9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 30, 2012

Discharge & Masih Bercuti

Alhamdulillah.... My dah discharge petang semalam. Lega rasanya dapat tengok dunia luar.. Kalau duduk dalam wad tu lama-lama mau bertambah sakit kot... hehe. Harini My cuti lagi. Doc bagi MC sehingga Ahad. So, Isnin lah kot baru masuk kerja. adeh... jangan lupa jalan ke opis sudah...-..-

Jap lagi nak ke Klinik, ada appoinment check up seperti biasa. Bangun pagi ni badan still sakit-sakit... Yoko-yoko sentiasa di sisi tak pernah tak ada.. abes je terus beli, memang perlukan sangat menda alah tu.. badan ni makin lama makin berbisa.... :(

Enchek hasben kerja harini. Semalam dia dah ambil cuti sebab ambil My kat hospital. Pastu sibuk tolong apa-apa yang patut di rumah in law sebab adik ipar nak kawen Sabtu ni. Alahai kesian hubby.... Harapnya tak ada apa lah yang serius jadi kat My for at least coming 1week+ ni. Masakan tidak... minggu ni sibuk dengan wedding sis in law di sebelah perempuan... minggu depan plak bakal ke Kedah bawa rombongan pengantin ke rumah pihak lelaki. Enchek hasben antara orang kuat yang perlu membantu lebih-lebih lagi pa n ma in law pun bukannya larat sangat. So, janganlah ada apa-apa jadi kat My kalau tak kesian enchek hasben nak melayan mak buying ni haih~

Baby dalam perut aktif... InsyaAllah sihat-sihat je. Masa kat hospital ada scan, uri pun dah move ke atas haritu scan uri kat bawah. Jantina? belum tau lagi.. haritu dah scan tapi baby kepit-kepit tak bagi tengok haish. Masa scan kat hospital segan plak nak tanya doc jantina apa.. so, jantina baby masih menjadi tanda tanya... ada yang cakap boboy... ada yang cakap gugurl.... adeh... Kalau larat kang nak pegi lah scan 4D... tak sabar dah mommy ni nak tau jantina baby. Apapun jantina My tak kisah yang penting baby sihat dan selamat... :)

Anak mommy dah almost 7 months. Cepat sangat masa berlalu... tak sabar mommy nak jumpa permata hati dalam perut ni... Harapnya My dipermudahkan bersalin nanti... harap sangat!!! Amin.....

Tuesday, August 28, 2012

Sambung Raya di Wad Bersalin

Selama hidup 25 tahun xpernah skalipun My masuk hospital. selalu melawat org je. tapi kali ni, merasa gak bermalam di wad ni haih~

Alkisah semalam sangatlah tak larat nk pegi kerja... walaupun tak dinafikan ada sedikit malas dek cuti raya seminggu, tapi kesihatan diri juga menjadi halangan.. namun My gagahkn gak diri pegi ofis dgn hrpn kesihatan will not getting worst. Tapi xtahan sgt nk menanggung so My ke klinik mntak ubat. doc cek temperature tinggi demam katanya patutla bisa-bisa satu badan. Ditambah plak heartburn yang kejap2 datang adeh.. last2 doc bg MC...

Flashback: Ahad malam sebelum kerja hrtu My pedih ulu hati y teramat sangat. Tak pernah lg rasanya sakit sekuat tu, sakit ulu hati pun masa awal2 preggy hrtu itupun taklah teruk mana pun. So bila dah sakit sangat tu My letak minyak angin je.. ada rasa loya beberapa kali tapi My tahan je. En hasben ajak pi spital tapi My memikirkan service yg lambat yang bakal My terima kt GH tu+esoknya plak dah hari bekerja so My berkeras tanak gi. Cuba tidur tapi xmampu nak bernafas dgn baik..Sudahnya, My terus termuntah2.. nasib baikla enchek hasben da letak siap2 letak baldi kat sebelah katil kalau x jenuh gak nak bersihkn lantai tu kang... teruk gak My muntah sampai terkucil2 kau... encek hasben gak yg tlg cuci hihi. pas dah muntah tu rasa lega sket so My masuk tidur tapi pukul 3.30pg terjaga balik sebab sakit ulu hati lg n smbung muntah lg. pg tu masa nk g keje mg dah flat giler muntah2 kuar asid je sebab perut dah kosong haih..

Semalam dapat MC My berehat kt rumah in law kt Kepong smntara tggu hasben blk keje. Sepanjang hari My tidur bangun pun gi solat je. makan pun jamah sket je. xlarat sangat menangis2 My tunggu hasben balik. Dia balik je terus ajak pi spital tak tahan sangat dah rasa. spital terdekat, My ke selayang je la. Mula2 gi bahagian kecemasan tapi sebab kandungan dah lebih 20minggu dia suh direct to bahagian dewan bersalin. Ah sudahhh jangan cakap den nak bersalin plak baru 6month++ je ni. Sampai sana dia cek la apa yang patut, urine, BP, scan perut.. Doc cakap baby okay.. tapi sbb My banyak muntah sebelum tu so dia advise to be warded. adehhh malasnye biasala tu nak cek details. doc kata takut food poisoning hurm...

pukul 12 lebih mlm td baru masuk ward, tunggu kemain lama. enchek hasben balik rumah ambil brg2 pukul 1 lebih baru dua dtg balik. kesian dia xcukup rehat dahla pg ni nak gi keje. Malam tadi My kena drip air.. tghari ni baru dia cabut. setakat ni takde apa yg serius tapi dia nak pantau lg kalau x ok esok kena drip air lg adeh sakit woooo dah lah susah nk ke toilet kena angkut mesin tu sana sini.. grrr

My stay kat wad ibu bersalin.. malam tadi dok dengar baby menangis je la.. patient kiri kanan sumenya yg baru bersalin. masing2 ada anak kat sisi My je sorang2 yela lom nk bersalin kann.. sayu plak dgr sore babies.. anak mommy menendang2 je dlm pewot.. hihi can't wait to see u syg!

tadi doc cek everything is ok n under control.. InsyaAllah esok dah boleh discharge kot. bosan kottt duk dlm wad ni.. tak sggup den dok lame2. org y bersalin pun sorang2 dah balik tau sob sob
doakanlah mommy n baby sehat2 je ye... till then!

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah... kita dah berada di penghujung Ramadhan... Kejap sangat waktu berlalu kan? Rasanya macam baru semalam kita bertemu Ramadhan... Sekelip mata, Ramadhan bakal meninggalkan kita.. how's time flies...~

Tahun ni, tahun pertama My menyambut raya sebagai seorang isteri... Rasa lain sikit.. yela, kalau tahun-tahun sebelumnya My adalah di antara insan-insan setia yang menjadi penumbang Bas-Bas Ekspres mahupun Kereta Api... Beberapa minggu sebelum raya dah berlumba-lumba beli tiket untuk pulang beraya di kampung bersama keluarga. Enchek hasben yang dulunya sebagai boipren tu lah yang menjadi peneman setia menghantar dan mengambil pergi dan pulangnya My ke Segamat - Kuala Lumpur di stesen bas/kereta api.

Kini semuanya dah berubah.. dah jadi isteri enchek boipren... :) 

InsyaAllah raya tahun ni hari raya pertama My akan beraya bersama keluarga mertua di Kepong, Kuala Lumpur. Haaa orang semua bersesak-sesak jammed nak balik kampung My plak beraya di kota metropolitan hehe. Bukan apa, My yang suggest beraya dulu di sini sebab adik-beradik My yang duduk jauh semuanya turn beraya rumah mertua. Macam abang di Perlis raya ke 3 baru pulang ke Segamat sebab beraya di Terengganu dahulu. Abang di JB pulak mungkin raya ke 6 baru pulang ke Segamat sebab beraya di JB dahulu. Jadinya, My akan pulang pada hari raya ke 2 nanti dan berkampung di sana selama hampir seminggu. So, dapatlah jumpa adik-beradik yang jauh yelah jarang jumpa kan. Adik-beradik lain duduk berhampiran dengan Segamat so tak susah sangat nak jumpa. Lagipun, raya pertama nanti mak n abah takde kat rumah pun sebab diorang plan beraya di Taiping, Perak tahun ni (kampung abah). Jadi, ada baiknya My beraya di KL dulu ditambah plak adik-beradik enchek hasben ramai yang beraya di rumah mertua dulu.
ehsan google~
So, di kesempatan ni... My nak mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran buat semua pembaca setia blog My... Kalau pernah terkasar bahasa penulisan tak kira sengaja ataupun tidak, harap dimaafkan... kira 0-0 lah ye hehe. 

To those yang pulang beraya ke kampung halaman, memandu berhati-hati.. jangan terlalu eksaited nak beraya sampai lupakan keselamatan diri di jalan raya. Ingatlah orang tersayang yang menanti di kampung... biar lambat yang penting selamat.. oke? :)

To those yang sedang pregnant macam My tu... raya nanti jaga sket makan. jangan main bedal je semua lebih-lebih lagi yang ada diabetes ke, darah tinggi ke... jaga perut tu baik-baik ye.. :) eceh cakap orang, diri sendiri tak sedooooo hehe. 

To those yang bakal melahirkan anak tika Syawal nanti... semoga segalanya dipermudahkan ye... jangan lupa kongsikan gambar newborn di belog nanti... :)

Syioknye nak raya yu olsss!!! Selamat Hari Raya & Selamat bergembira... :)

Last Antenatal Checkup Before Aidilfitri

Semua orang dah sampai kampung ke? Smooth betul jalan Kuching all the way gi keje tadi.. hari-hari gi keje macam tu kan besh huhu. Ni mesti ramai dah mula bercuti untuk beraya nih. haish jeles betul la. 

My masih bekerja harini. Last day koje before berhari raya... Tapi sudah sedia maklum mood semua sudah ke laut... jasad je dalam opis.. hati sudah di kampung... walaupun hakikatnya My tak akan berada dalam suasana kampung untuk 2/3 hari lagi sob sob.... takpe. janji raya huhu...

Anyway semalam My ke Klinik untuk check up. kira last check la before nak raya ni kan... result check up semua okay kot except untuk HB... turun 10.7... hehehehe... terus dia tulis pen merah and suh datang lepas dua minggu...-..- Ni gara-gara My selalu skip makan ubat lah ni. boleh dikatakan bukan skip memang tak makan langsung kot... boleh dikira barangkali dengan jari berapa kali je My telan ubat sepanjang sebulan nih...-..- Mahapkan mommy sayang!! memang mommy ni jenis yang liat nak telan ubat uuuwwwaaa...

semalam nurse tanya makan ubat tak? dengan tersengeh2 My jawab.. kadang2 ada skip... padahal selalu! Pastu nurse pesan suh makan. siap suh tambah dos sehari. elok kena makan sehari sebijik.. kena makan 2 kali sebijik gara-gara HB turun. My tanya kat nurse banyak-banyak ubat+vitamin tu yang mana PALING penting.. hahaha niat hati nak telan yang penting-penting jek... terus nurse jawab SEMUA PENTING... semua berkait.. awak kena makan... errr... baiklah...-..-'

Sebelum keluar bilik, nurse siap pesan raya ni jaga makan.. jangan sehari beraya 10 buah rumah semua rumah awak bedal lemang, dodol, ketupat segala... air manis rasa kat bibir je hahahah... adeh~ yela, dah suspect diabetes ni kannn kena lah jaga makan.. tapi My ni selalu main taram jek...-..- bila nurse cakap apa effect kat anak dalam perut kalau tak jaga makan, kalau terlebih gula bla bla bla.. alahai terus My sedar diri... owh aku perlu disiplin!!!! janganlah kesedaran ni datang sehari dua je..-..- sorry again my dear baby.... mommy cuba oke mommy cuba... huhu....

Semalam kena cucuk kancing gigi. adeh lama kot tak kena inject kat bahu.. sampai sekarang masih kebas lagi bahu kiri ni... -..- Sekarang ni movement baby dalam perut semakin terasa.. tapi taklah sampai tahap terasa betul dia tendang-tendang. just rasa macam ada benda gerak-gerak dalam perut. Kadang-kadang tiba-tiba je ada gerakan macam baby tersedu kat perut. time tu selalu la My amik tangan echek hasben suh rasa hehe dia pun eksaited sangat... dahla kami tatao lagi jantina baby apa lagi. selalu gado2 sorang panggil baby boy sorang panggil baby girl... hahahahaha... lepas raya nantilah jawabnya baru scan baby... kita raya dulu oke... :)

Semalam masa My check up dapat call encheck hasben.. Pakcik dia passed away... Pak Lang. Allahuakbar... 3 hari je lagi nak raya Pak Lang plak pergi tinggalkan kami selamanya.. Kesian Mak Lang n anak-anak... pilu je My tengok semalam... Tak dapat bayangkan kalau My di tempat mereka menerima berita pemergian orang yang sangat kita sayangi... Sudahnya semalam, My amik EL sebab takut tak sempat nak masuk office sebab pegi melawat arwah. Al-fatihah untuk Pak Lang.... semoga rohnya tenang di sana.... 

haih~ okelah... jom koje.. koje la sangat... dengar lagu raya je nih... cepatlah masa berlalu.. rumah tak berkemas lagi... huhuhuhuhu~

Monday, August 13, 2012

Persiapan Raya VS Persiapan Newborn


Sudah jadi kebiasaan setiap tahun bila menjelang Hari Raya je My n enchek hasben yang dulunya berstatus boipren akan ke sekitar Kuala Lumpur untuk shopping raya. Antara tempat-tempat wajib yang akan dikunjungi adalah Jalan TAR dan Masjid India. Tapi, dek kerana tahun ini My telah pun berbadan dua makanya niat turun-temurun itu terpaksa dilupakan. Lebih-lebih lagi kami tinggal kat hujung dunia… memang tak dan lah nak redah jammed KL tu kannzzz…. -..-

Persiapan raya tahun ni rasanya ala kadar je.. (ala kadar ala kadar pun beratus beribu gak lah ongkos nya keluar.. grrr) memandangkan kandungan pun dah berusia 6 bulan… persiapan untuk anak yang bakal lahir ni pun belum sempurna sepenuhnya lagi. Jadi, perlulah kami suami isteri memastikan simpanan yang ada tidak TERoverbudget so that persiapan untuk bakal anak nanti taklah tercungap-cungap ye dak hehe.

Untuk persiapan berhari raya nanti, nak atau tidak My memang memerlukan sekurang-kurangnya 5 pasang baju… whooooooo… masakan tidak, baju kurung yang ada telah pun tersimpan rapi dalam wardrobe.. langsung semuanya dah tak muat masuk badan lagi-lagi tang perut…-.-‘ So, kalau tak beli baju baru baju apa My nak pakai untuk beraya kannnzzz…. Jadi setakat ni dah ada beberapa pasang baju. Mostly baju maxi dan jubah. Nak cari kurung pahang pun tak berani takut tang kain plak semput bila pakai nanti almaklumlah perut dah ke depan hehe.

Kitorang bershopping raya dekat bandar-bandar terdekat je hehe. Weekend baru ni kitorang ke Tesco, Jusco, Selayang Mall je untuk shopping raya. Semua ada… tayah susah-susah nak ke KL hehe.  Mana yang ada, asalkan muat pada badan dan harga berpatutan My sambar je terus. Bukan senang dapat ajak enchek hasben keluar shopping macam ni kannn so janganlah bawa balik tangan kosong hehe.

So sekarang ni hampir semua complete kot cuma dalam banyak-banyak benda, kuih raya je belum ado hehe. Nak buat sendiri memang idaklah… Tengoklah nanti nak singgah je mana-mana kiosk yang ada jual kuih raya… kalau sedap beli je terus. Hehe… tayah banyak-banyak pun… macamlah ada orang nak datang beraya rumah ahahaha….

Persiapan newborn? Setakat ni rasanya hanya 30% complete kot. Nak beli banyak-banyak pun rasanya nantilah dulu.. Dulukan mana yang penting dulu. InsyaAllah lepas raya nanti kitorang shopping barang-barang anak sepenuhnya. Kalau prepare lambat-lambat pun takut gak.. manalah tau kalau-kalau TERdeliver awal kannn… ooppps!  Takdelah mintak… ‘kalau’ je… Harap-harapnya anak mommy ni takde apa-apa masalah n boleh bersalin pabila sampai waktunya dan keluarlah secara normal k sayang…. Amiiiinnnnnnn!

Till then!

24 Weeks Pregnant

baby center~

Alhamdulillah… anak kesayangan mommy dah berusia 6 bulan dalam perut… J Pergerakan baby semakin terasa walaupun belum agak agresif… masih rasa macam butterflies berterbangan dalam perut hehe.

Sekarang ni kalau daddy dia bercakap2 dengan baby pun dapat rasa dia bergerak… seakan memahami yang kita sedang bercakap dengan dia… ahhh tak sabarnya nak tunggu baby melihat dunia…. Harap-harapnya baby membesar dengan baik… n lahir dengan sempurna dan sihat… Amin….

Melalui babycenter, baby dalam kandungan My sekarang dianggarkan seberat 600 gram dan 30cm panjang. Setiap kali baca update perkembangan bayi mesti My akan refer ukuran cm di pembaris panjang yang ada dalam simpanan ni hehe. wahhhh dah sepanjang pembaris panjang mommy laaa…. Dah besar lebih kurang macam baby normal…. Seronoknya…. J

Anyway fyi, till today My belum tahu jantina sebenar baby… Dah sebulan lebih tak scan kot… last scan memang tak berapa nak nampak so tak boleh nak identify lagi jantina sebenar. Sekarang ni My sangat-sangat lah nak scan baby ni… rindu sangat! Rasa sangat2 rindu tu sampai My tido pun dengan baju baby tau… hasben geleng pale je…-..-

The problem is… My tak tahu nak scan kat mana. Sebabnya, klinik yang biasa My pergi dekat2 dengan rumah ni doc perempuan available siang je time bulan pose. Petang ke malam doc lelaki… ada satu medical centre tu siap ada 4D lagi… tu pun satu hal.. doc perempuan yang handle scan tu available pagi je. weekend nak pergi encek hasben plak keje sabtu.. Ahad biasanya klinik tak bukak ataupun memang tak buat scan on Sunday… so, sangatlah mengecewakan…. Rasanya kebanyakan klinik lain semuanya lelaki… L

No, I will not go for a male doctor… Selagi boleh berpegang dengan hukum di mana kita perlu mencari doctor perempuan selagi belum darurat makanya My tak akan berurusan dengan doc lelaki lebih-lebih lagi medical yang need to tunjuk my aurat to him.. InsyaAllah… So, pendek cerita sampai sekarang My belum scan baby. Nak ke specialist, private2 hospital kat KL nun malaslah plak. Bukan setakat jauh, nak redah jammed lagi.. nak2 dekat raya ni kan… orang semua berpusu-pusu keluar shopping tak kira masa… haih~ hasben kata tunggu lepas raya… sob sob sob…

This Thursday last check up before raya… gara2 check up haritu semuanya nampak bagus so sebulan kemudian baru nak check up balik. Tah apa khabar gaknya kesihatan dahku… tak padan dengan diabetes makan pun bukan nak jaga.. maklumlah bulan puasa kannnzzz…-..- Harap-harapnya everything okaylah check up nanti. Amin….

Friday, August 10, 2012

Malware Removed!


At last…. Berjaya juga menendang keluar malware yang telah mengganggu gugat belog kesayangan den! Rather than check in edit html… bloglist… pls also check at your other gadgets okay! Kenapalah tak terfikir langsung walhal gadget tu adalah first gadget kat menu bar belah kanan tu.. haih~

Mahaplah sebab lupa nak printscreen menda alah tu… tapi selepas mendapat petunjuk daripada blogger NajihahFara melalui komennya, suggest untuk refer ke blog Nurul Yui yang juga pernah mengalami nasib yang sama.. yang bestnya… malware url link yang kena kat belog beliau pun sama dengan malware yang ada di belog My iaitu fastonlineusers.com! oh… Thanks God!!!

So.. kalau nak tau camne nak remove malware silalah ke belog Nurul Yui ataupun google sahaja pasti ramai yang dah buat tutorial pasal menda alah ni.. n ada banyak cara nak remove… so, tak payah lah den susah2 buat tutorial ye dak… kikikiki~

Welcome back my belog!! Mohla singgahhhhh hahhahahaha… J

Till then!

Thursday, August 9, 2012

Malware Detected!!! Camne nak buang ni uwwaaaaa!!!

Arghhhhhhhhhhhhh! tensionnye! dah berhari-hari blog diserang malware n My dah habis ikhtiar berusaha untuk membuangnya namun gagal!!!!!
Malware ni selalunyaakan wujud kalau ada any website yang ada virus! pastu link url website tu ada di laman blog kita makanya kenalah macam ni. Sebab My dah selalu sangat kena tapi sebelum ni takde masalah sebab My senang-senang je boleh jumpa kat mana link yang malware tersebut. Biasanya bloglist My yang kena virus-virus macam ni so penyelesaiannya My remove link tersebut dari bloglist dan masalah pun settle!

Tapi this time... My tak jumpa link fastonlineusers.com seperti yang dinyatakan di atas!! Dah cari di homepage blog.. dah cari di bloglist mahupun di edit html.. namun pencarian GAGAL! dah berhari-hari okay! mood nak berblog pun jadi haru dibuatnyeee grrrr

n confirm! ramai yang taknak masuk blog ni gara-gara malware tersebut!! melainkan beliau pilih proceed anyway... tapi siapa je yang berani masuk blog yang ada malware???

uwwwaaaaaaaaaaaa tolonglaaaaa camne lagi nak buang malware ni... dah pakai webmaster tools pun tak jalan laaaaa..... 

perlukah My reset kembali kesemuanya??? uwwwaaa sayanglaaa!

menci-menci....!!!!! T____T

Friday, August 3, 2012

Persiapan Raya

Eh, dah pertengahan Ramadhan dah?? Esok dah 15 Ramadhan hoke! Kejap je kan? Haih~ rasa macam baru semalam start bangun sahur.. macam baru semalam jejak kaki ke Bazaar yang cekik darah nak mampp… -..- n tak lama lagi? Dah nak raya!!!!

Dukacita dimaklumkan My belum buat apa-apa persiapan pun untuk berhari raya. Patutnya tahun pertama beraya sebagai isteri eksaited ye dakkk… yelah ada orang beriya nak cari baju raya match color dengan enchek somi terchenta.. shopping raya bagai nak rak… bla bla bla… tapi My? Zero.

Bukan tak eksaited… memang in the midst of fikirkan preparation raya. Kalau 3 tahun raya berturut-turut  sebelum ni, My n enchek somi (yang dulunya adalah boipren shaye! Hehe) akan plan satu hari tu ke Masjid India/Jalan TAR untuk membeli belah dengan jayanya. Persiapkan duit secukupnya n pusing la KL tu sampai lebam. Selagi tak jumpa lengkap baju raya, tudung raya, kasut raya memang takkan balik. Kitorang ni bukan jenis yang suka sangat keluar jalan-jalan kat tempat crowded macam tu, so bila ada waktu-waktu tertentu contoh macam Hari Raya tu lah kitorang memang akan spend time betul-betul untuk shopping sakan.

Cuma bezanya tahun ni adalah… My berbadan dua! Sangat pening nak fikir nak pakai baju apa untuk Raya di samping memang sangat happy sebab I am mommy to be! :D tapi tu laaaa…. Baju kurung dah confirm tak muat. Koleksi baju kurung My kat rumah tu pun dah selamat berkubur dalam wardrobe sementara tunggu tamat tempoh mengandung ni hehe. Kalau tak for sure baju tahun lepas pun boleh buat baju raya tahun ni kan… dek kerana perut dah ke depan dengan jayanya maka kena jugak cari baju raya! Nak tempah? Memang tak lah… sebabnya, dah terlambat! Kehkeh.

So, yang terlintas kat kepala otak ni sekarang adalah, JUBAH. Tapi, mana nak cari? My ada jugak survey-survey online. Tapi curious.. yelah… sesuai ke untuk preggy woman? Kang beli2 tiba-tiba sendat tang perut haaa tak ke naya. Harga dahlah tak bape nak murah haha.




Tahun ni kena cari beberapa helai Jubah kot. The reason is… selain dipakai untuk berhari raya.. kena prepare juga 2 helai lagi untuk kenduri kawin sis-in-law. Sob sob… kenapala kau kawen time raya….-..- second week of raya kat belah perempuan (enchek somi), the next weeknya kat rumah pengantin lelaki plak di utara Malaysia, Kedah! Haruslah ada baju lain kan since adik-beradik in-law pun dah plan nak pakai baju sama color. Ala, kalau tak plan pakai color sama pun My still kena cari baju lebih.. yela, kata raya sebulan gitew….takkan sebulan beraya pakai satu jenis je hahaha. wallah! Kalau sepasang baju je dah $$$... 3 pasang??? 4? 5??? Uuwwwwwwaaaaaa… lum beli barang-barang lain lagi…-..-

Selain jubah… ada tak baju lain yang sesuai My pakai for Hari Raya? Dengan perut membuyung macam ni… hurm… kalau beli jubah pun konfem lah nanti kena alter bahagian bawah kaki tu... yela... i ni kan rendang yu olssss... kang pakai jubah meleret2 sapu lantai...-..- how bout mommies to be out there? Baju raya korang baju apa tahun ni? huhu… kalau korang dah tempah fine… tayah bgtau… jeles makkkk….. L

Hurm.. tengah cari masa nak ke jalan TAR/Masjid India plak…


Wednesday, August 1, 2012

Mood Disorders


google~

I am not in the mood of working today. Dah beberapa hari ni asyik muntah je selepas sahur. Dunno why… Ingatkan sebab teguk air banyak sangat. So My kurangkanlah minum air selepas makan.. but still harini isi perut tu nak keluar jugak. Cuba tahan.. tapi dia keluar jugak sampai habis. Huh…. Punah sahurku…. Sekarang kat office pun masih rasa loya tapi dah takde isi perut yang nak dimuntahkan dah…-.-’

My bukan apa… My bersusah payah senanya semangat bangun sahur demi nak isi sesuap makanan dengan harapan perut yang membuyung ni tak meragam. Sakit kepala tak berlarutan… Sekurang-kurangnya dengan bersahur dapat tolong My bertahan sehingga berbuka… Bila perut dah kosong macam ni.. badan pun flat… nak kerja pun arghhh…. Perut jangan cakaplah belum gerak gi keje lagi dah krak kruk krak kruk…. Kecewa okay! Ya Allah… mampu ke bertahan ni… L

U know what? Senanya My dah ponteng sehari puasa haritu… Sebabnya? Tak tahan sakit perut sebab muntah ni la…-..- Tu yang agak terkilan tuh. Sekarang ni tengah berjuang demi perut terchenta+cuba bertahan demi nak dapatkan puasa penuh sehari… Harap bertahan. Tolong lah wahai perut dan baby… kita cuba bertahan k sayang…. L

What’s now? Buat keje laaaaa… grrr


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers