9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, September 13, 2012

Mak buyong KIV untuk Insulin | Bapak Hidap Cancer tahap 4


Huh…. My tahan nak menangis je sekarang ni. tak tahulah kenapa. Mungkin banyak sangat berfikir… mungkin sebab kepenatan teramat sangat. Makin perut membesar.. makin penat My rasa... Badan My tak mampu nak kawal penat yang datang macam dulu… Dulu kalau banyak kerja, banyak fikir.. even terasa sangat-sangat penat pun My masih mampu terus buat kerja.. sekarang ni, makin banyak fikir.. My jadi serabut..jadi tension… L
google~
Semalam sampai rumah dah gelap. Kalau tak kuar ofis sharp lepas kerja memang lambat lah My sampai rumah. Dahlah dekat stesen tu takde lift.. tangga tinggi nak mamp… bayangkanlah cane mak buyong terhegeh-hegeh panjat tangga tu… Kalau dulu ilek je My lari-lari anak naik tangga,sekarang ni naik tangga kena sambil pegang pemegang tepi tangga tu.. -..- Pastu turun tangga sebelah sana plak… sampai bawah mengah macam hape… Ditambah dengan kaki sakit lagi… L Balik semalam lepas Maghrib My menangis-nangis… tak tahulah kenapa. Mungkin banyak sangat fikir. My risaukan anak dalam perut pun ye… My fikir cane nasib time beranak pun ye… huh… entahlah…. L

Enchek hasben tengah request parking kat tempat kerja dia. Dia pun kesian kat My makin hari makin tak larat.. Nak berjalan n naik tangga tu yang agak seksa sket. Kalau My drive pun, tempat parking jauh giler.. so no point la kalau bawa kereta pun sebab kalau dah parking kereta kang, kena jalan jauh jugak.. dahlah sekarang ni kaki sakit makin menjadi-jadi lagi2 tang betis… haish~ L Sekarang tengah tunggu approval tempat kerja enchek hasben.. so lepas ni bolehlah dia hantar My kerja naik kereta tayahlah My nak kena jalan kaki jauh-jauh, naik tangga tinggi-tinggi. Tapi tulah, rumah jauh kan.. alamat kena kuar lepas Subuh leee…. Takpela, demi anak… 2 bulan je lagi… moga Allah permudahkan kami… Amin….

Anyway, tadi My pergi check up… 2 minggu lepas HB masih rendah so kena datang balik minggu ni. Lepas ni pun dah start 2 minggu skali ke klinik sebab dah lebih 28weeks. Dipendekkan cerita, hasil check up tadi tidak memberansangkan… HB My dah 3 minggu berturut-turut masih rendah… minggu sebelum ni 10.7, 10.8… minggu ni turun balik 10.6…. kalau bawah 11 memang dia merahkan terus dalam buku tuh. Aduh… pening dah. Cane lg nak bagi HB tu naik balik… L Tak cukup dengan tu, kena sound plak pasal BSP minggu lepas yang ada bacaan sampai 7.5… errr.. senanya kan, bacaan tu 8.5… tapi sebab malas nak dengar nurse, doc pot pet My turun kan lah jadi 7.5… sekali tadi itupun dia kata tinggi daaaa… Minggu depan dia suh repeat BSP.. kalau tinggi jugak bacaan KIV untuk insulin sebab bacaan yang sebelum ni pun ada sampai 8.0. ahhh sudah.. Tu yang My taknak dengar tu… Tamo cucuk insulin pls…. takkan lah sampai seteruk tu… chill la wehhhhhh… L

Huh… macam-macam dah dalam pale otak ni. Tengah pikir camne lagi lah nak kawal makan ni… L sekarang ni memang My dah try control dah… air manis memang tahan sangat nafsu ni taknak amik.. air putih memang tiap2 masa bawa bekalan Tupperware tu.. nasi pun sekali sehari je makan… sayur amik lebih.. buah pun sepotong je… apa lagi My nak buat ni? My taknak sampai cucuk insulin… My taknak ada apa-apa jadi dengan kandungan.. My nak bersalin normal… huh… L

Tak cukup dengan masalah diri sendiri, semalam enchek hasben dapat berita daripada doc ayah dia disahkan mengidap kanser… kanser apa.. tak pasti tapi dah tahap 3 atau 4, dah makan paru-paru. Allahuakbar… macam-macam hal lately ni… kesian kat enchek hasben. Bapak sakit.. bini dia plak sakit sana sakit sini… pasni nak pikir bini bersalin lagi.. haih~ Dah 2 minggu bapak kat hospital… minggu depan nak tak nak kena operate. Lepas tu kena start buat kimo…. Hurm… Moga bapak kuat… n sembuh seperti biasa… kesian kat mak… sampai sekarang ni setia jaga bapak kat spital tu. Adik enchek hasben yang bongsu duduk rumah kakak dia, tengah struggle untuk coming SPM… haih~ lepas ni apa plak?

Nasib baiklah abah My sekarang ni stabil.. masih meneruskan rutinnya cuci buah pinggang… Harap-harap takdelah dengar berita-berita kurang enak dari kampung… risau gak My satu satu datang… Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga… kau berikanlah aku kesihatan yang baik.. kau sembuhkanlah penyakit kedua orang tua kami.. kau berilah kekuatan kepada suamiku… kau permudahkanlah ya Allah…… L

Nota kaki: Tadi scan baby kat klinik. Alhamdulillah baby sihat dan membesar mengikut tarikhnya. Lepas ni dah kena start kira movement baby… J

6 comments:

mas saari said...

kena kontrol diet lagi my..
akak ni kontrol diet punya pasal sampai 10 kg turun berat badan, tapi takpelah sbb nak maintain gula dalam darah kan.. mmg tak nak insulin ni!

biasalh problem time mengandung ni, jangan fikir byk2 sgt nanti memudaratkan my dan baby..

akak ni ada masalah jantung pulak.. kena refer hosp serdang pulak sekarang! risau jugak tapi akak tak nak fikir sgt, harap2 takde apa yg serius..

my byk berdoa dan bersabar ye!

Anum said...

harap2 semua berjalan lancar ya

Alysha Syahirah said...

insyallah tak ada pape... akak jangan pk yang bukan-bukan... cuba tenangkan fkiran tuh.. alysha arap semua nya akan berjalan lancar .. aminnn :)

Puan Simply Syeeda said...

my kena GDM ke?? sama lah kite. smpai dh boring nak p wat BSP.tkpe,think positive k.. jgn tension2.nnt bb pun tension gak. ada org suggest vitamin IBERET sesuai utk naikkan HB.. cubala tgk. tkpun,bykkan mkn kerang k!

Anonymous said...

@Puan Simply Syeeda bkn makan kerang tak elok ke masa mengandung? takut efek kat baby. anyway, byk berjalan bagus utk memudahkan time bersalin. ni pendapat sy la

Zie Madini said...

Harap-harap semuanya ok ea nanti. Jaga pemakanan ek, my :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers