9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, November 30, 2011

PMS Pain

google~
Ya Allah... sampai je office pagi ni perut tiba-tiba sakit sangat.. pms pain... Biasa memang sakit tapi tak sesakit ini... T_T

My nak bangun dari workstation ni pun macam hape je... tahan je lah nih...

sakit sangat... apa nak buat ni.... T_T

kul 10am kang ada meeting.... Ya Allah... sembuhkanlah...

Tuesday, November 29, 2011

Persiapan Perkahwinan:Pelamin & Style Tudung Nikah,Sanding

Setakat ni 40% je kot baru settle untuk majlis akan datang ni. Itu pun part My… Bahagian emak dan abah baru beli sedikit barang-barang sebagai persediaan awal. Bunga telur, tisu, doorgift mak dah beli sedikit. Barang-barang dapur untuk memasak tu mungkin dah dekat nanti baru beli. Langsir pun mak dah hantar untuk tempahan.. My part, nak settle kan on dokumen nikah, hantaran, souvenir, mak andam, jemputan.. bla bla bla…

Okay last Sunday My pergi butik mak andam bayar deposit untuk majlis nanti and hantar sample gambar untuk pelamin and tudung yang My nak untuk hari bahagia nanti. Auuwww hari bahagia gitewwww….

Plan asal My nak buat pelamin kat luar rumah so semua boleh tengok tak payah nak berebut-rebut masuk rumah kan..-.-’ 3 panel untuk pelamin tersebut dengan dihiasi bunga-bunga. Tapi setelah difikir-fikirkan macam tak besh lah pelamin kat luar rumah.. Tak surprise hehe.. Lagipun haritu masa gi kursus kahwin ustaz yang bagi talk tu cakap teklok sebab kiri kanan tak bertutup dalam rumah takpe. So, buat dalam rumah je lah. Cumanya kalau 3 panel macam tak muat nak letak kat dinding hall rumah mak abah tu. Maklumlah rumah tak berapa nak besau kan.. so.. tukar plan. Awal-awal dah sms kat kak andam (panggil kak lah sebab muda lagi hehe) nak tukar pelamin. So My pun buat sesi mencari design-design pelamin yang My berkenan..





 gambar sume pinjam google~

Banyak-banyak pelamin ciput ni je yang suka itupun not fully interested but oklahhh… My print out then bawa gi jumpa mak andam.. dia cadangkan gambar mana yang the latest design tapi nanti ada lah benda-benda lain yang dia tambah bagi nampak cantik lagi pelamin tuh. hurm oklahhhh janji not too simple n not too nampak macam serabut hehe… yang sedang-sedang gitew… hehehe…

Untuk tudung nikah dan sanding plak.. My memang cakap awal-awal kat kak andam tu My tanak jenis tudung sarung yang selalu My pakai kalau malas nak belit shawl..:D Sebab muka ni dahlah bulat macam donat.. kalau pakai tudung sarung macam mak-mak gi pasar tu konpemlah akan nampak lebih bolat! Auuwww tamo tamo…! Kata raja sehari kenalah nampak anggun lagi berseri.. uwwaaa tamolah orang tengok muke titew bulatttt..T_T
bulat! -.-'
So, berikut adalah contoh-contoh style tudung yang My berminat sangat hehe. Kalau boleh yang still ada awning tapi tak nak tudung sarung pastu letak veil.. My akan nampak sangat buruk..-.-’ So, tudung tu biarlah ada aksesori yang menarik kalau shawl pun nampak menarik.. ahh yang penting bukan tudung sarunglaaa…























gambar dipinjam dari google~

Sebab tunang dulu dah pakai tudung sarung tu… menci bila tengok gambar lepas tunang tu.. erkkkk~ Actually tudung sarung ni akan nampak cantik dipakai kalau kena pada si pemakainya.. Ada orang My tengok pakai tudung macam tu nampak ohsem sangat! Sebab muka dia sesuai dengan tudung macam tu.. kalau My mintak mahaplah nak ohsem…-.-’

Hehe.. so demikianlah gambaran-gambaran pelamin dan tudung-tudung idaman di hari persandingan nanti.. hehe... I wish my dream will come true!!0_o

nota kaki: Apesal pipi makin tembam ni??!! Apa yang bahagia sangat tah! pakai tudung tak sesuai ke? Cermin yang menipu ke atau aku memang makin gemoks!!! Uuwwwaaaa! Stress!!

Ya Allah.. Permudahkan Urusanku...

Salam.. Selamat pagi korang...

bercuti 3 hari lamanya buat mood kembali bekerja ke laut.. as usual...-.-' Haih~ camnelah rezeki nak masuk pagi-pagi dah takde mood bekerja kan. Apalah My ni....

Cuti awal Muharam My balik kampung mak abah di Segamat. Hantar kad kahwin untuk mak abah distribute kat orang kampung nanti dan untuk sedara mara sekali. Barang-barang hantaran pun dah My bawa balik next week abang n akak ipar dari Perlis nak balik. Kakak ipar dah janji nak tolong buatkan barang hantaran nanti hehe so tayah lah My susah-susah pikir..:D

Duit mak andam pun My dah bayar deposit RM1000.. ikutkan bayar deposit RM500 pun dah okay but then takpelah bayar sikit ke banyak ke My tetap kena bayar full payment gak kan heheh. So, takdelah berat sangat nak kuar duit kalau balance tinggal tak banyak hehe. Gambar pelamin n gaya tudung yang My nak pun dah My bagi pada mak andam. Baju by end of December kot pegi fitting. Baju lum sampai mak andam order dari Sarawak. Harap-harap seperti yang diidamkan... hurm...

Document untuk permohonan nikah dah nak settle.. borang pun semalam abah bawa gi jumpa kadi tolong isikan... hehe. Souvenir untuk kawan-kawan dah ada barang-barangnya tinggal nak mendesign je lagi... By december lah My bikin... :)

Malam tadi gaduh dengan enchek tunang... sebab perkara remeh je.. haih~ nak dekat kawen ni macam-macam dugaan..-.-' My pun makin tinggi ego... adehhh... Harap-harapnya kami dapat tempuh apa jua dugaan yang datang... InsyaAllah... 
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .
Sila semangat!!! no worries...be happy!!!:)

Saturday, November 26, 2011

Banting/Streamer Perkahwinan

Assalamualaikum yu ols...

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca belog My hehe. My sekarang bersiaran langsung dari kampung halaman mak dan abah di Segamat menghabiskan cuti 3 hari. Nak hujung-hujung tahun ni banyak plak cuti umum.. nak nak jatuh hari Ahad hah memang heaven sangatlah pastu cuti senin kan hehe... Pasni berderet-deret cuti umum sampai awal tahun depan.. i loikeee....:D

So, apa azam tahun baru ni? Tadi baca doa akhir dan awal tahun tak? rugi lah kalau terlepas.. :) Alhamdulillah My dapat baca bersama-sama mak abah n solat Maghrib jemaah sama-sama.. Aktiviti yang selalu My buat sejak zaman sekolah lagi.. Bila dah hidup berdikari di ibukota ni je sesekali bila dapat cuti balik kampung baru dapat solat jemaah sama-sama.. :) So, korang-korang tu yang selalu berazam baru bila tahun masihi sahaja.. apakata start hari ini buat azam baru pada tahun Hijrah... lebih afdhal.. :P kalau belum ada azam.. sila carik sekarang! hehe

A usual My pakai lappy adik ni. Malas nak mengangkut lappy sendiri. Lagipun My tak drive ni. Pagi tadi dari KL dengan enchek tunang dan kawan-kawan ke kenduri kahwin di Melaka.. Then enchek tunang terus hantar balik rumah mak abah.. so Isnin nanti balik naik train lah kot. hehe.

Anyway.. Nak cakap pasal kahwin lagi.. biasalah mood tengah busy fikir persiapan je ni so blogging pun pasal kawen jek.. :D Semalam bunting/streamer kahwin yang My order dah selamat sampai.. :) weeehuuuu giler eksaited nak kahwin awal benor order banting heheh. Bukan apa kalau prepare awal-awal senang.. tak pening pale doh nak pikir lagi ye dakkk..:P
Heee... My punya streamer ni biasa-biasa je. Janji ada muka bakal rajasehari dan mak abah... :) Yela, selalu orang buat streamer letak gambar pengantin je tapi My nak letak gambar mak abah sekali. Yela, kenduri kahwin tu kan ke kat rumah dia.. haruslah ada muka tuan rumah hehe. Plus, awalnya My nak letak nama penuh mak abah.. tapi bila dah buat jadi tak berapa nak kemas lak sebabnya nama panjang sangat hehe. So, My letak je nama panggilan dorang... pun boleyyyy...:D muka bakal pengantin tu kira oklah bagi tak berapa nak mencapub sangat bagi orang tengok betul-betul masa bersanding haha...

So... kira oklah dengan streamer ni.. murah pun murah.. RM25 sahaja... My ingat nak order banner lah... ok tak heheheh... macam nak buat event besar plak nak ada banner bagai.... jangan lupa gantung sudah...:D

Kalau korang nak order bunting/streamer macam ni bolehlah ke Facebook Lord Of the Kad Kahwin untuk maklumat lanjut hoke...:)

Until we meet again! :)

nota kaki: esok nak jumpa mak andam nak bayar deposit n discuss balik pasal pelamin idaman hehe....

Persiapan Perkahwinan : VIP Doorgift

Hai hai hai... Kalau sebelum ni My runsing memikirkan apalah nak diberi untuk doorgift kawan-kawan di entry Pemilihan Doorgift ni. Tapi hari ni sukacita dimaklumkan isu doorgift tak lagi jadi masalah heheh.

Recently ada sorang member ofis tunjuk contoh doorgift yang ohsem masa dia pergi kenduri. Dia bagi kat My as a reference kot lah My nak buat doorgift tu kan. Exactly! this is one of senarai doorgift yang ada dalam kepala hotak My... n yes... malas nak fikir panjang... I wanna do it the same!!! Lagipun dah tau mana lobang nak cari item tu hehe.... 
Ohsem kan kan!
Haaa... doorgift yang My maksudkan adalah seperti dalam gambar ni. ohsem tak? My rasa ok. Cumanya My rasa kain perca tu tak perlu ada kot? Just ikatkan reben sahaja... kan kan.. :) Yet, My dah pun dapatkan sebanyak 150 pcs glass jar seperti itu daripada supplier!!! huhu
Taraaa!
ohsem tak? cakap ohsem sekarang! :D
Okay... ideanya adalah My nak lekatkan sticker bulat seperti contoh doorgift kat atas tu. Tapi tak letak lah kain perca tu. Ikatkan dengan reben sahaja kat leher jar tu hehehe... ce bayang ce bayang.. comel dak??? hehehe... 

Nak isi apa kat dalam?? Cadangan asal nak letak marshmallow.. kan ke kalerful kan kan.. But then, malam tadi pegi kedai pemborong makanan ringan and know what My jumpa apa yang pernah dicari sebelum ini!!! jelly bean yaw!!!! gula-gula yang warna-warni tuuuuuu!!! oh sukanya sukanya! Bila nampak je terus tukar plan nak letak jelly bean tu dalam glass jar ni... :)
Jelly bean adalah yang ditengah2 tu yang warna-warni tu...:)
Okay tak korang??? hehehe...  errr dalam gambar ni adalah senarai snacks yang My beli. Untuk apa? entah main beli je hahaha.. rasa macam nak letak kat meja guess book nanti... what the ohsem idea kan?:D

Kedai pemborong makanan ringan ni adalah ni NSK Selayang. Kat luar NSK tu ada kedai jual makanan ringan. Jangan beli dalam NSK tu hoke.
Ini pasaraya NSK
Ini bangunan lagi satu kat sebelahnya
Kedai pemborong tu terletak kat bawah sekali bangunan atas tu.
Untuk pengetahuan korang, additional item yang My akan bagi kat kawan-kawan yang datang nanti adalah:
 Wallet Calendar!!!!!
Dapat info dari belog Ekin, tapi My tak sure dia dapat contact that supplier or not untuk her wedding day. So, from there My cuba google sehabis jaya dan yes! I found it!! Jumpa freelancer designer tu di Facebook...:) Tak fikir banyak dah. terus request design n order!!! murah beb.. RM100 untuk 1000pcs.. Wallet Calendar ni macam business card je. Biasa kalau kita buat business card satu kotak tu pun dalam RM30++ korang bayangkan lah My dapat 1000pcs untuk RM100... include postage lagi tau! untung maaaaa!!!

My punya design dah pun siap... nak tengok??? hahaha... nanti lah... tak surprise tunjuk sekarang..:D kalau nak sila lah datang ke kenduri nanti ye...:D

Untuk Wallet Calendar ni silalah berkunjung ke facebook Luna Hashim... :) nanti My punya kalendar tu dah sampai My share ngan korang hoke.. :)

Glass jar kat atas tu My beli online.. lepas tu gi collect sendiri. Kalau yu ols nak boleh beli kat Nilai 3 kat sana lagi murah nak dapat... :)

Till then!

Friday, November 25, 2011

MAAL HIJRAH & DOA AKHIR, AWAL TAHUN

Walaupun ramai orang tahu awal Muharam merupakan cuti umum di Malaysia hakikatnya mungkin ramai yang masih tidak faham apakah peristiwa di sebalik Maal Hijrah atau Awal Muharam ini. Yelah, sedia maklum kita lebih mengambil kira mengenai tahun masihi berbanding tahun Hijrah... :) So, sempena awal Muharam pada Ahad ini My nak kongsikan sejarah mengenai Maal Hijrah atau Awal Muharam dan apakah perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan untuk topup segala amalan kita yang tak seberapa di dunia pinjamanNya ni.. My pasti korang semua tahu cerita ini kerana pernah belajar dalam pendidikan Islam kat sekolah dulu tapi berapa ramai yang masih ingat? Jom refresh minda! :)

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri

KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri - fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah - fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat - fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim - fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah - fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri - fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat - fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu  (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala).
  9. Bercelak - fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali - fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  11.  Sembahyang sunat empat rakaat - fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" - fadhilat :  Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk
  13. Menjamu orang berbuka puasa - Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Berpuasa - Niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala" - fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
(sumber: myvoiceeheart)

Banyaknya amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari Asyura.. :) Mana yang berkemampuan untuk melaksanakannya.. jangan lupa 10 Muharam nanti ye!;) Doa akhir tahun dan akhir tahun juga jangan lupa korang!!

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Ahad, 27 Nov : Petang)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Ahad,27 Nov: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

(sumber: zanas)

Don's miss it ya!!! Wassalam..

nota kaki: doorgift untuk wedding dah collect malam semalam!yeay :)

Senarai "Angan-Angan" untuk Hari Perkahwinan



Hello yu olz.. Wah3 happy betul korang ni kan.. masing-masing masih senyum sampai ke telinga. Apa taknya cerita mengenai Harimau Muda yang menawan Bung Karno dengan membenam Garuda semalam masih hangat diperkatakan hingga saat ini. Baik di fesbuk, blog, radio, tibi, paper, semuanya memperkatakan mengenai kejayaan skuad Harimau Muda dalam Sukan Sea!! Hip hip hoorey!!! Eh tapi kan cuba kalau Malaysia kalah haritu agak-agak apa reaksi korang agaknya kan? hehe..

Anyway… My pun agak ceria harini malah masa tengah lepak-lepak dengan officemate pun masih bercerita mengenai permainan malam tadi. The best match ever! J

Oke today ni My nak story mory pasal senarai ‘angan-angan’ yang My idamkan untuk majlis perkahwinan nanti. Alahai majlis kat kampung je pun.. budget pun ciput ada hati berangan-angan nak semua ni haish~ Ala takpela angan-angan je pun mana tahu jadi kenyataan..:D “tanpa usaha mimpi takkan jadi kenyataan”…haaaaaa! Meh tengok agak-agak My mampu untuk lakukannya atau tidak.. J

·  Guest Book
 gambar:credit to google~

   My dapat idea ni pun masa browse internet mengenai wedding. Explore punya explore jumpalah somebody yang buat guestbook masa wedding. Lepas dah tengok sorang-sorang.. ramai jugak rupanya yang menggunakan idea ini di hari perkahwinan diorang.. Impress nya! Sangat menarik!



suweeettt kan kann?0_o

Di fikiran dah mula membayang macam-macam.. I want do this I want do that! I want it I want it! But how? Hurm… My mula searching sana sini.. boleh order kalau nak membazir.. boleh buat sendiri kalau nak rasa Guest Book tu ‘tak berapa nak cantik’.. erkkk~

Yang penting guestbook tu pasti memberikan 1001 kenangan yang bermakna untuk My. Boleh simpan.. at least ada sesuatu yang kawan-kawan tinggalkan untuk My… J

Nak order guestbook ni macam mahal sangat tak berbaloi. So My decide nak DIY je. Kertas keras untuk cover My dah beli size A3 macam besar sikit instead of A4 kan. Cover My beli kaler Hitam.. tengah musykil apa nak buat dengan kertas hitam tu..-.-’.. Untuk isi dalam pulak My beli drawing paper je keras lah jugak kan haha.. Tapinya My tersalah beli! My ingat kertas yang My ambil tu dah size A3 tapi kecil sikit dari A3 so tak sama size lah dengan kertas cover hitam tu! Demmm… takpe2 gunakan akal. Nanti potong sket kertas hitam tu bagi sama size dengan drawing paper tu..:D

So, Guest Book bukan lagi angan-angan, InsyaAllah akan jadi kenyataan.. will see.. J

eh mana nak dapat frame kaler putih macam kat atas tu ek ek.. tu board yang macam papan tulis kat sekolah tu pun mana nak dapat ek? hurmmmm

·  Guest Frame
Guest Frame ni pun idea yang menarik. Ia lebih kurang seperti Guest Book cumanya tetamu akan turunkan tandatangan di atas frame. So nanti bolehlah gantung kat dinding rumah hehehehe… comel kan kan..


Tapi lecehlah.. nak kena pergi cari Frame.. pehtu nak kena letak board kat frame tu untuk orang sign kang. My ni dahlah tak kretip lagu mana lak nak buat kan.. mana nak carik frame besau-besau yang murah???

Rasanya, angan-angan ini REJECT kot! Tayah nak menyusahkan diri hehe.. (tapi akan dipertimbangkan..:D )

·  Photo Booth
google~
Erk.. berangan lah My ni.. buat kenduri kat kampung je bukan dekat dewan besar di tengah bandar kL.. bukan di JW Marriot oke hoke kau nak demand macam-macam.. hihihi

Tapi suweeettt sangat adaphotobooth ni kan.. dah lah My ni pantang jumpa kamera. kalau ada photobooth mesti seronok giler dapat mencapub dengan kawan-kawan kan kan...
google~
Masalahnya ada masa ke nanti? Kat pelamin pun belum tentu dapat tunaikan permintaan semua.. kang nak gi makan lagi.. pastu nak gi outdoor lagi... erkkk~

So.... berangan je lahhhhhhh!!!! (kawan-kawan! ada sape-sape nak buat bachelorette party untuk haku tak???beli lah party/photo props macam kat gambar tuh!! weeee~)

·  Candies Buffet
partyprint
Dah nama pun angan-angan kan.. biaq pi lah My nak buat apa pun..:D Sekurang-kurangnya kalau My tak mampu untuk melakukannya ada jugak My bagi idea untuk B2Bies out there yang tengah meng'google' pasal kahwin tup tup masuk ke blog naif ni kan hehe. Haaa... berguna hape..
google~
Ok candies buffet ni biasa sesuai untuk wedding dalam hall kot. Alahhh kat mana-mana pun sesuai lah janji pandai decorate. Section ini untuk menarik perhatian kanak-kanak.. mak, bapak kanak-kanak pun boleyyyy...:D Sekurang-kurangnya taklah kek kawen korang yang mahal tu habes kalau ada section ni haha. Lagipun taklah nanti kanak-kanak ni bosan gi wedding ye dakkk... ada gak pencuci mata pencuci molot tuk diorang instead of nasi minyak sahaja hoho.
google~
tapi pasal ni... Akan My pertimbangkan. Kalau nak buat pun takdelah grand sangat section tu. Beli je candies,snacks, chocs banyak-banyak kat pemborong senang. Tak payah lah cupcake, macaron bagai... overbudget nanti..:D

Tapi kat ruang mana plak My nak letak kat rumah tu kan? adehhh... nantilah fikir. 50/50! :)

·  Wedding Button Badge
google~
Ohsem sangat idea ini kan kan!!!!

Tapi menatang ni not in budget pun. Kalau tahu enchek tunang ni mahu die pot pet pot pet kang.hehe.. Lagipun mahal la per pcs.. about RM3-RM4 per pcs..hurm.. Kalau kira-kira adik beradik+ipar-ipar+anak-anak buah+pengapit dah lebih 20 orang tuh aiseyyy... 
gadis jumaat
Anyone ada contact supplier for badge tak? yang murah-murah. weeee~ budget dalam RM1.50 ke bawah dapat tak ek ek hehe. Let say kalau boleh dapat sen-sen boleh gak My beli sekali untuk orang-orang kampung rewang kan kan.. mesti diorang suka.. yela selalu dapat bunga rozet je hehe.
google~
Nantilah difikirkan. Kalau tak terpaksa beli rozet je la.. eh rozet ke rozek? mana-manalah..-.-' Tapi beli rozet yang lain sikit lah daripada orang-orang yang rewang kan kan.. ohsem nye!!

Erkkk.. tapi ini angan-angan je. Akan dipertimbangkan.. 30% out of 100% will do... ngee~


·  Bunting
bannerborong
  Rasanya banting kahwin ni dah memang jadi kebiasaan orang buat ye dakkk.. So, ofkos lah My kena buat jugaaa hehe...
google~
   Actually yang ini bukan lagi angan-angan.. telah pun My membuat tempahan... artwork nye??? Nanti My share ye? simple je. Yang penting My nak ada nama+gambar pengantin dan nama+gambar mak dan abah pengantin. baru syiok!

 Opss...oklah. dah tu je angan-angan setakat ini.. Banyak sangat menda nak fikir dalam kepala otak ni dah tak tersusun dah..-.-'

   Till then!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers