9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, October 15, 2012

Luahan Hati Seorang Aku....


Bismillah…

Tak tahu dari mana nak mulakan… dari mana  nak My luahkan… I lost my words… tapi My perlu teruskan juga....

FIL derita kanser usus + Pembedahan

Seperti yang sedia maklum, My pernah bgtahu kat entri INI di mana my FIL (father in law) dikesan menghidap barah usus yang memerlukannya melakukan pembedahan. Isnin minggu lalu (8 Oct) FIL dah pun selamat menjalani pembedahan tersebut dan masih admitted sehingga Sabtu lalu kerana pembedahan yang dilakukan menyebabkannya tidak boleh turun dari katil beberapa hari. Sepanjang tempoh itu MIL (mother in law) lah yang setia menemani FIL di hospital selain adik-beradik hasben dan kami sendiri (My n hasben) ada sesekali datang menjenguk.

Kehidupan My sehari-hari kebelakangan ini memang agak memenatkankan… Bangun seawal 5.40 pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Sebab dah sarat mengandung, enchek hasben akan drive kereta dan hantar My di komuter Kepong Sentral (berdekatan dengan rumah Parents in Law), dari situ ambil masa lebih kurang setengah jam ke office berbeza dengan sebelum ni My akan naik komuter dari Serendah yang mengambil masa sejam untuk ke office selain lebih penat sebab My kena panjat tangga yang tinggi untuk balik dari office (takde lift di stesen Serendah). So, lepas hantar My di stesen Kepong Sentral enchek hasben akan park kereta di rumah PIL n naik motor untuk ke tempat kerjanya. Balik kerja dia akan ambil kereta n pick up My dari stesen komuter. Biasanya around 7.00pm. Lepas tu kitorang akan makan dan terus balik Serendah ataupun akan ke rumah PIL/Hospital untuk melawat PIL… Kalau tak ke mana-mana kami akan sampai sebelum pukul 9.00pm. Kalau tidak, akan sampai lewat dalam pukul 10-12 malam dan keesokannya akan melakukan rutin yang sama. Begitulah sehari-hari….

Dugaan yang tidak diduga

Petang Khamis(11 Oct) yang lepas, enchek hasben kol My around 4.30 pm beritahu yang dia nak keluar dari tempat kerja sharp pukul 5.00 pm untuk ke hospital. Dia kata, kawan abangnya ada call tengahari sebelum tu beritahu abangnya (abg Iwan) ada di bahagian ICU kecemasan hospital kerana gigitan kucing. Mendengarkan perkataan ICU sahaja My dah berderau n tanya kat enchek hasben, “teruk sangat ke?”. Enchek hasben pun pelik, dia kata sebelum tu dia ada call HP abang Iwan dan dapat bercakap dengan dia. Sempat abg Iwan beritahu yang dia belum makan dari pagi dan masih berada di bahagian kecemasan tersebut. Jadi, enchek hasben yang dapat panggilan 3 jam lebih awal sebelum 4.30pm tu memutuskan untuk ke hospital hanya selepas tamat waktu kerja.

Malangnya petang tu hujan selebat-lebatnya. Enchek hasben tak boleh nak keluar office awal. Jadi dia tetap balik lambat dan sempat tunggu My balik kerja. Masa My sampai enchek hasben dah siap-siap belikan makanan untuk abg Iwan dan kami hanya sampai di Hospital Selayang around 7.00pm. Masa tu yang ada kat sisi abg Iwan hanya seorang kakak enchek hasben. Abg Iwan ditempatkan di Zon Merah… teruk sangatkah dalam hati My….

Masa kitorang sampai, abg Iwan dah tak sedarkan diri.. wayar kat sana-sini… hidungnya bleeding. Waktu tu doktor kata kidney, hati dia dah tak berfungsi.. oksigen dalam badan pun takde. Allahuakbar… enchek hasben dan kakak ipar My dah bergenang air mata. Kami hanya menunggu di bilik menunggu sambil tak putus-putus doa dan bacakan Yaasin untuk abg Iwan sementara adik-beradik enchek hasben yang lain masih dalam perjalanan ke hospital.

Tak lama kemudian, doktor datang n bgtau nadi abg Iwan dah berhenti.. diorang bergegas buat CPR, tekanan, etc dan bagi masa dalam tempoh 30 minit sahaja.. kalau tak jumpa nadi dalam masa 30 minit………. Ya Allah…. L Doktor suruh kami panggil mak ayah pesakit dan kumpulkan adik-beradik yang lain. Kami segera call adik-beradik yang lain suruh cepat ke hospital dan enchek hasben naik ke wad untuk bawa mak turun (masa tu FIL masih di wad dan MIL masih menemani FIL)… Tak lama lepas tu, mak, kakak dan abang enchek hasben yang lain sampai… terus doc terangkan situasi abg Iwan yang dah terlalu kritikal. Doc hanya suruh kami berdoa dan tunggu masa yang hanya tinggal beberapa minit lagi.

Tak lama lepas tu, doc datang… Doc cuma kata dia silap beri masa sebelum itu. Sebenarnya tempoh masa yang diberikan dah lama berakhir.. dan beliau tak dapat nak selamatkan abg Iwan… doc cuma cakap… “maaf kami tak dapat selamatkan dia… harap bersabar… takziah…”…..

Semua terdiam…. Dan enchek hasben cuma mampu menyebut “Innalillahiwainnailaihirajiuuuunnnnn….” Sebelum bertanya pada doktor procedure yang perlu kami lakukan ke atas arwah selepas itu. Lepas tu, enchek hasben menanges sebab terkilan sangat-sangat tak dapat nak bagi arwah makan nasi goreng yang dia bungkuskan untuk arwah makan. My terkedu, mata berair… My peluk enchek hasben dan suruh dia berhenti menangis dan redha atas pemergian arwah… MIL nampak tenang, dia redha namun airmatanya tak dapat ditahan… Tapi macam mana dengan FIL? Masa tu kami dah risau macam mana nak jelaskan pada FIL yang anak kesayangannya dah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya…. L

Alhamdulillah FIL tenang terima kenyataan tapi dia kalah.. air matanya tak dapat ditahan… bertemankan MIL dia menangis di katil wad…. Arwah pergi buat selama-lamanya jam 7.30 malam. Dia meninggal kerana jangkitan yang dialaminya akibat gigitan kucing. Dia kena gigit Sabtu minggu lepas.. sayangnya dia tak pergi ke klinik awal sekurang-kurangnya untuk dapatkan injection. Bila dia ke klinik beberapa hari selepas tu doc cuma bagi antibiotik. Sehinggalah bila dia demam teruk.. Bila ke hospital semuanya dah terlambat... kebanyakan organ dalaman dah tak berfungsi akibat infection. Malam tu My, enchek hasben dan yang lain-lain berkampung di hospital agak lama… Bekas isteri arwah bersama-sama 4 orang anak-anak arwah ada datang menjengah arwah.. Sedara-mara lain pun turut datang melawat… Hanya dalam pukul 12.00 malam baru kami pulang ke rumah PIL. Ikutkan malam tu jugak kami nak uruskan pengebumian arwah tapi berikutan hujan lebat sebelum tu menyukarkan pihak masjid untuk menguruskan kubur kerana keadaan tanah yang terlalu basah. Jadi, kami putuskan untuk kebumikan arwah keesokan harinya (Jumaat).

Keesokannya, jenazah selamat disemadikan sebelum solat Jumaat. Sepanjang pengurusan jenazah arwah, enchek hasbenlah yang banyak berhabis tenaga. Dari sejak pagi tu dia yang ke hospital tolong mandi dan kafankan arwah, ke balai polis untuk urusan pengebumian, solatkan jenazah dan sampai ke tanah perkuburan pun dialah waris yang tolong angkat jenazah arwah hingga ke liang lahad. Puas betul hati dia dapat buat semua tu untuk arwah abangnya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar… Malam tu bermulalah majlis tahlil untuk arwah… My dan enchek hasben pun berkampung di rumah PIL sepanjang beberapa malam tu.

Semoga roh abang ipar ditempatkan di kalangan orang-orang yang Mulia… Banyak cerita-cerita baik mengenai arwah di saat-saat akhirnya… Kami semua tak sangka dia pergi secepat ini… Sedara-mara pun ramai terkejut. My sendiri tak sangka… masih terbayang-bayang wajah arwah.. masih terbayang-bayang pertemuan terakhir kami di hospital masa melawat FIL haritu. Huh…. Ramai cakap FIL yang sakit tapi anaknya yang pergi dulu… Di saat-saat akhir sebelum pemergian arwah, dialah yang banyak menemani dan tolong FIL sepanjang keluar masuk hospital… Masa FIL kat rumah, dialah yang bawa PIL ke sana sini untuk makan-makan, jalan-jalan. Arwah sebelum kematiannya belum dapat kerja baru… FIL baru je bagi dia duit untuk keluar teksi baru… Arwah hanya sempat keluarkan teksi baru tapi belum sempat untuk bawa teksi tu untuk cari rezeki sebab demam.. Tak sangka dia langsung tak dapat nak bawa teksi tu sebab Allah lebih menyayanginya…. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya…. Amin…..

Tanggungjawab yang lebih berat

Adik beradik enchek hasben 7 orang kesemuanya. 3 lelaki, selebihnya 4 perempuan… Selama ni, yang paling bertanggungjawab ke atas PIL adalah arwah dan enchek hasben sendiri. Abangnya yang sulung masih boleh diharap tapi kurang sedikit apa yang dilakukannya tak seperti arwah dan enchek hasben. Enchek hasben tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki… Begitu juga dengan arwah, di saat-saat akhirnya banyak betul jasanya pada PIL. Sehinggakan kakak ipar My dan kawan arwah ada cerita arwah pernah bgtahu dia nak jaga PIL, nak bela PIL…

Tapi, bila arwah dah pergi buat selama-lamanya… tanggungjawab tu jatuh seluruhnya ke bahu enchek hasben…. Allahuakbar…. My kesian pada enchek hasben… Tak pernah duduk diam... semua benda dia yang buat…. Beratnya apa yang perlu ditanggung selepas ini… Tanggungjawab pada kedua mak dan bapak… dan tanggungjawabnya pada My, isterinya dan anak kami yang bakal lahir tak lama lagi…. Huh…..

My faham tanggungjawab yang perlu enchek hasben pikul selepas ini.. akan jadi lebih besar…. Inilah ujian kecil yang My rasakan terlalu berat untuk My terima… Masakan tidak… Enchek hasben kena jaga kesemuanya selagi hayatnya masih ada… My sedar, tanggungjawab anak lelaki yang paling utama adalah kedua ibu bapanya… My takde hak untuk menidakkan semua tu. Persoalannya, adakah My cukup kuat untuk hadapi semua tu di masa-masa akan datang? My hanya insan lemah… L

My tahu My ni jenis yang sukakan perhatian dan kasih sayang dari insan bernama suami… Kadang-kadang ada juga My terkecil hati bila enchek suami terlalu mengambil berat hal keluarganya… Ya Allah… berdosanya My rasa bila ada perasaan seperti itu… Enchek hasben tak pernah abaikan My… tapi My sendiri yang rasa kurang perhatian daripadanya sedangkan dia bukan macam tu … Mungkin sebab keluarga My jauh… kat sini kehidupan My cuma ada suami je… mungkin sebab tu My kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan.. L

Allah uji My lagi bila arwah abang ipar pegi, bila tanggungjawab enchek hasben pada keluarganya makin bertambah… Macam mana My nak lalui semua ni? My takut My mudah kalah… My takut My tak kuat untuk jadi kekuatan pada insan bernama suami… My takut…. L

Apa yang My harapkan adalah… My mampu jadi isteri yang memahami situasi suaminya… My mampu jadi isteri yang mampu beri kekuatan pada suaminya… My mahu jadi seperti itu! Sejak arwah abang ipar pergi, My banyak fikir pasal ni… mengenai tanggungjawab yang perlu enchek hasben pikul… bila fikir semua ni, airmata ni secara tiba-tiba mengalir… My kesiankan enchek hasben dalam pada masa yang sama My rasa….. entahlah. Mungkin My terlalu tamak perlukan enchek hasben sepenuhnya…. Hakikatnya, My perlu faham keadaan dia… My perlu faham apa yang ditanggungnya…. Ya Allah…. berilah aku kekuatan…. L

*****************************************
Korang mungkin tak faham apa yang My rasa… apa yang My lalui… Maaf kalau entry kali ni terlalu panjang untuk korang habiskan… Takpe, tak perlu baca habis. Ini cuma luahan rasa yang perlu My coretkan… itupun di belog sendiri. I need a friend to talk to… tak semua orang faham apa yang kita lalui… apa yang kita tanggung…

My harap My cukup kuat nak hadapi kehidupan ni…. My harap enchek hasben kuat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dan suami… My harap My kuat untuk jadi isteri terbaik di sisi suami….

Kepada enchek suami… Maafkan b kalau selama tempoh perkahwinan ini banyak dosa yang b lakukan sebagai isteri… b tahu, abg tak pernah tak memaafkan b… abg adalah suami yang terbaik di sisi b…. doakan b diberikan kekuatan untuk jadi isteri terbaik untukmu…. Doakan b jadi isteri yang mampu memberi dan menjadi kekuatanmu… Moga kasih sayang yang terbina antara kita akan kekal sampai akhir hayat.... InsyaAllah…


18 comments:

dya bunga said...

takziah..semoga my terus kuat ye..:)

Niza said...

semoga my tabah. ini semua dugaan allah dan allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya. bykkan berdoa dan bersabar. my beruntung mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab. jgn sedih-sedih nnt jejaskan baby. insya-allah my boleh

akilla ibrahim said...

as-salam my..
takziah..
moga my tabah dan kuat..
sesungguhnya pencaturan Allah itu adalah yang terbaik.
Dia tahu My mampu menghadapinya

faizah said...

takziah..tabah ye my..sy pon situasi sme mcm my..suami sy anak lelaki sulung.ayah dye dah meninggal.adik2 kecik lagi.so,kena jaga famly,jage bsnes dan isteri..ni belum ade anak..kalau dh ade anak,lagi berat tangjwb dye.kite,sbg isteri ni kena selalu mengalah dan relaks je..sokong je suami selalu okey..eh,ckp mcm org dh lme kwen.pdhl baru 4 bulan..hehe..tabah ye my..insyaALLAH dipermudhkan semuanye ;)

my pillow talk said...

salam takziah my. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

sabarlah dalam menempuh segala dugaan. kadang-kadang dugaan tu la yang membuatkan kita semakin kuat. sentiasala menyokong suami kerana isterila yang sepatutnya menjadi penyokong paling kuat. kadang-kadang memang akan terasa kan kalau keluarga dilebihkan tapi banyakkan lah bersabar, berfikir positif. at least my ada baby. jangan fikir bukan-bukan nanti effectkan baby. :)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kak My, takziah buat keluarga Kak My dan suami. Kak My sabar ye? Allah SWT tgh uji Kak My dan keluarga. Banyakkan bersabar dan teruskan berdoa ye. InsyaAllah, semuanya okay. Allah SWT tahu apa yg terbaik buat Kak My sekeluarga. Jgn sedih sedih tau Kak My.

Mrs. Abi said...

salam kak my, 1stly nak ucapkan takziah.... harap kak my sekeluarga sabar...

kdg2 mmg kita bila dh syg kat seseorang tu, kita rs jeles bila dia beri lebih kasih syg kat org lain. tapi mgkin sebab kak my pregnant so emosi xstabil kot.

suami kena lebihkan keluarganya juga tau selain kita. jadi kita kena paham jugak. tapi insyallah, suami kak my boleh bahagikan kasih syg kt kak my n family sebaiknya...

mgkin dalam waktu tdekat ni suami akak akan lebihkan fmily dia sbb macam2 blaku kat fmily dia, so mereka2 masih bsedih n perlukan suami kak my.

so, kak my kena sabar ye. kuatkan semangat, tak elok banyak pikir sgt utk baby. dah tak lama dh tu. :)

ieda79 said...

Assalamualaikum..salam pkenalan
Pertama salam takziah buat My dan keluarga..
Cerita My, membuatkan saya mengimbas kembali keadaan yg pernah berlaku pada ieda..ceritanya lebih kurang sama..nasihat ieda, lebih baik My bercerita dgn suami My mengenai perasaan My dgn jujur..(please,My!jangan simpan dalam hati)luahkan segalanya..sekurang2nya suami My tahu apa yg My rasa..dalam hidup berpasangan ini,apa yg penting adalah KOMUNIKASI..dalam situasi ini My memang kena banyak bersabar..bercakap memang senangkan, My?..ieda dulu pun mengambil masa juga nak terima..
Apa juga keadaan jangan lupa, Dia sentiasa ada untuk kita....sama2lah kita doakan, rumahtangga kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNya-amin

mynameismy said...

@dya bunga

tq. InsyaAllah...

mynameismy said...

@Niza

tq for the advice...
I'll try my best... :')

mynameismy said...

@akilla ibrahim

Tq.
InsyaAllah... ;')

mynameismy said...

@faizah

tq.
Yup.. itulah pengorbanan y harus dilakukan sbg isteri.. InsyaAllah.. My cuba y terbaik...;')

mynameismy said...

@my pillow talk

tq.. ;')

mynameismy said...

@Rabiatul Adawiyah Abd Rahim

Thanks syg... ;')

mynameismy said...

@Mrs. Abi

u true dik... :')
Thanks for the advice..

mynameismy said...

@ieda79

u made me cry... ;'(...
yeah u true.. kdg2 My susah nk luahkan ape y My rs.. tp My rs bersalah... Nk luahkan tatao nk ckp camne... ;(

nk suh hasben bace belog la.. heee~

anyway tq for the advice...

*Vivilicious* said...

salam takziah...bergenang air mata baca...huhu besar nya dugaan seorang anak lelaki kan..hrp My bersabar.

juicy X said...

takziah.. :(
tp nak tanya, gigitan kucing tu mcmana? kena gigit dgn kucing? gigit yg mcmana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers