Misi mempersiapkan kelengkapan bayi masih diteruskan. Cumanya sekarang
agak slow sedikit gara-gara dah banyak berbelanja sejak raya haritu.
Memandangkan gaji pun lambat lagi makanya kena kuatkan iman agar tak
teroverbudget dengan simpanan yang ado.. alamatnya akan menyesal di hari tua
hehehe. So, sekarang hanya cuci-cuci mata dan survey-survey harga barang baby…
ataupun dok diam je tak buat apa. Kalau tak dah tentu tangan si bakal ibu ini
akan gatal terus checkout shopping cart and confirm untuk order… -..- fuhhh
baik jangan…. Jangan buat masa ini… hehe.
Entry kali ni My nak cerita pasal salah satu wishlist barang baby yang
My dah listkan di entry INI. Wishlist yang
maksudkan adalah set tilam kekabu.. J
Tilam kekabu ni nak cari offline macam susah sket. Errr mungkin tak
susah tapi My je yang takde masa nak mencari. Lagipun, walaupun mungkin boleh
dapat lebih murah kat tepi-tepi jalan tu tapi mungkin design dan kualitinya tak
seperti yang kita idam-idamkan. Mungkinlaaa… Nak buat sendiri? sila sedia maklum bahawa My ni bukan insan berseni punya tangan ye. Nak harap emak di kampung? oh mak pun mesti takkretip jugak kalau tak mesti ilmu tu dah diturunkan pada sang puterinya hehe.
So, My dah pun survey beberapa
kedai set tilam kekabu online.. kualiti dan hasil tangannya memang perghhh…
kalau dah berkenan tu memang nak sambar terus la… tapi harganya? Boleh tahan…. Boleh
tahan mahal…. $$$$$... So, kenalah survey-survey which offer the best quality with
the best price.
Littledivaboutique is one of kedai online yang jual set tilam yang santek-santek… Tapi materialnya bukan daripada kekabu. Diperbuat daripada High Grade Fiber tapi masih selesa untuk anak tido. Tilamnya pun nampak tebal.. :) Kalau dilihat pada semua design-designnya memang tangkap
cintan… Untuk sesuatu yang cantek kenalah invest dengan harga yang cantek gak
kan… -..- So, harga yang ditawarkan adalah around RM190 – RM260… depends on the
design, material and what package you request kot. Kalau sebelum ni littlediva
ada jugak buat customize untuk item-item
yang dijual tapi sekarang dia jual ready made je. Ready made pun design still
meletops yu olsss… So, kalau harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan budget
korang for bedding set bolehlah ke littledivaboutique ye! J Size? Tak sure laaa…. Tanya
sendiri kat owner kedai la eh.. :D
Littledje menjual set-set tilam kekabu yang sangat ohsem. Buasanya akan keluar
ready made dalam album… so korang boleh tengok mana-mana set yang korang
berkenan dalam setiap album. Siapa cepat dia dapat! Harga yang ditawarkan
biasanya RM230 untuk set tilam bersama dua bantal kepala, 2 bantal peluk dan
satu bantal newborn @ karipap… Size tilamnya pun agak ohsem iaitu 30” x 40” dan
ketebalan tilam adalah 4 inci. Kau
mampu? Haa… jangan malu-malu ke littledje and beli terus hokee….. ! :D
Handmadebydiesha
Handmadebydiesha punya design and material kain sarung pun sangat berkualiti. Boleh pilih design kain mana yang kita nak di dalam album yang disediakan. Harga untuk set tilam adalah RM230 tidak termasuk kos pos… kos pos RM15… hurm…. Bersesuaianlah dengan hasil tangan dan kualitinya kot… Beli? Errr… cuci mata je lah kot tengok hasil-hasil kerja tangan manusia tangan kretip nih…. -.- err...ada berbaur jeles di situ.
Kak Junita Khalid… Rasanya dia takde website sebab cari-cari tak jumpa. My jumpa dia ada jual set tilam pun from google. Ada blogger yang review pasal hasil tangan beliau. Nampaknya blogger itu berpuas hati… Makanya My cari beliau di facebook dan mintak quotation untuk set tilam baby. Tengok hasil-hasil yang pernah dibuat, memang jatuh cinta… rasa nak beli set tilam tu untuk diri sendiri…-..- Harga? Masih diluar batas kemampuan… mampu.. tapi My tak budget sebanyak itu hanya untuk set tilam baby… RM 220… kos pos sebanyak RM20. Sob sob sob…
Wanisablogshop
Wanisablogshop pun ada jual set tilam baby yang memang sangat ohsem! Size nya tak pasti plak berapa yang pasti design-design yang disediakan pun sangatlah menarik hati… Harga? Boleh tahan jugak… Rasanya harga ni depends apa yang yu ols nak kot. Macam My haritu mintak dia quote untuk set tilam consist of Tilam, dua bantal kepala, dua bantal peluk dan satu bantal newborn@karipap. Harganya RM185 termasuk pos. Alahai… ku KIV dulu…. -..- survey lagi dan lagi….
Tilam Kekabu Ibuku
Tilamkekabuibuku juga ada
sediakan set tilam untuk baby. Tapi My agak kurang berkenan dengan jahitan dan
design sarungnya. Mungkin pada gambar je kot nampak tak best.. kalau dah sampai
kat tangan who’s know? Hehe. Haaa… kat sini boleh dapat harga serendah RM110…
paling tinggi harga yang My nampak around RM210 kot. Tapi bergantung kepada
cotton gred. Ada gred A dan B. so pilihlah yang mana yu ols nak. Kalau nak lebih
murah atau tak berkenan dengan design kain-kain yang disediakan, boleh jugak
sediakan kain sendiri.. Cuma bayar RM100 untuk set tilam dan kos menjahit. Postage? Tak pasti harga dah
termasuk postage atau belum. Boleh tanya tuan kedai for further info ye!
Bantalkekabuventures
Design-design dan hasil kerja
dari Bantalkekabuventures pun tak kurang ohsemnya… yang ni My jumpa di facebook beliau. Mintak
quote untuk set tilam baby (tilam, satu bantal kepala, satu bantal newborn, 2
bantal polok) diberinya harga RM180 termasuk postage. Dapatlah diskaun RM5 dari
kedai di atas kannzzz heheh. errr… masih di luar budget tuh. KIV lagi dan
survey lagi hehehe….
Mybantalkabu punya design dan
material pun agak menarik. Harga bergantung kepada design yang kita nak. Ikut
daripada review customer yang dah beli pun nampak berpuas hati. Harga yang My
nampak paling murah around RM150, RM185, RM190… depends lah design yang macam
mana.. dan semua harga biasanya termasuk kos penghantaran… J
Manjakucomel adalah kedai yang
bukan sahaja menjual set tilam kekabu untuk bayi malah ada juga barangan-barangan
lain. Harga set tilam bayi masih dalam batas kemampuan tapi yang tak bestnya koleksi
designnya agak terhad. Jual set tilam ready stock tapi kebanyak design yang My
berkenan semuanya dah sold out dan takkan ada restock untuk design berkenaan
sob sob.. design yang tinggal My tak berkenan lah plak… tapi masih KIV untuk
proses pembelian hehe. survey yang lain dulu hehe. Kalau anda berkenan dengan design
yang ada bolehlah proceed for order.. harga RM150, postage RM13… J
Kedai mini Kelantan
Kedaiminikelantan menawarkan
harga untuk set tilam bayi dengan harga yang agak murah.. RM130 untuk gred B,
RM170 untuk gred A… postage RM15. Within budget maybe cumanya My tak berkenan
dengan design tilam berkenaan. Bantal peluknya versi leper… My suka versi bulat
silicon baru syiok baby tido hehe. Nak beli? Silalah check it out.
Afifi Afiq
Set tilam bayi ni My jumpa di
unknown shop. Sebabnya, dia tak ada kedai online. My jumpa pun sebab dia ada
iklankan kat internet. Saja cuba, My sms je tanya harga. Sms berjawab.. Owner yang jual set tilam tu nama dia Afifi Afiq. harga set tilam RM100
sahaja dan kos penghantaran adalah RM20. Dia jugak ada email kan contoh-contoh
design set tilam bayi yang dah ready stock. Jahitannya agak menarik dan kemas. Cumanya
size tilam tu macam agak kecil berbanding set-set tilam lain yang My jumpa.
Hurm… will keep in view… hehe. Kalau korang pun rasa jahitan ni kemas dan menarik bolehlah email kepada En. Afifi Afiq di tilamkekabu69@yahoo.com atau sms ke no. 013 5947844.
************************
So, camne? mesti korang pun berkenan tengok kan? especially mommies to be out there la... Kalau rasa list above adalah within your budget untuk set tilam baby, bolehlah beli. Tak rugi pun.. lagi-lagi beli yang made from kekabu kan... syiok je anak kita tido nanti hehe...
Anyway… semua kedai yang My jumpa
ni memang hasil tangannya sangat ohsem… kerja tangan kan haruslah ohsem… dan
harganya juga opkos lah ohsem jugak…-..- Ada tanya pada enchek hasben.. hurm…
dia kata beli je kat kedai-kedai yang ada jual tu kat Anakku ke.. Pureen ke…
isk isk… tak santekkkk…. L
Kalau My beli je pastu baru cakap kat dia kira menderhaka tak? Hahahahahahaha…
tangan dah gatal sangat ni nak beli…:D
Tapi, yang mana jadi pilihan
kalbu? Wait n see ya…. J
dah decide n beli nanti My review untuk santapan yu ols oke… J
Till then!












8 ,167 orang dah membebel. nak bebel jugak klik sini:
cantik
rase number 3 tu nice je tengok.. warna lembut.. sesuai untuk girl, kalau laki yang ade corak bola tu kot.. =)
Comel2 semua.
Masa lahirkan anak 1st, nenek hubby jahitkan tilam kekabu. Tapi pakai kejap jer sebab berat. Berat nak alih-alihkan. Kejap nak letak kat luar, kejap lagi nak masukkan dlm babycot. Atlast pakai yg biasa jual kat Jusco tu.
Komen akak tadi bukan nak "jatuhkan" semangat My tau !!! hehehe ... kalau dah berkenan, why not belikan. Kalau material esok, boleh pakai turun-temurun.
umang ai...bleh thn jgk hrga tilam baby ni eh..
tilam kekabu memang mahal skrg..
nasib baiklah akak ada tilam kekabu yg arwah mak buat masa anak sulung dulu, sampai sekarang masih elok dan boleh pakai..he3
set tilam yg paling 1st tu teramat sgt comel. berkenan ler plak zie. hehe
Hie..jadi awak beli set tilam dari yang mana satu nie ?? bleh bagi review tak..tq
Post a Comment