangkau 18-30 tahun... Haa ingat time kecit je tumbuh gigi dah besar pun ade lagi laa... adeh. Tapi My pun tak sedar masa bila dia tumbuh gigi ni sebab takde rasa sakit pun. Yela orang kata time nak tumbuh gigi bongsu ni ada yang sampai demam-demam kan. My cuma perasan tiba-tiba ada satu gigi lebih kat belakang masa study kat UiTM dulu tapi masa tu gigi bongsu tak boleh nak tumbuh habis. 

Sudahnya gigi bongsu My ni memang tak sempurna tumbuhnya sebab keluar tak menegak. Bila keluar tak menegak gigi tumbuh pun tak sempurna, jadi berlubang. Bila berlubang makanan selalu tersumbat kat situ dan akhirnya merosakkan gigi. Setiap kali lepas makan mesti My bersihkan gigi tu keluarkan makanan yang tersumbat kalau tak memang rasa tak selesa dan boleh jadi sakit. Ni sebab dah tak tahan sakit la My ke klinik kalau tak doc kata boleh rosakkan gigi-gigi yang lain. 

Sebelum ke klinik lagi masa on the phone My tanya kat assistant klinik tu sakit tak kalau cabut gg bongsu. Yela dah tua tua ni oiiii kena cabut gg serammmmm tau tak... sebelum ni gi cuci gg pun rasa ngilu je My tak tahan...inikan nak cabut..buat surgery bagai..T_T  So tadi sebelum surgery pun My tanya doc tu sakit ke tak.. adehhh.. macam budak2..-.-' Doc kata lepas surgery tu rasa sakit.. masa surgery tak sakit.. Sebelum start surgery dia bius 2 kali n bagi makan ubat.

Sepanjang surgery tu My tutup mata bukak kejap kejap je sebab tak sanggup tengok doc tu dok amik macam-macam peralatan masuk kat mulut adeh laaa... Masa dia tarik gigi tu perghhhh... kuat betul dia tekan tekan rahang ni walaupun tak sakit tapi bila membayangkan perghhhh... Siap dengar lah bila dia cabut gigi tu.. uuuwwwaaaa..... 

Sejam lebih gak dalam tu... lepas tu. eh dah siap. Dia kata nanti hujung tahun bleh datang lagi kalau nak buat gigi lain. erk baiklah. Doc bagi ubat tahan sakit + antibiotik + mouth wash. Total bayaran RM499.. whooooo singgit je lagi nak ke 500.. Nasib baik.. sebab company pun tanggung untuk dental RM500 hehe so bolehlah claim semuanya...:)

Lepas keluar klinik My tak ke mana-mana.. dengan gigi macam tu memang takde mood lah nak ke mana-mana kan.. Balik je rumah online jap then terus tido.. bangun hanya untuk solat. Gigi plak rasa tak selesa.. darah masih keluar.. adoiii takde pengalaman My pun tatao pe nak buat. Kapas dah banyak kali masukkan.. My kumur-kumur.. My meludah... darah ada lagi... pe nak buat...T_T

Nasib baik ada fesbuk.. tanya kawan-kawan yang ada experience cabut gg bongsu hehe. Oke sekarang kena tunggu enchek tunang balik kerja.. kalau tak sape nak tolong belikan makanan isk. Doctor bagi mc 3 hari.. bolehlah My berehat di rumah sementara nak tunggu gigi ni baik sepenuhnya. Doc pesan jangan ke mana-mana lagi-lagi kalau cuaca panas... adeh laaaa.... cepatlah baik...T_T

Harap-harap cepatlah baik gg ni.. Lepas tu tak sakit lagi tak larat dah nak menanggung azab sakit gg tu... mood semua ke laut.. Lepas baik nak makan sedap-sedap!!! heee~

Ouch!!! sakit... T_T

Till then korang!!! 

Tuesday, October 18, 2011

Siap lah ko esokkkkk!!!

Hey you... it's 6.00 pm already lah... dah habis waktu kerja oke. Ada yang masih di office ke? wahhh rajinnn...:D

Ada yang stayback di office sebab kerja-kerja yang banyak dan hampir kepada deadline.. Ada juga yang stayback sebab nak bersosial. Yela, waktu kerja kena kerja tak boleh bersosial... So lepas waktu kerja lah waktu untuk melempiaskan nafsu kepada facebook, twitter, blog dan sebagainya. Bukan apa balik rumah kang dah penat mungkin tak dan nak online tak pun kat rumah takde tenet haaaa balik awal pun tak guna ye dakkk... kalau ada laki/bini takpe gak heheh. Kalau macam den nih? Laman sosial semua kena block kat opis ni... yang tinggal blogspot and skype je.. ini pun untunglah dia bagi bukak kalau idakkk... 

tak efficient dah lah buat kerja pasnih.....-.-'.. 

Kalau dilihat pada akal yang positif laman sosial ni bukanlah 100% memberikan negative impact je kepada tenaga pekerja... Yela, kalau 8 jam dari pagi sampai petang dok mengadap kerja je boleh muntah tawu? Tu belum masuk migrain, tekanan jiwa dan sebagainya... Sekurang-kurangnya kalau diberi sedikit kelonggaran untuk memasuki laman-laman sosial ni dapatlah sikit meringankan kepala yang tensi... menyegarkan mata yang mengantuk... ye dak? Kalau macam ni punya gaya totally block semuanya memang sangap lah jadinyaaaa.... mengantuk pun iye... bosan jangan cakaplahhhh... Sebelum ni My bukak laman sosial waktu bekerja tak pernah pun dibiarkan kerja tak sempurna?? boleh je buat kerja kan kan... nak bersosial berpada-pada lah... Patutnya sejak dari awal lagi tenaga pekerja dididik untuk tidak diakseskan kepada laman-laman sebegini.. Sekarang ni baru nak block semua memang tak jadi hape laaa... semua dah bijak camne nak hack...;D

eh apa daaa aku merepek nih... hajat awal nak mukadimah je...nak blogging pasal menda lain.. haishhh~

My bosan senanya. masih kat opis. Tunggu encik tunang sampai dari KLIA. He's just back from Vietnam!! hehe.. janji nak balik sama-sama ke Kepong harini so sementara tunggu dia ni lepak-lepak dulu kat opis. 

Supposed to have a meeting tadi... tapi since my lady boss + big boss tak datang so terpaksa ditunda ke hari lain. Kalau tak boleh je My nak handle tadi depends on boss punya arahan.. encik boss ok tapi dia lambat reply message. So nak tak nak kena postpone.. Dahlah esok My tak datang kerja ni. Ada appoinment dengan dentist. Seperti yang My dah citer dalam entri INI sebelum ni, My kerap sakit gigi... gigi bongsu. Tak tahan dah nak tunggu so last week My dah buat appointment untuk buat surgery atas nasihat doktor. Kalau My tunggu lagi sampai bila plak My nak kena tahan sakit ni kan? Malam tadi pun dia menyerang dengan jayanya... Dia punya sakit jangan cakaplahhh... sampai menangis lah My dibuatnya... T_T 

So, bersiap sedialah esok engkau wahai gigi!!!!! kita istihar PERANGGGGGG!!!!!

Sorry boss cannot in tomorrow... -.-' ... (susah hati setiap kali nak cuti kalau ada benda yang pending grrr... **meeting tadi tu laaa...)

nota kaki: wehhh sakit tak nak buat dental surgery???major surgery ni woooo... takuttt...T_T



24 Jam Sehari Tak Cukup atau Kita yang Tak Reti Manage??

Ngee~ 

Oke oke My tahu My acapkali menghilang sejak 2 menjak nih... Time keje menimbun hilang.. Time keje tak menimbun pun hilang jugak...haih...-.-' 

Entahlah, rasanya masa 24 jam yang Allah kurniakan pada kita sehari untuk digunakan sebaiknya gagal My uruskan. Selalu je rasa kekangan pada waktu... sedangkan kalau kita realize balik sebenarnya kita yang tak pandai manage urusan seharian sehinggakan waktu terbuang begitu sahaja... apa den merepek ni...-.-'

Jadinya... belog pun jarang di hapdet.. kawan-kawan dah jarang di sapa... Kerja-kerja yang kurang penting banyak tertangguh.. Panggilan-panggilan yang dianggap remeh diabaikan dengan niat akan dibalas kemudian dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan lebih penting berbanding panggilan tersebut. Sudahnya? Panggilan tersebut terus dilupakan.. Kalau beruntung, pemanggil yang akan hubungi semula.. kena kat si pemanggil yang kecik hati sebab kita tak jawab panggilan dia, harapanlah dia nak panggil balik.. huuuu

Pernah tak perkara sebegini terjadi dalam hidup korang?? Sempurnanya korang uruskan waktu kalau tidak pernah terjadi sebegini... :)
Time is running out!!!
Hurm, My rindu pada kehidupan My masa lalu... Kehidupan sebagai anak yang tinggal bersama kedua ibu bapa... Kehidupan sebagai pelajar bersama kawan-kawan seperjuangan... Kebanyakan masa adalah untuk diri My sendiri di mana My bebas untuk mempergunakannya ke arah mana... Kalau baik arahnya maka baiklah hasilnya.. kalau buruk arahnya.. terbuanglah masa begitu sahaja... Namun.. ada My kisah??? heheh...

Tapi sekarang... My kisah sangattttt... bila waktu terbuang macam tu je... atau bila rasa kekurangan waktu sangat... selalu My merungut... "uuwwwaaaa nape cepat sangat waktu berlalu ni?"..... "wehhhhh dah due date ke????".... "Wehh... 3 hari je lagi????"... "Adooiiiiii 3 bulan je lagi preparation banyak lagi tak settle niiii...".... 

Bila sebenarnya kita punya kelapangan tapi mood kita ke laut... "Lambatnya masa berjalan harini....".... "Adoiiii malasnyaaa cepatlah sikit pukul 5.30pm...."... "Alaaa rilex laaaa... 3 bulan lagi kottttt tak perlu buat awal-awal..."... -.-'

Haih~ begitulah ragam manusia... errr... tu ragam My... korang tatao lah kan hehe...

Bila kita tak boleh nak perform diri kita dengan kitaran waktu sekarang ni... Mulalah rasa down... mood ke laut... badan mula rasa penat... letih.... Mana nak fikir pasal itu... Mana nak  fikir pasal ini... adeh~

So, bagaimana caranya???? Jenis My... My suka buat checklist... Sebagai contoh, Kalau setiap kali My dapat gaji ke mana hasil titik peluh tersebut akan digunakan terlebih dahulu? Kena ikut priority.. Bayar Hutang dulu... Zakat, Mak Abah, Hutang Pinjaman Pelajaran, Sewa Rumah, Bil Tepon, berukband... duit kutu kalau adooo heheh... Ha dah settle semua tu lantak pi lah nak buat apa dengan duit balance tu... Tapi jangan lupa lah ambil sikit untuk simpanan masa depan... :) 

Contoh lain, aktiviti My untuk 2/3 bulan akan datang... Kalau kita ada merancang sesuatu di masa akan datang persediaan awal kena dilakukan... Kita buat checklist... Mulakan dari bawah mulakan dari mana yang lebih penting... Dengan harapan, apa yang berlaku di masa akan datang tu seperti yang kita rancangkan... InsyaAllah...

Dalam bekerja pun My diajar oleh lady boss untuk membuat checklist.. Kalau nak handle sesebuah majlis.. Mestilah buat persiapan awal kan? Haaa kita buat checklist supaya bila sampai due nanti takde yang kita terlepas pandang... got it???

Tapi... 

kadang-kadang bila buat checklist pun ke laut gak pe kes???????? bagi je penampor kat dak My nihhhhh... -.-'

nota kaki: My bercuti balik Segamat last weekend. Semalam pun masih cuti hehe. Cuti ni sempat ke kenduri kawan kawen, sempat jugak uruskan beberapa perkara penting untuk 'majlis' akan datang... :) Alhamdulillah....

Friday, October 14, 2011

PETUA IMAM SYAFIE


PETUA IMAM SYAFIE 


4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

4. TIDUR SYAITAN
 Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 



Thursday, October 13, 2011

Tabiat Buruk Anda Mengikut Nama

Terapi Minda..
ngeh3 pandai-pandai je den...
Meh tengok apa tabiat buruk mengikut nama anda...:D

Untuk melihat meh klik --> Secret Habitat













Dah dapat? Meh la kongsi apa tabiat buruk tu?;D 
ish ish ish...lalalalala~

Wednesday, October 12, 2011

26 Fakta Menarik Mengenai Manusia


  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
  14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.
nota kaki: orang malas nak hapdet belog camni laaa... ngee~

Tuesday, October 11, 2011

Tengah Buat Ape tu????

Seorang pendengar menelefon penyampai radio

Pendengar: Helo, Saya nak buat ucapan..

DJ: Ye, silakan..

Pendengar: Saya nak buat ucapan kepada keluarga saya..

DJ: Ye boleh.. Teruskan ucapan anda..

Pdgr: Sy nak buat ucapan untuk Ayah yang tengah cuci kete, Mak 
yang tengah memasak dan Abg yang tengah tengok TV..dengan ucapan.. 

TENGAH BUAT APE TU????

**Hahahaha sengal~

DERITA SI BONGSU

Si Bongsu yang dimaksudkan adalah GIGI GERAHAM BONGSU..T_T

Untuk pengetahuan korang, lately ni My menderita sakit gigi. eh gigi yang sakit ke gusi tu yang sakit? entah. yang penting My rasa tak selesa sangat. Sakit dia tu sampai kepala ni pun sakit sama tau... T_T... Orang kata kalau sakit gigi bongsu ni memang teruk sket. lagi-lagi kalau baru nak tumbuh ada orang sampai boleh demam la... Tapi gigi My ni bukan baru nak tumbuh.. rasanya dah lama tumbuh My pun tak sedar bila... Cumanya, gigi bongsu My dulu ni tak boleh nak tumbuh habis...
klik untuk tumbesaran
Bila tak boleh nak tumbuh habis makanya macam ada kecacatan kat situ. Macam ada lubang di antara gigi geraham bongsu dan gigi geraham di hadapannya. Mungkin dah agak lama digunakan untuk mengunyah dan sekarang ia tak mampu nak tahan lagi. Yela, dahlah tumbuh tak sempurna.. kita balun kunyah itu kunyah ini lama-lama dia rosak la. My ni kalau setiap kali lepas makan mesti nak kenakorek celah gigi tu buang sisa makanan. Kalau tak nanti teruklah gigi tu kan.. plus, My tak selesa bila ada kekotoran kat celah gigi ni...-.-'

Makin lama My rasa sakit je kat kawasan gigi bongsu tu. Biasa kalau kita sakit gigi sekejap-sekejap je kan. Tapi ini berlarutan berminggu-minggu lamanya. My je tahan tahan... Sekarang ni rasanya dah tak boleh tahan.. Sampai rasa sakit kepala... So, tadi My pegi klinik gigi dekat-dekat office ni buat check up.

Gotcha! nak atau tidak doktor nasihatkan My buang gigi geraham bongsu tu. Doktor kata, mulut My ni kecik.. lepas tu ruang untuk gigi bongsu tu keluar terhad.. Jadinya bila dia keluar, gigi tu jadi condong tak tegak seperti gigi geraham yang lain. tu lah gaknya dia tak sempurna keluar, macam ada lubang n akhirnya ia rosak. So, sebelum ia merosakkan gigi geraham lain My kena buat surgeri.

Adoiii.. masalahnya korang, nak buang gigi bongsu ni bukan macam nak buang gigi lain.. cabut je senang... gigi bongsu ni kan gigi terakhir, tumbuh paling belakang.. dia bukan main cabut macam tu je. It needs a surgery... major surgery oke... it takes 1 - 2 hours to operate. adehhh belum operate lagi dah terasa ngilu gigi ni tau...T_T

So sekarang My tengah pikir macam mana nak buat. Kalau tak buang My akan menderita sakit sampai bila-bila. Ni pun haritu dok tengah bizi dengan kerja My tahan je sakit tu... Bila dah datang betul-betul sakit tu macam nak demam pun ado tau sob sob. Kalau My buang adoiiii My takut My tak tahan sakit...uwwwaaaa... masa cuci gigi pun sakit tauuu inikan nak operate... -.-'

Macam mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers