9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, May 23, 2012

Trimester Pertama bakal Berakhir


Subhanallah... Maha suci Allah yang mengurniakan sebaik-baik kejadian manusia... Berair mata bila tengok gambar di atas.... Begitulah agaknya sempurnanya sifat-sifat anak dalam kandungan My sekarang ni... Dah sempurna fizikal luarannya.. Tinggal masa untuk ditiupkan roh dan melalui proses pembesaran.... Tak sabar nak tunggu baby mummy membesar... :')

Maaflah, sejak kebelakangan ini semakin jarang hapdet belog. Kelemahan diri membataskan... Minggu lepas je dah masuk kali ke-5 My MC sepanjang pregnant ni. Balik kerja masa tu asyik berhenti sepanjang jalan berhenti muntah. Mana ada petrol pam My suruh enchek hasben berhenti. Tak tahan rasanya. Sampaikan keluar darah, tekak luka barangkali akibat hampir tiada apa yang nak keluar lagi dari perut... T__T  langsung My terus ke klinik jumpa doktor. Alasan biasa diberikan oleh doktor ditambah dengan sedikit nasihat... Doktor perempuan so My lebih selesa untuk bercakap apa yang My nak cakap sebab doktor perempuan amat memahami di saat-saat My macam ni. 

Masa jumpa doktor tu jugak, My ambil kesempatan untuk buat ultrasound. Walaupun masih awal, doktor benarkan untuk scan... Ya Allah... menitis air mata My tengok imbasan bayi pada skrin tu... Ye, ada bayi sedang hidup dalam rahim My.... :')... Dia masih sangat kecil... Sesekali My nampak dia bergerak-gerak... Enchek hasben pun nampak... gembira sangat dia sampai balik pun masih terbayang-bayang pergerakan kaki dan tangan baby... :) Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat perit jerih My dapat tengok baby dalam kandungan.... :')

Kandungan My sekarang dah berusia 12 minggu++ di mana trimester pertama bakal berakhir beberapa hari lagi. Keadaan My? Masih sama, tiada tanda-tanda menunjukkan loya dan muntah ni bakal berkahir. Malah makin teruk. Setiap hari My akan muntah pagi dan petang. Kalau malam tak tidur awal konfem akan keluar juga. Ya Allah... Pengalaman bermakna ini sangat menginsafkan My... Ini baru seorang anak... cuba bayangkan macam mana mak My boleh mengandung dan melahirkan 7 orang anak?? T___T

Ye... My kena kuat... Inilah pengorbanan seorang ibu yang perlu My lalui... Ya Allah... berikanlah aku kekuatan.... Kembalikanlah kesihatanku.... T__T

My harap, My doa semua ni (loya dan muntah) akan berakhir selepas trimester pertama ni. Bukan apa, lama sangat My tak keluar shopping. Baju hampir semua dah tak muat di badan. Baju maternity satu hape pun tak beli lagi... nak beli online takut tak kena size plak.. T__T  Kalau sihat sikit badan ni nak berjalan-jalan bolehlah My shopping apa yang patut untuk keperluan masa pregnant ni...  Mudah-mudahan My kuat dan sihat.... Doakan eh korang?

Esok My check up kali kedua. Pagi-pagi dah kena datang untuk buat MOGTT... minum air gula... Hurm, dalam keadaan yang masih mabuk-mabuk ni tataolah My boleh telan ke tidak air gula tu esok... Start malam ni kena puasa sehingga esok pagi. Risau gak My ni. Mana taknya, air putih memang susah sangat nak minum. Bukan tak cuba, dah try hari-hari tapi lepas tu mesti muntah balik... T__T Kalau esok check up kena kencing manis macam mana?? Ada apa-apa nasihat tak those yang dah pernah minum air gula out there?? Apa My nak buat ni? T__T

Mintak-mintak esok takde apa-apa yang serius... Moga anak mummy dalam perut ni sihat-sihat je oke... InsyaAllah....

8 comments:

Gadis said...

sentiasa kuatkan semangat yer My..
Insyaallah nnti makin lama makin kurang muntah2 n loya2 tu...
Sabar ye...

Gadis dh bape kali pegi klinik tapi x kene minum air gule lagi ni...

doktor x ckp ape2..Gadis malas nak tanyer..hihihi...

Liyana said...

xtau la petua ape2 my..
tp esok try minum slow2 je air gula tu k... takut meloya nt.. insyaAllah xde ape2 :)

noradzlina.kamdani said...

semoga my tabah...

kayrul-shah said...

sabar la My...kayrul dulu sambil 6 bln kandungan baru stabil dan tak muntah...masuk 8 bln muntah balik..memang melepek jer la macam My. Plastik sentiasa stand by dalam kereta..Tak kira masa dan tempat memang asyik muntah jer

mas saari said...

masa minum air gula tu jangan minum sikit2 nanti lagi rasa loya dan mudah muntah.. minum je terus sekaligus!

Teratak Hami said...

Sabar jelah .. dah dapat baby nanti, hilang segala penyakit. Lupa segala kesengsaraan. Tu pasal org boleh beranak ramai2.

Encik Suami said...

Bersabarlah.Tue la nikmat seorg wanita.besar ganjaran dan pahalanya disisi Allah SWT.Semoga anda tabah dlm tempoh kehamilan ini.

Anonymous said...

saya penah alami kencing manis sewaktu kehamilan.. memang kene repeat MOGGT tu hampir 5 kali sebab tiap kali test border line.. so at last saya mintak saja dilekatkan sticker hijau tu utk consider je kencing manis.. sebab dah tak larat nak minum air gula tu..

kite kene kurangkan makanan manis2..minum air masak sebanyak yg boleh..nasi berkanji pun kene kurangkan pengambilan..gantikan dengan roti meal penuh dan sewaktu dengannya..

sekarang saya sedang hamil anak ke 3 insyaallah..mabuk mmg tak terkata dari anak yg sulung alaminya..tapi setiap anak berbeza2 teruk/tidak mabuknya.. hanya allah yang tahu dan hanya allah melihat dan mendengar rintihan..

saya cube ambik minuman alfa lipid life line.. pagi2 sebelum makan ape2 mmg saya minum susu tu.. coz utk kontrol kite punye paras gula..saya tak minum susu anmum dan selain produk spt kandungan sebelum ni..kerana susu2 yg ade dipasaran semuanya ada kandungan gula yg membuatkan saya kencing manis.. so saya cube alternatif lain dengan mencuba susu alfa lipid life line..hope ok utk kali ni..

saya belum pegi utk bukak buku merah..saya nak tunggu after 16 weeks baru pegi bukak buku..coz kite mmg dah tau sedari awal die akan suruh minum gule..nak2 bagi pregy mummy yg umur 30 ke atas.. mmg wajib walau pun takde family history dan sebagainya..

susu tu agak membantu mengurangkan loya..walau pun still tak dapat stopkan loya tapi sekurangnya membantu juge..tidak kerap pening alhamdulillah..berbanding 2 kandungan sebelum ini yg celik mata terus pening bawak ke malam.. alhamdulillah mungkin allah perkenan juge doa sy memohon agar diberikan kekuatan walau tidak berdaya dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna..demi utk anak2 dan suami..

lepas minum gula ikutkan diorang tak bagi kite minum air masak banyak setakat segelas dua..tapi kalau dlm keadaan kite mabuk pasti kite muntah semula..jadi minum la air banyak skit tapi tak perlu la mention kt diorang..dari kite muntah keluar air gula tersebut nanti kite kene repeat minum so baik minum je air..then rehat..baring boleh but jgn tido..itulah skit info yg dpt dikongsikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers