9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, November 30, 2012

Entri Terakhir Sebelum Bergelar Ibu... Doakan Saya!


Entry Autopublish

Takut tak sempat nak hapdet sebelum masuk ke Labor Room. Entri ini di autopublishkan pada hari ini, 30 November iaitu  merupakan expected delivery date anak dalam kandungan yang dah 9 bulan My kandungkan… J Seakan tak percaya, macam baru semalam kawen.. macam baru semalam disahkan pregnant… hakikatnya dah lebih 9 bulan anak ini hidup dalam rahim My… terima kasih Allah…. *tears

Dalam tempoh beberapa hari ni, My mungkin akan melahirkan bila-bila masa je. Atau mungkin tidak, makanya My terpaksa serah diri di hospital. Sudah sedia maklum, My ada GDM so kalau 30hb tak jugak bersalin kenalah serah diri… Apa akan jadi bila serah diri? Wallahua’lam… My sendiri tak tahu n tak boleh nak bayangkan… Redha je lah.. nak tak nak… Anak ni tetap kena keluar kan? So tawakkal je lah moga-moga Allah permudahkan My bersalin…. Amin….

Jadi, dikesempatan ni… My nak mintak maaf pada semua readers atas kesilapan, kesalahan yang pernah My lakukan (kalau ada)… tak kira ianya disengajakan ataupun tidak… kira 0-0 lah ye! J

Fuhhh.. sesungguhnya memang My sangat berdebar-debar di minggu akhir kehamilan ni.. Masakan tidak, first timer… Macam-macam pengalaman dah My baca dan dengar.. namun, tahap ketahanan setiap ibu yang melahirkan adalah berbeza… Biarlah My laluinya sendiri… baik atau tidak… Yang penting, anak My selamat dilahirkan n My sangat tak sabar nak tatap wajah dia… cium dia… peluk dia… susukan dia... J

Ini mungkin entri terakhir My sebelum bergelar seorang ibu… Lepas ni, InsyaAllah kalau ada kelapangan waktu berpantang akan My hapdet cerita postnatal My pulak hokay… J If not, mungkin early February baru My akan kembali iaitu selepas berpantang hehe… (tapi kalau diikutkan pada ketegaran My mungkin tidak selambat itu kot lagipun internet sentiasa available dan hanya dihujung jari…:D). Will see…. J

Oklah, setakat ni dulu. Korang doa-doakanlah My dipermudahkan bersalin ye… until we meet again… J daaa…


12 comments:

Anum said...

all the best

Teratak Hami said...

Akak doakan My dapat menempuh saat-saat yang gembira itu dengan mudah. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. *Tetiba akak pulak terasa syahdu. Rasa baru je baca preparation kawin My etc

Rozita said...

in sha Allah semuanya akan baik-baik aje.. semoga ibu tenang dan baby sihat semasa dilahirkan..amin..

good luck dear!

Puan Ira said...

semoga dipermudahkan...

mrs gold said...

Selamat berjuang!..semoga awak n bebi sihat :)

Gadis said...

semoga semuanya dipermudahkan...aminnnn

e k i n ♥ y u s r i said...

semoga semua selamat
amin

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam dear.maera doakan moga selamat melahirkan, mommy dan baby.take care. =)

Nur BaiYah said...

semoga selamat semuanya..amin

PRINCESS FARISHA said...

be strong dear! wish u all the best!

With Julia said...

Julia doakan semoga my dipermudahkan bersalin ye...take care dear...dan tahniah menjadi ibu! :)anugerah terindah

mrs kayrul said...

harap tempuh kelahiran baby nanti mudah...jika dah bersalin..TAHNIAH ye My

selamat berpantang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers