9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah... kita dah berada di penghujung Ramadhan... Kejap sangat waktu berlalu kan? Rasanya macam baru semalam kita bertemu Ramadhan... Sekelip mata, Ramadhan bakal meninggalkan kita.. how's time flies...~

Tahun ni, tahun pertama My menyambut raya sebagai seorang isteri... Rasa lain sikit.. yela, kalau tahun-tahun sebelumnya My adalah di antara insan-insan setia yang menjadi penumbang Bas-Bas Ekspres mahupun Kereta Api... Beberapa minggu sebelum raya dah berlumba-lumba beli tiket untuk pulang beraya di kampung bersama keluarga. Enchek hasben yang dulunya sebagai boipren tu lah yang menjadi peneman setia menghantar dan mengambil pergi dan pulangnya My ke Segamat - Kuala Lumpur di stesen bas/kereta api.

Kini semuanya dah berubah.. dah jadi isteri enchek boipren... :) 

InsyaAllah raya tahun ni hari raya pertama My akan beraya bersama keluarga mertua di Kepong, Kuala Lumpur. Haaa orang semua bersesak-sesak jammed nak balik kampung My plak beraya di kota metropolitan hehe. Bukan apa, My yang suggest beraya dulu di sini sebab adik-beradik My yang duduk jauh semuanya turn beraya rumah mertua. Macam abang di Perlis raya ke 3 baru pulang ke Segamat sebab beraya di Terengganu dahulu. Abang di JB pulak mungkin raya ke 6 baru pulang ke Segamat sebab beraya di JB dahulu. Jadinya, My akan pulang pada hari raya ke 2 nanti dan berkampung di sana selama hampir seminggu. So, dapatlah jumpa adik-beradik yang jauh yelah jarang jumpa kan. Adik-beradik lain duduk berhampiran dengan Segamat so tak susah sangat nak jumpa. Lagipun, raya pertama nanti mak n abah takde kat rumah pun sebab diorang plan beraya di Taiping, Perak tahun ni (kampung abah). Jadi, ada baiknya My beraya di KL dulu ditambah plak adik-beradik enchek hasben ramai yang beraya di rumah mertua dulu.
ehsan google~
So, di kesempatan ni... My nak mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran buat semua pembaca setia blog My... Kalau pernah terkasar bahasa penulisan tak kira sengaja ataupun tidak, harap dimaafkan... kira 0-0 lah ye hehe. 

To those yang pulang beraya ke kampung halaman, memandu berhati-hati.. jangan terlalu eksaited nak beraya sampai lupakan keselamatan diri di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menanti di kampung... biar lambat yang penting selamat.. oke? :)

To those yang sedang pregnant macam My tu... raya nanti jaga sket makan. jangan main bedal je semua lebih-lebih lagi yang ada diabetes ke, darah tinggi ke... jaga perut tu baik-baik ye.. :) eceh cakap orang, diri sendiri tak sedooooo hehe. 

To those yang bakal melahirkan anak tika Syawal nanti... semoga segalanya dipermudahkan ye... jangan lupa kongsikan gambar newborn di belog nanti... :)

Syioknye nak raya yu olsss!!! Selamat Hari Raya & Selamat bergembira... :)

3 comments:

eyjalukman said...

selamat hari raya kak my :) nnti nk blek kmpung tu hati2 , kandungan kena jaga :) may Allah bless u .

Bakal Puan said...

bestnye MY dpt rse pnglmn rye umah mertua taun ni.. *jeles*

btw,sudi2 la sgah, follow n komen2 kt cni, http://praythebestforus.blogspot.com/

sgt memerlukn pndpt n pndgn dri X b2b. tq! ^_^

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Salam Aidilfitri! Buat para blogger di luar sana!! Jom join contest ini! 3 pemenang bertuah akan mendapat duit raya EDISI TERHAD sampul wajah saya!!;) Klik http://www.aimisyahirah.com/2012/08/contest-nak-duit-raya-cik-misya.html untuk maklumat lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers