9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, September 11, 2012

Mommy & Baby Wishlist

Setakat ni, My dah belanja RM700++ untuk kelengkapan bayi.. bagi yu ols.. melampau tak? My pun tatao apa yang My beli barang nampak macam barang-barang biasa je tapi dah belanja almost 1k.. -..-  Itupun belum complete 100% tau.. ada beberapa barang-barang kecil lain+barang-barang besar lain yang belum di beli… Yang kecil tu mungkin benda-benda remeh.. yang besar tu mungkin barang-barang yang boleh dianggap perlu atau tidak.. keperluan atau kehendak… -..-

Kalau dulu masa nak kawen, ada beberapa wishlist atau angan-angan yang My nak buat untuk majlis wedding antaranya guestbook, guestbook corner, button badge, photobooth, bunting, etc. Bila on the day of wedding.. Alhamdulillah ada a few angan-angan yang dapat dicapai, yang mana out of list tu barangkali di luar kemampuan My ataupun rasanya tak perlu pun maklumlah wedding kat kampung je pun… hehe. Itu dulu, now bila dah preggy n bakal dapat anak makanya bersusun-susun wishlist yang My nak belikan untuk baby kesayangan ni… Eksaited keterlaluan... budget semua fikir pasal anak anak anak.. maintenance mommy? Langsung tak masuk carta apatah lagi maintenance daddy nya hihihi..

So, here are my wishlist for our newborn… mommy punya wishlist okay.. kalau daddy tau ni mesti dia akan cakap… “beli ikut keperluan bukan kehendak”….  Kalau bagi My, semuanya KEPERLUAN… :D

Set Tilam Kekabu
ehsan google~
My sangat-sangat jatuh hati dengan set tilam baby lebih-lebih lagi yang made from kekabu… Ia bukan saja selesa but also sangat comel untuk bayi lepak n tidur di atasnya hokay.. Biasanya set-set tilam yang ada jual kat luar tu boleh dapat less than RM100.. tapi tu lah, langsung My tak minat walaupun sebenarnya tilam-tilam tu okay je. Untuk anak lepak-lepak n tidur je kottt… Itupun entah berapa bulan awal je guna kan… Tapi My tetap berkenan yang jual online tu… handmade, kekabu… Price range? around RM150 – RM250… malah ada yang lebih mahal… tapi dilihat pada kualiti dan hasil tangannya memang puas hati… hurm..

My dah jumpa beberapa kedai online yang jual set tilam bayi ni dan tengah nak survey yang mana boleh dapat kualiti yang sama tapi dengan harga terendah… dalam pada masa yang sama masih berfikir… berbaloi ke beli mahal-mahal untuk set tilam baby sahaja… L hurm… will see… Later dalam entry lain My kongsikan kedai-kedai online yang jual set tilam baby tu oke?

Sterilizer and Warmer
Ehsan google~
Yang ni pada awalnya tak masuk dalam list pun sebabnya, ada kawan cakap… mula-mula je eksaited n rajin guna menda alah ni… end up, tak guna pun n basuh manual je. Terfikir gak pe dia cakap tu.. dahla jenis My ni awal-awal je rajin kang kalau dah penat kerja ke apa ke confirm My dah tak guna dah kan.. Cuma lately ni je My banyak baca pendapat orang pasal menda alah ni… ramai gak kata ianya perlu dan sangat-sangat berguna. Hurm… entah! Korang rasa macam mana? Perlu ke tak ek? -..-

Baby Carrier
Ehsan google~
Hurm, yang ni My rasa memang sangat perlu… Yela, nanti nak berjalan-jalan penatlah nak dukung baby sepanjang masa kan.. buatnya baby bambam mau lenguh tangan hihi… Cumanya, My rasa menda ni boleh beli lepas pantang nanti kot? Yela baby baru lahir takkan tak larat nak dukung kan.. lagipun takkan nak pegi shopping, jalan-jalan time berpantang lak hehe. So, maybe baby dah 4 bulan ke atas kebaru beli kot? Save budget sikit.. Tapi brand apa yang okay ek? My ingat nak beli yang boleh adjust macam-macam position.. boleh guna kat depan, kat belakang, sambil baby baring pun boleh guna… which brand do you prefer?

Stroller
Ehsan google~
Stroller ni My tak tahu lah perlu atau tidak.. Kebanyakan kawan-kawan My memang sarankan suruh beli… memudahkan lebih-lebih lagi kalau mommy2 nak shopping kannzzz… hehe.. Cumanya, nak ke anak My nanti duduk dalam stroller tu nanti? Sebab tak semua baby suka duduk dalam stroller kan? depends. Hurm, mungkin My kena beli tapi bukan sekarang kot? Brand apa yang okay ek? My nak jenis yang baby boleh baring n duduk n… yang ada banyak compartments n..  yang boleh pakai sehingga anak berusia 4/5 tahun… J bape banyak ‘n’ daaaaaa.. Will see… kalau nak beli pun mungkin bukan sekarang… what say u?

Baby Car Seat
Ehsan google~
Yang ni pun perlu kot. Kalau My drive sorang senang nak bawa anak ke sana ke sini kan. Kalau daddy nya ada pun letak baby kat belakang dalam car seat takdelah mommy penat dukung kat depan kikiki boleh gitew? :D So, brand apa yang tahan lasak? Errr letak dalam kereta je pun apa yang lasaknyaaa… Janji boleh pakai sampai bila-bila.. so bolehlah diwariskan pada anak ke 2, 3, 4, 5, 6, 7…. Erkkkk…~  Anyway, carseat ni lepas pantang lah baru beli kot?

Breastpump
Ehsan google~
Hurm, yang ni mommy punya wishlist… untuk baby mommy jugak… J InsyaAllah, My berazam nak fully breastfeed anak My sehingga 2 tahun… fuhhh bunyinya macam mampu tak mampu je kan.. tapi My akan cuba selagi mampu sebab.. susu ibu adalah susu yang terbaik! So, breastpump ni mungkin dapat membantu dari segi storage dan penyusuan botol bila My dah kerja nanti. Yang ni kena beli sekarang kot at least yang manual pump dulu yelah kena lah ajar anak menyusu botol di akhir-akhir pantang nanti… Kalau tak ajar takut anak tak nak isap botol plak susahlah kalau mommy dah naik kerja nanti kan.. Breastpump mana yang yu ols rasa terbaik? Sebab lain orang lain citarasa.. ada yang okay pakai brand A, ada yang okay pakai brand B… My? Entah.. tak pernah cuba plak… -..-

Confinement Set
Ehsan google~
Mommy punya wishlist hehe. Set bersalin… perlu tak? Kalau tanya My… My nak kurus selepas bersalin!!! Cumanya, set bersalin ni tatao lah perlu ke tak.. Kalau ianya sangat menyumbang untuk My kurus.. makanya, perlulah. Tapi jenis apa ye? Ada orang kata brand Nona Roguy okay… Amway pun okay… u guys rasa? Lepas tu yang jenis ber set-set ni konfius lah.. banyak sangat benda nak pakai or makan… -..- n satu lagi, My tatao My bersalin normal atau tak.. let say ceaser.. selamat ke guna set bersalin ni?

Bengkung? Harus beli!! My nak kurussssssssss!

Hurm... setakat ni tu je lah kot wishlist untuk baby and mommy.. di mana ianya antara barang-barang yang melibatkan kos yang tinggi berbanding barang-barang lain... So, kena beli berperingkat-peringkat kot.. kalau beli semua sekaligus takut terasa 'kopak' plak pocket nanti... hehe... 

Ada barang-barang lain yang korang rasa My perlu beli tak? Apa ek?

8 comments:

Rai said...

salam my,

pendapat peribadi lah..persiapan baby ni ikut kemampuan..asalkan tak berlebihan dan mendatangkan membazir kemudian ok lah.

(1) set tilam kekabu - bagus kalau ada sbb tilam ni sejuk.tapi kalau pakai yg biasa pun ok. dulukan yg mana penting..kalau ada sedara mara yg tukang jahit boleh jugak beli kekabu tu lepas tu mintak tlg diorang jahitkan. lebih jimat.

(2) sterilizer dgn warmer - personally ianya memang memudahkan. tapi saya just rebus botol susu dan panaskan susu guna air suam je.

(3) baby carrier - beli lepas pantang je la..

(4) stroller - kitorg ada 2 stroller.end up bebudak ni taknak pun duduk dalam tu. terpaksa beganti ganti dukung

(5) car seat - penting utk keselamatan

(6) breastpump - saya dulu beli lepas nak habis pantang. sebab boleh pegi cari dan test drive sendiri.. cuba tengok kat group fb KIM.

(7) set bersalin - da nak masuk anak ketiga ni saya rasa sangat penting..badan nak tahan lama.. mudah nak turun berat, nak lebih cepat baik..better guna dengan berdisiplin..nak tengok review pasal set bersalin tropical herbs amway boleh baca kat blog saya.. set bersalin tu dtg dengan bengkung sekali :D

good luck!

mas saari said...

my pergi kat website ni www.onebabyworld.com.

kat situ ada jual set breast pump dengan harga RM599.. dapat free strilizer dan warmer! pastu ada byk lg dapat brg..

akak dah beli dah!

KAMIHIDUP said...

Dah nak dapat anak? Tahniah. :)

mynameismy said...

@Rai

Thanks sis for the advice! berguna sgt hehe... :)

mynameismy said...

@mas saari

Wah pantas..
kak mas beli brand ape?

mas saari said...

yg pakej akak beli tu brand autumn.. tak try lagi pun! seblm ni mmg tak pernah beli breastpump pun..

tp semua jenama sama je rasanya!

Teratak Hami said...

Benda2 wishlist tu mmg perlu ada tapi ikut kemampuan.

Kalau ikut pendapat akak, paling penting bagi akak adalah breastpump. Akak boleh "meroyan" kalau bengkak susu. Tapi akak beli jenama Pureen jer RM150.

Jamu akak tak makan lagi walaupun baby dah 2 bulan ni. Tu sebab tak kurus .. hehe. Sebabnya tgh breastfeed baby. Tiada masalah rasanya nak makan jamu tapi akak tak confident. Jenama AMWAY ok jugak.

noradzlina.kamdani said...

rm700 tu xde le melampau..sebenonye mmg harga brg2 baby skrg nih mahal..kak lin pun terkedu gak ms dok capai2 brg2 baby...
mgkn sbb rezeki lbh utk baby kali ni..banyak yg kami beli berbanding zmn syaza dgn ikram dolu...
tp mcm biasa la..kak lin agk strict ttg perbelanjaan..ayahnye jek yg over ..terlebih excited dpt baby baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers