9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, September 25, 2012

Antenatal Class by Al-Islam Specialist Hospital

Salam. Good day readers! :)

Masa sekarang pantas betul berjalan kan. Weekend yang lepas amatlah tidak terasa! tup2 dah naik kerja... redha je la... 

Anyway, Sabtu lepas My duduk di rumah je.. sedia maklum enchek hasben bekerja 6 hari seminggu, so whole day tu My habiskan masa mengemas rumah, basuh baju, memasak dan tidur sahaja. Niat hati nak keluar shopping barang baby lagi tapi fikirkan belum gaji lupakan saja hajat murni di hati. sob sob.

Hari Ahad, pagi-pagi lagi My dah bangun bersiap.. kejutkan enchek hasben sebab perlu ke KL pagi itu... ke mana? Antenatal Class... :)

Mula-mula takde pun niat nak ke kelas persediaan bersalin ni memandangkan kami tak punya banyak masa. Nak pergi weekdays waktu bekerja lah plak. Sabtu? Hasben kerja.. Puas gak survey kat mana antenatal class yang available untuk hari Ahad... Hah... 2 minggu lepas jumpa jugak... Terus booking dan bayar. Block schedule 23 Sept untuk kelas tersebut bersama enchek hasben... yeay! :)
Antenatal Class yang kitorang attend ni adalah anjuran Al-Islam Specialist Hospital atau dulunya lebih dikenali sebagai Pusat Perubatan Kampung Baru. Diadakan di Hotel Grand Seasons dengan bayaran RM100 untuk sepasang suami isteri. Pagi tu sampai kat hotel ramai jugak yang datang n mostly adalah couple yang bakal menyambut kelahiran pertama... :)

KELAS ANTENATAL 23.9.2012
Tentatif Program
MASA
PROGRAM
8.00 - 8.20
Pendaftaran
8.20 - 8.30
Perasmian Program

Oleh Dr. Ishak Mas'ud (Pengarah Hospital)
8.30 - 9.30
Anak Satu Anugerah Ilahi

Oleh Ustaz Ismat Nazirin Mat Isa
9.30 – 10.15
Perubahan Kehamilan dan Penjagaan Antenatal

Oleh Dr. Norlida Hj Khairon (Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan)
10.15 – 10.30
Rehat/Minum Pagi
10.30 - 11.15
Proses Bersalin

Oleh  Dr. Rosilawati Abdul Gani (Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan)
11.15 – 11.45
Kaedah Mengurangan Kesakitan Ketika Bersalin
Oleh Dr. Farahah Osman (Anaestesia)
11.45 – 12.30
Penjagaan Pemakanan
Oleh Sarah Sabreina Mohd Sabidi (Dietitian)
12.30 – 1.30
Persediaan Kemasukan Wad & Penyusuan Susu Ibu
Oleh Sis. Suzal Ashima (Ketua Jururawat)
1.30 – 2.45
Rehat / Makanan Tengah Hari / Solat Zohor
2.45 – 3.30
Penjagaan Bayi

Oleh Dr. Noor Aziah Mohd Saari (Pakar Kanak-Kanak)
3.30 - 5.00
Senaman Antenatal

Oleh Cik Aainaa Fatin Mohd Ahad (Pakar Fisioterapi)

Minum Petang

Bersurai





































Ahhaa.. kat atas tu tentatif program. Overall? Oklah kot. cumanya, agak bosan sikit dengan penceramah-penceramah yang ada.. Tak ramai yang ada sense of humour so enchek hasben dah bape kali menguap kikiki. Antara yang okay pun cuma Sister Suzal Ashima ketika membawakan tajuk kemasukan wad dan penyusuan. Setiap penceramah cuma ambil masa kurang setengah jam untuk membincangkan tajuk masing-masing so macam tak besh sikitlah sebab ada sesetengah tajuk yang tak dibincangkan in details. Nasiblah dia ada bagi handouts so bolehlah buat rujukan bila dah balik rumah. 

Last session adalah Senaman Antenatal. kikiki.. Sepanjang 7 month++ preggy tak pernah pun bersenam unless mengemas rumah sahaja hehe so masa kelas ni lah baru tahu cara-cara senaman yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang pregnant... So lepas ni bolehlah cuba.. ada masa 2 bulan je lagi ni... :D






Overall... okay je. Buat pun kat hotel kan.. foods semua haruslah okay.. terfikir gak.. bayar RM100 je untuk sepasang, then buat kat hotel? Kira worth it lah. Kalau My pegi training yang company hantar ni dah tentu mencecah RM2-3K hehe. 

Perlu ke kelas antenatal ni? Ikut koranglah. Bagi My tak perlu pun takpe... Tapi, amat bergunalah jugak untuk first timer macam My n enchek hasben ni.. zero knowledge pasal pregnancy, delivery semua ni kan.. so, sedikit sebanyak dapat jugak kami belajar perkara yang kami tak tahu. Sekurang-kurangnya... My dah tahu macam mana nak breastfeed anak dengan cara yang betul.. dan My tahu macam mana pernafasan yang betul untuk push baby bila bersalin nanti hehe. My harap sangat dapat bersalin normal... InsyaAllah... :) By the way, untuk tahun 2012 ni, ada satu lagi session untuk kelas antenatal ni tak silap My yang dianjurkan Al-Islam Specialist. Pada mommies to be out there yang berminat bolehlah ke laman web Al-Islam Specialist Hospital dan hubungi mereka untuk tempahan tempat... :)

Yang bestnya, kelas antenatal ni dapat free gift (lupa amik gambar), dapat free group photo dan sijil penyertaan... heee best kan.. :)

Kalau nak jugak... pegi lah register...:D

Till then! :)

6 comments:

Anum said...

bagusnya

Embun Melati said...

semoga semuanya selamat deliver baby tak lama lagi..:)

YanaUjang said...

mmg bgs pi klas ni sbnrnya..amek ilmu..bkn saje2..cuma yana dlu xpi pon..sbb malass..konfiden je lbh..wakaka :p

Liyana said...

wah x lame je lg ni.. kita dlu xde kelas2 bagai, main redah je serah diri kt sepital, sobbsss

*Vivilicious* said...

saya pun dah register class ni kat KPJ..free.that why la nak masok..wp tak pergi pun takpe..saje nak ambil pengalaman..hehe smoga dimudahkan untk melahirkan anak.

Teratak Hami said...

Ada sijil... hehe

Akak dulu pergi class yg DEMC anjurkan. FREE. Tapi masa nak bersalin, tak ingat menda. Nasib baik hubby ada kat sebelah, dia tolong ingatkan cara pernafasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers