9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, May 28, 2012

Second Antenatal Check Up

Khamis lepas My pergi buat pemeriksaan kehamilan untuk kali kedua. Seperti yang dimaklumkan My kena minum air gula. Pagi-pagi datang sebelum check up macam biasa semua tu My minum air gula dulu.... Oleh sebab My masih muntah-muntah teruk nurse ada suggestkan untuk buat lain kali sebab kalau My muntah balik air gula tu My kena minum semula dan puasa semula... 

Sebab malas nak tangguh-tangguh My cakap My nak cuba so My pun minum... Urghhh... Tak seteruk yang disangka tapi teruk jugaklaaaaaa.....-.-' Sementara tunggu 2 jam kemudian untuk ambil darah kali kedua My pegi check lain-lain seperti biasa...

Check up My haritu horror betul. Berat turun... HB turun... Kencing kotor.... T___T.... Sudahnya... My kena datang untuk check up 2 minggu akan datang bukan sebulan akan datang... T___T Mana tak turun semuanya... muntah-muntah teruk.. T___T.. Test air gula?? Alhamdulillah My sempat bertahan 2 jam tu untuk ambil darah kali kedua. Lepas je dah settle tak lama pastu terus muntah.... Haih~ 

Sekarang ni makin teruk muntah-muntah My... Sepanjang pregnant je dah beberapa kali My tak datang kerja... Memang takde kudrat.. keadaan memaksa... T___T... Sekarang kalau makan je nak muntah balik.. makin teruk plak. Makan biskut keluar balik... makan asam boi pun tak lut dek perut dah... Allahuakbar.... Besarnya ujian yang Kau bagi ya Allah..... T___T

Pagi ni My gagahkan gak diri pergi kerja. Banyak kerja perlu My settlekan. Serba salah plak bila selalu sangat cuti... Maaf... T___T... Ya Allah berilah aku kekuatan... Berilah aku kekuatan ya Allah.... Pagi ni je sebelum ke kerja dah muntah-muntah teruk sampai berdarah tekak... Sampai je office sambung lagi muntah.... Ya Allah...... My harap My kuat hadapi semua ni.... Be strong My....T___T

My kagum tengok korang-korang (m2b) yang sangat kuat hadapi saat-saat seperti My ni... My tatao lah... mungkin sebab ini pengalaman pertama kali... My masih cuba untuk menerima keadaan ini.. dan My belum cukup kuat... T___T.... Mungkin juga pengalaman yang kita rasai tak sama... kan? Seronok je tengok m2b yang takde pun alahan-alahan teruk macam ni... Allah menguji... My redha... :' )

Tolong doakan My cepat sembuh... terutamanya dari loya dan muntah-muntah macam ni... My tak kuat... My nak sihat... My nak sihat sangat-sangat.. T__T

notakaki: Minggu ni nak balik ke johor. Rindu mak abah dah 2 bulan tak jumpa. Moga Allah permudahkan.... Amin....

Wednesday, May 23, 2012

Trimester Pertama bakal Berakhir


Subhanallah... Maha suci Allah yang mengurniakan sebaik-baik kejadian manusia... Berair mata bila tengok gambar di atas.... Begitulah agaknya sempurnanya sifat-sifat anak dalam kandungan My sekarang ni... Dah sempurna fizikal luarannya.. Tinggal masa untuk ditiupkan roh dan melalui proses pembesaran.... Tak sabar nak tunggu baby mummy membesar... :')

Maaflah, sejak kebelakangan ini semakin jarang hapdet belog. Kelemahan diri membataskan... Minggu lepas je dah masuk kali ke-5 My MC sepanjang pregnant ni. Balik kerja masa tu asyik berhenti sepanjang jalan berhenti muntah. Mana ada petrol pam My suruh enchek hasben berhenti. Tak tahan rasanya. Sampaikan keluar darah, tekak luka barangkali akibat hampir tiada apa yang nak keluar lagi dari perut... T__T  langsung My terus ke klinik jumpa doktor. Alasan biasa diberikan oleh doktor ditambah dengan sedikit nasihat... Doktor perempuan so My lebih selesa untuk bercakap apa yang My nak cakap sebab doktor perempuan amat memahami di saat-saat My macam ni. 

Masa jumpa doktor tu jugak, My ambil kesempatan untuk buat ultrasound. Walaupun masih awal, doktor benarkan untuk scan... Ya Allah... menitis air mata My tengok imbasan bayi pada skrin tu... Ye, ada bayi sedang hidup dalam rahim My.... :')... Dia masih sangat kecil... Sesekali My nampak dia bergerak-gerak... Enchek hasben pun nampak... gembira sangat dia sampai balik pun masih terbayang-bayang pergerakan kaki dan tangan baby... :) Alhamdulillah, sekurang-kurangnya terubat perit jerih My dapat tengok baby dalam kandungan.... :')

Kandungan My sekarang dah berusia 12 minggu++ di mana trimester pertama bakal berakhir beberapa hari lagi. Keadaan My? Masih sama, tiada tanda-tanda menunjukkan loya dan muntah ni bakal berkahir. Malah makin teruk. Setiap hari My akan muntah pagi dan petang. Kalau malam tak tidur awal konfem akan keluar juga. Ya Allah... Pengalaman bermakna ini sangat menginsafkan My... Ini baru seorang anak... cuba bayangkan macam mana mak My boleh mengandung dan melahirkan 7 orang anak?? T___T

Ye... My kena kuat... Inilah pengorbanan seorang ibu yang perlu My lalui... Ya Allah... berikanlah aku kekuatan.... Kembalikanlah kesihatanku.... T__T

My harap, My doa semua ni (loya dan muntah) akan berakhir selepas trimester pertama ni. Bukan apa, lama sangat My tak keluar shopping. Baju hampir semua dah tak muat di badan. Baju maternity satu hape pun tak beli lagi... nak beli online takut tak kena size plak.. T__T  Kalau sihat sikit badan ni nak berjalan-jalan bolehlah My shopping apa yang patut untuk keperluan masa pregnant ni...  Mudah-mudahan My kuat dan sihat.... Doakan eh korang?

Esok My check up kali kedua. Pagi-pagi dah kena datang untuk buat MOGTT... minum air gula... Hurm, dalam keadaan yang masih mabuk-mabuk ni tataolah My boleh telan ke tidak air gula tu esok... Start malam ni kena puasa sehingga esok pagi. Risau gak My ni. Mana taknya, air putih memang susah sangat nak minum. Bukan tak cuba, dah try hari-hari tapi lepas tu mesti muntah balik... T__T Kalau esok check up kena kencing manis macam mana?? Ada apa-apa nasihat tak those yang dah pernah minum air gula out there?? Apa My nak buat ni? T__T

Mintak-mintak esok takde apa-apa yang serius... Moga anak mummy dalam perut ni sihat-sihat je oke... InsyaAllah....

Monday, May 21, 2012

Bantuan Anda diperlukan untuk Pembedahan Adik Adam

Salam Saudara/Saudari,

Kami ingin merayu untuk sumbangan bagi membantu pembedahan anak lelaki kami, Adam bin Akbar Ali, berumur 9+ tahun, yang mengidapi penyakit ‘intramedullary cervical spinal cord tumor (astrocytoma grade 2)’.

Adam mengidap penyakit ini sejak 4 tahun lepas dan penyakit in amat jarang sekali berlaku (kebarangkalian penyakit: 10 orang daripada 1 juta orang akan mengidap penyakit ini). Tumor atau ketumbuhan itu berada pada saraf tunjangnya di mana ianya mengganggu saraf- saraf kaki, tangan dan pernafasan. Jika tumor itu tidak di keluarkan melalui pembedahan, ianya akan memudaratkan pesakit di mana pesakit akan menjadi lumpuh ataupun kematian disebabkan saraf pernafasannya terganggu.

Image of Spinal Cord Tumor 
Adam telah menjalani 2 pembedahan besar setakat ini. Pembedahan pertama, radiosurgeri, chemoteraphy di Singapura dan pembedahan kedua di Hospital Kuala Lumpur. Malangnya hasil pembedahan dan rawatan tersebut tidak membuahkan hasil dan hanya dapat memberi penyelesaian sementara sahaja dengan mengurangkan kesakitan/risiko yang dialaminya. Menurut pakar-pakar bedah saraf di sini dan di USA dia hanya menunggu masa untuk menjadi lumpuh dalam jangka masa yang pendek atau akan mengalami risiko kematian jika tumor itu menekan saraf pernafasannya. Tumornya dikategorikan sebagai ‘mengancam nyawa’.

Kami telah berjumpa dengan pelbagai doktor neuro dan onkologi di Malaysia dan Singapura (kerajaan dan juga swasta). Ramai yang enggan membedahnya kerana risiko kelumpuhan jika dibedah dan jika dibedah sekalipun hasilnya tidak memuaskan.

Tumor tersebut boleh dibedah dengan jayanya di Johns Hopkins Hospital, Baltimore, USA oleh Dr George Jallo, seorang pakar neuro yang terkenal di sana, tetapi kosnya adalah RM300,000 termasuk kos penerbangan dan lain lain. Kami tidak mampu untuk menanggung kos tersebut. Oleh kerana itu kami ingin merayu bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Insurans yang kami ada tidak memberi perlindungan untuk penyakit ini.

Kami amat berharap untuk mendapat bantuan kewangan ini secepat mungkin untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Semoga Allah SWT membalas budi saudara dan saudari. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam: 12038025182964 atau Maybank: 512101054830, Akbar Ali Bin Mohamed Noordin atau PayPal: akbaralinoordin@yahoo.com . Ribuan Terima Kasih.

Wassalam,
Akbar Ali, Siti Rogayah dan Keluarga.

akbaralinoordin@yahoo.com
Tel: +60176202642

sumber: AdamsTumor


********************************************************************************
Tersentak My seketika mendengar perkhabaran ini daripada seorang kawan lama yang sama-sama belajar di Business School di UiTM beberapa tahun lalu. En Akbar Ali? Ya... nama itu tak asing lagi. Pensyarah kami yang mengajar subject E-Commerce. Sangat baik. Tak pernah pun rasa taknak pergi kelas sebab sikap pensyarah tersebut nak dibandingkan dengan beberapa pensyarah lain yang agak tegas hehe. Mungkin sebab kebaikannya tu jugaklah kami yang nakal ni berani ponteng kelas dia.. cis. Eh tapi takdelah selalu. Cuma sebab dia baik kan.. tu pasal berani tak pegi kelas dia haha. Kelas dia biasanya dekat Lab komputer. So sambil-sambil menyelam boleh minum air... :D Dia mengajar kat depan kami beryahoo messenger di belakang...-..- ops! Sorry Sir Akbar! :)

Anyway, kembali kepada tajuk asal. Anak kepada Sir Akbar kini sangat-sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk kos rawatan anak kesayangannya yang menghidap penyakit tumor. Allahuakbar... mak ayah mana yang tak sedih sekiranya penyakit yang jarang ditemui ini dihadapi sendiri anaknya? Sampaikan mereka sanggup menjual rumah dan En. Akbar sendiri terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah di UiTM semata-mata untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu. T___T

Kawan-kawan... Sebagai seorang ibu dan ayah, sebagai seorang bakal ibu atau ayah, sebagai Umat Islam terutamanya.... Marilah sama-sama kita hulurkan tangan ringankan beban... Jika tidak dapat sumbangkan banyak... sumbanglah walaupun sedikit... kalau anda seorang hulurkan RM1... kalau 10 orang? 100 orang? 1000 orang? Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima... Jom... kita hulurkan sedikit sumbangan kepada En Akbar Ali...

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam: 12038025182964 atau Maybank: 512101054830, Akbar Ali Bin Mohamed Noordin atau PayPal: akbaralinoordin@yahoo.com

Mintak juga keprihatinan korang semua untuk sebarkan kandungan entri ini untuk bacaan dan keprihatinan semua orang di luar sana….

Setiap sumbangan dan kebaikan yang korang lakukan hanya Allah yang mampu membalasnya… Sama-samalah  kita doakan semoga En Akbar Ali, isteri serta keluarga tabah menghadapi dugaan Allah yang maha hebat ini… dan semoga beliau Berjaya memperoleh jumlah sumbangan yang diperlukan untuk menampung kos perubatan adik adam untuk menjalani pembedahan seterusnya boleh menjalani kehidupan sihat dan sempurna seperti kita semua….

Amin… Ya Rabbal ‘Alamin….

Tuesday, May 15, 2012

Bukan Nak Mengadu....


Alhamdulillah…. I am 11 weeks plus now. Bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.. Cuma aku yang gagal untuk mensyukuri nikmat pemberianMu… L Mungkin My yang terlalu manjakan diri… layankan sakit pening segala… haih~ entahlah…. Orang yang pernah merasa je tau apa yang My rasa… Walaupun tak semua yang kita alami adalah sama… Mungkin cara kamu begitu… dan cara My begini…. Allah je tau kan?

Dah beberapa hari My tak online fesbuk. Sudah sedia maklum server kat opis ni memang blocked social network. My punya mobile internet plak entah kenapa beberapa hari ni tak boleh connect internet. Dah kehabisan limit usage barangkali. Nak call tanya operator malas. So, biarkan je lah. Walaupun kat rumah ada internet, memang dah jarang sangat online. Enchek hasben je yang rajin duk depan screen lappy tu. My? Lepas Isya’ biasanya dah masuk tidur. Nak bersosial dengan kawan-kawan di laman sesawang memang dah takde mood sangat-sangat.

Kehidupan seharian di rumah macam tu je lah. Kalau weekdays pegi keje balik keje, tidur. Weekend kalau takde apa yang betul-betul penting memang takkan ke mana-mana. Duduk berehat di rumah je. Nak keluar? Memang takde hati langsung. Kenduri kawan-kawan pun ramai sangat My tak dapat nak pergi especially yang jauh-jauh kat Johor nun. Tak larat. Plus, sejak preggy ni dah 2 bulan rasanya My tak keluar shopping. At least beli barang-barang keperluan rumah. Setakat ni barang yang penting seperti sabun basuh baju, toiletries semua masih ada… barang-barang dapur? Dah beberapa minggu My tak masak sebab tak boleh bau bawang segala… -.-’
ihsan google
Haih~ macam tu lah hari-hari My sejak preggy ni. Selagi loya, muntah ni tak hilang memang semangat My takkan datang. Allah n enchek suami je tahu macam mana My lalui hari-hari. Letih… letih sangat. Lebih-lebih lagi time keje. Mungkin sebab travel jauh sangat so bila duduk ofis dari pagi sampai petang… balik rumah jauh-jauh memang sampai rumah rasa flat giler. Semalam je dari pagi bawa ke malam My muntah-muntah. Makanlah apa pun memang akan keluar balik. My dah elak pedas, minyak… Tapi My tak boleh nak lawan. Makan ubat muntah? Buah? Biskut? My tetap tak boleh nak lawan…. Sampaikan bila dah tak larat sangat My akan menangis bila balik rumah… Sebab My sedih sangat tengok diri sendiri… My cakap kat enchek suami sampai bila My nak macam ni… My dah tak larat sangat-sangat… T__T

Bukan My nak mengadu… Tapi inilah yang My rasa… Dulu My tak faham kenapalah orang mengandung ni banyak sangat songeh.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. sikit-sikit tak larat lah apa lah. Sampaikan ada satu masa tu My merajuk dengan sorang kawan baik ni sebab tak datang majlis kawen My walaupun dia bagi reason yang dia tengah preggy. My cakap dia saja bagi alasan… setakat pregnant apalah sangat datang je lah kenduri My. Tapi sekarang bila My sendiri rasa, baru My tahu apa yang kawan My lalui tu tak semudah yang My sangkakan… T__T  Luaran orang Nampak kita ceria, sihat…. Tapi dalaman kita? Kita je tahu… My lemah… Tapi My cuba gagahkan diri… Kalau kita tunjuk sangat kita lemah nanti orang kata kita gunakan pregnant sebagai alasan untuk tunjukkan kita lemah… T__T

What’s now? Settlekan kerja ofis... Selagi tak settle memang tak sedap hati. Lepas ni akan ada kerja yang lebih ‘besar’ menanti. Harap sangat My boleh organize sehabis baik. I love my job… but kalau dengan keadaan macam ni, My takut My tak boleh buat. Come on My…. Kuatkan semangat…. J

I am almost to the end of first trimester. Apa yang My harap sangat-sangat… sekurang-kurangnya loya dan muntah My ni hilang masuk trimester kedua nanti. Yup. Memang My doa n harap sangat-sangat. My nak kuat bekerja… kuat buat kerja rumah… kuat makan… T__T Sekarang ni kalau tengok orang lain berselera makan rasa sedih sangat sebab My dah tak punya selera macam tu. Makan tak pernah habis walaupun makanan depan mata tu sangat-sangatlah sedap… T__T

Ku mohon nikmat kesihatan dan kekuatan dari-Mu ya Allah…….. ku mohon….. T___T

nota kaki: korang!!! tolong nasihatkan My!!!!!!!


Monday, May 14, 2012

Arghhh!


Hari Isnin yang lemah tidak bermaya…
Pagi-pagi datang ofis dah lembik sebab muntah-muntah… dah bekpes muntah lagi….
Sekarang rasa tak selesa bawah perut… kerap kencing…
Takkan kencing kotor kot???

Mata nak tertutup je ni… Nak menangis!! Tak larat!!!! Arghhh!! T__________T


Thursday, May 10, 2012

BERTUDUNGLAH WALAU TERPAKSA


Dan beringatlah.... MAUT juga tidak menunggu anda walaupun sesaat cuma... :) Peringatan kepada diri sendiri juga.... renung-renungkan dan selamat beramal... :)

Tuesday, May 8, 2012

On Medical Leave today....

Salam Selasa...


My MC lagi harini. Tak tahu hari ke berapa dah dalam tahun ni. Semalam muntah-muntah teruk kat ofis.. pagi muntah... petang pun muntah... terduduk-duduk My sensorang dalam toilet tu... Telan jacobs, gula-gula semua tak jalan. Tak tahan sangat My ke klinik bawah office mintak nasihat... Walaupun petua-petua yang doc bagi tu kebanyakannya dah My cuba at least ada doc depan mata My leh mengadu... tahu apa yang My rasa... nasib baik tak nangis. haritu ada sekali jumpa doc sampai tersedu-sedu menangis depan dia... tak boleh tahan... malu pun ada...-.-' So semalam doc bagi MC suruh rehat hari ni...


Harini My makan buah n roti je... takut makan yang heavy sangat nanti perit nak keluar tekak kalau muntah. Ini pun dah mula rasa mual... haih~ Rasa nak tidur je sepanjang hari tapi rasa mual kat tekak ni tak dapat nak lelap mata so My baring-baring depan tibi sambil online... Ini pun kepala ting tong.. Arghhh apa lagi My nak buat ni... :(


Counting days... cepatla semua ini berlalu..... Amin....


Monday, May 7, 2012

Epal Asam Boi


Alhamdulillah… dapat BE lagi minggu ini… J Dalam masa 2 minggu ni $$$ naik mendadak dengan adanya BE. Thanks nuffy… J
                                                             
 Maaflah, sekarang ni hapdet belog pun dah jarang… paling koman pun dapat satu entry per week pun jadilah.  Biasalah, mood masih ke laut dengan loya-loya dan muntah yang berlarutan… Allahuakhbar… Sabar je lah…. Moga Allah berikan kekuatan… J

Recently, ada baca belog rakan-rakan m2b yang lain… Alhamdulillah… kandungan mereka sangat baik malah ada yang sedang menanti saat-saat kelahiran pada bila-bila masa sahaja. My tumpang gembira dan tak sabar nak melalui hari-hari terakhir kehamilan seperti mereka…. Tak sabar nak tunggu kandungan membesar… tak sabar nak rasa baby bergerak, tak sabar nak rasa baby tendang perut… J dan yang paling penting, perkara pertama yang My tak sabar sangat adalah melepasi saat-saat loya dan muntah ni! My harap sangat bila habis je trimester pertama nanti loya dan muntah ni dah takde lagi… Sebabnya, ada juga kawan yang hamil tapi loya dan muntah masih tak hilang walaupun kandungan dah masuk 4-5 bulan… Harap-harapnya My tak macam tu….

My tak sabar nak kembali cergas… Nak rasa semangat setiap kali buat kerja-kerja rumah… nak rasa semangat setiap kali bekerja… dan nak rasa berselera setiap kali menjamah makanan! L Kalau dulu My mampu habiskan makanan yang sedap-sedap depan mata tapi sekarang nak habiskan sesuap makanan pun sangat susah! Alahai…. Sudahnya makanan dibiar membazir tak habis bila enchek suami pun tak larat nak tolong jadi dustbin habiskan makanan…-.-‘
pinjam bamboorestaurantandcafe punya gambar
Sekarang ni, perkara yang dah jadi habit My hari hari adalah… minum minuman berais dan manis terutamanya… air epal asam boi. Sudah sedia maklum, tekak ni tak boleh langsung minum air putih. Setiap kali minum confirm muntah balik. Makanya, air manis je lah yang mampu masuk ke rongga-rongga tekak ni… Setiap kali makan mesti mintak air epal asam boi.. even nak balik rumah pun sanggup mintak bungkus lagi satu epal asam boi buat bekalan kat rumah plak… haih~…-.-’

Sekarang ni agak selalu gak My terskip makan ubat (vitamins) sebabnya… tak minum air putih… so kadang-kadang jadi lupa. Or bila teringat pun susah sangat nak telan… walaupun ubat tu tersangatlah kecik… So enchek suami paksa jugak makan… dan My lebih rela telan ubat tu dengan air epal asam boi… -.-’ teruk kan? entahlah…. Tak sedap sangat tekak ni. Sekarang ni hari-hari waktu petang or malam mesti akan muntah seteruk-teruknya. Dahlah makan sikit, pastu bila muntah.. muntah habes. Camne tu? Sian baby dalam perut ni… L

Weekend semalam kami suami isteri lepak si rumah sepanjang hari… 2 hari tu sepatutnya ada kenduri yang patut kami hadiri tapi dek kerana keadaan diri yang memaksa, terpaksa kami batalkan niat suci tersebut. Enchek suami diserang demam sabtu haritu. Sepanjang hari kami tidur. Dengan dia demam… My tak bermaya… sapa nak jaga kami? Adeh. Petang tu badan enchek somi makin panas. Panas sangat. My dah risau… My kuatkan diri… drive kete bawa enchek somi pi klinik sebelum maghrib tu… belikan makanan dan balik rumah. Nasiblah esoknya hari Ahad masih dapat berehat.. Kami dah macam hape je berdua kat rumah tu…. Nak menangis pun ada… nak tergelak pun ade… hihi.

Macam ni lah My hari-hari sekarang ni…. Masih menunggu kekuatan dan semangat datang kembali. Dengan epal asam boi yang setia untuk dihirup hari demi hari… Ke mana air putih? Alahai…. My risau gak ni… Kalau badan tak cukup air putih senang kena darah tinggi/kencing manis tak korang? Dahlah family history ada semua tu… yang My ni plak selamba badak bedal itu ini… -..-

Apa pun tak boleh….. grrrrr


Thursday, May 3, 2012

Mabuk


Good Day yu ols!

Haih~ Lama sungguh My skip days tak hapdet belog kan. Seyesly I am not in the mood of blogging, fesbuking, twittering, surfing bla bla bla…. Memandangkan keadaan diri yang semakin menjadi-jadi membuatkan mood semuanya ke laut….

My dah tatao apa lagi makanan yang boleh disumbat dalam perut ni… Asal makan je mesti nak keluar balik. Paling maksima, malam sebelum tidur pun My akan muntah-muntah teruk sehingga mengeluarkan semua makanan yang My makan sebelum itu. Dahlah siangnya makan tak berapa nak banyak… bila dah makan… keluar segala-gala isi yang ada…. Menangis terjelepuk My depan toilet tu sambil enchek somi urut-urut belakang badan….

Allahuakbar….. L

Segala petua yang My amalkan dah tak boleh diguna pakai lagi… Kalau ke klinik pun doctor tak dapat buat apa-apa sebab kata dia ini perkara biasa orang mengandung… Yang mampu diberi hanyalah ubat tahan muntah yang tak berapa nak tahan tu… air masak pun My tak boleh nak telan. Asal minum je mesti kuar balik. ahhhh! Seksanya…. Ya Allah… berikanlah aku kekuatan demi anak dalam kandungan ni… My tak tertanggung lagi… L

Ikutkan hati mahu saja My tidur di katil bilik tanpa buat apa-apa…. Tanpa makan, tanpa minum, tanpa mandi, tanpa buat apa-apa pun…. My tak larat sangat-sangat… Setiap kali bangun pagi My gagahkan diri bersiap ke kerja… Nak tak nak… My kena kuat!

Macam mana ni korang? Apa lagi My nak buat ni? Tak sabar sangat nak tunggu abes trimester pertama. My harap loya, muntah ni hilang… hope so!!!! L

Ahhh… see see perut My munyik-munyik… pagi ni hanya jamah kuih… itupun nak terkeluar balik… Tunggu masa je ni… haih~ ni lunch nak makan apa ni? Tak nak makan… tapi My sangat lapar…. L

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers