9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 30, 2012

Discharge & Masih Bercuti

Alhamdulillah.... My dah discharge petang semalam. Lega rasanya dapat tengok dunia luar.. Kalau duduk dalam wad tu lama-lama mau bertambah sakit kot... hehe. Harini My cuti lagi. Doc bagi MC sehingga Ahad. So, Isnin lah kot baru masuk kerja. adeh... jangan lupa jalan ke opis sudah...-..-

Jap lagi nak ke Klinik, ada appoinment check up seperti biasa. Bangun pagi ni badan still sakit-sakit... Yoko-yoko sentiasa di sisi tak pernah tak ada.. abes je terus beli, memang perlukan sangat menda alah tu.. badan ni makin lama makin berbisa.... :(

Enchek hasben kerja harini. Semalam dia dah ambil cuti sebab ambil My kat hospital. Pastu sibuk tolong apa-apa yang patut di rumah in law sebab adik ipar nak kawen Sabtu ni. Alahai kesian hubby.... Harapnya tak ada apa lah yang serius jadi kat My for at least coming 1week+ ni. Masakan tidak... minggu ni sibuk dengan wedding sis in law di sebelah perempuan... minggu depan plak bakal ke Kedah bawa rombongan pengantin ke rumah pihak lelaki. Enchek hasben antara orang kuat yang perlu membantu lebih-lebih lagi pa n ma in law pun bukannya larat sangat. So, janganlah ada apa-apa jadi kat My kalau tak kesian enchek hasben nak melayan mak buying ni haih~

Baby dalam perut aktif... InsyaAllah sihat-sihat je. Masa kat hospital ada scan, uri pun dah move ke atas haritu scan uri kat bawah. Jantina? belum tau lagi.. haritu dah scan tapi baby kepit-kepit tak bagi tengok haish. Masa scan kat hospital segan plak nak tanya doc jantina apa.. so, jantina baby masih menjadi tanda tanya... ada yang cakap boboy... ada yang cakap gugurl.... adeh... Kalau larat kang nak pegi lah scan 4D... tak sabar dah mommy ni nak tau jantina baby. Apapun jantina My tak kisah yang penting baby sihat dan selamat... :)

Anak mommy dah almost 7 months. Cepat sangat masa berlalu... tak sabar mommy nak jumpa permata hati dalam perut ni... Harapnya My dipermudahkan bersalin nanti... harap sangat!!! Amin.....

3 comments:

Anum said...

cepat masa berlalu kan

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah..semoga dipermudahkan semua urusan :)

mrs kayrul said...

selamat hari raya My...terkejut baca entri My..harap semua ok dan dipermudahkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers