Malam tadi My terjaga pukul 3.30 pagi sebab
batuk-batuk. Allahuakbar… kalau dah batuk memang susah nak tidur. My kejut
enchek hasben… cakap tak bleh tidur. Bangun pergi buang air kecil… dan terpaksa
telan ubat batuk. Bukan My tatao makan ubat-ubatan termasuk ubat batuk bukannya
elok sangat untuk ibu mengandung tapi My tak boleh tahan… Batuk tak nak hilang
sejak demam haritu. 2 kali hirup ubat batuk baru rasa lega sket.
Pagi ni plak bangun-bangun tekak dah rasa mual.
Lepas mandi okay lagi… lepas je solat tak tunggu lama terus ke sinki muntah
air+buih. Perut masih kosong kan so itu je lah yang mampu dikeluarkan… Senak
jugaklah perut duk muntah… Sampai ofis pun sambung lagi mual dan muntah… Ya Allah…
berikanlah aku kekuatan… T__T
Weekend yang lepas seperti yang diberitahu My
pulang ke Johor melawat mak dan abah… 2 hari setengah je kat sana yela sampai
hari Jumaat tu pun dah malam kan… tak puas betul rasa nak je ambil cuti n
habiskan masa dengan mak abah. Lebih-lebih lagi sejak abah disahkan mengidap
buah pinggang ni. Allah…. Lepas satu… satu…. Kesian abah….
Beberapa bulan lepas doktor sahkan buah pinggang
abah rosak dan perlu dicuci. Doktor ada sarankan untuk berusaha mendapatkan
ubat-ubatan lain yang dapat membantu memulihkan supaya abah tak perlu cuci buah
pinggang tapi sayangnya dah terlambat… makan ubat pun tak mampu pulihkan buah
pinggang abah. Nak tak nak, tetap kena start buat dialisis…. Yelah, abah dah
lama ada darah tinggi, kencing manis, jantung… Lama-lama buah pinggang pun ada
effect… Allahuakbar… kesiannya abah….
Masuk minggu ni dah 4 minggu abah buat dialisis.
Seminggu kena buat 3 kali… setiap pertemuan mengambil masa selama 4 jam… kiranya
12 jam diperlukan dalam masa seminggu. bayangkanlah…. My tak sampai hati tengok abah yang makin
kurus. Kata mak sejak buat dialisis, dah 10kg berat abah turun… Pergelangan
tangan yang bengkak sebab buat dialisis tak sempat nak surut lebamnya dah kena buat dialisis
balik… Dah lebam sangat dah tengok tangan abah tu…. Subhanallah….. T__T
Hari Sabtu haritu My sendiri hantar abah pergi buat
dialisis. Enchek somi dan mak ikut sekali. My tengok sendiri macam mana abah buat
dialisis.. My sendiri tengok muka abah tahan sakit bila nurse cucuk jarum di
lengan…. My sendiri tengok darah abah keluar…. Lepas tu kitorang balik
tinggalkan abah 4 jam di pusat dialisis tu berbekalkan sedikit makanan. Kesiannya
abah….
Petang tu, selepas 4 jam kitorang datang balik
jemput abah… Lepas jemput abah dari pusat dialisis abah mintak bawa pergi
masjid sebab dia belum solat Zohor. Kitorang tunggu dalam kereta, tak lama
lepas tu ada sorang brader ni datang ketuk cermin dan tunjuk isyarat seseorang
perlukan kami. My dah rasa tak sedap hati. My tengok dari jauh abah seolah-olah
terduduk lemah di tangga masjid. Abah!!!
Mak dah tak senang duduk. Mak ingat abah jatuh. My
dan enchek somi cepat-cepat keluar dapatkan abah… Badan abah lemah
sangat-sangat. Dia kata dia rasa nak pitam, sakit kepala… mintak rehat kejap.
Kitorang tunggu abah… bawa abah gi toilet… Kencing manis abah tinggi hari tu. Mungkin
sebab tu abah lemah. Tambahan plak perut abah kosong sebab 4 jam kat pusat
dialisis makan pun sikit je sebelum tu. Lepas kitoang bawa abah pergi makan baru abah okay sikit. Kesian
sangat tengok abah… My tak sampai hati sangat-sangat! Malam tu kitorang pergi
makan kat luar celebrate befday enchek hasben pun abah tak join sebab nak
berehat…. T__T
![]() |
| abah selepas dialisis~ |
Begitulah rutin abah setiap 3 hari dalam seminggu
sekarang ni. Sekarang nak ajak abah berjalan ke mana-mana pun dah susah… kesian
sangat tengok abah. Kesian sangat! Pernah sebelum ni, akak tiba-tiba call My…
akak cakap… “tadi mak cakap kat akak, kaki abah bengkak sebab kena gout nak
berjalan pun susah… pastu abah cakap kat mak… ‘kalau kaki tak bengkak ni baru
cadang nak ke rumah My’….” Minggu tu abah dah selesai 12 jam buat dialisis. Kebetulan
sepatutnya minggu tu hari sabtu buat dialisis diubah kepada hari jumaat. So
abah ingat sabtu ahad tu nak ke rumah My. My menangis dengar akak cakap macam
tu… terus My sms mak gtau My nak balik minggu depannya (minggu lepas). Yela,
sejak My kawen ni abah tak pernah datang rumah My mungkin sebab tu dia teringin
sangat nak datang. Mungkin dia rasa My dah tak selalu balik macam dulu sebab tu
tiba-tiba dia teringatkan My… Allahuakbar….. T___T
Di saat My post entri ni pun My tak dapat tahan air
mata ni…. Sayu nya hati mengenangkan abah di kampung…. Hanya Allah dan abah je
tahu macam mana dia menanggungnya…. Tabah ye abah….
Hari tu My balik tak bgtau abah pun. My sampai je
rumah abah bukak pintu. Seronoknya tengok abah depan mata… abah pun nampak ceria
je bila tengok My balik… Sebak rasa tengok abah dah kurus… tangan abah lebam
sebab dialisis. Sekarang ni air pun abah boleh minum 500ml je satu hari… Korang
bayangkanlah macam mana perasaan My sekarang….
Sebagai anak, hanya doa dan wang ringgit je yang
mampu My hulurkan… My nak tolong abah berubat mana-mana My tak reti. Plus,
kalau belikan ubat-ubatan luar takut effect kat penyakit abah yang lain… Huh…..
My harap abah panjang umur… murah rezeki…. Dan diberikan kesihatan yang cukup
baik untuk hari-hari mendatang!!! My harap sangat-sangat!!
T___T










6 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:
kesian nye abah my... berat mata memandang berat lg bahu memikul kan... tabahkan ht yer...smg abah my diberikn kesihatan yg bpanjangan :)
harap My tabahkan hati..sedih baca citer My nie..Bebanyak bersabar ye My
semoga ayah my tabah hadapi penyakitnya.. dan dikurniakan kesihatan yang baik setiap hari.. klu sy kt tempat my pun, mesti sy sedih & sebak mcm my.. sabar k~
tumpang sedih baca entry ni...ayah akk pun sakit jantung, kencing manis n drh tinggi..tp so far xde le ginjal tu rosak (mintak dijauhkan la...)
berbalik pd soklan My:
klu ikut prosedur bukak buku mmg akan amik ms lbh kurang 60 - 90 minit, ms akk aritu cek kencing, amik drh - utk ujian HIV, Rhesus drh+ kump darah, BERAT BADAN, tinggi...bg nasihat gitu gini...soal siasat psl family background (history diseases) dll
xpe..muntah2 tu nnt mintak ubat yg bole kurangkan muntah..tp xtau la gomen ade ke x...ni akk bc dlm tenet ibu bole mintak doktor bg ubat yg dose kurangkan loya n muntah...JANGAN MAKAN UBAT2AN YG TIDAK DIBEKALKAN OLEH DOKTOR BERTAULIAH...takut efek pd baby.
g CHINA bln 6? mgkn kene tanya doktor kot...sbb doktor advice berdasarkan kesihatan si ibu...
sabar ye my.. mudah-mudahan abah my cepat sembuh!
Salam my.. Dulu opah mimi pun mcm ni jugak. Kencing manis tinggi kena cucuk insulin, kena dialysis semua. Kami semua mcm dah taktau nk ikhtiar mcm mana dah.Tapi lepas tu dia try minum maqbull herbs alhamdulillah lah dos insulin dia dah kurang. Badan dia pun cergas. Mi byk feedback maqbull herbs tu pun mmg elok. Ada yg gout 7-8 hari dah baik. Ada tu yg kencing manis dalam masa 3 hari dia buat blood test dia punya kandungan gula dah turun. Opah mimi pun dah cergas dan selera mkn dia dah ada balik. Harga maqbull tu pun x sampai ratusan pun. Kalau nk order atau tanya pape pm aimi ye mimi_slurpy@yahoo.com
Post a Comment