9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, September 28, 2012

Friday. Moving. Check Up


Assalamualaikum… J

Finally, It’s Friday! Everybody like Friday kannn esp yang keje 5 hari seminggu…:D Semakin perut membesar ni, makin malas nak pegi kerja senanya… tatao la nape. Mungkin sebab sekarang ni dah makin cepat letih.. n akal pun tak berapa nak dapat berfungsi dengan baik makanya, bila buat sesuatu kerja tu.. Ahhh agak serabut past sakit kepala.. padahal kerja tu kerja senang je.. haish~ kena bertenang sebelum carry on dengan kerja-kerja tu…

Anyway, we are moving to the new office soon! So, sekarang ni office tengah carca marba dengan kotak-kotak dan sampah merata… Barang-barang kat workstation My pun dah completely packing dan diangkut oleh movers ke office baru. Tinggal barang-barang kecik je, InsyaAllah boleh angkut sendiri kot. Baru dekat 3 tahun keje barang dah macam 10 tahun keje. Letih mengemas… Padahal kemas-kemas je then masuk dalam kotak, rasa mengah n perut cramp macam angkat barang yang berat giler. Nak menangis pun ado. Sabar je la.. L Eh kitorang pindah dekat je.. sekarang ni duk level 13A… pindah kat level G building sebelah hehe. Pasni tayah panjat lift dah.. nak gi office pun tayah fikir lambat… nak balik pun dah dekat sikit dengan KL Sentral…:D  Next week 1st October dah start kerja with new environment @ new office! but with the same people…:D

Eh semalam kan My pegi check up yang kali ke bape tah hehe. Sekarang kandungan dah over 30weeks so kenalah datang every 2 weeks. Result semalam? Merah lagi HB… kencing pun ada kotor sikit… L HB tu turun mungkin sebab My selalu sangat skip iron tablet tu kot. Dahlah selalu skip pastu makan sekali sehari je.. patutnya dah kena makan dua kali sehari… bila nurse n doc tanya makan bape kali selalu tipu cakap makan dua kali… errr… sedia maklum, My ni memang susah nak telan pil-pil ni… L My ingat nak beli iberet folic lah kat farmasi nanti… dari haritu nak beli tak beli-beli. Doc kata kalau makan iberet folic tu tak makan pil lain pun takpe sebab dalam iberet folic tu dah terkandung semua ubat yang kita makan. Masalahnya, nak gi beli pun tak sempat. Bukan tak sempat tapi nak singgah farmasi tu yang malas! Boleh? cian anak mommy… L sorry sayang.. okay2 mommy janji within weekend ni mommy gi beli okay! J BSP last week bacaan normal.. so, takde dahlah kuar dr mulut doc nak cucuk insulin hehe tapi kena repeat lagi BSP next week.

K lah that’s all. Bye! *tah pape

Eh semalam kan, My drive kete gi keje. Lesen dah mati since 19 sept. selamber je kan. kalau polis tahan buat-buat je la lupa, pastu tunjuk perut sambil buat muka kesian.. boleh?:D

Wednesday, September 26, 2012

Baby Scan at 30 weeks++

babycenter~

Semalam balik kerja pergi klinik scan baby… Hehe.. dah tak muat screen tu nak tengok whole body… kenalah doc tunjuk satu-satu dari bahagian kepala hingga ke kaki… J Saje je nak scan, last scan haritu buat 4D tapi masa tu My pergi sorang je memandangkan enchek hasben keje. Klinik yang buat 4D tu susah sket nak cari time doc perempuan available.. Biasanya weekdays je. Kebetulan on Saturday tu doc perempuan ada tu yang My gi sorang… balik tunjuk gambar n CD je kat enchek hasben hihi. Tapi kita tengok n senyum sorang-sorang tengok baby tanpa suami tak syiok la kan…

So, semalam ajak enchek hasben pegi scan 2D, rindu kat baby. Baby dah membesar dalam perut… sukanyaaa… Ingat lagi masa awal-awal pregnant.. baby kecik sangat… masa tu nampak dia menggeletik macam berudu comel je… Now kejap je baby dah besar… semalam masa doc tengah scan aktif betul dia gerak… doc kata marah la tu kita dok intai dia hahaha.

Dari scan semalam doc kata uri okay berkedudukan di atas, air ketuban pun cukup… besar baby pun normal mengikut umur kandungan… Tapi mesin doc tu takleh nak tau la berat baby hihi tapi dia kata baby tak besar. Tu yang My risau tu… biarlah dia membesar seiring dengan umur kandungan…. Jangan terlebih besar sudah lagi-lagi mommy dia ni ada GDM kannnzz…. Bukan apa.. impian My, nak bersalin normal… InsyaAllah boleh!

Dah beberapa kali scan due date mungkin bukan 30/11… haritu scan kat KK dia kata 5/12…. Semalam kejap 4/12 pastu last skali 7/12 plak hihi…. Tapi bersalin boleh jadi dua minggu awal atau dua minggu lewat… Tak kisahlah, yang penting baby keluar dengan sihat…. Amin…. Tak sabar nak tunggu baby keluar… Seronok sangat tengok baby gerak-gerak setiap hari… kalau My bacakan Quran atau dengarkan ayat2 Quran/selawat aktif je dia gerak… Kalau daddy dia borak-borak dengan dia pun dia bagi respon macam faham-faham je kita tengah cakap dengan dia hihi…. Oh masa, cepatlah berjalan… tak sabar nak peluk n kiss baby… J

Jantina baby?? Heeee~ tunggu je lah dia keluar nanti okay…. J

Tuesday, September 25, 2012

Cashout Nuffnang Finally!


Sudah sedia maklum, tabung nuffnang My taklah sehebat blogger-blogger otai di luar sana sampai dah boleh benti keje, dok umah berbelog saja sepanjang masa… hebat hebat… Tak tahu di mana kurangnya, mungkin sebab pengisian yang tidak bermanfaat, mungkin juga sebab tak rajin nak ping pong sana sini.. mungkin jugak sebab tak sepemes redmummy, benashaari, broframestone, hanis Zalikha, cik epal dan yang seangkatan dengannya hihi.

Pernah My postingkan kejakunan diri di suatu masa yang tidak berapa lama dulu… jumlah earning yang My dapat semakin meningkat… walaupun tak banyak dan dalam lingkungan sen-sen dan ringgit-ringgit kecil saja namun diri ini masih berbangga dengan pencapaian belog… -..- Selain iklan biasa yang sekali click sekadar sepose n dua posen, buffered earning juga tak kurang sumbangannya dalam peningkatan $$ itu… wallah!
Dan hari ini… eh semalam. Bila login ke akaun Nuffy ku… Woooow!!! Wang besar…. jumlah di situ dah menjadi RM100.08… :D Sebelum ini bila amount dah melebihi RM50 dan dah mencapai tahap layak untuk cashout My biarkan sahaja dengan niat biarlah duit tu bercambah sampai RM100 sekurang-kurangnya. Kalau cashout RM50 pun boleh buat taik gigi je kannzzz…-..-

So, untuk pertama kalinya.. Akaun nuffy My dah mencecah RM100 dan My bersedia untuk cashout.. At least bolehlah buat tambah-tambah ke tabung barangan baby yeay! Kehkehkeh. So semalam dek kerana kejakunan tahap gaban, My pun tekanlah untuk cash out.. Ahhh! Tak dan nak print screen ke semua list pencapaian setiap sen yang masuk tiba-tiba jumlah earning dah pun menjadi RM0 semula… demmm…-..- Yelah, tak pernah cash out kan… tiba-tiba dah terclick dan sebenarnya My dah submit pun request untuk cashout tu kepada pihak nuffnang… -..-

Jumlah menjadi kurang dari RM100 kerana caj-caj tersembunyi… kot. Haha My pun musykil. Ah tak kisahlah janji ado…

So, What next? Tunggu je lah Payment Cheque yang memakan masa sebulan atau lebih dari pihak Nuffnang atas usaha My selama beberapa tahun ini… huuuuuu~ Takpe, tingkatkan usaha.. untung-untung lepas ni boleh jadi kayo macam redmummy… kikiki verangan…. Tapi, who’s know kan!!!!

Sekurang-kurangnya ada lah jugak something to be proud of sepanjang dunia kebloggeran ni kannzzzz. Kau ado? :D

Anyway, terima kasehla kat hangpa yang rajin drop by ke belog naif My ni.. terima kasih gak sudi click atau terclick ke iklan-iklan yang ado.. :) Kalau singgah tu rajin-rajinlah click ke iklan yang ada ye... Takkan curi-curi baca free je... :D  Nak balasan? no prob just leave a message below! :)

Till then!

Antenatal Class by Al-Islam Specialist Hospital

Salam. Good day readers! :)

Masa sekarang pantas betul berjalan kan. Weekend yang lepas amatlah tidak terasa! tup2 dah naik kerja... redha je la... 

Anyway, Sabtu lepas My duduk di rumah je.. sedia maklum enchek hasben bekerja 6 hari seminggu, so whole day tu My habiskan masa mengemas rumah, basuh baju, memasak dan tidur sahaja. Niat hati nak keluar shopping barang baby lagi tapi fikirkan belum gaji lupakan saja hajat murni di hati. sob sob.

Hari Ahad, pagi-pagi lagi My dah bangun bersiap.. kejutkan enchek hasben sebab perlu ke KL pagi itu... ke mana? Antenatal Class... :)

Mula-mula takde pun niat nak ke kelas persediaan bersalin ni memandangkan kami tak punya banyak masa. Nak pergi weekdays waktu bekerja lah plak. Sabtu? Hasben kerja.. Puas gak survey kat mana antenatal class yang available untuk hari Ahad... Hah... 2 minggu lepas jumpa jugak... Terus booking dan bayar. Block schedule 23 Sept untuk kelas tersebut bersama enchek hasben... yeay! :)
Antenatal Class yang kitorang attend ni adalah anjuran Al-Islam Specialist Hospital atau dulunya lebih dikenali sebagai Pusat Perubatan Kampung Baru. Diadakan di Hotel Grand Seasons dengan bayaran RM100 untuk sepasang suami isteri. Pagi tu sampai kat hotel ramai jugak yang datang n mostly adalah couple yang bakal menyambut kelahiran pertama... :)

KELAS ANTENATAL 23.9.2012
Tentatif Program
MASA
PROGRAM
8.00 - 8.20
Pendaftaran
8.20 - 8.30
Perasmian Program

Oleh Dr. Ishak Mas'ud (Pengarah Hospital)
8.30 - 9.30
Anak Satu Anugerah Ilahi

Oleh Ustaz Ismat Nazirin Mat Isa
9.30 – 10.15
Perubahan Kehamilan dan Penjagaan Antenatal

Oleh Dr. Norlida Hj Khairon (Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan)
10.15 – 10.30
Rehat/Minum Pagi
10.30 - 11.15
Proses Bersalin

Oleh  Dr. Rosilawati Abdul Gani (Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan)
11.15 – 11.45
Kaedah Mengurangan Kesakitan Ketika Bersalin
Oleh Dr. Farahah Osman (Anaestesia)
11.45 – 12.30
Penjagaan Pemakanan
Oleh Sarah Sabreina Mohd Sabidi (Dietitian)
12.30 – 1.30
Persediaan Kemasukan Wad & Penyusuan Susu Ibu
Oleh Sis. Suzal Ashima (Ketua Jururawat)
1.30 – 2.45
Rehat / Makanan Tengah Hari / Solat Zohor
2.45 – 3.30
Penjagaan Bayi

Oleh Dr. Noor Aziah Mohd Saari (Pakar Kanak-Kanak)
3.30 - 5.00
Senaman Antenatal

Oleh Cik Aainaa Fatin Mohd Ahad (Pakar Fisioterapi)

Minum Petang

Bersurai





































Ahhaa.. kat atas tu tentatif program. Overall? Oklah kot. cumanya, agak bosan sikit dengan penceramah-penceramah yang ada.. Tak ramai yang ada sense of humour so enchek hasben dah bape kali menguap kikiki. Antara yang okay pun cuma Sister Suzal Ashima ketika membawakan tajuk kemasukan wad dan penyusuan. Setiap penceramah cuma ambil masa kurang setengah jam untuk membincangkan tajuk masing-masing so macam tak besh sikitlah sebab ada sesetengah tajuk yang tak dibincangkan in details. Nasiblah dia ada bagi handouts so bolehlah buat rujukan bila dah balik rumah. 

Last session adalah Senaman Antenatal. kikiki.. Sepanjang 7 month++ preggy tak pernah pun bersenam unless mengemas rumah sahaja hehe so masa kelas ni lah baru tahu cara-cara senaman yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang pregnant... So lepas ni bolehlah cuba.. ada masa 2 bulan je lagi ni... :D






Overall... okay je. Buat pun kat hotel kan.. foods semua haruslah okay.. terfikir gak.. bayar RM100 je untuk sepasang, then buat kat hotel? Kira worth it lah. Kalau My pegi training yang company hantar ni dah tentu mencecah RM2-3K hehe. 

Perlu ke kelas antenatal ni? Ikut koranglah. Bagi My tak perlu pun takpe... Tapi, amat bergunalah jugak untuk first timer macam My n enchek hasben ni.. zero knowledge pasal pregnancy, delivery semua ni kan.. so, sedikit sebanyak dapat jugak kami belajar perkara yang kami tak tahu. Sekurang-kurangnya... My dah tahu macam mana nak breastfeed anak dengan cara yang betul.. dan My tahu macam mana pernafasan yang betul untuk push baby bila bersalin nanti hehe. My harap sangat dapat bersalin normal... InsyaAllah... :) By the way, untuk tahun 2012 ni, ada satu lagi session untuk kelas antenatal ni tak silap My yang dianjurkan Al-Islam Specialist. Pada mommies to be out there yang berminat bolehlah ke laman web Al-Islam Specialist Hospital dan hubungi mereka untuk tempahan tempat... :)

Yang bestnya, kelas antenatal ni dapat free gift (lupa amik gambar), dapat free group photo dan sijil penyertaan... heee best kan.. :)

Kalau nak jugak... pegi lah register...:D

Till then! :)

Friday, September 21, 2012

Baby Wishlist | Set Tilam Kekabu

Misi mempersiapkan kelengkapan bayi masih diteruskan. Cumanya sekarang agak slow sedikit gara-gara dah banyak berbelanja sejak raya haritu. Memandangkan gaji pun lambat lagi makanya kena kuatkan iman agar tak teroverbudget dengan simpanan yang ado.. alamatnya akan menyesal di hari tua hehehe. So, sekarang hanya cuci-cuci mata dan survey-survey harga barang baby… ataupun dok diam je tak buat apa. Kalau tak dah tentu tangan si bakal ibu ini akan gatal terus checkout shopping cart and confirm untuk order… -..- fuhhh baik jangan…. Jangan buat masa ini… hehe.

Entry kali ni My nak cerita pasal salah satu wishlist barang baby yang My dah listkan di entry INI. Wishlist yang maksudkan adalah set tilam kekabu.. J

Tilam kekabu ni nak cari offline macam susah sket. Errr mungkin tak susah tapi My je yang takde masa nak mencari. Lagipun, walaupun mungkin boleh dapat lebih murah kat tepi-tepi jalan tu tapi mungkin design dan kualitinya tak seperti yang kita idam-idamkan. Mungkinlaaa… Nak buat sendiri? sila sedia maklum bahawa My ni bukan insan berseni punya tangan ye. Nak harap emak di kampung? oh mak pun mesti takkretip jugak kalau tak mesti ilmu tu dah diturunkan pada sang puterinya hehe.

So, My dah pun survey beberapa kedai set tilam kekabu online.. kualiti dan hasil tangannya memang perghhh… kalau dah berkenan tu memang nak sambar terus la… tapi harganya? Boleh tahan…. Boleh tahan mahal…. $$$$$... So, kenalah survey-survey which offer the best quality with the best price.


Littledivaboutique is one of kedai online yang jual set tilam yang santek-santek… Tapi materialnya bukan daripada kekabu. Diperbuat daripada High Grade Fiber tapi masih selesa untuk anak tido. Tilamnya pun nampak tebal.. :) Kalau dilihat pada semua design-designnya memang tangkap cintan… Untuk sesuatu yang cantek kenalah invest dengan harga yang cantek gak kan… -..- So, harga yang ditawarkan adalah around RM190 – RM260… depends on the design, material and what package you request kot. Kalau sebelum ni littlediva ada jugak  buat customize untuk item-item yang dijual tapi sekarang dia jual ready made je. Ready made pun design still meletops yu olsss… So, kalau harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan budget korang for bedding set bolehlah ke littledivaboutique ye! J Size? Tak sure laaa…. Tanya sendiri kat owner kedai la eh.. :D

Littledje menjual set-set tilam kekabu yang sangat ohsem. Buasanya akan keluar ready made dalam album… so korang boleh tengok mana-mana set yang korang berkenan dalam setiap album. Siapa cepat dia dapat! Harga yang ditawarkan biasanya RM230 untuk set tilam bersama dua bantal kepala, 2 bantal peluk dan satu bantal newborn @ karipap… Size tilamnya pun agak ohsem iaitu 30” x 40” dan ketebalan tilam adalah  4 inci. Kau mampu? Haa… jangan malu-malu ke littledje and beli terus hokee….. ! :D

Handmadebydiesha

Handmadebydiesha punya design and material kain sarung pun sangat berkualiti. Boleh pilih design kain mana yang kita nak di dalam album yang disediakan. Harga untuk set tilam adalah RM230 tidak termasuk kos pos… kos pos RM15… hurm…. Bersesuaianlah dengan hasil tangan dan kualitinya kot… Beli? Errr… cuci mata je lah kot tengok hasil-hasil kerja tangan manusia tangan kretip nih…. -.- err...ada berbaur jeles di situ.



Kak Junita Khalid… Rasanya dia takde website sebab cari-cari tak jumpa. My jumpa dia ada jual set tilam pun from google. Ada blogger yang review pasal hasil tangan beliau. Nampaknya blogger itu berpuas hati… Makanya My cari beliau di facebook dan mintak quotation untuk set tilam baby. Tengok hasil-hasil yang pernah dibuat, memang jatuh cinta… rasa nak beli set tilam tu untuk diri sendiri…-..- Harga? Masih diluar batas kemampuan… mampu.. tapi My tak budget sebanyak itu hanya untuk set tilam baby… RM 220… kos pos sebanyak RM20. Sob sob sob…

Wanisablogshop


Wanisablogshop pun ada jual set tilam baby yang memang sangat ohsem! Size nya tak pasti plak berapa yang pasti design-design yang disediakan pun sangatlah menarik hati… Harga? Boleh tahan jugak… Rasanya harga ni depends apa yang yu ols nak kot. Macam My haritu mintak dia quote untuk set tilam consist of Tilam, dua bantal kepala, dua bantal peluk dan satu bantal newborn@karipap. Harganya RM185 termasuk pos. Alahai… ku KIV dulu…. -..- survey lagi dan lagi….

Tilam Kekabu Ibuku



Tilamkekabuibuku juga ada sediakan set tilam untuk baby. Tapi My agak kurang berkenan dengan jahitan dan design sarungnya. Mungkin pada gambar je kot nampak tak best.. kalau dah sampai kat tangan who’s know? Hehe. Haaa… kat sini boleh dapat harga serendah RM110… paling tinggi harga yang My nampak around RM210 kot. Tapi bergantung kepada cotton gred. Ada gred A dan B. so pilihlah yang mana yu ols nak. Kalau nak lebih murah atau tak berkenan dengan design kain-kain yang disediakan, boleh jugak sediakan kain sendiri.. Cuma bayar RM100 untuk set tilam dan kos  menjahit. Postage? Tak pasti harga dah termasuk postage atau belum. Boleh tanya tuan kedai for further info ye! 


Bantalkekabuventures



Design-design dan hasil kerja dari Bantalkekabuventures pun tak kurang ohsemnya…  yang ni My jumpa di facebook beliau. Mintak quote untuk set tilam baby (tilam, satu bantal kepala, satu bantal newborn, 2 bantal polok) diberinya harga RM180 termasuk postage. Dapatlah diskaun RM5 dari kedai di atas kannzzz heheh. errr… masih di luar budget tuh. KIV lagi dan survey lagi hehehe….



Mybantalkabu punya design dan material pun agak menarik. Harga bergantung kepada design yang kita nak. Ikut daripada review customer yang dah beli pun nampak berpuas hati. Harga yang My nampak paling murah around RM150, RM185, RM190… depends lah design yang macam mana.. dan semua harga biasanya termasuk kos penghantaran… J





Manjakucomel adalah kedai yang bukan sahaja menjual set tilam kekabu untuk bayi malah ada juga barangan-barangan lain. Harga set tilam bayi masih dalam batas kemampuan tapi yang tak bestnya koleksi designnya agak terhad. Jual set tilam ready stock tapi kebanyak design yang My berkenan semuanya dah sold out dan takkan ada restock untuk design berkenaan sob sob.. design yang tinggal My tak berkenan lah plak… tapi masih KIV untuk proses pembelian hehe. survey yang lain dulu hehe. Kalau anda berkenan dengan design yang ada bolehlah proceed for order.. harga RM150, postage RM13… J

Kedai mini Kelantan



Kedaiminikelantan menawarkan harga untuk set tilam bayi dengan harga yang agak murah.. RM130 untuk gred B, RM170 untuk gred A… postage RM15. Within budget maybe cumanya My tak berkenan dengan design tilam berkenaan. Bantal peluknya versi leper… My suka versi bulat silicon baru syiok baby tido hehe. Nak beli? Silalah check it out.


Afifi Afiq


Set tilam bayi ni My jumpa di unknown shop. Sebabnya, dia tak ada kedai online. My jumpa pun sebab dia ada iklankan kat internet. Saja cuba, My sms je tanya harga. Sms berjawab.. Owner yang jual set tilam tu nama dia Afifi Afiq. harga set tilam RM100 sahaja dan kos penghantaran adalah RM20. Dia jugak ada email kan contoh-contoh design set tilam bayi yang dah ready stock. Jahitannya agak menarik dan kemas. Cumanya size tilam tu macam agak kecil berbanding set-set tilam lain yang My jumpa. Hurm… will keep in view… hehe. Kalau korang pun rasa jahitan ni kemas dan menarik bolehlah email kepada En. Afifi Afiq di tilamkekabu69@yahoo.com atau sms ke no. 013 5947844.

************************
So, camne? mesti korang pun berkenan tengok kan? especially mommies to be out there la... Kalau rasa list above adalah within your budget untuk set tilam baby, bolehlah beli. Tak rugi pun.. lagi-lagi beli yang made from kekabu kan... syiok je anak kita tido nanti hehe...

Anyway… semua kedai yang My jumpa ni memang hasil tangannya sangat ohsem… kerja tangan kan haruslah ohsem… dan harganya juga opkos lah ohsem jugak…-..- Ada tanya pada enchek hasben.. hurm… dia kata beli je kat kedai-kedai yang ada jual tu kat Anakku ke.. Pureen ke… isk isk… tak santekkkk…. L Kalau My beli je pastu baru cakap kat dia kira menderhaka tak? Hahahahahahaha… tangan dah gatal sangat ni nak beli…:D

Tapi, yang mana jadi pilihan kalbu? Wait n see ya…. J dah decide n beli nanti My review untuk santapan yu ols oke… J


Till then!

Tuesday, September 18, 2012

Senarai Kedai Barangan Bayi Online | Baby Online Shop!

Tanak stress-stress pikir masalah yang melanda diri lagi. Baik duduk depan tibi sambil online kat lappy usha sampai lebam kedai-kedai baby online yang ado. Inilah yang dinamakan terapi bagi mak buyong yang tengah depress hokay. 

Okay entry kali ni kita berbicara plak pasal kedai barangan bayi di atas talian… For those yang tak percaya dengan membeli belah secara online dok diam tepi-tepi kerana My adalah pengguna, pembeli dan pelayar tegar yang acapkali membeli secara online. Bukanlah tak sosial langsung tak keluar membeli offline, tapi kalau barang tersebut lebih mudah didapati thru online dengan harga yang sama, kualiti yang sama.. buat apa buang tenaga kuar soping ye dak? Ditambah plak My ni susah ada masa terluang nak keluar berjimba jadinya click-click tetikus adalah pilihan yang tepat! Heheh 

Alhamdulillah, setakat ni My tak pernah lagi tertipu dengan pekedai-pekedai online. Semua barangan yang dipesan selamat sampai cumanya mungkin ada sesetangah barang bila sampai tak berapa nak menepati citarasa dek kerana indah khabar dari rupa. Tapi, dah beli pun online kan.. terima aje lahhhh… Tapi takdelah semuanya tak okay. even kalau ada kedai tu My beli baju tapi bila sampai baju tu tak kena dengan badan.. mintak tukar tuan kedai tu okay je.. 

Anyway, sepanjang akhir-akhir preggy ni My memang sangat eksaited tengok barang-barang bayi… from A to Z… from head to toe… Haih tak sabarnya tunggu anak mommy keluar… Sekarang My dah jumpa lebih 10 kedai baby online… believe it or not… hehe. n boleh dikatakan semua kedai-kedai online tu masih beroperasi dengan jayanya. N My percaya, ramai bakal-bakal ibu di luar sana yang tengah eksaited tahap gaban macam My kan? Masih tercari-cari kedai online? Sukacita My nak kongsikan dengan yu ols… jom cekidaut! :)

(updated 2014)
Fingertips Shop
Instagram.com/fingertips_sh0p

Hiii yang ni baru update in August 2013 2014. Kedai online part time My...:P Ada jual barangan mommies and babbies - toddler. Feel free to drop by hokay!! :)  Alhamdulillah My masih aktif meniaga sambil-sambilan secara online. Doa2lah soon My akan jadi WAHM (Work at Home Mom), so bolehlah jaga Dhia and bakal adik dia ni! hehe

Sekarang ni My kurang aktif sket di Facebook. My aktif di Instagram. jom KLIK SINI dan dapatkan barang2 pilihan anda! Sekiranya anda dapat ke Instagram dan berminat membeli sila nyatakan, "saya dapat link kedai ig ini melalui personal blog, boleh berikan diskaun untuk ________ (barang yang anda nak beli)"... InsyaAllah best price akan diberikan! hehe


onebabyworld merupakan antara kedai baby online carta teratas untuk barangan bayi pilihan My. Bukan sahaja harganya yang berpatutan malah servicenya juga boleh tahan pantas. My pernah buat percubaan order storage bottles di laman web ini, setelah proses transaksi dilakukan, dalam masa 3 hari bekerja barang dah pun selamat sampai… :) Laman webnya juga amat mudah untuk dikendalikan, tak ambil masa terlalu lama untuk loading.. carian barang yang kita nak pun senang jumpa. My dah kumpul-kumpul dalam cart what are the next items yang akan disambar! Huhuhuhu…. 

Anyway, selain beli secara online anda juga boleh membeli secara offline di kedai onebabyworld di beberapa lokasi di sekitar lembah Klang. For more info pegi je ke laman web tersebut oke, iklan ini tidak berbayar…:D 


enjoybreastfeed pun boleh tahan murah harganya. Kat sini My suka usha feeding bottle and nursing bra. Heheh. feeding bottle tu untuk ajar anak minum susu badan thru bottle sebelum My kembali bekerja bila dah habis pantang nanti.. :) Kat sini My belum pernah shopping apa-apa lagi InsyaAllah coming soon.. dah bersusun jugak item2 yang nak dibeli di shopping cart…:D 


mammahouse menjual pelbagai barangan bayi dan juga maternity untuk para ibu.. :) Dekat sini My dah pernah shopping gak tapi beli item-item kecik je macam stoking untuk mommy lepas bersalin n safety pin for baby. Barang-barangnya pun dah selamat sampai ke tangan My… ingat nak tambah lagi stoking momma tu. Barang-barang lain macam hat dan sock untuk baby pun murah.. will check it out soon hehe. 


di mypermatahati My dah beli nursing cover untuk menyusu baby nanti… semangat nak fully breastfeed ni. So dengan adanya nursing cover bolehlah breastfeed baby anytime anywhere.. aurat pun terpelihara… hehe… Ada macam-macam lagi barangan yang dijual di sini antaranya barut, bedung, bengkung dan seangkatan dengannya. Silalah ke website mypermatahati untuk maklumat lanjut ye.. :)


mybabycomel juga ada pelbagai produk untuk ibu dan bayi. My beli barut baby di sini.. beli saiz S, M dan L… keselesaannya? Belum tahu lagi. Tunggulah baby dah keluar nanti baru review okay hehe. 


My bercita-cita nak beli diaper bag kat sini. Tapi beg yang My berkenan tu dah takde dalam stock plak… L Sekarang tengah usha-usha beg lain… Selain beg, kedai ini juga ada jual barangan bayi lain. check it out for more info! :)

*************************
Ahhhh nak sebut satu-satu letih la kannzzz… So, itu adalah di antara kedai-kedai online yang My dah pernah masuk… the rest of the list are as follow: 
Kalau nak tahu sendiri barangan dan harga yang dijual bolehlah ke laman-laman web di atas okay! Bolehlah survey sendiri which shop yang offer better price… :)

Korang ada lagi senarai-senarai kedai online yang takde dalam list above tak? Mehla share…:)

nota kaki: Semalam My cerry berry akibat ke kenduri kahwin sampai 4 bijik buah rumah. tatao la apa yang salah makan sampai cerry berry... memulas2 kau perut.... My ada baca, salah satu tanda nak beranak adalah cerry berry. eh yeke? ala tapi My ni sebab salah makan kottt. kan kan.... belum 30weeks lagi takkan nak beranak dah heheh.

Thursday, September 13, 2012

Mak buyong KIV untuk Insulin | Bapak Hidap Cancer tahap 4


Huh…. My tahan nak menangis je sekarang ni. tak tahulah kenapa. Mungkin banyak sangat berfikir… mungkin sebab kepenatan teramat sangat. Makin perut membesar.. makin penat My rasa... Badan My tak mampu nak kawal penat yang datang macam dulu… Dulu kalau banyak kerja, banyak fikir.. even terasa sangat-sangat penat pun My masih mampu terus buat kerja.. sekarang ni, makin banyak fikir.. My jadi serabut..jadi tension… L
google~
Semalam sampai rumah dah gelap. Kalau tak kuar ofis sharp lepas kerja memang lambat lah My sampai rumah. Dahlah dekat stesen tu takde lift.. tangga tinggi nak mamp… bayangkanlah cane mak buyong terhegeh-hegeh panjat tangga tu… Kalau dulu ilek je My lari-lari anak naik tangga,sekarang ni naik tangga kena sambil pegang pemegang tepi tangga tu.. -..- Pastu turun tangga sebelah sana plak… sampai bawah mengah macam hape… Ditambah dengan kaki sakit lagi… L Balik semalam lepas Maghrib My menangis-nangis… tak tahulah kenapa. Mungkin banyak sangat fikir. My risaukan anak dalam perut pun ye… My fikir cane nasib time beranak pun ye… huh… entahlah…. L

Enchek hasben tengah request parking kat tempat kerja dia. Dia pun kesian kat My makin hari makin tak larat.. Nak berjalan n naik tangga tu yang agak seksa sket. Kalau My drive pun, tempat parking jauh giler.. so no point la kalau bawa kereta pun sebab kalau dah parking kereta kang, kena jalan jauh jugak.. dahlah sekarang ni kaki sakit makin menjadi-jadi lagi2 tang betis… haish~ L Sekarang tengah tunggu approval tempat kerja enchek hasben.. so lepas ni bolehlah dia hantar My kerja naik kereta tayahlah My nak kena jalan kaki jauh-jauh, naik tangga tinggi-tinggi. Tapi tulah, rumah jauh kan.. alamat kena kuar lepas Subuh leee…. Takpela, demi anak… 2 bulan je lagi… moga Allah permudahkan kami… Amin….

Anyway, tadi My pergi check up… 2 minggu lepas HB masih rendah so kena datang balik minggu ni. Lepas ni pun dah start 2 minggu skali ke klinik sebab dah lebih 28weeks. Dipendekkan cerita, hasil check up tadi tidak memberansangkan… HB My dah 3 minggu berturut-turut masih rendah… minggu sebelum ni 10.7, 10.8… minggu ni turun balik 10.6…. kalau bawah 11 memang dia merahkan terus dalam buku tuh. Aduh… pening dah. Cane lg nak bagi HB tu naik balik… L Tak cukup dengan tu, kena sound plak pasal BSP minggu lepas yang ada bacaan sampai 7.5… errr.. senanya kan, bacaan tu 8.5… tapi sebab malas nak dengar nurse, doc pot pet My turun kan lah jadi 7.5… sekali tadi itupun dia kata tinggi daaaa… Minggu depan dia suh repeat BSP.. kalau tinggi jugak bacaan KIV untuk insulin sebab bacaan yang sebelum ni pun ada sampai 8.0. ahhh sudah.. Tu yang My taknak dengar tu… Tamo cucuk insulin pls…. takkan lah sampai seteruk tu… chill la wehhhhhh… L

Huh… macam-macam dah dalam pale otak ni. Tengah pikir camne lagi lah nak kawal makan ni… L sekarang ni memang My dah try control dah… air manis memang tahan sangat nafsu ni taknak amik.. air putih memang tiap2 masa bawa bekalan Tupperware tu.. nasi pun sekali sehari je makan… sayur amik lebih.. buah pun sepotong je… apa lagi My nak buat ni? My taknak sampai cucuk insulin… My taknak ada apa-apa jadi dengan kandungan.. My nak bersalin normal… huh… L

Tak cukup dengan masalah diri sendiri, semalam enchek hasben dapat berita daripada doc ayah dia disahkan mengidap kanser… kanser apa.. tak pasti tapi dah tahap 3 atau 4, dah makan paru-paru. Allahuakbar… macam-macam hal lately ni… kesian kat enchek hasben. Bapak sakit.. bini dia plak sakit sana sakit sini… pasni nak pikir bini bersalin lagi.. haih~ Dah 2 minggu bapak kat hospital… minggu depan nak tak nak kena operate. Lepas tu kena start buat kimo…. Hurm… Moga bapak kuat… n sembuh seperti biasa… kesian kat mak… sampai sekarang ni setia jaga bapak kat spital tu. Adik enchek hasben yang bongsu duduk rumah kakak dia, tengah struggle untuk coming SPM… haih~ lepas ni apa plak?

Nasib baiklah abah My sekarang ni stabil.. masih meneruskan rutinnya cuci buah pinggang… Harap-harap takdelah dengar berita-berita kurang enak dari kampung… risau gak My satu satu datang… Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga… kau berikanlah aku kesihatan yang baik.. kau sembuhkanlah penyakit kedua orang tua kami.. kau berilah kekuatan kepada suamiku… kau permudahkanlah ya Allah…… L

Nota kaki: Tadi scan baby kat klinik. Alhamdulillah baby sihat dan membesar mengikut tarikhnya. Lepas ni dah kena start kira movement baby… J

Tuesday, September 11, 2012

Mommy & Baby Wishlist

Setakat ni, My dah belanja RM700++ untuk kelengkapan bayi.. bagi yu ols.. melampau tak? My pun tatao apa yang My beli barang nampak macam barang-barang biasa je tapi dah belanja almost 1k.. -..-  Itupun belum complete 100% tau.. ada beberapa barang-barang kecil lain+barang-barang besar lain yang belum di beli… Yang kecil tu mungkin benda-benda remeh.. yang besar tu mungkin barang-barang yang boleh dianggap perlu atau tidak.. keperluan atau kehendak… -..-

Kalau dulu masa nak kawen, ada beberapa wishlist atau angan-angan yang My nak buat untuk majlis wedding antaranya guestbook, guestbook corner, button badge, photobooth, bunting, etc. Bila on the day of wedding.. Alhamdulillah ada a few angan-angan yang dapat dicapai, yang mana out of list tu barangkali di luar kemampuan My ataupun rasanya tak perlu pun maklumlah wedding kat kampung je pun… hehe. Itu dulu, now bila dah preggy n bakal dapat anak makanya bersusun-susun wishlist yang My nak belikan untuk baby kesayangan ni… Eksaited keterlaluan... budget semua fikir pasal anak anak anak.. maintenance mommy? Langsung tak masuk carta apatah lagi maintenance daddy nya hihihi..

So, here are my wishlist for our newborn… mommy punya wishlist okay.. kalau daddy tau ni mesti dia akan cakap… “beli ikut keperluan bukan kehendak”….  Kalau bagi My, semuanya KEPERLUAN… :D

Set Tilam Kekabu
ehsan google~
My sangat-sangat jatuh hati dengan set tilam baby lebih-lebih lagi yang made from kekabu… Ia bukan saja selesa but also sangat comel untuk bayi lepak n tidur di atasnya hokay.. Biasanya set-set tilam yang ada jual kat luar tu boleh dapat less than RM100.. tapi tu lah, langsung My tak minat walaupun sebenarnya tilam-tilam tu okay je. Untuk anak lepak-lepak n tidur je kottt… Itupun entah berapa bulan awal je guna kan… Tapi My tetap berkenan yang jual online tu… handmade, kekabu… Price range? around RM150 – RM250… malah ada yang lebih mahal… tapi dilihat pada kualiti dan hasil tangannya memang puas hati… hurm..

My dah jumpa beberapa kedai online yang jual set tilam bayi ni dan tengah nak survey yang mana boleh dapat kualiti yang sama tapi dengan harga terendah… dalam pada masa yang sama masih berfikir… berbaloi ke beli mahal-mahal untuk set tilam baby sahaja… L hurm… will see… Later dalam entry lain My kongsikan kedai-kedai online yang jual set tilam baby tu oke?

Sterilizer and Warmer
Ehsan google~
Yang ni pada awalnya tak masuk dalam list pun sebabnya, ada kawan cakap… mula-mula je eksaited n rajin guna menda alah ni… end up, tak guna pun n basuh manual je. Terfikir gak pe dia cakap tu.. dahla jenis My ni awal-awal je rajin kang kalau dah penat kerja ke apa ke confirm My dah tak guna dah kan.. Cuma lately ni je My banyak baca pendapat orang pasal menda alah ni… ramai gak kata ianya perlu dan sangat-sangat berguna. Hurm… entah! Korang rasa macam mana? Perlu ke tak ek? -..-

Baby Carrier
Ehsan google~
Hurm, yang ni My rasa memang sangat perlu… Yela, nanti nak berjalan-jalan penatlah nak dukung baby sepanjang masa kan.. buatnya baby bambam mau lenguh tangan hihi… Cumanya, My rasa menda ni boleh beli lepas pantang nanti kot? Yela baby baru lahir takkan tak larat nak dukung kan.. lagipun takkan nak pegi shopping, jalan-jalan time berpantang lak hehe. So, maybe baby dah 4 bulan ke atas kebaru beli kot? Save budget sikit.. Tapi brand apa yang okay ek? My ingat nak beli yang boleh adjust macam-macam position.. boleh guna kat depan, kat belakang, sambil baby baring pun boleh guna… which brand do you prefer?

Stroller
Ehsan google~
Stroller ni My tak tahu lah perlu atau tidak.. Kebanyakan kawan-kawan My memang sarankan suruh beli… memudahkan lebih-lebih lagi kalau mommy2 nak shopping kannzzz… hehe.. Cumanya, nak ke anak My nanti duduk dalam stroller tu nanti? Sebab tak semua baby suka duduk dalam stroller kan? depends. Hurm, mungkin My kena beli tapi bukan sekarang kot? Brand apa yang okay ek? My nak jenis yang baby boleh baring n duduk n… yang ada banyak compartments n..  yang boleh pakai sehingga anak berusia 4/5 tahun… J bape banyak ‘n’ daaaaaa.. Will see… kalau nak beli pun mungkin bukan sekarang… what say u?

Baby Car Seat
Ehsan google~
Yang ni pun perlu kot. Kalau My drive sorang senang nak bawa anak ke sana ke sini kan. Kalau daddy nya ada pun letak baby kat belakang dalam car seat takdelah mommy penat dukung kat depan kikiki boleh gitew? :D So, brand apa yang tahan lasak? Errr letak dalam kereta je pun apa yang lasaknyaaa… Janji boleh pakai sampai bila-bila.. so bolehlah diwariskan pada anak ke 2, 3, 4, 5, 6, 7…. Erkkkk…~  Anyway, carseat ni lepas pantang lah baru beli kot?

Breastpump
Ehsan google~
Hurm, yang ni mommy punya wishlist… untuk baby mommy jugak… J InsyaAllah, My berazam nak fully breastfeed anak My sehingga 2 tahun… fuhhh bunyinya macam mampu tak mampu je kan.. tapi My akan cuba selagi mampu sebab.. susu ibu adalah susu yang terbaik! So, breastpump ni mungkin dapat membantu dari segi storage dan penyusuan botol bila My dah kerja nanti. Yang ni kena beli sekarang kot at least yang manual pump dulu yelah kena lah ajar anak menyusu botol di akhir-akhir pantang nanti… Kalau tak ajar takut anak tak nak isap botol plak susahlah kalau mommy dah naik kerja nanti kan.. Breastpump mana yang yu ols rasa terbaik? Sebab lain orang lain citarasa.. ada yang okay pakai brand A, ada yang okay pakai brand B… My? Entah.. tak pernah cuba plak… -..-

Confinement Set
Ehsan google~
Mommy punya wishlist hehe. Set bersalin… perlu tak? Kalau tanya My… My nak kurus selepas bersalin!!! Cumanya, set bersalin ni tatao lah perlu ke tak.. Kalau ianya sangat menyumbang untuk My kurus.. makanya, perlulah. Tapi jenis apa ye? Ada orang kata brand Nona Roguy okay… Amway pun okay… u guys rasa? Lepas tu yang jenis ber set-set ni konfius lah.. banyak sangat benda nak pakai or makan… -..- n satu lagi, My tatao My bersalin normal atau tak.. let say ceaser.. selamat ke guna set bersalin ni?

Bengkung? Harus beli!! My nak kurussssssssss!

Hurm... setakat ni tu je lah kot wishlist untuk baby and mommy.. di mana ianya antara barang-barang yang melibatkan kos yang tinggi berbanding barang-barang lain... So, kena beli berperingkat-peringkat kot.. kalau beli semua sekaligus takut terasa 'kopak' plak pocket nanti... hehe... 

Ada barang-barang lain yang korang rasa My perlu beli tak? Apa ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers