9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 30, 2012

MORE THAN ENOUGH


ALLAH... is more than enough....

(source: Islamic Quotes)

Thursday, March 29, 2012

KHABAR GEMBIRA.... ^___^

Jumaat Lepas....

Dah masuk hari ke-30 tapi My masih tak datang bulan.... Tapi, kenapa masa hari ke-26 haritu ada bleeding? Keluar sekali je. Esoknya tak keluar dah macam biasa. Kerisauan dah mula mengganggu... Haih~ tak teratur dah datang bulan My ni... Sudahnya, My mandi wajib dan solat seperti biasa. Sampai hari ke-30 memang tak keluar langsung... hurm, mungkin lambat sikit... kata My untuk menyedapkan hati....~

Ahad Lepas...

Confirm tak datang bulan... dah hari ke-32 kot! takkan peknen kot? nak cek ke idakkkk? errr awal lagi kot nak cek.... Takkan menstruasi bermasalah kot? hurm... ye la tu kot, perubahan hormon agaknya... haih~

Bangun Subuh pagi tu... terdetik nak cek urine... petang sabtu semalamnya ada beli pregnancy test hehe mengade saje-saje. Bulan lepas ada gak beli tapi negative.. so this time takmo la eksaited sangat... Sebelum subuh My terus bukak sampul pregnancy test tu... Nak test urine laaa... Orang kata kalau cek pagi-pagi masa bangun tidur lebih accurate keputusannya. Sebab urine pertama keluar tu lebih pekat kandungan HCG... so My pun cek....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

2 lines!!!!!!
Hehehe... Dapat je result My terus kejut enchek hasben... "sayang..! tengok ni..."... terpinga-pinga enchek hasben sambil tengok apa yang My tunjuk... pastu dia senyum.... "yey yey ada baby..."... hehe.... My? Masih tak pecaya? betul ke ni??? Rilex-rilex jangan eksaited sangat... nanti jumpa doc dulu.... Walaupun dalam hati dah berbunga-bunga....heeee~

Isnin lepas....

Petang Ahad semalamnya kitorang dah pergi beberapa klinik tapi semuanya doktor lelaki. Malas lah. So, My decide pergi klinik dekat dengan ofis My... Doktor perempuan.

Agak lama jugak tunggu turn pagi tu. Dalam hati berdebar-debar... Camne nak cakap dengan doc ni.. festime ni.. segan pun ado... enchek hasben ada kan senang...-.-'

My masuk bilik doc... Doctor chinese. "I've checked My urine yesterday"... "hmmm.. 2 lines..."... "so i nak confirmation on that...".... Doctor senyum... " Is it your first time".... "yeah..."... "ok... then do your UPT..."....

Lepas bagi urine kat assistant doc tu My tunggu kat luar. Beberapa minit pastu, Doc panggil masuk semula. Bukak je pintu doc dah senyum-senyum and tengok pada keputusan UPT My... "Congratulations.... Yes.... 2 lines..."... cakap doc sambil senyum.... Sebelum keluar dia tanya last date period... dan My ada cerita pasal bleeding yang keluar recently. Dia kata kalau keluar sekali tu sahaja don't worry but then kalau keluar lagi jumpa doctor. Sebelum keluar dia bagi advice.... termasuklah suruh ambil folic asid... *festime oke tahu pasal folic asid...-..-'

Alhamdulillah..... tak My duga seawal ini walaupun memang berharap...:) Kandungan ni dah berusia 4 minggu... Thanks Allah.... Kau permudahkanlah kandungan ku ini... sehingga hari kelahirannya nanti.... Amin.... :)

Setakat ni, My takde rasa loya-loya atau nak muntah... cuma sakit pinggang dan perut je. Selera pun macam biasa je cuma sekarang dah tak diet-diet dah hehe. Kalau dulu jarang makan nasik, kononnya nak diet...:D tapi sekarang hari-hari makan nasik... dah ada green lite... hehe...:D

Harap-harapnya sepanjang 9 bulan ni My tak alami apa-apa yang boleh memudaratkan kandungan. Harap sangat.... Pray for me also ya friends!! :)

** Apa yang boleh n tak boleh buat atau makan sepanjang trimester pertama ni ek? -.-'

Monday, March 26, 2012

HAPDET!


Assalamualaikum readers!

Lama giler kot tak hapdet belog. Sampai satu saat tu pernah lupa terus yang My ada belog usang ni….-.-‘ Urghhh… penat… penat… penat…

Apa perkembangan terbaru? Ahhhaaa memang… mengembang sangat…. Sebab makan banyak ngeh3… Nothing’s new My masih ditakuk lama… erkkk~ main bantai je sebut…-.-‘ Kerja? Masih setia dengan company yang sama… boss yang sama… kawan-kawan ofis yang sama… Apa project sekarang? Masih bermain dengan statistic number yang My tatao bila My boleh rungkaikan… Urghhh! Tensionnya! T__T

My Online Shop? Masih berjalan seperti biasa… Cuma My limitkan, kurangkan atau tiada business activities during working hours. Kerja kerja… business business… Kalau buat 2 kerja satu masa nanti kepala pening, plus…  nanti orang kata curik tulang plak…-..-‘ Achievement? Untuk My yang masih baru ni, oklah… Yang penting, jangan mengaku kalah… Mana ada orang start je business terus maju betul tak? Kalau My tak give up, terus berusaha… InsyaAllah My mesti berjaya buat di masa-masa akan datang…. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit… J

For those yang tertanya-tanya tu bolehlah ke Online Shop My di SINI ataupun di Facebook Page… cari je nama Fingertips Shop. Okay? My jual banyak benda includes Adult clothes, Children clothes, Health stuff dan banyak lagi…. Kebanyakan produk adalah buatan Malaysia dan ada yang diimport dari negara-negara luar seperti Korea, China, Indonesia, etc. So feel free to drop by. Tak beli pun supportlah My yang baru nak belajar-belajar ni oke… TQ… J

 Kehidupan bersama enchek suami… Alhamdulillah…. Masih membiasakan diri dengan status suami & isteri… eh inai kat jari ni pun tak habis lagi tau eheheh. Masih mood hanimun gitew… boleh?:D n yet…. I got something to tell you guys!!!!!  But then…. Nanti lah ye…. separate posting annoucement…:D

What else what else…. Hurmmm tu je la kot nak hapdet. ceh macam melapor apa je kan? hehe. Anyway…. Do I still have my readers out there??? Hope so! n I miss to visit your home (blog)! I’ll find my free time to give you a visit oke! muah! J

Till then!

Nota kaki: Office ni makin membosankan… Tak cukup dengan facebook dia nak blocked… belog pun dia nak block hoke! Nak hapdet post boleh nak view blog plak tak boleh! Unmotivated teruss…. grrrrr


Wednesday, March 21, 2012

Keluh Kesah

Urgghhhh... My rasa banyak benda yang My nak buat tapi My tak menang tangan... My tak cukup masa My tak cukup itu tak cukup ini.. akhir zaman ni masa berlalu sangat pantas.. i can't catch up everything i've been missed! Masa takkan tunggu kita, yes! huhhhh...

Bila tak dapat buat mulalah mengeluh... ape daaaa...-.-' 

Hey yu ols! how bout yours? your time? your family? your work? Adakah semuanya going smoothly? Did you manage them perfectly? If yes, Alhamdulillah.... bleh ajar tak? heeeee~

Kepala My tengah jammed sekarang. Memikirkan koje yang melibatkan number dan statistik make myself migrane enough. Teringat dulu masa study setiap kali lepas keluar dari class account for sure migrane! I hate numbers! even 1+1 pun My rasa My masih perlukan kalkulator...-.-' Ini kah plak menda yang banyak-banyak ni? adehhhh serabut perut! 

My penat. Dengan kedudukan ofis dan rumah yang jauh... koje dr pagi ke petang... seyesly sampai rumah kepenatan jangan cakap la...-.-' Maybe sebab travel jauh sangat kannzzz... lepas tu balik nak kena buat keje rumah sket... bla bla bla... tidur paling awal pun 11.30 -12.00 macam tu bangun pagi around 6.am... lepas tu dah nak koje balik... penat wa cakap lu.... perghhhh.... badan ni sengal-sengal jangan cakap la.... T___T

Adakah My perlu bertukar kerja? atau berpindah rumah? -.-'

Ok fine My tengah merepek sebenarnya... urghhhhh!!!!!!

eh jap2 iklan jap

feel free to drop by: Fingertips Shop

Dapatkan Natural Bamboo Slimming Suit anda hari ini!
murah berbaloi-baloi!!!!

ok bai!

Thursday, March 15, 2012

New Passion... I need your Support!

Hey everyone!

Urghhhh hampir terlupa yang My masih mempunyai belog dan kawan-kawan di sini... :) As usual, mood untuk berbelog semakin pudar dan pudar... -.-' 

Beberapa minggu ni... My mencari sesuatu pembaharuan untuk majukan diri... What kind of improvement? entah. you know me... Bila bersemangat melakukan sesuatu tu hangat-hangat tahi ayam je... sebagai contoh, DIET... dah dah... takmo cakap pasal diet...-..-

Ok back to my main point... oklah. better My straight to the point je lah kan.. kias-kias panjang-panjang nanti korang skip ke fullstop gak...:D 

Introduce you.... My new passion.... Online Shop! :)
buat sendiri... for temporary...:D
Ok actually, online shop ni dah lama My develop cumanya... as I said... semangat My tu pada awalnya sahaja... Bila rasa I can't do it i'll stop from doing it.... Dulu My ada jugak buat jualan sikit-sikit macam tudung, kuih raya hehe tapi half way je sebabnya tiada sambutan atau dengan kata sopannya i failed to do my marketing walaupun I'm from marketing line...-.-' Ahhh dunno perhaps my method tak berjaya or sebenarnya My memang malas kannzzz... sudahnya tak ke mana. Kuih raya tu boleh dikatakan berjaya jugak sebab musim raya masa tu kan cuma need early planning for it. so tak perlulah cakap lebih details benda yang dah lepas kannzzzz haha... 

Meh kita looking forward.... I decided to re-develop my online shop. Because of what? Entahlah... as I said... nak cari pembaharuan...  taknak macam ni saja... pergi balik kerja... lepaking @ rumah bla bla bla... I very impressed bila tengok online seller yang berjaya. Malah some of them tak berkerja langsung just concentrate on their online shop and their monthly salary sama banyaknya macam My yang bekerja office ni malah mungkin lebih banyak! wow!!! How they do it huh??? Hurm... 

So.... Sejak beberapa minggu lalu asal balik kerja... weekend... I'm looking for supplier yang boleh bagi the lowest price. Yeah... i did it... and now i start to do it... Tengoklah macam mana... Kalau berjaya dalam masa sebulan ni then i proceed as my part time..:) 
So korang-korang pelisla.... bagi sket semangat kat den ni haaaa hahaha... At the moment My banyak focus on baju-baju muslimah... :) Yela, dah akhir-akhir zaman ni kannn... i make it as a medium to bawa all the muslimah to be 'real muslimah'... takmo dah ketat ketat sana sini seksi sana seksi sini tu hoke...:D

Heee~ for more info on the products bolehlah kunjungi laman online shop my di:

blogshop: http://fingertipshop.blogspot.com
(sorry buruk!blogshop masih dalam pembikinan)
Facebook: Fingertips Shop
Facebook Page: Fingertips Shop

Follow, Add and Like lah sebagai tanda sokongan anda semua!! :*

Till then!

Monday, March 12, 2012

mencari mood yang hilang....

Mood... oh mood.... Haih~ 

eh hai...long time no see hehe...:D Entahlahhhh lately ni takde mood langsung berblog. Busy kerja? errr... maybe. Ada a few issues yang perlu di settlekan.

So... how are you readers? Dah lama tak blogwalking. Sometimes blogwalking gak, but go thru je tak leave comment pun hehe. And now My agak bosan dan tertekan... So bolehlah berjalan-jalan at yours sat kalau ada masa... :)

Time is running very fast kan? Yelah... see see dah bulan March... And.... I'm married?? -.-' Hehe... Eh know what, inai di kuku jari My masih ada tau... n merah menyala lagi... hehe... So bolehlah kalau My nak berangan-angan jadi pengantin baru lagi kan kan? :D Hurm.... kehidupan berumahtangga selama hampir 3 bulan ni... okaylah... Tidur ada orang teman... makan ada orang teman... pergi kerja ada orang hantarkan... baju berbasuh ada orang tolong sidaikan... n kadang-kadang... masak pun ada orang tolong tau... :) Yeah... that's my husband.... ;*

Kerja? Masih di tempat yang sama since almost 2 years ago... Di sini lah tempat My sebelum menamatkan pengajian di UiTM... di sinilah tempat My memulakan career selepas menamatkan pengajian... Yup... My  praktikal di sini.... sebelum di absorb as permanent di sini... Alhamdulillah... Itulah yang dikatakan rezeki... Thank you Allah... thank you to people that made me kekal di sini... Alhamdulillah...

People said... rezeki jangan ditolak... n apa yang kita dapat di sini mungkin kita tak berpeluang dapat di mana-mana andai kita tolak rezeki itu... Yeah... But then... people said also... rezeki ada di mana-mana... asalkan kita rajin berusaha dan berdoa... InsyaAllah pasti ada rezeki di mana-mana... tinggal nak mencari sahaja... kalau duk diam tak buat apa... memanglah tak dapat hape ye dak? :) 

By saying that... Am i bored to be here? Or maybe My sebenarnya bosan bekerja? -..-' Arghhhhh mungkin My perlukan persekitaran yang baru? Takkan nak kena tukar kerja kot???? haish~ 

entahlah entahlah.... hidup penuh dengan entahlah....-..-'

ok fine. sebenarnya haku tak tahu dah nak kata ape. ok bai!:D

nota kaki: Macam nak belajar buat bisnes online la... tapi nak mula dari mana ek? hurmmmm



Friday, March 9, 2012

Happy Person

source: Islamic Quotes

Monday, March 5, 2012

Wedding Day | Full Review

Ok ok… zanzi zanzi this is the last one. Yela pengantin dah basi kannnzzz sibuk lagi nak buat review hehe… pejam celik pejam celik dah sebulan lebih dah My dan enchek suami berkahwin… and seyesly, still unbelievable… hehe… Anyway… kehidupan selepas berkahwin ternyata bukan ibarat petik jari pun boleh… dan tidaklah jugak diibaratkan berat mata memandang berat bahu memikul lagi berat. Kikiki… Not so bad… yang nak kawen? silalah kawen cepat! J

Straight to the main topic, here My nak review the overall wedding… J

Pre-Wedding

Last minute shops!

My start cuti seminggu sebelum majlis di rumah sebelah My… Setakat masa tu semuanya sudah selesai cumanya barang-barang keperluan memasak memang mak beli hanya 3/4 hari sebelum majlis. Barang-barang dapur yang perishable macam ayam ke ambil sehari sebelum majlis.. Tapi kenalah order awal-awal ye… kalau on the spot beli alamat dapat ayam buat lauk makan sendiri je laaa hehehe… berapa ekor ayam.. daging toksah tanya My lah ye.. bab-bab di dapur My serah kat pakar je hehehehe...

Last minute hantaran preparation and kompang booking!

Beberapa hari lagi nak kawen macam-macam hal datang. Biasalaa human being… nobody can be perfect right… Dengan hantaran yang sehari sebelum wedding baru nak siap… Dengan kumpulan kompang lupa giler nak booking early! Seyes kelam kabut nasib la tak pakai kompang recording kauuu… Apa taknya masa hari majlis tu ada beberapa rumah lain yang mengadakan majlis sama tarikh. So eventhough kat kampung tu ada 2/3 kumpulan kompang kenalah booking awal otherwise memang fully booked! Nak dijadikan cerita on the day yang baru teringat nak booking kompang tu… memang betul kumpulan kompang kat kampung semua dah fully booked! Arghhh tension nak menangis je rasa masa tu… Ada yang boleh terima lagi pun dia kata kena bersanding awal, kena bahagi2 kan time tu dengan wedding lain… taknak lah kan bersanding tergesa-gesa plak nanti…-.-’
At last, Thanks Allah! Dapat gak kumpulan kompang.. tapi dari kampung lain.. Mak abah kan duduk betul-betul sempadan negeri sembilan… So ambil lah group kompang dari luar negeri tuh kikikiki… Alhamdulillah…. Takdo lah majlis den kena pakai bunyi kompang recording hahahahaha…~ Hantaran kahwin? Dapat siap dalam masa setengah hari dengan bantuan kakak ipar dan kakak-kakak den… hehe

Persalinan photoshoot


Kebiasaannya orang suka buat majlis malam berinai… Tapi My tak biasa amalkan majlis macam tu.. Lagipun belum bernikah lagi kan. So, sebagai tambahan My buat photoshoot untuk 4 persalinan. Pakai pakaian kimono, jawa, tradisional dan Indian.  Saje je suka-suka hehe… Photoshoot ni My buat petang sehari sebelum majlis. Sebab malamnya tu mak buat majlis marhaban dan khatam Quran anak buah My. My?? Hehe lupa nak beli baju lebih kalau tak bleh khatam skali. Takpelah dah banyak kali khatam dah… kikikiki


Big Day

Pernikahan


Pagi majlis tu lepas subuh memang My tak tido dah… malam tu pun tidur tak berapa nak nyenyak entah sebab nak kawen kot.. -.-’ So lepas Subuh tu memang siap-siap mandi terus sebab Mak Andam janji nak make up pukul 8.00 am. Around 8.30am macam tu kot mak andam datang start make up… Ikut jadual, nikah around 10.00 atau 11.00am but then dah terbawa sampai ke tengahari… Padahal dah cakap awal-awal dengan enchek hasben gerak awal-awal… yela diorang kan dari KL. Suh tido mana-mana yang terdekat tak mahu haih~ Jadinya, dia still sampai lambat… Itupun masa dia sampai family yang lain masih belum sampai. masa tu My dah kelam kabut… rasa nak marah pun ada… tapi nak buat macam mana… as I said… human being… Sudahnya… pukul 12 lebih macam tu baru habis nikah…pas nikah nak makan lagi… nak make up lagi… seyesly kekangan waktu masa tu…T___T Apapun, alhamdulillah selesai majlis akad nikah….




Persandingan

Ikutkan bersanding pukul 2.00pm… Tapi sebab majlis akad nikah pun dah abis lambat… nak make up bersanding lagi… nak siapkan pengantin lelaki kat rumah sanggah lagi, jadinya pukul 2.30pm baru bersanding. Seyesly masa tu My menggelabah betul. Dengan mak andam tak siap-siap lagi make up My… dengan masalah tudung lagi… nak siapkan enchek hasben lagi… rasa demm betul time tu… sabo aje laaa… T___T Nasib baik kawan-kawan ramai datang lepas tu rasa cool sket haish~


Masa pengantin lelaki sampai My kena keluar… sambut dia n salam dia… Masa keluar rumah tu perghhh ramai giler kot orang… My jalan pun tak tengok kiri kanan dah… tau-tau dah ada depan enchek somi. Yang sengalnya.. masa My dah ada kat sebelah enchek somi bleh plak jiran-jiran ni pi buat tol kat entrance… ape daaa baru nak bikin tol…-.-’… Itu tol tak terancang ye… Sepatutnya sebelum My salam enchek somi diorang bikin tol hehe… Kalau tak faham abaikan. Ini tradisi orang Johor… Bukanlah adat sangat punnnn saje suka-suka je tu hehe.


Lepas dah melepasi tol, kitorang masuk dan kena duduk dulu kat kerusi sebelum dipersembahkan dengan silat. Itupun tak dirancang ye… abang ipar sendiri plak tu yang bersilat hehehe… Lepas tu, pengantin perempuan kena masuk dalam dulu ke pelamin. Masa tu ada 2 tol lain di pintu masuk dan pelamin. Kat pintu masuk pun sedara mara sendiri je hahaa… Kat pelamin haruslah mak andam yang mintak duit tol ye… haish~


My tak buat renjis renjis dipilis tu. So, just tabur gula-gula dan duit kat depan pelamin bagi kanak-kanak berebut hehe. Lepas tu just ambil gambar dengan family belah lelaki dulu sebelum keluar makan damai (makan beradab).

Makan beradab & potong kek

Time makan beradab tu makan 2/3 suap je mana taknya memang tak lalu… kawan-kawan pun tak berhenti-henti berkunjung… Yang nak balik lah yang baru nak datang lah… Mana yang duduk dekat-dekat tu memang My tak bagi balik dulu suh dorang amik gambar baru bleh balik. Lauk? Sedap… kawan mak jiran dekat-dekat rumah gak yang masak. Lauk pengantin tak abeh sedara mara yang tolong bedal sampai licin..-.-’


Kek pun sama. My rasa sikit masa nak ambil gambar je. The rest? Sume kena bedal… yela kek sodappp… Yang tinggal untuk My kek hantaran je lah heheh.

Photoshoot


Selesai makan beradab My tunggu family enchek hasben balik. Lepas hantar diorang ke kereta masing-masing kami masuk ke rumah for photo session… Nasib baiklah ada kawan-kawan yang masih stay untuk bergambar… mana yang ada semua My panggil naik pelamin hehe. Last sekali baru dapat kumpulkan satu family My… itupun incomplete..-.-’



Selesai bergambar kat pelamin… kawan-kawan balik dan tetamu pun ramai dah beransur pulang, kitorang terus tukar baju untuk outdoor session.Giler kau penat sangat masa tu.. Tapi sebab malas nak buat hari lain, alang-alang penat biar penat terus.. so kitorang habiskan outdoor photoshoot petang majlis tu jugak… Masa dah takde guest datang lagi tu la kitorang keluar. Buat simple photoshoot je… Pergi ladang kelapa sawit milik abah dan ke padang sekolah rendah. Snap sana snap sini snap situ… then balik rumah! Flat giler petang tu hoke….-..-


*******************************************************************
Yang tak sepatutnya berlaku…. #terkilan#

Lebih kurang begitulah rentetan majlis perkahwinan My haritu… Nampak macam indah tapi dalam pada keindahan itu namun terselit jua kecacatan… normal lah… as I again again again said… human being kan… nobody perfect… As in my Big Day… tak semuanya sempurna as planned…. Urghhh bila teringat balik rasa nak turn back to that day n kawen semula! Tapi apa boleh buat… sob sob…

Tudung persandingan, pakaian, pelamin…

Kalau bab DIY this and that memang my angkat kaki awal-awal sebab My bukan seorang yang berjiwa apatah lagi bertangan seni makanya most of the things memang My beli siap je atau serahkan kepada yang pakar sahaja. Macam bab mengandam, pakaian nikah sehinggalah kepada make up, pelamin dan hiasan bilik tidur My serahkan 100% kepada Mak Andam… Disebabkan My serahkan semuanya pada mak andam so setiap kali My balik My mesti nak jumpa dia sebab nak tahu perkembangan whether baju dah siap… tudung dah okay… accessory ready and bla bla bla… Yela nak kawen kan ofkos lah nak nampak everything is perfect betul tak. But then, setiap kali My kinda like menggelabah nak jumpa mak andam, My mesti keep on asking this and this and this.. she will say that… ‘My… dun worry semuanya okay….’…. but.... tengoklah tudung persandingan My.....
tak ohsem kan kan? demok & bulat.... T___T
FYI, dalam entry sebelum My berkahwin, dalam pada masa My sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan… My ada post entry berkenaan style tudung dan pelamin yang My nak pakai masa wedding. On the big day… nak dipendekkan cerita… Dahlah masa tu dah kelam kabut sebab dah lewat nak bersiap untuk persandingan… I dream of something that more ohsem than nikah punya tudung but then, bila nak pakai tudung for bersanding tu bleh tak baru mak andam terkial-kial nak fikir style macam mana dia nak pakaikan tudung pada My. Oh demmmm! Dahlah lambat boleh plak baru nak fikir… sapa tak hot ye dak???

Sudahnya sebab kompang dah get ready, pengantin lelaki belum disiapkan lagi jadinya My suruh je lah dia pakaikan macam mana pun janji pakai dan cepat siap! Urghhh… My kalau boleh tak nak yang jenis melekat kat kepala… If melekat pun there must be something that close atas kepala tu. My nak yang ada awning tapi not kinda like yang orang selalu pakai tu (tudung sarung) coz I’ll look tembam. But then, bila pakai tudung yang dah dipakaikan masa bersanding tu… sah-sahlah memang nampak ketembaman tu pun…. Tak boleh nak buat apa dah.. -.-’ sakit hati memang sakit yela sebab apa yang kita dapat tak seperti yang kita nak kan… Bila fikir-fikir balik lagi elok lah My pakai jenis tudung sarung tu at least tak setembam itu… Urghhh~

See.. See buruk kan kan... T__T mesti ada org sound "eh mane pengantin, xnmpak pun?" -.-'
Pasal bab pakaian dan pelamin plak… Memang My nak kaler orange, peach and cream/putih… but then… I dunno… bila tengok gambar atas pelamin… rasa kecewa pun ada sebabnya… baju dan pelamin nampak tak kontra sangat! Pengantin looks like tenggelam kan… hurm bukan macam dah… memang tenggelam pun kan… Ikutkan pelamin tu kaler dia orange.. tapi sebab mak andam dah letak 3 bijik lampu perhiasan kat belakang pelamin tu kan makanya pelamin tu nampak sangat terang dan secara tak langsung menenggelamkan peranan pengantin di situ.. Urghhh…!! Sepatutnya mak andam tu kena pandai main dengan warna kat belakang tu… mungkin letak kaler putih/cream? Or… urghhh entahla. My bukan pakar bidang macam ni… yang My tau My nak nampak cantik dan sempurna pada hari bahagia My…. Tapi nak buat macam mana kan… dah lepas dah… T___T

Bukan mak andam My ni tak bagus… she’s good… But then there is a few things that matters to me! Kalau masa nikah tu nampak macam tak okay sangat takpe My bleh terima lagi but then masa bersanding? Uwwaaaaa! Mesti ramai yang kutuk My tak santek on my Big Day kanz kanz? .... T___T

Somehow….. what else can I say… Bukan apa,sampai sekarang My masih rasa terkilan dan ralat sangat... Bila terkenang-kenang balik moment Big Day, rasa nak bersanding lagi sekali... mission failed. Seyesly!

Ok dah dah. fullstop. Benda dah lepas. T__T

Tak dapat jumpa ramai tetamu penting

FYI, My ni anak perempuan bongsu. So, masa big day tu ramai sangat saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat. Yang My terkilan sangat... ramai sangat yang My tak dapat jumpa! Lepas majlis tu My ada review gambar kahwin dari kamera abang My. Tiba-tiba nampak gambar muka sedara mara.... "eh mak tam datang? mak teh datang? alaaa! kenapa diorang tak pegi kat My..."... T__T Sedih terkilan yang teramat... sedara mara dahlah datang semua dari jauh-jauh... Perak.. Penang... Jumpa dah lah susah... dah ada peluang tak dapat plak nak jumpa at least salam peluk cium kannn... sob sob... 

My pun satu... patutnya terfikir nak pusing habis kat area canopy tu... n jumpa sedara mara... Ini tidak... My sempat jumpa mana yang My nampak je... Seyes korang... bila jadi pengantin sampai orang pun tak nampak tau. Nak jumpa personally setiap sorang memang tak sempat... tak terlayan... T___T 

A bit terkilan ada yang My tak dapat dapat nak jumpa... Alahai~ 

*******************************************************************

Overall... what can I said... Not so bad... Not so smooth as planned... 'Ok lah...'... nobody perfect right... same as me yang festime kawen ni... hahhaha... Yang penting kami suami isteri dah pun selamat diijabkabulkan... :) and yang penting....kamu dah halal!!!

Syioknyaaaa kawen...... anda yang bujang tu bile lagi??? :D

Friday, March 2, 2012

INGIN BERPELUANG MEMENANGI KERETA MALAYSIA PERTAMA BERINTERNET?? JOIN MY SEKARANG!

Psst... Psst.... 
Suka blogging? facebooking? Twittering? Surfing all the time?
Bosan tiada rangkaian internet bila anda di dalam kereta?
Lebih-lebih lagi jika tersangkut di dalam jammed...! Urghhh!

Bored no more!
My nak bagi korang chance untuk menang!
Menang apa?
Bukan sahaja nak bagi korang rangkaian internet... malah...
nak bagi sekali dengan kereta!

PROTON dan YES 4G Memperkenalkan...


Dengan kerete berinternet pertama ini korang boleh:

* Menonton youtube tanpa buffering
* Menggunakan video conference seolah-olah si dia ada di hadapan anda!
* Stream lagu dari seluruh dunia!
* Muat turun dan menonton filem HD dengan lancar!

Dengan menyertai peraduan ini ada mampu memiliki kereta di atas bersama kesemua yang berikut:















jadi... tunggu apa lagi? jom join My dan anda berpeluang memenangi hadiah lumayan ini! ^__^

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:

1) Mula-mula klik link ini - SINI

2) Kemudian akan keluar 'Go to App' seperti di bawah:


3)Kemudian, LIKE page berikut:




4) klik 'JOIN NOW' di profile berkenaan:

5) There you are.... 'Get Started' now to get a chance for win! :)


6) Isikan maklumat diri korang di Borang Penyertaan



7) Pilih Gender & Avatar korang


8) Muat turun gambar muka comel korang, dan adjust di avatar yang telah dipilih




9) Isikan di petak kosong, apa yang anda boleh lakukan dengan kereta berinternet



10) Anda sudah siap! klik CONFIRM dan anda berpeluang untuk memenangi kereta pertama berinternet!! 



Sebarkan kepada kawan-kawan anda untuk mendapatkan mata dan follower! :)


Goodluck!!!^__^

A Man Without Allah...

source: KhadimulQuran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers