9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 30, 2012

Terlajak

Pagi tadi bunyi alarm sahur. STOP kan. tertido balik. Sekali terjaga amekaww.. dah 5.40 am!! Kelam kabut switch on lampu kejut enchek hasben.. “syg! syg! bangun! Dah terlambat 5.40 ni cepat!”… laju lah plak dia bangun.. kalau idakkkk mau 5 minit dikejut baru nak bangun cis. Cepat-cepat My ke dapur capai pinggan cedok nasik 2 pinggan n makan! Sambil tu on tibi Al-Hijrah kot-kot dah azan boleh benti makan serta merta kihkih…

Adoii… terbahak2 kitorang ketawa pagi tadi sebab festime jadi macam ni. Dahlah basuh muka ala kadar, nak membuang air pun tak sempat… Tahan je sebab nak kejarkan sahur punya pasal. Nasib baiklah lauk dah ada lebih berbuka kat umah mertua semalam. Nasi pun dah masak awal-awal malam tadi so keep warm je kat dalam rice cooker tu. Fuhhhh sempat gak bersahur pagi tadi… Kalau tak sahur mau tak puasa mak buyung sorang ni. yela…kalau sahur pun perut pedih macam hape… pening kepala jangan cakaplahhh….

Ni pun tengah cuba bertahan sebabnya..masa mandi pagi tadi boleh plak muntah… Ahhh… Dahlah bersusah-payah makan sahur dia boleh keluar balik plak… -..- Masa drive ke office tadi perut dah berkeroncong.. ahh sudah! Jangan buat hal masa kerja sudah. Dahlah tadi masuk office lambat atas sebab yang tak boleh dielakkan.. pastu parking plak jauh giler tercungap-cungap den bejalan ke office dengan perut macam ni.. jangan lapar sudah… Pelis pelis….! hish~

Ok tobat. Pasni tak nak tido balik lepas bunyi alarm. Kalau nak lelap pun akan pastikan alarm tu di SNOOZE kan bukan STOP! Kalau terlelap 5 minit okay lagi.. kalau dekat sejam naya! Nak harap enchek hasben yang bangun kejut? Bunyi bom sebelah telinga dia pun lum tentu dia bangun…-.-’

So My… pls take note!!

p/s: adehhh.. perut berkeroncong... tolong....!!! T____T

Friday, July 27, 2012

Komitmen Ramadhan

Huarghhhhh..... mengantuk tahap gaban.... Inilah cabaran menjadi seorang isteri, lagi-lagi di bulan Ramadhan ni... Kena bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan juadah bersahur untuk suami terchenta... Itu kalau masak ala kadar.. Kalau masak something heavy (for me yang masih dalam proses belajar ni la kan) My akan bangun pukul 4.00 pagi takut terlebih masa hanya untuk memasak sahaja...-..- Alhamdulillah, setakat hari ini belum lagi terlajak tak bangun siapkan makanan untuk enchek hasben... Moga dapat kuteruskan hingga ke penghujung Ramadhan, Amin...

Letihnya Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi isteri bekerjaya ditambah plak sedang membuyung ni kan... redah sahaja... Nikmat sebenarnya semua tu... Ni baru berlaki.. kang dah ada anak lagi haru.. so kenalah biasakan diri dengan kesibukan, kepenatan segala... InsyaAllah lama-lama nanti biasalah kan.... hehe...

Untuk juadah berbuka puasa, kalau weekdays memang takkan sempat nak memasak... kalau setakat masak nasik dalam rice cooker tu bolehlah kikiki. So, kitorang akan beli lauk je kat Bazaar then masak nasik kat rumah, kalau enchek hasben balik keje lambat kitorang makan je kat kedai. Rasanya makan kat kedai lagi jimat dari beli kat bazaar. Masakan tidak, peniaga-peniaga kat bazaar sekarang letak harga kemain tinggi... seyes! kitorang dah compare makan kat kedai lebih jimat berbanding beli di bazaar... So, lepas semalam mungkin hari ni enchek hasben ajak makan kat kedai je untuk berbuka hehe... 

Cuma sekarang ni yang jadi masalah... baru seminggu puasa dah tak tahu nak makan apa...-..- Hari-hari dok terpikir-pikir apalah nak makan berbuka ni... apalah nak masak bersahur ni.... bosan mengadap makanan kat bazaar tu walaupun pergi 2/3 bazaar yang berlainan setiap hari. haih~

My pregnancy... Alhamdulillah.. dah 21 weeks++.. makan pun berselera je semua telan. puasa pun masih full belum miss lagi hehe. Pening kepala? Almost everyday! tapi layankan je lah.. cuma nak buat kerja tu agak terganggu sket.. sekejap2 urut dahi ni... :( Last week pergi check up, fuhhh festime check semua positive je.. tekanan darah ok.. HB ok... kencing pun ok... Next check up? sebulan lagi... kalau tak, memanjang kena datang balik setiap 2 minggu...-..- Diabetes? Tatao apa cer. Last check BSP normal cuma ada satu tu masa amik darah kali kedua dapat 8.0 gara-gara minum teh! doc tengok kena sound laaa... haha... doc suh repeat last wednesday senanya. Tapi selamba je kan My tak pegi buat bsp. Sebab doc tulis dalam buku je nurse tak call pun suh buat so den pun buat tatao je lah kehkehkeh...  ops! InsyaAllah terkawal... :)

oklah. till then!

Monday, July 23, 2012

Berpuasa Ketika Hamil

Sekejap je dah masuk hari ke 3 kita mengerjakan Ibadah Puasa… Alhamdulillah… My tak ponteng puasa lagi huhu.. Nasib baik permulaan puasa jatuh hari tidak bekerja so bolehlah train diri + berehat sikit. Hari Sabtu lepas enchek suami bekerja so My tinggal kat rumah sensorang… Hari Sabtu tu cuma keluar service kereta je kat service centre lepas tu memang tak buat apa.. Duduk rumah, tido. Sebab kepala sakit sangat-sangat… ditambah dengan rasa loya nak muntah. Mungkin sebab perut kosong, baby pun meronta-ronta minta makanan sob sob. Sorry sayang… mommy cuma menjalankan kewajipan sebagai umat Islam… sabar ye sayang… kita sama-sama puasa ye… J

Harini bekerja My rasa kurang bersemangat sikit. Sepanjang pagi tadi rasa pening tapi My tahan je lah sambil urut-urut tengkuk ni. Nak nak plak duk settlekan survey.. lagi lah berpinar-pinar mata dibuatnya… kejap-kejap My key in respondents’ answer… kejap-kejap My call customer for feedback.. kejap-kejap My pegi plak ke machine fax… Tak boleh nak focus pada satu-satu kerja satu masa. Pening.

Perut My sakit sepanjang harini. Entah kenapa. Pagi tadi My buang air.. tiba-tiba My Nampak ada darah… Ya Allah dah risau.. tapi My check darah tu datang dari dubur bukan vagina… Dalam hati… takkan buasir kot? Tak pernah-pernah buasir. Nak sedapkan hati.. Ahh mungkin sembelit kot.. Tapi takde rasa pedih pun kat dubur tu. So, My buat tatao je anggap takde apa-apa since darah keluar sekali tu je bukan berterusan. Tapi sebelum ke kerja tu perut rasa pedih-pedih je… sampai la sekarang dah abis kerja ni. Nak sedapkan hati lagi… My anggap je perut rasa sakit sebab puasa… errr… degil kan tanak gi klinik. My bukan apa… Kalau tak serius My memang diam kan je. Sebab nanti buang masa gi klinik doc cek ala kadar pastu cakap takde pape. So.. doa je lah takde apa-apa yang serius… InsyaAllah…

U guys yang pregnant jugak tu macam mana? Larat ke berpuasa? Hurm, berpuasa semasa mengandung ni banyak dugaannya kan? Rasanya ada jugak m2b yang lain ada rasa pening-pening n loya macam My betul tak? Lagi-lagi time bekerja.. Terikat dengan masa.. kerja lagi… alahai sabar je lah… Selagi boleh bertahan, bertahan je lah… Nak berbuka rasa sayang plak. Harapnya dapatlah bertahan sampai penghujung Ramadhan nanti.. InsyaAllah…. J



Friday, July 20, 2012

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Ramadhan

Doa Berbuka Puasa



SEMINIT SAJA


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

 Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem
.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.


Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid


Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa
.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan
.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan tidak peduli untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
 berfikir,
atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa. 
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun...

kalau ada email yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, 
serta terus klik pada icon
DELETE . 
sumber: email

Thursday, July 19, 2012

Sah Fibroid!


Sebelum My berhujah dengan lebih lanjut, for those yang tak tahu apa itu Fibroid…

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean

Siapa yang kena fibroid senanya? Not me… but My sister! No wonder lately ni status dia kat fesbuk sedih je.. banyak berkaitan pasal sakit lah.. gi klinik lah gi pakar lah.. at the end… cakap confirm! Apa yang confirm My pun confius sampai lah malam tadi dia Whatapps My setelah persoalan ‘sakit apa’ di comment statusnya tak terjawab. Dia cuma tulis kat Whatapps, ‘Fibroid’… dan betapa kolotnya My boleh tanya ‘fibroid tu sakit pe ngah?’ owh demmmm! Ketumbuhan dalam perut rupanya!

Ya Allah… dalam hati, dugaan apalah yang menimpa kakak aku sorang ni. Biasa kul 10pm dia dah masuk tidur tapi malam tadi dah nak pukul 12am dia Whatapps My menandakan dia masih belum tidur. My tau dia resah, gelisah memikirkan apa yang doctor cakap siang sebelumnya tu… 2 kali ke private clinic katanya dua-dua mengatakan dia mengidap fibroid… Untuk pengesahan, dia ke Pakar pula semalam n doctor still say YES. Ada dua ketumbuhan di tepi dan tengah perut berukuran 2 cm… My cuma cakap kat dia… ‘dahlah tu ngah.. gi tido… jangan tidur sangat.. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.. nanti My tolong googling kot-kot ada mana-mana pusat perubatan atau ubat yang boleh membantu’… kesiannya Angah… L

My ada google sebelum tidur malam tadi… oh rupanya Fibroid tumbuh di dalam Rahim… Allahuakbar… no wonder lah Angah dah lama sangat tak boleh mengandung. Anaknya yang last tu pun dah darjah 2.. Dah lama dia teringin sangat nak mengandung lagi. Mungkinkah penyakit ni salah satu punca dia tak mengandung? Perhaps… Risau plak My mengenangkan nasib Angah… Dia kata appointment dengan gomen hospital hanya selepas raya nanti. What??? My sedia maklum… Angah n abang ipar tu pun keje gomen je, n My faham kalau nak ke pusat perubatan swasta sudah tentu makan belanja yang besar dan mungkin di luar kemampuan mereka. My terfikir… Ya Allah… apalah yang mampu aku tolong untuk ringankan beban Angah?

Bagaimana Wanita Boleh Menghidapi Fibroid?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah Simptom Yang Dihadapi Wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran , pesakit akan mengalami:

Sakit semasa haid (senggugut)
Sakit belakang
Haid yang banyak
Sembelit
Kencing kerap
Keguguran yang kerap
Sukar mengandung 
Bagaimana Fibroid Dapat Dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.


Bagaimana Fibroid Ini Dirawat? 

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada

Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi 
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


Bagaimana Untuk Menghindar Dari Mendapat Penyakit Fibroid Ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.


My tak tahu sangat sejauh mana bahaya nya fibroid ni tapi kalau dah namanya ketumbuhan tu… mestilah need to do something on it supaya ianya hilang ye dak. Angah ada cakap doc bgtau fibroid dia ni akan makin membesar n rawatan susulan nanti perlu masukkan sesuatu melalui kemaluan? Oh my………????!

U guys ada tak yang tahu lots pasal penyakit ni? Ada tak any penawar bagi fibroid tu mengecut ke? Pusat-pusat perubatan Islam ke? Apa-apalah… ?

Kalau ada pls lah let me know further… My nak dia sihat semula… L

Wednesday, July 18, 2012

Release...

Lunch time already... tapi tak tahu nak makan apa...-..- kawan2 luncheon semua tak available harini so kena makan sorang2... Bila kena makan sorang2 jadilah tak tahu nak makan ape haha. So pls give me about 5-10 minutes to post this sambil fikir nak makan apa sebelum gi food court untuk menapau. ^__^

Alhamdulillah... Penat yang tak habih lagi sejak event company haritu dah pun My qada' semalam since lady boss bagi in lieu leave sehari. Lepas subuh dan hantar enchek somi di muka pintu untuk ke tempat kerja, My sambung tidur sampai ke tengahari. Memang sengaja tak ON kan alarm sebab nak tido nyenyak-nyenyak sampai terjaga sendiri. Bangun-bangun baru pukul 12 lebih heheh. Bangun2 je 'breakfast' , lepas tu pergi kedai sat beli lauk untuk enchek somi. Dah lama tak memasak wooooo... maklumlah wanita bekerjaya+pregnant... alasan gitew.. :D 

So, dapatlah semalam masak sayur kangkung goreng belacan, ikan masak kicap n my favourite tempe goreng cicah sambal kicap!!! Walapun I am not javanese tapi dah nama orang Johor kan.. hidup dengan kejiranan dan kawan-kawan yang kebanyakannya jawa so dah jadi kebiasaan.. even dulu masa kat sekolah pun Wak yang handle kantin tu jual tempe tau.Itulah makanan yang menjadi rebutan di kala para pelajar keluar rehat! nasib baik My pengawas so dapatlah keluar awal dan beli tempe dulu sebelum kehabisan hehe. dan semestinya kena ada sambal kicap! memang Ummphhh la!!!

As for now, dah rasa bertenang sikit since event besar pun dah habis so taklah pening-pening kepala memikirkan itu dan ini. Lega sangat-sangat n puas hati bila dah dapat perform kerja.. I already do my best! InsyaAllah... so what's next? Settlekan yearly survey yang tak sudah. Since lady boss dah extend masa to collect survey from customers and reach the given target.. kenalah My work out on that. Keje back office kan so agak susah sikit.. I need to either fax, or call the customers to fill up survey form. Sekarang ni collection den la yang paling sikit hahah. abeh tu dok mengerjakan event haritu memang sikit la hehe... mampuih kena marah ni kang... -.-'

Esok, kena gi check up. Entah apa khabar baby kesayangan mommy dalam ni... :) Dahlah harini patutnya kena gi buat BSP... Masalahnya is... ada ke patut nurse call lewat petang semalam suh datang hari ni for the whole day buat BSP! wakluuu.. ingat aku ni fulltime housewife ke sukati mak bapak korang je suh aku datang bila-bila masa? grrr... Since petang ni My ada training My decide buat BSP kat private clinic dekat bawah office ni... Tak bolehlah nak MC as usual since semalam dah cuti n harini pun ada training kan. Nasib baik panel clinic bleh cover untuk BSP tu... cuma tu lah... bila kena gi sendiri kat office ni masa tak reti nak budget. Sibuk buat kerja dah lewat lah, apa lah...  haih. Bacaan setakat ni adalah 4.2/8.0... 8.0????? ni rasanya penangan teh pagi tadi la ni hahahaha...  okay-okay 3rd check kang den telan air putih 2 jam sebelum ye... :D

Okaylah.. baby dah bising suh gi lunch hehe... till then! 

p/s: tiba2 rasa sakit kat ulu hati... erkkkk~

Monday, July 16, 2012

Penat Masih Terasa

Allahuakbar... Penat badan terasa sangat petang ni. Dengan barang-barang event hrtu belum clear lagi. Menunggu abang2 despatch balik hantar tender dari pagi tak muncul-muncul nak bawa barang2 tu keluar dari van company. huhhhhhh.... tadi call diorang cakap nak hantar lewat petang ni.. so terpaksa lah tunggu kejap...officemate ramai dah balik adeh. airmata dah nak mengalir ni.. bukan sebab nanges nak menunggu tapi sebab My rasa letih teramat sangat... T____T

Mungkin sebab My dah all out energy tu sepanjang minggu lepas. Mana tidaknya, balik keje lambat.. pukul 8 malam pun masih kat office. Dah sedia maklum My ni tinggal kat hujung dunia... so bila keluar office lambat sampai rumah pun dah lewat malam. Tido dah lah lambat pagi pukul 6 dah kena bangun balik pegi keje... sob sob

Ya Allah apa khabar agaknya anak My dalam poyot ni... entah sihat entah tidak. Check up coming Thursday ni. Mudah-mudahan anak mommy sihat-sihat je... hurm, sampai sekarang My belum rasa movement baby dalam perut lagi. Perut dah membulat dah tapi apa pun My tak rasa lagi. Kandungan dah 5 bulan... Bape lama lagi My nak kena tunggu baru dapat rasa ni? kadang-kadang risau pun ada... memang lambat sangat ke nak rasa dia bergerak? T___T

Lepas ni nak kena settle analysis survey yang menimbun2 ni plak. Sibuk dengan event preparation survey dah melambak2 pending untuk di key in... Kena bernafas dulu dalam-dalam baru boleh start buat. Sekarang ni otak tak boleh berfungsi sebaiknya. Urat-urat badan pun masih berselirat... adeh~

Okay abang despatch dah call.. nak clear barang2 jap... Bismillah....

Wirazone Customers' Day 2012

Seperti yang dimaklumkan... Inilah punca kenapa My selalu tak hapdet blog dalam jangka masa yang agak lama hehehe.. Tu lah dulu masa degree sape suh amik Marketing course.. so bila bekerja pun amekaw pergilah ke bidang yang sama walaupun pada awalnya memang tak berminat dengan bidang tersebut sewaktu belajar dulu kiki... But then Alhamdulillah, this is my rezeki... n sebenarnya My mampu melakukannya... 

Customers' Day have been our yearly event untuk customer. Setakat ni rasanya dah 5 tahun berturut-turut kot event ni dianjurkan dan My dah bersama dengan company 3 tahun kebelakangan ni. So, this year kami organize event di Zoo Negara. As expected, kalau masuk zoo free siapa yang taknak join ye dak? Dalam masa sebulan je preparation untuk event ni n Alhamdulillah penyertaan lebih daripada yang dijangkakan... Malah, ada customer yang penyertaannya terpaksa ditolak sebab dah fully booked... sorry... -..-

Setiap kali organize event, perkara yang paling membimbangkan My adalah  audience's perception... tak kiralah from customers/particpants ataupun rakan-rakan sekerja. How good it is... how bad it is... Tu semua dah tersemat kat kepala otak ni dari awal event dengan harapan everything will be under control and as planned!

So on that day daripada pukul 8 pagi sampai 4.30 petang, macam-macam aktiviti yang dilakukan untuk kids and adult termasuklah enrichment activities and Zoo Explorer.  My ni nama je dapat masuk zoo free tapi tak dapat pun pusing-pusing satu zoo since I am one of the main committee kan so kenalah stay dekat main venue tu so that I am always available when needed. So, binatang yang dapat My lihat dari pagi sampai petang hanyalah Zirafah dan Gajah je hahahahaha.

Sebelum event berakhir, kesemua nama-nama pemenang diumumkan. This time hadiah agak mewah sikit sebab diorang bukan saja dah dapat tiket masuk free, goodie bag lagi... pastu yang menang dapat cash n hamper plak! Walaupun penat they were happy sebab dapat bawa balik hadiah hehe. Yang kalah tu, jangan putus asa ye.. cuba lagi tahun depan... :)

Overall, My tak tahu lah tahap mana kepuashatian tu since i am the organizer... My lebih prefer orang lain yang bagi pandangan... Seyesly, My risau sebenarnya.. at first rasa macam... "macam tak okay je aku organize event ni... orang suka ke? tak ke? " Tapi at last i got compliments from my lady boss and big boss. Even ada juga a few colleagues yang kata okay n say congrates. Are you sure? Bukan sebab nak jaga hati je kan? hehehe. Then kalau okay... okaylah... Alhamdulillah... I am happy when others happy... :)

For me, bolehlah... cuma ada a bit kelam kabut at earlier in the morning but then masih boleh dikawal. any kekangan, mistakes... weaknesses... i will learn from it...

Apapun, Thanks to all colleagues yang membantu on that day.. I hope semuanya 'ikhlas'... :) n tak lupa thanks to my lady boss, rasanya without your help and guidance i can't do it myself...  congrates to both of us... :)

so, what's next?? Settlekan kerja yang tertunggak... puasa, raya.. n get ready for last company event on coming October... Alahai masa tu dah memboyot.. larat ke haku ni?? Hope so!

heeeee... terserlah kebuyunganku kannnnzzzzz... -..-

Happy Birthday to Myself....


Alhamdulillah... harini 16 Julai 2012 bertambah lagi usia My... masih lagi dipanjangkan umur untuk bernafas di dunia pinjamanNya... Takde apa yang istimewa pun tahun ni, cukuplah sekadar ucapan dan ciuman dari enchek hasben yang tersayang eceh. Semalam kepenatan yang teramat sangat... Walaupun ada baki sehari selepas company event, masih tak cukup untuk berehat gara-gara keluar ke Pureen Sales di Petaling Jaya. Yela, lepas ni dah puasa tak larat nak berjalan.. kalau ada wholesale pun pasni confirm hujung tahun... So, tak boleh lah lepaskan peluang tu kan. Penat-penat pun kami keluar gak beli sedikit kelengkapan untuk bakal anak... :)

Hadiah yang tak ternilai untuk My tahun ni adalah enchek suami... dan anak yang bakal lahir hujung tahun ni... :') Tahun ni tahun pertama sambut birthday sebagai seorang isteri... dan ini merupakan birthday terakhir sebelum bergelar ibu... :)Tak sabarnya nak tunggu baby ni keluar. Harap-harapnya baby dalam poyot ni sihat-sihat je. Enchek somi pun tak sabar nak tunggu baby keluar. Semalam masa kami dok cari barang bayi kat Pureen Sales berebut-rebut nak belikan baju.. sorang nak pink sorang nak putih/biru. My cakap baby girl.. dia cakap baby boy hahaha... Sudahnya to be safe beli baju kaler biru n putih...itupun 2/3 helai je. Nanti kalau dah confirm tahu jantina baru beli lagi hehe... :)

hadiah? Sudah sedia maklum memang sejak dari bercinta enchek hasben tak pandai nak belikan hadiah birthday kecuali masa tahun pertama. Itupun dia bagi teddy bear dan belanja tengok wayang haha. beberapa tahun selepas tu setiap kali besday mesti dia tanya My nak hadiah apa. upon request la baru dapat nak harap dia buat suprise? hampeh...:D This year, as usual dia tanya My nak apa... tapi, My takde rasa nak apa-apa pun... cukuplah adanya dia kat sisi My...:)

To my dearie hubby... Thanks for being by my side... Thanks untuk segala-galanya.. Sorry if i am not being perfect enough for you... but i will trying to be more n more perfect for you... I love you... :)

Sepanjang My pregnant enchek somi banyak sangat tolong My. Tolong basuh baju, sidai baju, belikan makanan, urutkan badan... kemas rumah... buatkan susu... banyak sangat... tak pernah dia merungut... Thanks sayang.... :')

n harapnya kasih sayang ini akan terus kekal berpanjangan sampai akhir hayat... Amin.......

till then!

Yey! Saya dah 5 Bulan... :)

Gosh...! I have lots to blog here!!! Tapi all the story dah berterabur sana sini sebab lama sangat pending kikiki. Sorry again, biarkan blog terbiar tak berhapdet. I have been busy with works!!! Recently, My baru je habis dengan event kat Zoo Negara Sabtu lepas.. our yearly event, Customers' Day! Dah nama pun Customers' Day so mestilah event bersama dengan Customers kan hihi. Seyesly, penat sangat-sangat since the last minute preparation until the day... ada baki sehari Ahad semalam pun tak cukup rehat... Pagi tadi pun terlajak bangun pukul 7 suku hoke! Tak pasal-pasal kena qada' Subuh... -..- Ingatkan nak ambil cuti harini tapi terfikir nak kena buat clearance on barang-barang masa event haritu... So, datang jugaklah harini.. :)

Anyway, My pregnancy is now 5 MONTH!!!! Alhamdulillah.... harapnya takde apa-apa lah since i didn't care myself much when i was busy with works! seyesly, masa busy sangat baru-baru ni My selalu lupa nak makan sampai perut sebu. Lepas tu haritu masa balik keje ada muntah-muntah sampai keluar darah dari mulut dan hidung. Ya Allah.. masa tu My harap it's just sebab panas dalam je. Dah gerak nak ke hospital tapi My batalkan niat tak jadi pergi sebab memikirkan event company tinggal lagi 2/3 hari. Mana tahu pegi hospital kena admit ke tak ke haru My masa tuh... My cakap kat hasben bagi peluang sampai habis event je.. biarlah My all out! After that, My akan jaga perut ni sebaiknya... n Alhamdulillah.. sampai habis event company tu My rasa sihat je cumanya kepenatan tahap maksima... ;)

Apapun, satu kerja berat dah selesai.. i'll blog to review about it later... Lepas ni nak kena settlekan yearly survey plak on the analysis... sekarang? tlglah bagi My bernafas dulu... Fuhhhhhhhhhhh...

till then!

Tuesday, July 3, 2012

Berita Buruk Yang Tak Suka Nak Dengar


Perkara yang paling sentap My tak boleh dengar ialah kalau ianya berkenaan ahli keluarga terutama mak dan abah…

Baru sekejap tadi akak tag di facebook bgtahu on her way to hospital. Abah admitted! Tak semena-mena berair mata.. berdebar-debar jantung. Terus call akak tapi tak berjawab. Call mak yang pada mulanya juga tak berangkat. Terus My tanya ‘Mak kat mana?’…

Mak dengan nada normal.. ‘Kat wad’…’tak ada apa-apa jangan risau…’…. My dah sebak nak menanges.. cuba control suara yang nak menangis tu. My tanya abah kenapa? macam mana? Mak cuma kata ‘jangan risau.. dah takde apa-apa’… ‘Abah ada ni ha tengah borak gelak-gelak atas katil ni’… My senyap dan cakap ‘ok…’… Mak pun jawab ‘ok’… n terus letak… My tak boleh nak cakap lebih panjang… sebab nak menangis sangat! Dengar suara mak tak boleh nak control!

Allahuakbar…. My lemah. Lemah semangat sangat kalau dengar berita kurang baik pasal mak dan abah. Lebih-lebih lagi sebab diorang bukan depan mata My… T___T… My dah terfikir-fikir dah tadi… Kalau abah teruk ni My kena balik malam ni jugak. tak kira. Tapi keje macam mana? Alahai….

Alhamdulillah… Abah takde apa-apa. Sepatutnya harini abah buat dialisis macam biasa. Tapi nurse kat klinik dialisis tu cakap jantung abah problem so tak boleh dialisis. Terus dipanggilnya ambulans bawa abah terus ke hospital. Tak pasti apa masalahnya tapi everything is under control. At this moment… yeah… How about tomorrow? The day after tomorrow? I’m worried!!!

InsyaAllah, hujung minggu ni nak mintak izin enchek hasben drive sorang balik Johor. Harapnya enchek hasben bagi memandangkan sejak tukar kerja baru ni dia kena bekerja 6 hari seminggu termasuk Sabtu… T___T… My tak bolehlah macam ni. Nak kena tengok abah depan mata.. My tak nak abah sakit!!

Ya Allah… panjangkan umur abah… berikan kesihatan yang baik buat abah… T___T… My ingat lagi tahun lepas, abah masuk wad time bulan puasa. Lebih seminggu abah kat wad. 2/3 kali My balik masa tu walaupun bulan puasa. Harapnya tak berulang lagi… dahlah Ramadhan 3 minggu je lagi ni… T___T

Monday, July 2, 2012

Kencing Manis ketika Hamil


Company event tinggal lagi 2 minggu je… Setakat ni preparation rasanya dalam 80% dah complete kot. Fuhh… lagi stress dari preparation nak kawen dulu hehe. Mungkin sebab everything settle dalam masa sebulan kan tu pasal haru biru… hehe… Anyway… harapnya event kali ni berjaya lagi seperti tahun lepas. InsyaAllah… tak sabar nak hembus nafas lega lepas berakhirnya event ni.  At least dapatlah bernafas sekejap sebelum memikirkan event seterusnya…. Kuat ke aku? InsyaAllah...

Keje-keje jugak… kesihatan kena ambil tahu gak. My tak tahu lah macam mana situasi My sekarang. Ok ke tak? Lately ni macam risau plak dengan baby dalam poyot ni. Lebih-lebih lagi bila dah ada diabetes ni. My rasa macam My dah buat benda tak baik kat anak dalam poyot ni, sebab apa? Sebab My tak makan dengan cara sepatutnya… kuantiti sepatutnya… Arghhh.. Maklumlah festime pregnant, susah betul My nak amalkan diet yang betul. Dah jumpa pakar pemakanan pun masih tak sedar diri… -..-

Banyak artikel yang My baca pasal diabetes ketika hamil ni… Ada yang okay.. ada yang sampai tahap kena masuk insulin. Adeh… janganlah sampai lagu tu… My ni mungkin kena diabetes salah satunya sebab keturunan lah kot. So, bila dah kena diabetes  time mengandung ni sepatutnya kena amalkan pemakanan yang sihat… kena diet… kena kurangkan apa yang patut, kena elakkan apa yang perlu dielakkan… diet tu bukannya tak perlu makan tapi kena amalkan pemakanan yang sihat, teratur… pengambilan sesuatu makanan pun perlu diambil kira. Haih~ bab2 makan ni memang berat betul My nak disiplin… T___T

Bila sickness dah berkurang, diabetes pulak yang datang. Sampai nak makan apa pun My tak tahu. Nak makan ini salah nak makan itu salah. Kadang-kadang sebab malas pikir My hentam jugak… My ada contoh menu untuk wanita hamil yang ada diabetes… tapi nak ikut jadual tu punyalah susah. Lagi-lagi sebab My ni bekerja… nak disiplinkan waktu makan yang kerap tapi sedikit tu rasa macam berat sangat walhal benda tu tak susah pun kan? arghhhh… tahlah. Kadang-kadang My menangis sebab rasa bersalah kat anak dalam perut ni… Selalu cakap kat hasben, bilalah nak beranak…. My tak kuat nak hadapi semua ni… T___T

Lagi satu perangai… My masih susah nak minum air masak… sejak sickness dulu memang tak sentuh langsung air putih. So, sampai sickness dah berkurang ni pun masih susah nak telan air putih. Setiap kali makan kat kedai pun for sure akan order air manis+berais. Degil sangat kan? padahal sebelum pregnant dulu elok je minum air putih… kat ofis mesti ada satu botol besar minum sepanjang kat ofis…makan kat kedai pun order air suam je. Sekarang? Rasa menyampah sangat kat air suci lagi sihat tuh… haih~

Harap-harapnya diabetes My ni taklah teruk sangat. n harap sangat My ni sedar diri lepas ni… amalkan diet yang seimbang… cian kat baby dalam poyot ni… Orang kata ibu hamil yang kena diabetes berisiko lahirkan anak besar. Bila baby besar susahlah nak beranak normal… tak pasal-pasal kena forsep tak pun Caesar nanti… alahai…. Camno ni… T___T

Mommies to be out there.. ada tak yang kena diabetes macam My ni? teruk tak? macam mana yu ols kawal diet? Meh lah share…

Sekarang ni rasa tak selesa sangat kat perut ni… rasa sakit… tak tahu kenapa. Sebab kurang minum air ke? Sebab lapar ke? Sebab apa? Nak buat keje pun tak selesa… T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers