9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, October 25, 2012

Eksaited keterlaluan!

Good day yu ols…

Terasa mcm hari Jumaat plak today kan.. mungkin sbb today last day keje minggu ni kan tu pasal rasa macam Friday huhu.

Pagi tadi gi check up as usual. Cepat plak siap tak sampai sejam pun.. mungkin nurse-nurse sedang tak keruan nak pulang ke kampung cuti raya haji hihi. Check up tadi okay kot. HB dia tak check pun nape tah tapi last HB dah naik 11.7. Berat naik 2kg dalam masa 2 minggu… sekarang dah 71kg huhu… sakit kat pubic bone? Masih terasa dan tade rasa kurang pun… L so macam penguin lah My jalan ke sana sini… Doc offer bagi MC tadi tapi memandangkan kerja-kerja yang bersusun laju je My geleng bgtau yang My masih mampu bekerja. wallah! -..-

I am 34weeks++ now… Semakin hari semakin berdebar-debar.. tapi sangat eksaited dan tak sabar nak tunggu ‘orang baru’… Haritu ke hospital check sakit pubic bone tu… jumpa ramai mommies yang bakal melahirkan… nampak diorang yang mengalami contraction.. dengar tangisan babies yang baru lahir… haih… tak sabarnya tunggu giliran diri sendiri… tak sabar nak push baby.. tak sabar nak pelok cium baby… seyes tak sabar… J Enchek hubby lebih-lebih lagi.. sekarang ni dia yang terlebih eksaited daripada My… hari-hari dok cakap dengan baby dalam perut ni… geram betul dia tak sabar nak gomol anak heheh. Yang My jeles, bila My cakap ngan baby susah je dia nak gerak tapi bila daddy dia yang bersuara.. kemain aktif dia gerak… J

Sepanjang preggy ni, sorang sorang kawan My dah selamat bersalin… seronok je tengok.. dah macam-macam pengalaman bersalin My dengar, My baca… bila dah banyak sangat terdedah dengan pengalaman-pengalaman orang ni mulalah My rasa takut, seram, risau…. My fikir macam manalah keadaan My time deliver nanti.. sakitkah? Haritu ada sorang aunty cine ni, duduk sebelah My dlam komuter… dia tanya My dah bape bulan, bila due, bla bla bla… Dia citer dia dah merasa dua-dua bersalin normal dan ceaser. My tanya yang mana best? Dia kata normal. My tanya lagi sakit tak? Dia cakap… “tada sakit munya…. Enjoy saja… tengok baby kuar manyak happy tada rasa sakit… u time bersalin happy-happy saja….”….

Semangat je My rasa dengar dia cakap macam tu. Yela, ada orang cakap sakit… Tapi bila My fikir-fikir.. lain orang lain rasanya… nak atau tidak My tetap akan melaluinya… My terfikir… buat apa My nak rasa takut kan? Rasailah sendiri… alamilah sendiri.. jangan dengar cerita yang macam-macam… pedulik apa orang lain rasa… ini diri aku… biar aku sendiri rasa… *semangat!

So, sekarang ni My rasa tak sabar nak push baby… Rasa semangat bila terfikirkan wajah bakal si kecil kurniaan Allah yang tak terhingga ni… Apa yang My mampu buat… hanya berserah pada Allah… doa minta dipermudahkan segala urusan… dan selamat melahirkan… Amin….

Bersyukur sangat-sangat atas pemberianNya ni…. My janji akan jaga dia sebaik-baiknya… Ya Allah… permudahkan kandunganku sehingga sampai waktunya… Permudahkan kelahirannya ya Allah…. Amin….

Can’t wait to see you sayang…. :’)

nota kaki: Selamat Hari Raya Haji korang... beraya di mana? I'll back to my hometown malam ni! Segamat, Johor... :)

6 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Teratak Hami said...

Semoga dipermudahkan. Bersalin sakit tapi bila tengok muka baby, hilang segala sakit. Percayalah !!!

KAMIHIDUP said...

Selamat hari raya haji.

Fara Fadzil said...

semoga dipermudahkan..
giving birth is one of the most memorable moment in a woman's life..embrace it! :)
www.naturally-vitamin.blogspot.com

Waheda Mahazer said...

semoga di permudahkan...

salam perkenalan..nak kekal cantik n slim selepas bersalin..leh lawat blog saya k!!! mmg berkesan dan terjamin..produk laris dan berkualiti tinggi- premium beutiful!!

Ibu Zuyyin said...

alhamdulillah...semoga dipermudahkan yer ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers