9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 15, 2012

Bukan Nak Mengadu....


Alhamdulillah…. I am 11 weeks plus now. Bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.. Cuma aku yang gagal untuk mensyukuri nikmat pemberianMu… L Mungkin My yang terlalu manjakan diri… layankan sakit pening segala… haih~ entahlah…. Orang yang pernah merasa je tau apa yang My rasa… Walaupun tak semua yang kita alami adalah sama… Mungkin cara kamu begitu… dan cara My begini…. Allah je tau kan?

Dah beberapa hari My tak online fesbuk. Sudah sedia maklum server kat opis ni memang blocked social network. My punya mobile internet plak entah kenapa beberapa hari ni tak boleh connect internet. Dah kehabisan limit usage barangkali. Nak call tanya operator malas. So, biarkan je lah. Walaupun kat rumah ada internet, memang dah jarang sangat online. Enchek hasben je yang rajin duk depan screen lappy tu. My? Lepas Isya’ biasanya dah masuk tidur. Nak bersosial dengan kawan-kawan di laman sesawang memang dah takde mood sangat-sangat.

Kehidupan seharian di rumah macam tu je lah. Kalau weekdays pegi keje balik keje, tidur. Weekend kalau takde apa yang betul-betul penting memang takkan ke mana-mana. Duduk berehat di rumah je. Nak keluar? Memang takde hati langsung. Kenduri kawan-kawan pun ramai sangat My tak dapat nak pergi especially yang jauh-jauh kat Johor nun. Tak larat. Plus, sejak preggy ni dah 2 bulan rasanya My tak keluar shopping. At least beli barang-barang keperluan rumah. Setakat ni barang yang penting seperti sabun basuh baju, toiletries semua masih ada… barang-barang dapur? Dah beberapa minggu My tak masak sebab tak boleh bau bawang segala… -.-’
ihsan google
Haih~ macam tu lah hari-hari My sejak preggy ni. Selagi loya, muntah ni tak hilang memang semangat My takkan datang. Allah n enchek suami je tahu macam mana My lalui hari-hari. Letih… letih sangat. Lebih-lebih lagi time keje. Mungkin sebab travel jauh sangat so bila duduk ofis dari pagi sampai petang… balik rumah jauh-jauh memang sampai rumah rasa flat giler. Semalam je dari pagi bawa ke malam My muntah-muntah. Makanlah apa pun memang akan keluar balik. My dah elak pedas, minyak… Tapi My tak boleh nak lawan. Makan ubat muntah? Buah? Biskut? My tetap tak boleh nak lawan…. Sampaikan bila dah tak larat sangat My akan menangis bila balik rumah… Sebab My sedih sangat tengok diri sendiri… My cakap kat enchek suami sampai bila My nak macam ni… My dah tak larat sangat-sangat… T__T

Bukan My nak mengadu… Tapi inilah yang My rasa… Dulu My tak faham kenapalah orang mengandung ni banyak sangat songeh.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. sikit-sikit tak larat lah apa lah. Sampaikan ada satu masa tu My merajuk dengan sorang kawan baik ni sebab tak datang majlis kawen My walaupun dia bagi reason yang dia tengah preggy. My cakap dia saja bagi alasan… setakat pregnant apalah sangat datang je lah kenduri My. Tapi sekarang bila My sendiri rasa, baru My tahu apa yang kawan My lalui tu tak semudah yang My sangkakan… T__T  Luaran orang Nampak kita ceria, sihat…. Tapi dalaman kita? Kita je tahu… My lemah… Tapi My cuba gagahkan diri… Kalau kita tunjuk sangat kita lemah nanti orang kata kita gunakan pregnant sebagai alasan untuk tunjukkan kita lemah… T__T

What’s now? Settlekan kerja ofis... Selagi tak settle memang tak sedap hati. Lepas ni akan ada kerja yang lebih ‘besar’ menanti. Harap sangat My boleh organize sehabis baik. I love my job… but kalau dengan keadaan macam ni, My takut My tak boleh buat. Come on My…. Kuatkan semangat…. J

I am almost to the end of first trimester. Apa yang My harap sangat-sangat… sekurang-kurangnya loya dan muntah My ni hilang masuk trimester kedua nanti. Yup. Memang My doa n harap sangat-sangat. My nak kuat bekerja… kuat buat kerja rumah… kuat makan… T__T Sekarang ni kalau tengok orang lain berselera makan rasa sedih sangat sebab My dah tak punya selera macam tu. Makan tak pernah habis walaupun makanan depan mata tu sangat-sangatlah sedap… T__T

Ku mohon nikmat kesihatan dan kekuatan dari-Mu ya Allah…….. ku mohon….. T___T

nota kaki: korang!!! tolong nasihatkan My!!!!!!!


11 comments:

YanaMIB said...

lama jugak my mabuk eh..erm buah dilema ada je jual kt hypermarket biasa..yana pernah bli kt giant..=)

kuat semgt mommy my! nnt bby pn ikut kuat cam mommy dia jugak =)

Teratak Hami said...

kuatkan semangat. Lepas dah habis mabuk etc, cepat2 prepare beli baju baby sebab nanti perut dah besar, lagi ler malas nak bergerak.

Masa pregnant adalah masa utk "bermanja-manja" :-)

Anum said...

wow lama gak my mabuk ek

Gadis said...

sabar ye My...
setiap orang mesti lalui keadaan mcm tu mase awal2 pregnant...

Gadis pun dapat tau pregnant mase mcm My jugak..
mmg teruk sesangat la rasenyer..
Istighfar banyak2 yer...

Alhamdullillah lame2 Gadis makin lame makin ok..
Insyallah x lame lagi mesti ok..
sentiasa fikir positive yer..
jangan fikir negative..
sepanjang kiter pregnant,sikit demi sikit dosa kiter yang lepas2 tu digugurkan..
Insyaallah..semua kuasa Allah..

sentiasa sabar n banyakkan berdoa yer..

With Julia said...

InsyaAllah mana tahu nanti nak masuk 2nd trimester smua alahan tuh dah berkurang sikit2...dulu masa julia 1st trimester tiap2 mlm x dpt mkn langsung...balik keje je tidooooo...yeszaaaaaaa itulah rutin harian masa 3 bulan pertama is tido...pastu masuk 2nd trimester alhamdulilah semua kembali normal...insyaAllah nanti my pun akan jalani perubahan sikit demi sedikit ya...jgn lupa minum air glucolin perisa apa pun x kisah utk bg tenaga dlm badan... :) selamat mencuba

Gadis said...

boleh je My kalau nak pegi scan...
walaupun x nampak lagi tapi nnti My rase seronok sangat sbb dapat dengar jantung baby degup2..

nnti bile rase terharu sangat2..
hilang rase mual2 sume..
^_^

ibuhebat said...

takpe, insyaAllah sekejap je tu.. kuatkan semangat.. jangan dok sorang2.. nt lagi rasa down..

Mira Amirudin said...

be strong :)

ziezah said...

untung lah preggy syg even muntah bagai...dari org yg nak preggy tapi xde rezeki lagi...huhuhu

my kuatkan semangat ok.. demi baby :)

Liyana said...

kuatkan hati my... demi anak :)

laila74 said...

Kesian baca kisah awak,mmg camtu peknen anak sulung,akak dulu pun sama bergayut kat singki muntah berkali2 sampei muntah kuning dik .menangis, menyesal mengandung!!!.tapi istifar banyak2 pas tu..jeles tgok org lain peknen cam biasa jer,tapi dlm nyesal2 nk masuk 5 anak akak.skrang pregge 8 weeks belum stat muntah lagi?seriau ni,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers