Sah Fibroid!


Sebelum My berhujah dengan lebih lanjut, for those yang tak tahu apa itu Fibroid…

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean

Siapa yang kena fibroid senanya? Not me… but My sister! No wonder lately ni status dia kat fesbuk sedih je.. banyak berkaitan pasal sakit lah.. gi klinik lah gi pakar lah.. at the end… cakap confirm! Apa yang confirm My pun confius sampai lah malam tadi dia Whatapps My setelah persoalan ‘sakit apa’ di comment statusnya tak terjawab. Dia cuma tulis kat Whatapps, ‘Fibroid’… dan betapa kolotnya My boleh tanya ‘fibroid tu sakit pe ngah?’ owh demmmm! Ketumbuhan dalam perut rupanya!

Ya Allah… dalam hati, dugaan apalah yang menimpa kakak aku sorang ni. Biasa kul 10pm dia dah masuk tidur tapi malam tadi dah nak pukul 12am dia Whatapps My menandakan dia masih belum tidur. My tau dia resah, gelisah memikirkan apa yang doctor cakap siang sebelumnya tu… 2 kali ke private clinic katanya dua-dua mengatakan dia mengidap fibroid… Untuk pengesahan, dia ke Pakar pula semalam n doctor still say YES. Ada dua ketumbuhan di tepi dan tengah perut berukuran 2 cm… My cuma cakap kat dia… ‘dahlah tu ngah.. gi tido… jangan tidur sangat.. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.. nanti My tolong googling kot-kot ada mana-mana pusat perubatan atau ubat yang boleh membantu’… kesiannya Angah… L

My ada google sebelum tidur malam tadi… oh rupanya Fibroid tumbuh di dalam Rahim… Allahuakbar… no wonder lah Angah dah lama sangat tak boleh mengandung. Anaknya yang last tu pun dah darjah 2.. Dah lama dia teringin sangat nak mengandung lagi. Mungkinkah penyakit ni salah satu punca dia tak mengandung? Perhaps… Risau plak My mengenangkan nasib Angah… Dia kata appointment dengan gomen hospital hanya selepas raya nanti. What??? My sedia maklum… Angah n abang ipar tu pun keje gomen je, n My faham kalau nak ke pusat perubatan swasta sudah tentu makan belanja yang besar dan mungkin di luar kemampuan mereka. My terfikir… Ya Allah… apalah yang mampu aku tolong untuk ringankan beban Angah?

Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah Simptom Yang Dihadapi Wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran , pesakit akan mengalami:

Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung 
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.


Bagaimana Fibroid Ini Dirawat? 

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi 
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


Bagaimana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.


My tak tahu sangat sejauh mana bahaya nya fibroid ni tapi kalau dah namanya ketumbuhan tu… mestilah need to do something on it supaya ianya hilang ye dak. Angah ada cakap doc bgtau fibroid dia ni akan makin membesar n rawatan susulan nanti perlu masukkan sesuatu melalui kemaluan? Oh my………????!

U guys ada tak yang tahu lots pasal penyakit ni? Ada tak any penawar bagi fibroid tu mengecut ke? Pusat-pusat perubatan Islam ke? Apa-apalah… ?

Kalau ada pls lah let me know further… My nak dia sihat semula… L

19 comments:

CikPuan Ira said...

moga2 ur sis tabah hadapi

http://kamiboolat.blogspot.com

Anum said...

thanks for sharing

Mrs. Abi said...

makcik sy ada fibroid ni... byk smpai ade yg dh pecah2. then kena operate, buang... skrg dia sihat walafiat... tp dgr kata fibroid tu ade tumbuh lagi... tp dia ok aje...

hope akak kak my cepat sembuh...

mrs kayrul said...

mudah-mudahan sis My tabah...

kayrul dulu masa bersalin, ada satu benda terkeluar sekali tapi tergantung jer..doktor ingatkan ada kesan koyak kat rahim tue..

lepas seminggu bersalin g la jumpa doktor sebab tak selesa dan jahitan terbuka balik..terus masuk labour room dan jahit balik...

cukup anak sebulan datang jumpa doktor..rupa-rupanya ada Cyst..mujur la benda tue terkeluar sekali masa bersalin...masa jahit semula, doktor terus potong benda tue dan bawa g makmal untuk check takut-takut benda tue kanser..mujur la Cyst jer

dari sisi hidupku said...

oh mama saya pon fibroid.buat rawatan kat hospital putrajaya. semoga kakak anda kembali pulih.tp mama saya dah stop buat rawatan. cam dah malas.

Rai said...

my,
banyak saya dengar pasal supplement dan rawatan alternatif yang boleh mengecutkan fibroid..tapi saya cadangkan hati hati..sbb takut nanti timbul side effect lain pulak.. sebelum start apa2 rawatan alternatif..buat research betul2.. jgn ikut cuma berpandukan testimoni semata mata..bukan apa..kadang2 orang banyak yg nak ambik kesempatan.. bukan nak cakap diorang tipu.. cuma kita kena hati2..

Mummy Chenta said...

salam my,
chenta pernah terbaca yang lumiglow boleh mengecutkan fibroid dan cyst..
cuma my cari dekat FB page: http://www.facebook.com/MariHamil?ref=stream

RM135 price lumiglow tu..banyak kegunaan dia...try la..moga angah my cepat sembuh.

nanakimie said...

mak nana amalkan makan habatus sauda.alhamdulillah,da makin mengecut...

Anonymous said...

Saya ada fibroid...dah operate..lepas tu ok dan peknen...jaga makan..lebih mudah kena fibroid dgn makanan fastvfood, ayam, soya....dll jamu yg ada collagen dan mirifica dsbg akan membesarkan fibroid.org fibroid estrogen tinggi so jgn mkn benda yg meningkatkan estrogen...

Anonymous said...

Habatus sauda pregnant leh mkn x?sy pregnant n ada fibroid..

mynameismy said...

Anon

setau saya boleh je. tp cube refer kat org lain juge ye.. :)

Anonymous said...

Sy juga sedang megendong fibroisemasa mengandung. Alhamdulilah berjaya bersalin normal
Cuma masalah skrg fibroid ni masih ada dan seperti nk membesar.
Ada tok bidan ckp minum air pokok belalai gajah.

Rosmiza Ali said...

As salam My..

Saya baru scan beberapa hari lepaa & dokyor sahkan saya ada fibroid.. Ukuran 8.1x8.6cm.. Besar.. Skang tengah tunggu utk wat double check up esok.. Lepas tu terus mohon surat refer ke pakar.. Saya faham perasaan kakak My.. Tp alhamdulillah, kakak My sekurang2nya dah ada sorang cahayamata.. Tapi saya masih belum dikurniakan cahayamata.. Satu ujian yg agak berat utk saya tapi In Shaa Allah, saya tetap akan kuatkan semangat utk lawan penyakit ni.. Sekadar kata2 semangat yg saya boleh bagi.. Sy xnak org sekeliling saya susah hati & berdukacita dgn masalah kesihatan saya ni.. So utk buat diorang semua happy saya kena stay strong & happy utj mereka.. Pergantungab skrg hanya pada Allah.. Semoga DIA membantu kami

nadeya said...

sy pnghidp uterin fibroid sjk bln januari.dktr bg ubt slama 4 bln.pada bln 6 g scan kt pkr,size fibroid sy 11.9x8.8cm..dktr srh oprte pd awl bln 7.tetapi berlku pndrhn truk jd oprtion di tunda,risiko trlalu tinggi.kena ambik suntikan lucrin 2 Kali.kesihtn sy mkin x mnntu..skrg ni sy tgh tnggu hari nk oprte pd 27/8 nnt.

Anonymous said...

Salam..sy bru ye balik dr pakar puan, scan prot sy...ku sangkakan pregnnt.. rupa2nya doc kata sy ada fibriod..xtau nk ckap cmna lg..sdey sgt2..sy dh 4thun kawin blom ada rezeki ank..tiba2 ditimpa cmni plk...xtau apa yg perlu sy buat skrg..skrg google2 cri maklumat ja dlu..sdey sgt..

mynameismy said...

@anonymous

jangan putus asa sis.. fibrois bukan bererti hidup anda akan berakhir... atau bukan bererti anda tidak mampu mempunyai zuriat.. Cubalah perubatan2 yg ada masa kini.. rajin2 gugel dan buat research mengenai penyakit ni. Bukan sis je yang mengalami penyakit wanita ni tapi ramai lg di luar sana percayalah.. :) n ramai y survive dan boleh mengandung setelah mencuba berbagai2 rawatan.. :)

Jue Aina said...

Assalamualaikum..just nak share experience jue....Ju pun ada fibroid size 8cm x 9 cm ..masa Jumpa doc utk set date operation..dpt tau pregnant pula.so skunk ni dah 7 bulan..harap2 ju bersalin cukup bulan..n boleh bersalin normal..tuhan saja yg tau perasaan mengandungsaat ada fibroid ni.aduuuh sekssssa rasanya..x sabar nak bersalin cepat2..

Cik Rina said...

Assalam My & puan semua, saya Rina SID shaklee juga.

Saya pernah dibedah untuk membuang fibroid 17cm, dan selepas setahun ada fibroid baru 2.7cm. Saya amalkan supplement antioksidan Shaklee dan berjaya mengecutkan fibroid yang baru itu secara semulajadi. Baca pengalaman saya disini:

http://cikbellarina.blogspot.com/2014/08/cara-berkesan-kecutkan-fibroid-secara.html

Lis Bakar said...

Semlm saye bru berjmpe doktor dan mengesahkan saye perlu buang fibroid sebesar mcm bola tenis tpi besar lagik fibroid saya..doktor kate kne buang scpt mungkin..nti x bole nk peknen agi..mse mengandung anak sblm ni mmg ade tpi kedudukan fibroid di blkg baby so xde ape2 mslh..cume kne operate coz tulang punggung kecik..heee..saya risau nk operate agi...byk termenung ni..tgh mencarik mknan ape yg x bole di ambil oleh pesakit fibroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

Kawan-Kawan Saya! ^_^

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers