Perkara yang paling sentap My tak boleh dengar
ialah kalau ianya berkenaan ahli keluarga terutama mak dan abah…
Baru sekejap tadi akak tag di facebook bgtahu on
her way to hospital. Abah admitted! Tak semena-mena berair mata..
berdebar-debar jantung. Terus call akak tapi tak berjawab. Call mak yang pada
mulanya juga tak berangkat. Terus My tanya ‘Mak kat mana?’…
Mak dengan nada normal.. ‘Kat wad’…’tak ada apa-apa
jangan risau…’…. My dah sebak nak menanges.. cuba control suara yang nak
menangis tu. My tanya abah kenapa? macam mana? Mak cuma kata ‘jangan risau..
dah takde apa-apa’… ‘Abah ada ni ha tengah borak gelak-gelak atas katil ni’… My
senyap dan cakap ‘ok…’… Mak pun jawab ‘ok’… n terus letak… My tak boleh nak
cakap lebih panjang… sebab nak menangis sangat! Dengar suara mak tak boleh nak
control!
Allahuakbar…. My lemah. Lemah semangat sangat kalau
dengar berita kurang baik pasal mak dan abah. Lebih-lebih lagi sebab diorang
bukan depan mata My… T___T… My dah terfikir-fikir dah tadi… Kalau abah teruk ni
My kena balik malam ni jugak. tak kira. Tapi keje macam mana? Alahai….
Alhamdulillah… Abah takde apa-apa. Sepatutnya
harini abah buat dialisis macam biasa. Tapi nurse kat klinik dialisis tu cakap
jantung abah problem so tak boleh dialisis. Terus dipanggilnya ambulans bawa
abah terus ke hospital. Tak pasti apa masalahnya tapi everything is under
control. At this moment… yeah… How about tomorrow? The day after tomorrow? I’m
worried!!!
InsyaAllah, hujung minggu ni nak mintak izin enchek
hasben drive sorang balik Johor. Harapnya enchek hasben bagi memandangkan sejak
tukar kerja baru ni dia kena bekerja 6 hari seminggu termasuk Sabtu… T___T… My
tak bolehlah macam ni. Nak kena tengok abah depan mata.. My tak nak abah
sakit!!
Ya Allah… panjangkan umur abah… berikan kesihatan
yang baik buat abah… T___T… My ingat lagi tahun lepas, abah masuk wad time bulan
puasa. Lebih seminggu abah kat wad. 2/3 kali My balik masa tu walaupun bulan
puasa. Harapnya tak berulang lagi… dahlah Ramadhan 3 minggu je lagi ni… T___T






6 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:
semoga abah akak cepat sihat dan semuanya dlm keadaan baik2 saje... ^_^ bykkan doa ye
hope abah cepat smbuh yeee
Semoga semuanya baik2 sahaja. Insyaallah
kak lin pun cpt sentap klu melibatkan family matters...nk2 lg family kt JB kak lin kt pilah..jauh gak nk balik tu...3 1/2 jam klu xde hal...
from house tu tol simpang ampat (ikut jln pilah-tampin)jek dh amik almost 40 minutes...xble nk pecut..jln bengkang bengkok...
insyaAllah takde apa2 serius. Take care diri awak jugak.
insyallah tida pape..awk jg diri awk jgk
Post a Comment