9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, October 9, 2012

Set Bersalin : yang mana Pilihan Hati?

Setakat ni, barang-barang keperluan untuk si kecil boleh dikatakan hampir 100% complete… :) Wallah! kemain lagi eksaited dah beli barang baby kan hehe. Tu lah jiwa mommy la katakan… 24 jam fikir pasal anak je… :) sekarang ni baby movement makin terasa.. Bila selak perut tengok perut goyang-goyang My fikir tah apa lah yang dibuat anak mommy dalam tuh… Tak sabar nak keluar ye sayang…. Sabar eh eh… weeeee~ 

Anyway, dok sibuk menyiapkan persiapan anak… barang keperluan mommy plak yang masih pending… biasalah tu anak is priority… nanti anak dah keluar ni konpem laki letak tepi kehkehkeh… tak baek wooo… Oklah, kali ni My nak buat review pasal Set Bersalin plak… Sampai harini tengah dok fikir-fikir lagi ni set bersalin mana yang My nak beli… hurm…. 

Sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Seyes kau… nak sebut satu-satu sampai tulat pun tak habes. Cumanya nak cari yang mana yang terbaik tu yang tatao… My nak listkan kesemua brand tersebut rasanya tak perlulah kot.. kang jamu2 yang jual tepi jalan tu pun aku masukkan jugak haha. So, My listkan je lah mana-mana yang paling laris dan fofular di kalangan ibu-ibu bersalin okay. 


Set Bersalin Herbanika Nona Roguy 


Nona Roguy is quite familiar among all mommies yang berpengalaman melahirkan.. From my observation, most of the users berpuas hati dengan produk ni. Kalau ada mommies yang biasa kena sembelit selepas bersalin pakai produk NR ni confirm takde masalah sembelit. Ianya sesuai untuk mommies yang bersalin normal ataupun secara caesarian. 

Produk yang terdapat dalam rangkaian Herbanika adalah: 
  • PhytoNatal 90 biji 
  • Krim Herbanika Barut 60g 
  • Herbanika Lulur 100g 
  • Minyak Herbanika 100ml 
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag 
  • Akar Herbanika 10 t-bag 
Untuk maklumat lanjut mengenai setiap produk, silalah google ye tiada 

Harga? RM365 untuk bukan ahli. Gulp. Kalau yu ols jumpa kedai yang ada diskaun bolehlah dapat dengan harga yang lebih murah.. n kalau anda bijak mencari mungkin ada kedai yang bagi free gift macam produk bersalin tambahan ataupun bengkung… :)

Set Bersalin Amway – Tropical Herbs 

Kalau yu ols jenis yang suka ala-ala traditional bolehlah cuba Set Bersalin dari Amway – Tropical Herbs. Orang cakap, produk-produk di Amway ni bagus sebab semuanya made from bahan-bahan semulajadi.. So, same goes to dia punya set bersalin. Set bersalin Tropical Herbs merupakan sistem herba lengkap untuk membantu mommies memulihkan tubuh badan di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. Ramai jugak review yang set bersalin ni berkesan untuk diorang.. ada jugak yang tak habis guna sebab tak konsisten kan. 

Produk-produk yang terkandung di dalam set bersalin ini termasuklah: 

Untuk dimakan

  • Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2. 
Untuk Kegunaan Luaran

  • Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang. 
Yang menariknya, dengan setiap pembelian set bersalin Amway akan dapat bengkung lepas bersalin secara PERCUMA… :) Untuk mommies yang bersalin melalui caesarian, boleh menggunakan set bersalin ini sebulan selepas melahirkan. 

Harga adalah RM308.. nak murah? Contact My… sebab My ahli Amway hehe. 

Set Bersalin Shaklee 



Sebelum ni My tak berapa familiar dengan Shaklee ni.. Tapi ramai betul dok memperkatakan mengenai keberkesanannya. Seller-seller online pun tak kurang hebatnya dok promote Shaklee dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka. Wallah… tergugat juga iman My… yela, awalnya dalam fikiran ni fikirkan NR dan Amway sahaja sebab ada kawan yang dah penah guna. Nah, datang plak lagi set bersalin yang bagus jenama Shaklee. So, My pun observe sana-sini tengok pendapat-pendapat users dan get to know dengan lebih details produk-produk yang terdapat di dalamnya. 

Bagi mommies yang tak suka akan jamu-jamu, herba bagai tu mungkin set bersalin Shaklee ni sesuai untuk anda.. Set bersalin Shaklee dikatakan selamat kerana produk-produknya adalah terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi di mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. 

Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah: 
  • Vitalea Iron Formula 
  • B-Complex 
  • Vitamin C 
  • Zinc Complex 
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari) 

Biasanya untuk hasil yang lebih ohsem untuk tubuh badan dan penyusuan, seller turut menawarkan 2 produk tambahan iaitu:
  • Energizing Soy Protein (ESP) berharga RM150
  • Ostematrix Berharga RM61 
*Harga yang anda dapat mungkin berbeza, depends on kedai yang anda jumpa.. can be less can be more… :) 

Hm, nampak menarik. Tapi kan… produk Shaklee ni takde ke krim untuk sapu kat perut tu kan. Boleh kurus ke setakat makan vitamin je? hurm…

(update: ku dah jadi ahli and pengguna tegar SHAKLEE sejak bersalinkan Dhia, for special price... bolehlah roger2 ye hehe)

Tanamera Postnatal Care Set 

Bagi anda yang tak suka makan jamu-jamuan bolehlah mencuba produk tanamera ni. Yang ni pun My tak berapa familiar.. Tapi bila jengah-jengah ke laman sesawang ramai jugak yang memilih produk dari tanamera ni. Set tanamera ni hampir kesemua produknya adalah untuk kegunaan luaran.. ada pun teh je kot untuk diminum. 

Item-item yang included dalam set tanamera consist of: 
  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml) 
  • Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Bath (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Massage Oil (100ml) 
  • Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets) 
  • Bengkung / Abdominal Wrap 
  • Herbal Tea (2gm x 14 sachets) 
  • Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets) 
  • Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets) 
  • Brown Formulation Soap (125gm) 
  • Lavender Floral Water (70ml) 
Yang bestnya ada few items yang boleh digunakan sebelum bersalin macam VCO, Brown Formulation Soap dan Herbal Massage oil. 

Harga? RM 360.. :)

Sebenarnya ada banyak lagi set-set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Antaranya adalah Set Bersalin Leesa Formula, Salindah, Mustika Ratu, DCL, Sendayu Tinggi dan macam-macam lagi lah. Tapi nak review satu-satu sampai nak beranak anak kedua pun tak habeh lagi kan... Entry ni pun otopublish. Sekarang nak berblogging pun dah malas, tade masa. Kat office lagi laa.. dah nak dekat-dekat bersalin ni kenalah fokus keje betul-betul... kang ada plak dah bersalin keje semua tak handover lagi huhuhu....

Apepun, tak kira set bersalin mana yang anda pilih pasti ada pros and cons nya  ye dak.. bukan lah kata sesetengah produk tu tak bagus.. tapi kadang-kadang depends kepada si penggunanya jugak.. kalau bagus pada dia... maka berkesanlah set bersalin tu pada dia ye dak?

My? Masih konpius nak pakai set bersalin mana. keempat-empat produk yang My review kat atas memang di antara carta tertinggi dalam kepala otak ni... Tapi, nak beli yang mana satu? Impian My hanya satu...

NAK KURUS!!!! kalau boleh nak kurus dari sebelum pregnant. Almaklumlahh.. rasanya sebelum preggy pun badan ni dah macam tong drum hahahaha... so, My berazam nak berpantang betul-betul...

So u guys... tolonglah bagi suggestion which Confinement Set yang patut My cuba? hurm....

8 comments:

juicy X said...

kak mai kja x?

Anum said...

banyak kan pilihan

mynameismy said...

@juicy X

keje... :)

Teratak Hami said...

Kawan akak baru promote Sharklee utk banyakkan susu.

*Vivilicious* said...

saya dh beli set bersalin shaklee sbb nak telan jamu mcm malas..hehehe

mas saari said...

akak tak pernah beli set bersalin.. minum air akar kayu, bertungku dan bersalai je, pastu pantang makan betul2.. alhamdulillah semuanya ok

lovelivestrong said...

1st baby mkn mkn amway. Rasa mcm best. Yg 2nd ni pn insyaallah nk gn amway jgk. Plg suka barut dia. Senang pakai n serbuk peramping tu juz bancuh je. Berat turun 25kg. Tp pantang betul2 la..

Anonymous said...

Saya makan set shaklee..
kalau nak bengkung moden boleh ke link
http;//ibuanggunmenawan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers