9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, January 26, 2012

DIA TERIMA NIKAHNYA....

Assalamualaikum readers!!! Masih adakah pembaca-pembaca setia blog My??? sob sob

Long time no see!! Sorry i've been busy!! ni pun just take a few minutes to update...

Untuk pengetahuan semua.. My telah selamat menjadi isteri kepada Beney Airie pada 22 Januari yang lepas.... Alhamdulillah.... selamat semuanya... Majlis pun oklah... ramai sangat kawan-kawan yang datang....

My sekarang dah ada kat kL, sibuk untuk majlis di Kuala Lumpur plak ahad nanti n sedang mengemas barang dari rumah bujang untuk dibawa ke rumah kami di Serendah....

Doakan hubungan kami kekal sampai akhir hayat ye korang... :)

Bila dah settle semua nanti kita stori mori lagi k... :) miss yu readers! Until we meet again!!!

Gambar??? heee~ My bagi teaser sket je la eh.....
heeeeee~
okbai~

Sunday, January 22, 2012

JEMPUTAN: MAJLIS RAIKAN CINTA MAI & BEN

*Sticky post. please scroll for new post*







Wednesday, January 18, 2012

Persiapan Perkahwinan: CHECK list!

11.45 PM
atas katil

Heee~ It has been a while i didn't update my lovely blog!sorry sayang! sorry readers! Ahhh rindu kat korang! Bukannya My tak online pun.. ada je kat fesbuk tu tapi dek kerana kekangan waktu.. kepenatan badan makanya My tak mampu nak hapdet apa-apa di sini. Walaupun banyak benda yang My nak share kat korang... Tapi I'm lack of ideas how to write here! erkkk~

Apapun.. My tak kira.. nak hapdet jugak malam ni! menghabiskan sisa-sisa masa sebagai seorang gadis sunti auuwww.. seorang perempuan bujang.. seorang anak dara.. seorang perawan... erkkk~ sudah-sudah sebelum terlanjur menaip...-.-'

Urghhhh... orang kate time nak kawen pengantin tayah buat keje.. hish.. celah mana tak buat keje. majlis kita.. haruslah keluar tenaga! hurm mungkin cuma yela dah dekat-dekat ni kan kenalah cukup-cukupkan rehat.. kalau tak hari bersanding nanti kusam plak muka tu sebab kepenatan hehe. My bukan apa.. nak keluarkan tenaga habis-habisan dalam beberapa hari sejak cuti haritu ni.. Mana yang perlu dipersiapkan My siapkan.. Kalau My tak tolong nanti ate kesian pulak kat mak tu kang.... Nak harap adik-beradik... semua balik hari Jumaat... Maklumlah kebanyakannya tenaga pengajar mana boleh cuti sesuka hati kauuuu.... Jadi haruslah memahami... -.-'

Badan penat jangan cakap.. terasa sangat-sangat. pantang letak kepala atas bantal konpem! terlelap! Sebab penat sangat kanzzz... Dari sejak start cuti haritu lepas subuh je My tak tido dah.. settle doorgift yang baru settle semalam! kemas-kemas rumah, pasang langsir, kemas bilik, bukak cadar... bla bla bla... semua lah! satu-satu keje tu hamik masa dah bape jammmm... adeh~ Tu belum masuk lagi ke bandar bersoping apa-apa yang patut.. Ini pu ada lagi yang belum dibeli tau... konpem sok lusa kena keluar lagi...-.-'

Seperti sudah sedia maklum My ni terkenal dengan sifat pelupa! short term memory! lalai! ah macam-macam lagi lah yang seangkatan dengannya. Sampai la niii masih ada yang lum settle. Tapi benda kecik-kecik la... Kecik-kecik punnnn matters to me! Haih! Inilah gunanya CHECKlist cik My oiiii.... kalau tak takde lah namanya pun checklist... pi lah check! adeh~ -.-'

Senarai-senarai seperti My nyatakan di side bar sebelah kanan korang ni... ada yang dah oke.. ada yang masih pending... Meh nak highlightkan apa yang perlu My take note!

Kompang

Korang tau tak.. dalam banyak-banyak menda.. satu ni lupa nak booking! I tot my mom dah booked! Sekali dia kata lupa daaa! Haritu My ada text mak remind her apa-apa yang dia perlu buatkan. Tapi seyesly My lupa nak ingatkan pasal kompang! Mungkin sebab My fikir benda tu terlalu kecil.. 'alaa mesti la mak dah booked... ' hakikatnya.. masing-masing tak ingat! demmm...

Menjajau kauu cari kompang haritu. Sampai berair la mata ni nak nanges sebab fikirkan kalaulah majlis nanti tade kompang... T__T... Kat kampung ni ada beberapa group kompang tapi semuanya dah fully booked! Sebabnya 22hb nanti ada a few other house pun buat kenduri!! alahaiiiii.. Last-last dapatlah jugak itupun kampung  sebelah.. dah masuk negeri sembilan. Oklahhhh... cuma jangan dia solat piring sudah laaa... maklumlaaa kami kan johor...-.-' yang penting kompang orang main.. ramai yang suh pakai recording punye.. grrrr

Bunga Manggar

Ni satu hal. Padahal sebelum ni banyak kali ke kedai pengantin n jumpa dah bunga manggar cumanya tak beli sebab tak jumpa yang ikut tema kaler. demmm... susah betol nak jumpa kaler orange! Nak buat sendiri or order memang tak dan lah kannnzzz so nak tanak kena beli yang ready made jugak.. yang ni My akan cari esok. Last choice pilih gold and cream color. Nasiblaaa janji adoooo....

Rawatan SPA

Heee~ yang ni memang sengaja buat lambat-lambat. Yelaa dah dekat nak majlis lah baru buat kannnzz kang pegi awal-awal pehtu bertungkus lumus buat keje lenguh-lenguh badan lagi tak guna gak. Haa yang ni pun My akan pegi esok. Dah booking dah a place kat bandar segamat. Nasiblah adooo ingatkan kat segamat takde spa hehehe... Badan My ni memang perlu di manjakan jugak sebelum majlis sebab sekarang ni pun badan dah macam hapo... letih sangat! Mana taknya sepanjang hari buat keje itu buat keje ini... So sekarang keje-keje meletihkan dah agak settle so bolehlah My manjakan badan di SPA esok... tak sabar! :)

Apa erkkkk yang belum lagi settle??? ahhaaa

  • stoking nikah (nikah kat rumah sebab dah tak dibenarkan nikah di masjid)
  • bantal kecik empat segi (untuk letak kat katil pengantin!)
Apa lagi apa lagi?? kang dah keluar.. pehtu dah balik baru nak teringat ada je benda lupa nak beli...! -.-'

Moga-moga urusanku dipermudahkan!!! :)


Till then!









Thursday, January 12, 2012

LAST DAY KERJA... DEBARAN BERMULA!


Salam readers!

Untuk pengetahuan korang.. today is my last day bekerja… bukan berhenti kerja daaaa…-.-’ Bermula esok My dah pun bercuti kahwin! Walaupun sebenarnya lum ada feeling pun nak berkahwin… erkkk! Apsal tade rasa apa-apa ni? mungkin esok baru rasa berdebar-debar kot... ke masa nak nikah nanti baru rasa hihihi…

So segala tugasan My akan handover kepada rakan sekerja lain. Nasib baik takde apa sangat yang pending. Ada kerja lain pun InsyaAllah My boleh cover bila naik cuti nanti cuma certain thing yang perlu cepat maka My perlu serah kepada orang lain.

Sekarang in the mood of Appraisal… Ikutkan kena buat minggu depan tapi memandangkan esok My dah mula bercuti makanya My perlu buat KPI dengan lady boss hari ini. Harap-harapnya My lebih improve sepanjang 2011 berbanding tahun sebelumnya… Untung badan dapat lah lagi bonus March nanti hehe… mengharap!

Esok My dah bercuti… Mungkin akan drive balik kampung. Sebelum gerak pagi tu ingat nak ke klinik gigi buat scalling… tangguh punya tangguh sampai sekarang masih belum buat scalling haih~ Kalau esok klinik penuh terpaksalah My buat kat segamat nanti. Harapnya perjalanan My pulang esok selamat sampai ke kampung terchenta….

So, sebelum My tamat bekerja hari ni… My sukacitanya ingin menjemput korang ke majlis perkahwinan My nanti… Tapi sanggup ke turun Segamat? Hehe.. Rumah lelaki nanti buat di Kuala Lumpur tapi maaflah My tak boleh nak jemput semua sebab My hanya jemput beberapa kawan terdekat dan kawan-kawan office sahaja. Al maklumlah bukan rumah kita kan.. Lagipun majlis sebelah lelaki ala kadar sahaja. Bersanding pun tak cuma berarak dan makan beradab…

Harapan My moga majlis kami nanti berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan diharapkan… My harap My dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri… Entahlah… macam tak percaya sebenarnya… Adehhh macam manalah haku dah berlaki kang ni…-..-’.. Korang doakanlah My jadi isteri yang mithali ye hehe…. Aminnnn…

Moga korang-korang pun akan rasa bahagia sepertimana My rasa!!! ^___^

Till then!

Wednesday, January 11, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST FEB 2012

Jelaskan apakah kelebihan blog anda utk memikat blogger agar menukar link dengan anda.
Heee~ tak reti nak masuk bakul angkat sendiri. Pada firasat My laaa... Blog My ni tak pernah terbengkalai terus sejak ianya aktif bergerak bersama-sama blogger-blogger lain. Sometimes, My memang ada readers tetap yang setia datang setiap kali My post entry baru... :) who knows? kalau your link ada dalam bloglist dalam blog ni... others will visit you from here! heee~

Selamat berbelog bloggers! :)

Wordless Wednesday


^__^

Tuesday, January 10, 2012

WAILING WALL VS FACEBOOK WALL

Salam readers, 

Do you know what ‘wall’ on facebook mean? Do you know who created this facebook? 

Yup.. Wall mean DINDING… 
Yup.. Mark Zurkerberg created facebook... a Jewish man (yahudi) 

But what is relationship between them? I mean WALL and FACEBOOK. Exactly…their relationship is too CLOSE!! 

Have you ever heard about The Western Wall or known also as The Wailing Wall? 
The Wailing Wall
FYI, the Wailing Wall (Dinding Ratapan) which located at East Jerusalem was believed to be the Western Wall of the Second Temple (sedangkan asalnya ia merupakan sebahagian daripada struktur Masjid Al-Aqsa!). It is used as a place for Jews and others, who often pray, sometimes wail, and sometimes slip prayers written on paper through the wall's welcoming fissures. 

Or in easy words: 

Dinding Ratapan ini dijadikan oleh Yahudi sebagai tempat untuk sembahyang, kadangkala meraung, kadangkala menyelitkan cebisan kertas luahan atau dosa-dosa mereka di rekahan dinding tersebut. 

Do you think this is ‘kebetulan’? I mean Wailing Wall and Facebook Wall… 

Moral of the facts here is.. bukan suruh delete facebook (hakikatnya aku sendiri sayang nak delete bcoz most of my old friends are here!). But, Please!!!! Don’t make Facebook Wall as a place you express your hurt feelings! Don’t make facebook wall to express your marital problems, curse words! Don’t wailing and begging on our facebook wall just like what they are doing… yes… Yahudi practice it!! 

Sebaliknya, Make Facebook Wall as a place you share your thoughts about your good experience, religions, Da'wah knowledge.. which benefit you and fellows!! 

How about TWITTER? 

Do you know? In July 2009, an ISRAEL student named Alon Nir launched a free service allowing people around the world to TWITTER their prayers, which are then taken in printed form to be posted to the Wailing Wall. 

In short, there is no different between facebook and twitter. The agenda is same! So… be careful. Yup… bagi kita, kita tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan agama bcoz we know who we are, what are our nawaitu. But then, please bear in mind, kita tidak akan terlepas daripada melakukan perkara-perkara yang menyerupai ‘mereka’. 

Yup… kadangkala tanpa kita sedar Yahudi always get the chance to corrupt Muslims… But, in return… USE THEIR PLATFORM (facebook & twitter) as a medium to DEVELOP your race and religion… ISLAM! 

My pun baru je dapat info ni.. info yang sedikit aku gali dan gali lagi... there you are! luas pembacaan jauh pengetahuan… So lepas ni kenalah fikir dulu sebelum post any words kat facebook or twitter tu. kawal hati, kawal perasaan, kawal jari jemari... :) 

kalau tak percaya boleh google: "The Western Wall", "The Wailing Wall", "Twitter Prayer", "Prayers@TheKotel" 

or you may view this links: 

http://www.delange.org/ADIsrael/WailingWall/WailingWall.htm 
http://middleeast.about.com/od/w/g/wailing-wall.htm 
http://middleeast.about.com/b/2009/07/25/twittering-to-the-wailing-wall.htm 
http://mashable.com/2009/08/18/twitter-prayers/ 
http://www.jewcy.com/religion-and-beliefs/kotel_twitter 

Wallahua'lam...

p/s: Sebar-sebarkan kepada muslim di luar sana!

Monday, January 9, 2012

26 days Marriage Leave!

Berpuasa harini. Tapi awal-awal pagi lagi perut dah merungut macam hape.. T__T tolonglah perut… tolonglah tuanmu ini.. diharap bersabar ye…

Oke. sila semangat! Tinggal 4 hari je lagi nak bekerja dengan jayanya sebelum bercuti untuk jangkamasa yang agak lama. Tinggal 4 hari je lagi nak settle kerja-kerja yang pending dan handover mana-mana kerja yang tak dapat settle. Tapi Alhamdulillah… tak banyak kerja sangat pun at the moment… most of them My dah uruskan… and InsyaAllah kalau boleh settle, My settle so tak perlu nak membebankan orang lain dengan kerja My tu kan. So, bolehlah My bercuti panjang dengan hati yang tenang sikit kalau kerja clean and clear… J
Anyway… My dah apply cuti kahwin minggu lepas. Dah buat perancangan awal untuk cuti berkenaan. Alhamdulillah lady boss baik hati… so bolehlah My bercuti dengan senang hati. Berbekalkan baki cuti tahun lepas yang masih ada My apply cuti tahunan selama 10 hari… Marriage Leave yang company bagi dapatlah tambah lagi 3 hari… Untungnya My kahwin time dekat-dekat dengan public holidays so dapatlah tambahan cuti umum 13 hari termasuk sabtu & ahad…. So, total cuti kahwin My adalah 26 hari… wallawehhhh… heaven sangat…. J

2 minggu je lagi…Tapi lum rasa debaranraja sehari pun…heee…-.-’ Apapun, My harap Allah permudahkan segala urusan sebelum menjelangnya hari bahagia My ni… InsyaAllah….

Counting days!!!!

nota kaki: dah macam cuti nak besalin la plak...-..-

Shoutmix kena bayar? Jom bertukar kepada Fibox!


Seperti yang sedia maklum, bermula minggu lepas shoutmix dah tak berfungsi gara-gara pengguna perlu bayar untuk penggunaan seterusnya... demmmm... shoutmix pun kau buat duit jugakkk grrrr...

Lama jugak My biarkan shoutmix tu error macam tu je... dengan harapan agar berjumpa dengan shoutbox free yang baru sebagai pengganti...
grrrr~
 Dan hari ini..... dah jumpa dengan penggantinya... enchek Fibox!!!

janji adooooo...
Siapa cakap chatbox ni tak penting? penting wooo... Kalau takde chatbox ni manalah My nak tahu siapa yang datang menjengah. Lebih-lebih lagi yang follow pehtu takde link... yang singgah tapi tak baca pun entry... tak kisahlah janji kau datang kannnzz... -.-'  So, kalau ada chatbox ni bolehlah My membalas kunjungan korang tu an an... :)

So, tunggu apa lagi? Yang masih tercari-cari chatbox free tu mehlah dapatkan di Fibox..! 

notakaki: tolong jangan tanya den mana dapat animasi kartun kat border chatbox tu yeee... sebab dah lama sangat.. lupa...-.-'

Sunday, January 8, 2012

Bermimpi Berjumpa Rasulullah S.A.W.


Subhanallah... tiada makhluk yg boleh meyerupai RASULULLAH S.A.W. Jika mimpikan berjumpa baginda, maka ia adalah benar.

Demi Allah... aku menangis tengok video ni... T__T

Friday, January 6, 2012

Bakal Pengantin Darah Manis?


Pertamanya My nak panjatkan kesyukuran pada Ilahi sebab kakak ipar My selamat menjalani operation tulang belakangnya semalam (slipped disk). Harapnya kak long cepat-cepat sembuh dan boleh balik masa hari bahagia My nanti… So moralnya untuk kita semua kalau ada masalah pada tulang cepat-cepatlah berjumpa doctor. Kalau terjatuh ke terpelecok ke jatuh terduduk ke… Jangan sangka tiada apa-apa kemudian hari kita tak tahu.. tup tup bangun pagi badan tak boleh bergerak, cek-cek rupanya tulang belakang bergalih. Silap haribulan boleh menjadi lumpuh jadi segeralah berjumpa doctor kalau ada perkara tidak diingini pernah berlaku. Macam kes kak long My ni dia kata pernah terjatuh sebelum ni tapi ingatkan takde apa-apa. Haih~

Today takde mood nak ke kerja.. urghhhh! Entahlah. Mungkin sebab dah nak dekat sangat dengan cuti so mood semua ke laut.. Celik je mata liat sangat nak bangun.. jam dah beberapa kali dibiarkan snooze. Oh My!!! Camne lah rezeki nak masuk pagi-pagi dah ke laut.. adeh~ Nak posting kat blog pun tatao nak post apa tazkirah macam biasa pun tak dikongsikan.. heeee~ sorry eh.

Anyway… pagi tadi kan masa bersiap untuk ke kerja mata kiri My berkedip-kedip… kenapa ek?? Yang merisaukan My bila dah masuk office pun dia berkedip lagi. N till now… My masih rasa berkedip sekejap sekejap.. adehhh dari pagi ni berkedip… kenapa ni korang? My ada google ada info cakap mata kiri berkedip ni nak menangis… ada info lain cakap ada berita buruk bakal datang… ya Allah… janganlah bukan-bukan kanAda jugak info cakap jangan percaya dengan semua di atas tu… Mata mungkin berkedip sebab stress.. jadi urat jadi tak betul sket. Entahlah.
google~
Cuma My harap, janganlah ada apa-apa yang nak terjadi.. lebih-lebih lagi dah nak dekat dengan majlis ni kan… Orang tua-tua kata, pasangan yang bakal berkahwin ni darah manis… so kena berjaga-jaga sket… erk.. darah manis???

Pagi tadi jugak housemate My cerita kawan dia eksiden. Kawan dia tu nak kawen sehari sebelum majlis My nanti la ni. Terkejut My dengar. Kereta member tu total loss Tapi nasib baik member tu takde pape cuma katanya kena tambah dagu… hurmmm nasib baik takde pape… risau plak My dengar… dahlah mata kiri berkedip-kedip ni... T__T

My doa dan berharap tiada lagi dugaan yang mendatang dalam hari-hari terakhir My nak bergelar isteri ni… Mintak dijauhkan dari diri My, enchek tunang dan keluarga dari apa-apa musibah…InsyaAllah… Kita hanya merancang segalanya Allah yang menentukan….

Bukanlah nak percaya ‘darah manis’ tu.… tapi, tahlah… korang percaya?? 0_o

Penunjuk Arah a.k.a Wedding Signage


Kononnya kalau DIY and laminate lebih mahal, jadinya My order je signage a.k.a penunjuk arah majlis kahwin secara online seperti yang My dah pun recordkan di entry Penunjuk Arah Perkahwinan a.k.a Wedding Signage.

Ye, bila My congak-congak memang mahal pun kalau laminate. Kalau kat tempat My laaa tatao la kalau yu ols punya tempat murah kanzzz jadinya dah alang-alang jumpa yang kononnya better and murah why not kan kanzzz… Lebih-lebih lagi seperti sedia maklum tangan ku ini tiada seni so bab order sana order sini serah kat haku je laaaaaa….-.-’

FYI, last week My punya signage dah pun selamat sampai.. dengan keterujaan yang membara-bara tak sabar nak tengok signage.. Bila bukak tengokkk… Urghhhhhhhh
Ye… pandangan mata kasar nampak ok je kanzz… nampak sempurna… meh datang lebih dekat…
Demmmm… I rily rily don’t like it!! Apa yang korang tengok ni bukan masalah kamera henpon murah My hoke. Tapi memang kualiti printing tu yang tak bagus at all!! Gambar pengantin langsung tak nampak muka! Sekurang-kurangnya nampaklah pengantin tu comel ke idak ke kannzzz ini langsung tak dapat bayang dah macam mana rupa pengantin tu.. yang nampak hanyalah sepasang bakal pengantin yang tidak diketahui siapakah gerangan walaupun sebenarnya anda kenal! Demmit!

Lebih baik tayah letak gambar dari awal sebabnya kalau letak pun gambar tak nampak! What point nak letak gambar kalau tak nampak? Kabur je dah macam penjenayah kena temuramah kat tibi jek. Plusss… wordings dalam tu semua pun nampak macam pecah-pecah senanya. But then it’s okay boleh dimaafkan as long as orang boleh baca tapi gambar tu… langsung! Sedangkan My bagi dorang High Resolution.. gambar tu photographer yang ambil and I give them the original copy!

Yang buat My tak puas hati, My sms, My email langsung tak berjawab! Meaning that dorang taknak bertanggungjawab… jadinyaaaa keluarlah entry ini… so dun blame me!

Do I recommend them to you? Absolutely not after what I have got (signage) but then… It’s up to you. Perhaps ini memang hasil kerja diorang… perhaps ada kesilapan pada printing… entah. Dunno why… sebab diorang tak respond to my complaint at all! So kepada encik/cik yang telah melakukan penghinaan ke atas gambar saya kat signage ni silalah buat kerja dengan ikhlas dan berkualiti lain kali. 

Urghhh.. geram! Nasib baik lah cuma signage! Signage signage je pun duit dah haku lebur weiiii kat benda yang takde kualiti nih! grrrr

Kedai online yang My maksudkan adalah onlineprint2u.com . Please take note.. 0_o

Sekian~

moral: lenkali jadi kretip sikit! so bolehlah DIY, print and laminate sendiri! baru puas hati... erkkk~ grrr

Thursday, January 5, 2012

Persiapan Perkahwinan: Guestbook aka Buku Tetamu

Hello everibodi... Hope yu guys sehat-sehat je... 

Ok straight to the point. As I mentioned earlier dekat entry Guestbook Corner ni, My nak buat satu section untuk guestbook! Eceh padahal duduk kampung jek sibuk nak guestbook bagai. Bukan hape korang.. guestbook ni bagus hape.. kang dah on the day dah jadi pengantin mungkin tak menang tangan nak melayan tetamu 100% ye dak.. So, mungkin akan terlepas pandang siapalah yang ada datang kan kanzz.. So, with this section bolehlah diorang leave message there.. at least My notice siapa yang datang. Plus, boleh jadi kenang-kenangan gitew!!!

Dalam entry sebelum ni My tak share kan gambar guestbook sebab guestbook yang ditempah belum ada dalam tangan. ye.. tempah hoke! Tangan tak bedung macam My ni memang tak boleh nak DIY sendiri..:D Padahal all the stuff untuk buat guestbook My dah beli tapi tak reti nak mencorakkannya so jadilah projek DIY terbengkalai...:D Untuk memudahkan, My search je any website yang provide guestbook and order je laaaaa hahahaha.. *bab membazir bagi kat hakuuuuuuu

So, malam tadi My keluar jumpa dengan Lynda dari Creative By Lynda untuk collect guestbook tu. Mula-mula dah bank in duit postage sekali untuk di pos sekali dia tengok address rumah kami dekat daaaa so tayah susah-susahkan abang posmen collect je sendiri by hand cepat pun cepat kannnzzz hehe....

Inilah guestbook hasil tangah Lynda ni. Ini antara yang paling murah lah yang dia buat. RM60... Nak buat lagi mahal-mahal macam tak berbaloi janji ado sudahhhh... heheh. Most of her design is nice. Kalau nak order bolehlah ke website beliau di http://creativebylynda.blogspot.com/ atau ke Facebook beliau di Creative By Lynda hoke! :) Selain daripada guestbook lynda also ambil order untuk kad kahwin, TQ tags and banyak lagi. Orang kretip kan macam-macam boleh buat gitew... :)

FYI, My bukan ada satu saja guestbook tapi 2 guestbook!!! As I mentioned in Guestbook Corner entry sebelum ni, My dapat wedding present dari seorang kawan.. senior masa sekolah dulu hehe. 

Comel kan kan... guestbook yang My order dari Lynda tu untuk sebelah pihak je di rumah My. guestbook dari kawan My, Kak Anna ni dia buat untuk kedua-dua belah pihak. so ada dua date kat situ. Lepas guna kat belah My nanti boleh lah bawa ke rumah enchek tunang hehe. Kak Anna ni pun buat bisnes guestbook jugak tapi range price My tak pasti berapa sebab My dapat kan FOC hahaha... Kak Anna pun baru je lagi buat bisnes guestbook ni suka-suka je kata dia. So, kalau nak try hasil tangan dia bolehlah ke blog kak Anna di Hai Beautiful atau ke Facebook beliau, Anna Tan Sri Hashim... kalau nak murah cakap je My yang rekemen. hahahahha... :)

Satu lagi satu lagi.... My ada cakap jugak kat entry sebelum ni.. My pening nak decorate macam mana meja tu kan kanzzz sebab biasa laaaa tangan takde seni.... Plan nak letak bunga atas meja guestbook tu nanti... So, 2 hari lepas My ikut enchek tunang ke kedai kahwin beli apa lagi barang kelengkapan untuk dia decorate hantaran dia la hahaha.. My nak tolong buatkan? mahap tak reti My punya yang nak bagi kat dia pun kakak ipar yang buatkan hahaha. So pandai-pandai dia la sebab masa bertunang dulu pun dia yang buat sendiri... jadi tak jadi lahhh ada la jugak orang puji... :D 

Okay back to decoration tadi.. pasal bunga. kat kedai kahwin tu My usha-usha la bunga bungaan yang ado.. My ambil bunga ikut tema di rumah My.. cari pasu kecil... plannya nak bawa balik n decorate la sendiri ikut suka hati but then thanks Allah! kedai kahwin tu boleh tolong buatkan FOC kalau beli kat situ! ho yeh ho yeh.. Tangan takde seni kannn haruslah suruh kedai tu je tolong buat! hahahahha...
Yeay!!!!
sukanyaaaa!!! dah ada bunga ni bolehlah letak kat meja guestbook nanti! :) Complete sudahhhh tibe-tibe rasa tak sabar nak kawen miaahhahahaha *gatai


Muka sekarang ada banyak senyummmmmmmm!!! ^___^.... Menghitung hari~

nota kaki: kak Long My kena operate hari ni. pasal masalah tulang belakang yang My cakap semalam tu. Harap sangat dia selamat dalam pembedahan tu...!!!! T__T

Wednesday, January 4, 2012

Dugaan

Pagi tadi bukak fesbuk dapat message daripada along (abang My yang sulung) beritahu harini kak long buat last teraphy.. kalau tak ada perubahan kena buat operation.. kalau tak ada perubahan jugak.. kak long mungkin akan lumpuh.... seumur hidup.... T__T 

MasyaAllah… dugaan apakah ini.. di saat My sedang menghitung hari-hari terakhir sebelum bergelar isteri (janggal plak sebut isteri..-.-), dapat plak berita yang tak menggembirakan ni… haih~

2 hari lepas kak long tiba-tiba tak boleh bangun. Bawa ke hospital kena tahan wad, doctor sahkan tulang belakang kak long bergalih. Doktor kata nak buat terapi dulu cuba betulkan kedudukan tulang tu… If not kena buat operation… Sekarang ni buang air besar air kecik pun kat atas tilam. Alahai kesiannya… 

My tak tahu nak buat apa.. mampu doa je lah dari jauh... sedih dapat tau… dah berair air mata memikirkan kak long.. entah dapat ke tak dia datang masa majlis My nanti.. T__T 

Ya Allah tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesengsaraan ini dan sembuhkanlah ia. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tidak ada kesembuhan melainkan hanya dari-Mu yaitu kesembuhan yang tidak mennggalkan penyakit lagi... Amin...

Kak Long, I wish u will be there... on my big day... T_T

Tuesday, January 3, 2012

Persiapan Perkahwinan: Guestbook Corner

Helloooo.. actually entry ni dah bertangguh sejak 2 minggu lepas! Sorry nyahhhh ai bizi yuuu.. bizi dengan cuti… balik kampung… balik kL balik… balik kampung lagi… bla b la bla… la ni baru nak review pasal ni hehe.

As I mentioned earlier in My Senarai Angan-angan untuk Hari Perkahwinan's entry.. Guestbook Corner ni adalah salah satu item tak wajib dalam wedding checklist My. But dalam pada tak wajib tu My preparation for it still ON…! Heheh.

Masakan tidak.. My dah order a few things untuk guestbook aka buku tetamu ni. My fikir it’s kinda of… ada satu sudut untuk tetamu sign guestbook tu nanti n kat sudut tu My nak letakkan juga candies… sweets… mini muffin… bla bla.. eh ni dah macam candies corner lak kan ah tak kire lah janji ruang itu tidak hanya ada buku tamu… J Kirenya My nak combinekan candies and guestbook tu so that sudut tu taklah orang terlepas pandang ye dakkk.. orang nampak candies… nak pergi amik candies nampak plak guestbook kan kanzzz….. ok tak? Heeee

Untuk ruangan buku tetamu ni My dah order mini signage and guestbook. Frame untuk letak gambar dah beli tapi gambar belum print. Candies pun dah beli… Mini signage dah dapat but then guestbook yang My order last month thru online belum lagi ready. Tu yang sebenarnya agak lambat sket post entry ni. Ingatkan boleh lah dapat end of Nov haritu atau latest by early Dec tapi no respond daripada that person lagi-lagi dia tengah bercuti.. erkkk~ harapnya dia siapkan sebelum My pulang bercuti minggu depan!

But! In case kalau guestbook My tu dia terlupa atau tak siap lagi My ada spare hehe. Actually got guestbook as hadiah dari seorang senior sekolah dulu… Oklah kan daripada takde. Nak My buat sendiri? Owh noooo!!!
Mini Signage
Untuk mini Signage yang comel ni… I got this link: scrapaperclip masa tengah explore around the laman sesawang. View beberapa design yang Farah pernah buat then tak fikir lama My terus order. Dalam masa kurang 2 minggu je Mini Signage tu dah selamat ada dalam tangan My! J Thanks Farah for fast respond! Yu ols kalau nak order bolehlah ke webpage beliau di http://www.scrapaperclip.com/ atau ke Facebook beliau: Farah Diyana. Selain mini signage, Farah juga mengambil tempahan untuk pelbagai produk lain! just check it out there for further info oke!!! J

Owh oke.. how I’m thinking of… How to decorate this guestbook corner? My nak letak gubahan bunga.. Tapi My tak reti nak gubah bunga.. Nak beli… tapi bunga macam mana? Ada ke kedai bunga.. tapi takde idea langsung! Ahhh sangat tak perempuan lah kau My… takde seni langsung dalam diri…demmmm.. -..-’

hurm.... !

Leave 2011 Behind


Doa & Azam baru My dah tanamkan masa Awal Muharam haritu. So, nothing special pun bila datangnya 2012.. Cuma mungkin pertambahan angka pada tahun ini.. pertambahan usia dunia milik Allah… dan seperti kata Bro Framestone di facebooknya baru-baru ini.. Semakin kita mendekati Hari Qiamat… Namun bila, bagaimana ia terjadi.. Wallahua’lam.. Sebagai hamba Allah yang meminjam bumi ini daripadaNya.. sama-samalah kita tingkatkan amal sebagai bekalan ke sana nanti… InsyaAllah… J dan mungkin juga ada wishlist sepanjang 2012 ini? will see… hehe

Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk 2012 kan korang? Entah. Rasanya macam baru semalam kita melangkah ke 2011… rasanya baru semalam My disarungkan cincin pertunangan. Kalau dulu, zaman-zaman 1990-an… Setahun tu rasa lama sangat… Bila cuti sekolah rasa lama betul, seronok, enjoy! Bila raya terasa lama sangat! Sekarang? Omgeee! Dah due date? Dah habis weekend? Dah habis cuti?? Kejapnya dah habis raya!! Wehhh dah hujung bulan dah!!! 0_o

Well.. Time goes on… dunia seakan berputar makin laju.. siang berganti malam.. malam berganti siang… 24 jam seperti 24 saat lamanya… sebulan seperti seminggu lamanya.. kanzz?? Betul lah… dunia kita ni sah uzur…. Mungkin tunggu masa je?? Wallahua’lam…

Jika dikenang kembali… sepanjang 1432/2011 apa yang kita semua dah achieve? Apa yang korang dah kecapi? Apa yang dah korang gagal tempuhi? Dengan masa seakan berputar 120km/hour ni My terasa arghh cepatnya masa berlalu sampai rasanya tak sempat untuk lakukan banyak perkara. Yup! I feel that way! Tapi mungkin bukan salah masa.. bukan salah dunia yang bergerak pantas tapi My sendiri yang tidak pandai bahagikan masa… tidak pandai manage urusan kerja mahupun peribadi… Yang My lakukan.. just follow the flow. Perhaps!

Apapun…. What we’ve done in year before tak perlu dipersoalkan. The important thing is… Apa perancangan kita di masa hadapan… Apa bekalan kita untuk tempuh dunia yang makin mencabar?? Di mana kemampuan kita… Itu yang paling perlu… Look forward… Berjaya atau gagalkah usaha kita di masa lalu biarkan ia berlalu… Fikirkanlah apa yang belum berlalu… J

In short… Sambutan Tahun Baru Hijrah mahupun Masihi… tiada makna andai mentaliti masih di takuk lama… setuju tak?  

Semoga kita semua semakin maju dan berjaya di masa-masa mendatang…. InsyaAllah..

Nota kaki: Tinggal 2 minggu je nak keje pastu cuti panjang!! Weeeeehuuuuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers