9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, June 4, 2012

Sinopsis Hujung Minggu

Hai korang.... heee~ lama betul nak tunggu entri baru kan...-.-' Maaflah, seperti biasa mood dan kesihatan menjadi penghalang.. apa nak buekkk...

Anyway... I am 14 weeks++ now! Trimester kedua sudah bermula... Perut pun dah semakin mengeras dan membolat... My baby is 9cm now.. Tak sabar nak tunggu baby membesar, tak sabar nak rasa baby gerak-gerak... tak sabar nak betul-betul sihat dan merasai nikmat semasa preggy ni... tak sabarnyaaaa... :')

3 hari cuti weekend lepas, My pulang ke kampung halaman di Segamat Johor. Luckily Jumaat haritu cuti sempena Sabtu befday Agong so Khamis malam lepas kerja gerak balik Segamat. Hujan lebat, dekat pukul 12 tengah malam gak sampai. Mak abah pun dah tidur. Terkejut diorang My n husband balik, sebab tak bagitau pun nak gerak balik malam tu hehe. Seronok jumpa mak abah. Abah sihat, tapi semakin kurus yela sejak-sejak dialisis buah pinggang ni kan... hurm...

Jumaat petang esoknya, kami gerak ke Batu Pahat rumah kakak My. 3 kereta ke sana. Dah lama tak ke rumah Angah. Seronok berkumpul ramai-ramai. Semua adik-beradik ada kecuali 2 abang My di JB dan Perlis tak dapat balik. Sabtu tu kitorang ke rumah sedara belah mak di area Batu Pahat gak. Kenduri sepupu kawen. Lepak dari tengahari sampai petang kat rumah pengantin. Dalam kul 4ptg camtu My mintak diri gerak dulu pergi Kluang, rumah arwah nenek yang sekarang didiami oleh paksu My. Tak larat nak lepak lama-lama lagi sebab kepanasan dan sakit pinggang. Biasalah ibu mengandung hehe.

Malam tu, kami sedara-mara berkumpul kat rumah arwah nenek. Ada mesyuarat koperasi keluarga. Memang niat asal balik kampung sebab kenduri n mesyuarat ni la. Berkumpul ramai-ramai... makan sama-sama... Dapatlah enchek somi kenal-kenal lagi dengan pakcik makcik sepupu sepapat sebelah mak...:) Malam tu semua tidur kat situ... Sekali-sekala dapat berkumpul macam tu memang seronok...:)

Sepanjang 3 hari balik kampung rasanya hari Jumaat tu je My muntah-muntah. Itupun tak teruk sangat. Lepas tu Sabtu Ahad memang sihat-sihat je... cuma kepenatan... Tapi langsung tade muntah-muntah. Seronok betul rasanya. Tapim petang semalam masa gerak balik dari Kluang - KL... Allahuakbar... Sampai di hentian RnR tiba-tiba termuntah. Dalam kereta rasa mengantuk sangat... Tak dapat nak teman enchek somi drive so My tidur je kat sebelah. Letih sangat badan... Sesekali muntah jugak dalam plastik dalam kereta. Sampai je KL singgah rumah mertua. Belum sempat masuk rumah My dah muntah-muntah teruk kat longkang. Abis semua isi perut keluar... :( Petang semalam tidur je kat rumah mertua sampai dekat maghrib... Lepas maghrib baru gerak balik rumah.

Malam tadi lepas mandi, solat terus My masuk tidur. Badan tak larat sangat mungkin sebab travel jauh. Memang harap-harap pagi ni bangun rasa lebih lega sebab kena bekerja kan... Pagi tadi bangun dah muntah-muntah... Tapi gagahkan gak diri pergi ofis sebab lady boss tade harini... Tak sedap plak nak ambil MC. 

Sekarang ni tengah bengang sebab sepatutnya ada student praktikal nak masuk harini. Tunggu punya tunggu tak datang-datang. My call HR tanya tapi diorang pun tak tahu apa status budak tu sekarang. HR call budak tu tak berjawab. Haih~ tak jadi ke? HR pun My rasa baru bagi jawapan kat budak tu beberapa minggu lepas walhal lady boss dah request since April lagi. Entah-entah budak tu dah dapat tempat praktikal kat tempat lain. haih~ Nampak gayanya takde orang nak tolong lah My buat kerja pasni. Nak menanges dah ni. Memandangkan coming event tinggal sebulan je lagi kena settle. Dengan current kerja lagi nak settle, nak fikir event akan datang... mampu ke My buat sorang-sorang? T___T My ni dahlah selalu tak sihat, selalu MC... Uwwaaaaaaaaaaaaa.... tak laratnya!!!! 

Ya Allah tolonglah bagi aku kekuatan.... be strong My... be strong.... T___T

notakaki: sorry takde gambar langsung sepanjang hujung minggu sebab mmg sedia maklum, takde mood langsung untuk itu...-..-

7 comments:

Iffah Afeefah said...

siannye bace cite my ni

hope kurgla muntah2 tu bile baby makin besa

Rai said...

kesian..be strong ya..cabaran orang mengandung ni memang macam2.. take care..

masa preggy pun ada simpan plastik dalam keta..hehehe..

Anum said...

layaaaaaaaaaaan

With Julia said...

Dear My,
Byk betul dugaan adik ye...akak selalu tgk luahan hati adik selalu muntah wpun dah genap 2nd trimester...dik my, kuatkan hati dan cekalkan diri ye utk senantiasa kuatkan diri lalui pengalaman menjadi ibu...bkn senang nak dpt status mum to be neh...moga dear lebih kuat utk bekerja nanti...aminnn :D

yana lyana said...

take care ye..jaga kesihatan n baby dlm perut tu.. :)

noradzlina.kamdani said...

wah..seronoknya dpt balik kg...

alamak, muntah dlm kete tu yg x tahan tu beb..klu kak lin rasanye dh muntah dlm plastik akan bertambah2 muntah sbb tgk yg dh sedia ada....

Cinta Boolat said...

sabar yew awk...insyallah bila dah alahan truk, waktu besalin nnti mudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers