9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, August 13, 2012

Persiapan Raya VS Persiapan Newborn


Sudah jadi kebiasaan setiap tahun bila menjelang Hari Raya je My n enchek hasben yang dulunya berstatus boipren akan ke sekitar Kuala Lumpur untuk shopping raya. Antara tempat-tempat wajib yang akan dikunjungi adalah Jalan TAR dan Masjid India. Tapi, dek kerana tahun ini My telah pun berbadan dua makanya niat turun-temurun itu terpaksa dilupakan. Lebih-lebih lagi kami tinggal kat hujung dunia… memang tak dan lah nak redah jammed KL tu kannzzz…. -..-

Persiapan raya tahun ni rasanya ala kadar je.. (ala kadar ala kadar pun beratus beribu gak lah ongkos nya keluar.. grrr) memandangkan kandungan pun dah berusia 6 bulan… persiapan untuk anak yang bakal lahir ni pun belum sempurna sepenuhnya lagi. Jadi, perlulah kami suami isteri memastikan simpanan yang ada tidak TERoverbudget so that persiapan untuk bakal anak nanti taklah tercungap-cungap ye dak hehe.

Untuk persiapan berhari raya nanti, nak atau tidak My memang memerlukan sekurang-kurangnya 5 pasang baju… whooooooo… masakan tidak, baju kurung yang ada telah pun tersimpan rapi dalam wardrobe.. langsung semuanya dah tak muat masuk badan lagi-lagi tang perut…-.-‘ So, kalau tak beli baju baru baju apa My nak pakai untuk beraya kannnzzz…. Jadi setakat ni dah ada beberapa pasang baju. Mostly baju maxi dan jubah. Nak cari kurung pahang pun tak berani takut tang kain plak semput bila pakai nanti almaklumlah perut dah ke depan hehe.

Kitorang bershopping raya dekat bandar-bandar terdekat je hehe. Weekend baru ni kitorang ke Tesco, Jusco, Selayang Mall je untuk shopping raya. Semua ada… tayah susah-susah nak ke KL hehe.  Mana yang ada, asalkan muat pada badan dan harga berpatutan My sambar je terus. Bukan senang dapat ajak enchek hasben keluar shopping macam ni kannn so janganlah bawa balik tangan kosong hehe.

So sekarang ni hampir semua complete kot cuma dalam banyak-banyak benda, kuih raya je belum ado hehe. Nak buat sendiri memang idaklah… Tengoklah nanti nak singgah je mana-mana kiosk yang ada jual kuih raya… kalau sedap beli je terus. Hehe… tayah banyak-banyak pun… macamlah ada orang nak datang beraya rumah ahahaha….

Persiapan newborn? Setakat ni rasanya hanya 30% complete kot. Nak beli banyak-banyak pun rasanya nantilah dulu.. Dulukan mana yang penting dulu. InsyaAllah lepas raya nanti kitorang shopping barang-barang anak sepenuhnya. Kalau prepare lambat-lambat pun takut gak.. manalah tau kalau-kalau TERdeliver awal kannn… ooppps!  Takdelah mintak… ‘kalau’ je… Harap-harapnya anak mommy ni takde apa-apa masalah n boleh bersalin pabila sampai waktunya dan keluarlah secara normal k sayang…. Amiiiinnnnnnn!

Till then!

2 comments:

Raidon said...

masa utk tukarrr barang utk barangann baruuuuu.. Raya :) :) korang dah mula shopping tak? Nak tanya je, korang shopping utk ape sume utk raya?

Raidon said...

perabot yg diorg tunjuk kat laman courts tu nampak bes ah.. Yg ak paling suka kat laman diorg tu, "RM10000 + RM1000 Petrol" !! Haha diorg buat giveaway :3 rasa macamm RAYAA. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers