9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, October 31, 2012

I need him until the end of my life... :(


I am not in the mood of doing anything ryte now… but demi sesuap nasi I have to… fyi, My masih di sini… belum rasa nak beranak lagi hehe. I am 35 weeks++ now… Alhamdulillah… moga-moga baby dalam perut ni bertahan sehingga betul-betul sampai waktunya perlu keluar… n yet, My masih datang bekerja. Pelikla asal ramai tanya…. ‘asal ko tak cuti lagi’..? erkkk…. Lum rasa nak beranak koje je laaa… sakit-sakit pun datang gak koje… duk rumah pun bukan buat apa… fikir camne keadaan masa bersalin nanti lagi buat My tak keruan so ada pekdahnya My datang bekerja selagi belum betul-betul tak larat nak datang. InsyaAllah…

Anyway, apa yang merunsingkan kepala otak My sekarang ni bukanlah kerana memikirkan keadaan diri atau baby… InsyaAllah kami sihat-sihat saja setakat ini.. sakit-sakit yang selalu tu, biasalah… dah nama pun preggy kan… nikmati je… J yang buat My risau sekarang ni adalah enchek hubby. Lately ni dia selalu tak sihat… dia kata dia sihat tapi fizikal dia tak menunjukkan macam dia sihat… demam on off on off. Sudah sedia maklum enchek hubby antibody nya tak cukup kuat. Memang senang diserang demam… sekarang ni setiap hari badan dia kejap panas kejap tak. Lagi-lagi tang malam.. My selalu tak leh tidur sebab dengar dia seakan mengigau… dia macam merengek sebab badan dia tak berapa sedap. Bila My rasa badan, leher… MasyaAllah panasnya… risau betul dibuatnya.. L

Semalam masa enchek hasben kat tempat kerja, ada dia ke klinik. Doc kata demam biasa.. kalau tak ok dalam masa dua hari baru dia cek darah. hurm… My risau. Malam tadi sampai pagi ni badan dia panas. My suh dia gi klinik cek darah. takut ada apa-apa kan. If darah okay tapi dia still demam My pesan gi pvt specialist. I dun care. Dia kena sihat… L

Sejak abang enchek hasben passed away 3 weeks ago, My memang sangat fobia bila dengar enchek hasben sakit. Arwah abangnya setahu My pun senang demam.. apatah lagi bila dah kena infection cepat je virus tu serang satu badan dan menjadi punca akan kematiannya. So, bila enchek hasben sakit, My jadi risau… L Dahlah My tengah sarat preggy, enchek hasben tak sihat… siapa nak jaga kami? L Dia kena sihat… dia kena jadi kekuatan My… I need him until the end of my life… L

Ya Allah… ampunilah dosa-dosa suamiku, sihatkanlah tubuh badannya… Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit...  panjangkanlah usianya….. Amin….

Thursday, October 25, 2012

Eksaited keterlaluan!

Good day yu ols…

Terasa mcm hari Jumaat plak today kan.. mungkin sbb today last day keje minggu ni kan tu pasal rasa macam Friday huhu.

Pagi tadi gi check up as usual. Cepat plak siap tak sampai sejam pun.. mungkin nurse-nurse sedang tak keruan nak pulang ke kampung cuti raya haji hihi. Check up tadi okay kot. HB dia tak check pun nape tah tapi last HB dah naik 11.7. Berat naik 2kg dalam masa 2 minggu… sekarang dah 71kg huhu… sakit kat pubic bone? Masih terasa dan tade rasa kurang pun… L so macam penguin lah My jalan ke sana sini… Doc offer bagi MC tadi tapi memandangkan kerja-kerja yang bersusun laju je My geleng bgtau yang My masih mampu bekerja. wallah! -..-

I am 34weeks++ now… Semakin hari semakin berdebar-debar.. tapi sangat eksaited dan tak sabar nak tunggu ‘orang baru’… Haritu ke hospital check sakit pubic bone tu… jumpa ramai mommies yang bakal melahirkan… nampak diorang yang mengalami contraction.. dengar tangisan babies yang baru lahir… haih… tak sabarnya tunggu giliran diri sendiri… tak sabar nak push baby.. tak sabar nak pelok cium baby… seyes tak sabar… J Enchek hubby lebih-lebih lagi.. sekarang ni dia yang terlebih eksaited daripada My… hari-hari dok cakap dengan baby dalam perut ni… geram betul dia tak sabar nak gomol anak heheh. Yang My jeles, bila My cakap ngan baby susah je dia nak gerak tapi bila daddy dia yang bersuara.. kemain aktif dia gerak… J

Sepanjang preggy ni, sorang sorang kawan My dah selamat bersalin… seronok je tengok.. dah macam-macam pengalaman bersalin My dengar, My baca… bila dah banyak sangat terdedah dengan pengalaman-pengalaman orang ni mulalah My rasa takut, seram, risau…. My fikir macam manalah keadaan My time deliver nanti.. sakitkah? Haritu ada sorang aunty cine ni, duduk sebelah My dlam komuter… dia tanya My dah bape bulan, bila due, bla bla bla… Dia citer dia dah merasa dua-dua bersalin normal dan ceaser. My tanya yang mana best? Dia kata normal. My tanya lagi sakit tak? Dia cakap… “tada sakit munya…. Enjoy saja… tengok baby kuar manyak happy tada rasa sakit… u time bersalin happy-happy saja….”….

Semangat je My rasa dengar dia cakap macam tu. Yela, ada orang cakap sakit… Tapi bila My fikir-fikir.. lain orang lain rasanya… nak atau tidak My tetap akan melaluinya… My terfikir… buat apa My nak rasa takut kan? Rasailah sendiri… alamilah sendiri.. jangan dengar cerita yang macam-macam… pedulik apa orang lain rasa… ini diri aku… biar aku sendiri rasa… *semangat!

So, sekarang ni My rasa tak sabar nak push baby… Rasa semangat bila terfikirkan wajah bakal si kecil kurniaan Allah yang tak terhingga ni… Apa yang My mampu buat… hanya berserah pada Allah… doa minta dipermudahkan segala urusan… dan selamat melahirkan… Amin….

Bersyukur sangat-sangat atas pemberianNya ni…. My janji akan jaga dia sebaik-baiknya… Ya Allah… permudahkan kandunganku sehingga sampai waktunya… Permudahkan kelahirannya ya Allah…. Amin….

Can’t wait to see you sayang…. :’)

nota kaki: Selamat Hari Raya Haji korang... beraya di mana? I'll back to my hometown malam ni! Segamat, Johor... :)

Monday, October 22, 2012

Pubic Bone Pain during Pregnancy


Pubic Bone pain a.k.a sakit tulang kemaluan… Oooo itulah nama tempat yang sakit tu rupanya… My explore di seluruh pelusuk internet.. banyak juga info yang My jumpa.. Bila baca, symptoms yang terkandung di dalamnya sebijik seperti mana yang My alami… Fuhhh lega rasanya….

Pubic bone pain in pregnancy is also known as Pubic Symphysis Diastasis. This is where, usually in later pregnancy, the hormone relaxin causes the pelvis, particularly at the pubic bone, to loosen. In general, this is a good thing as it makes birth easier for mom and baby. However, sometimes the separation is exaggerated and can become quite pain for the mother at the end of pregnancy or in the early postpartum period.

While pregnant women have been known to waddle, the relaxin and loosening of the pelvic ligaments is the reason behind the waddle. When there is too much laxity there can be instability and pain. You may notice this pain when walking, standing or trying to move your legs apart like stepping into pants or the bath tub. Most of the pain is typically centered up front in the pubic bone area, above your mons pubis (below pubic hair).

There are a couple of treatments for pubic bone pain:

·         Stabilize what you can via a pregnancy/maternity binder like the Prenatal Cradle.
·         Avoid situation that cause pain. For example, sit down to put pants on, sit on the side of the tub and swing both legs together.
·         Avoid standing for long periods of time.
·         Use a rice sock to help provide moist heat.
·         Occasionally, pain medication is appropriate and your practitioner can help you decide when and what.

The good news is that shortly after delivery you should be feeling much better as the production of relaxin stops.


So, normal lah kalau sakit kat bahagian pubic bone ni kan.. cuma tatao lah tahap kesakitan tu okay atau tidak.. ade sesetengah kes sakit kat bahagian pubic ni tak boleh dipandang mudah. Hurm… My tak pergi hospital pun.. pergi pvt clinic je.. 3 times already… satu cakap kencing kotor, satu cakap kepala dah kat bawah.. satu cakap pelvis pain aka sebab kepala baby dah kat bawah jugak… Apapun yang penting.. memang apa yang My rasa ni sakit sangat… seriously…. L Ianya akan lebih terasa bila My nak bangun dari keadaan duduk.. Nak bangun dari keadaan baring… nak pusing ke kiri ke kanan ketika baring… dan ketika nak berjalan! Dekat office pun My jalan dah macam apa… tahan je lah… tak bangun dari tempat duduk takkan nak kencing kat cubicle plak kannnzzz… -..-

Anyway, akibat kedegilan dan kerinduan kepada kg halaman.. last weekend My balik ke Segamat jumpa mak abah… dalam keadaan sakit sempat lagi berjimba pergi kenduri 2 orang sahabat.. -..- Tenkiu pada enchek hasben yang sanggup hantar balik jumaat malam tu… then dia balik semula ke KL sebab bekerja on Saturday. Sunday plak dia ada kerja luar.. lepas tu hanya sebelum maghrib dia datang untuk ambil My… Sampai rumah mak abah around 9.30mlm then 10.30mlm kitorang pulang ke KL semula dan sampai rumah pukul 2 pagi! Lepas tu bangun semula pukul 5.45 am untuk pergi kerja. Wallahhhh… gagah tul… walaupun tulang kat bawah ni sakit giler oke.. -.-

Masa kat kg haritu, My ajak kakak pergi rumah mak bidan.. suh dia tengok2kan apa yang patut.. Bila My baring je dia tekan2 perut bahagian bawah dia kata… ‘eh… kepala dah masuk jalan ni… tak boleh buat apa dah… tunggu je lah tanda-tanda nak bersalin..’…. Erkkkk… masuk jalan tu apa maksudnya? Dah nak bersalinkah? -.- Mak bidan tu kata My salah kira tarikh ke? Erkkk betullah… dia kata lagi mungkin My akan bersalin sebelum waktunya… gulp! Takkan kot? L fuhh fuhh My berdebar-debar senanya. Makin dekat makin berdebar-debar. Memang terasa sangat senanya kepala baby ni dah ke bawah sangat.. macam nak bersalin sangat dah cuma tak turun tanda je lagi.. tapi My takut… L Ya Allah… permudahkanlah…

Sayang mommy… kalau nak keluar pun tunggu lah sampai baby matang okay… jangan takutkan mommy…. L

I am not in the mood of working anymore… sebab bawah ni memang sakit sangat… Sekarang ni kena settlekan kerja-kerja yang masih di bawah tanggungjawab My… Kerja-kerja lain My dah pass kat my clique… harap-harap dia faham n boleh handle masa ketiadaan My nanti…. what else? What else I need to do? Ya Allah permudahkanlah hambamu ini ya Allah… L Ikutkan hati nak je ambil cuti awal.. tapi cuti tinggal bape hari je lagi… maternity leave apply awal-awal rugi lah plak nanti sebab tatao bila baby nak kuar kan… alahai~ bersabarlah wahai hati…. Dup dap dup dap… L

nota kaki: ada sape2 penah sakit kat pubic bone? apa korang buat ek? meh lah share...

Thursday, October 18, 2012

Sakit Tulang Tutttttttttt

My MC harini...

otot/tulang kat bawah perut ni sakit sangat... bahagian apa tah namanya? Pelvik? servik? ikut My nak sebut kat tulang kemaluan je...-..- Ye... sakit teruk di situ... sejak semalam.... ='(
haaa tu ade pun tulang kemaluan.. hohoho
Semalam gi ofis ya Allah masa berjalan tu Allah je tau sakitnya macam mana. Bila dah masuk office.. duduk kat cubicle.. time nak bangun dari duduk tu masyaAllah sakitnya.. My kena bangun berdiri kejap then baru berjalan (nak ke toilet ke, nak ke surau ke..). seyes kau sakit... semalam kat ofis buat-buat sihat padahal kat bawah ni sakitnya Maha suci Allah je lah yang tahu... pergerakan terbatas.. time bergerak tahan je lah sakit ni... Jalan memang dah slow habes.. kalau berlumba ngan siput babi pun konfem kalah...-..-

Semalam pun balik naik train.. enchek hasben nak amik tp My malas nak tunggu dia konfem lambat nak gi amik kete dulu kat rumah PIL. So, My gagahkan diri naik train dalam keadaan yang sakit tu.. jalan slow-slow dalam 0.05km/jam gitu...-..-

Sampai je Kepong terus ajak enchek hasben gerak balik rumah.. benti solat maghrib kat Tesco pastu gi klinik berdekatan rumah.. doc check urine, dia kata kencing kotor sebab tu sakit tang situ.. so dia bagi ubat lawas kencing, antibiotik, ubat sakit urat.. Tapi My tak rasa sakit pun kat perut bawah.. kat pundi kencing... ni sakit kat bahagian tulang tu... memang due tu kencing kotor ke? :( takut sebab lain ke..

Ada orang cakap sebab baby dah menekan ke bawah tu pasal sakit. seyes sesakit ni? Macam orang lumpuh? nak berjalan pun kena berpaut? Bangun pagi ni sakit tak berkurang pun.. seksanya nak bangun dari duduk, baring.. berjalan kena berdiri lama dulu sebelum nak mula langkah... Allah... ikutkan memang nak pergi kerja.. bosan duk rumah senanya. Tapi enchek hasben suh rehat kat rumah je. doc pun advice rehat kat rumah. marah enchek hasben bila My cakap tanak masa doc nak bagi MC miahahahaha sengal~. Sudahnya tak ke kerja lah My harini. enchek hasben hantar gi berehat kat rumah kakak ipar sebab risau My tinggal sorang-sorang kat rumah. alahai...

Sekarang masih sakit lagi.. ingat petang ni kalau tak berkurang gak nak gi spital terus. At least kalau kata memang sebab kencing kotor atau baby menekan pun biarlah btol2 sebab tu.. takdelah My risau sangat... sebelum jadi lebih teruk kan... haih~

Ya Allah permudahkanlah hambamu ini.....

Monday, October 15, 2012

Luahan Hati Seorang Aku....


Bismillah…

Tak tahu dari mana nak mulakan… dari mana  nak My luahkan… I lost my words… tapi My perlu teruskan juga....

FIL derita kanser usus + Pembedahan

Seperti yang sedia maklum, My pernah bgtahu kat entri INI di mana my FIL (father in law) dikesan menghidap barah usus yang memerlukannya melakukan pembedahan. Isnin minggu lalu (8 Oct) FIL dah pun selamat menjalani pembedahan tersebut dan masih admitted sehingga Sabtu lalu kerana pembedahan yang dilakukan menyebabkannya tidak boleh turun dari katil beberapa hari. Sepanjang tempoh itu MIL (mother in law) lah yang setia menemani FIL di hospital selain adik-beradik hasben dan kami sendiri (My n hasben) ada sesekali datang menjenguk.

Kehidupan My sehari-hari kebelakangan ini memang agak memenatkankan… Bangun seawal 5.40 pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Sebab dah sarat mengandung, enchek hasben akan drive kereta dan hantar My di komuter Kepong Sentral (berdekatan dengan rumah Parents in Law), dari situ ambil masa lebih kurang setengah jam ke office berbeza dengan sebelum ni My akan naik komuter dari Serendah yang mengambil masa sejam untuk ke office selain lebih penat sebab My kena panjat tangga yang tinggi untuk balik dari office (takde lift di stesen Serendah). So, lepas hantar My di stesen Kepong Sentral enchek hasben akan park kereta di rumah PIL n naik motor untuk ke tempat kerjanya. Balik kerja dia akan ambil kereta n pick up My dari stesen komuter. Biasanya around 7.00pm. Lepas tu kitorang akan makan dan terus balik Serendah ataupun akan ke rumah PIL/Hospital untuk melawat PIL… Kalau tak ke mana-mana kami akan sampai sebelum pukul 9.00pm. Kalau tidak, akan sampai lewat dalam pukul 10-12 malam dan keesokannya akan melakukan rutin yang sama. Begitulah sehari-hari….

Dugaan yang tidak diduga

Petang Khamis(11 Oct) yang lepas, enchek hasben kol My around 4.30 pm beritahu yang dia nak keluar dari tempat kerja sharp pukul 5.00 pm untuk ke hospital. Dia kata, kawan abangnya ada call tengahari sebelum tu beritahu abangnya (abg Iwan) ada di bahagian ICU kecemasan hospital kerana gigitan kucing. Mendengarkan perkataan ICU sahaja My dah berderau n tanya kat enchek hasben, “teruk sangat ke?”. Enchek hasben pun pelik, dia kata sebelum tu dia ada call HP abang Iwan dan dapat bercakap dengan dia. Sempat abg Iwan beritahu yang dia belum makan dari pagi dan masih berada di bahagian kecemasan tersebut. Jadi, enchek hasben yang dapat panggilan 3 jam lebih awal sebelum 4.30pm tu memutuskan untuk ke hospital hanya selepas tamat waktu kerja.

Malangnya petang tu hujan selebat-lebatnya. Enchek hasben tak boleh nak keluar office awal. Jadi dia tetap balik lambat dan sempat tunggu My balik kerja. Masa My sampai enchek hasben dah siap-siap belikan makanan untuk abg Iwan dan kami hanya sampai di Hospital Selayang around 7.00pm. Masa tu yang ada kat sisi abg Iwan hanya seorang kakak enchek hasben. Abg Iwan ditempatkan di Zon Merah… teruk sangatkah dalam hati My….

Masa kitorang sampai, abg Iwan dah tak sedarkan diri.. wayar kat sana-sini… hidungnya bleeding. Waktu tu doktor kata kidney, hati dia dah tak berfungsi.. oksigen dalam badan pun takde. Allahuakbar… enchek hasben dan kakak ipar My dah bergenang air mata. Kami hanya menunggu di bilik menunggu sambil tak putus-putus doa dan bacakan Yaasin untuk abg Iwan sementara adik-beradik enchek hasben yang lain masih dalam perjalanan ke hospital.

Tak lama kemudian, doktor datang n bgtau nadi abg Iwan dah berhenti.. diorang bergegas buat CPR, tekanan, etc dan bagi masa dalam tempoh 30 minit sahaja.. kalau tak jumpa nadi dalam masa 30 minit………. Ya Allah…. L Doktor suruh kami panggil mak ayah pesakit dan kumpulkan adik-beradik yang lain. Kami segera call adik-beradik yang lain suruh cepat ke hospital dan enchek hasben naik ke wad untuk bawa mak turun (masa tu FIL masih di wad dan MIL masih menemani FIL)… Tak lama lepas tu, mak, kakak dan abang enchek hasben yang lain sampai… terus doc terangkan situasi abg Iwan yang dah terlalu kritikal. Doc hanya suruh kami berdoa dan tunggu masa yang hanya tinggal beberapa minit lagi.

Tak lama lepas tu, doc datang… Doc cuma kata dia silap beri masa sebelum itu. Sebenarnya tempoh masa yang diberikan dah lama berakhir.. dan beliau tak dapat nak selamatkan abg Iwan… doc cuma cakap… “maaf kami tak dapat selamatkan dia… harap bersabar… takziah…”…..

Semua terdiam…. Dan enchek hasben cuma mampu menyebut “Innalillahiwainnailaihirajiuuuunnnnn….” Sebelum bertanya pada doktor procedure yang perlu kami lakukan ke atas arwah selepas itu. Lepas tu, enchek hasben menanges sebab terkilan sangat-sangat tak dapat nak bagi arwah makan nasi goreng yang dia bungkuskan untuk arwah makan. My terkedu, mata berair… My peluk enchek hasben dan suruh dia berhenti menangis dan redha atas pemergian arwah… MIL nampak tenang, dia redha namun airmatanya tak dapat ditahan… Tapi macam mana dengan FIL? Masa tu kami dah risau macam mana nak jelaskan pada FIL yang anak kesayangannya dah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya…. L

Alhamdulillah FIL tenang terima kenyataan tapi dia kalah.. air matanya tak dapat ditahan… bertemankan MIL dia menangis di katil wad…. Arwah pergi buat selama-lamanya jam 7.30 malam. Dia meninggal kerana jangkitan yang dialaminya akibat gigitan kucing. Dia kena gigit Sabtu minggu lepas.. sayangnya dia tak pergi ke klinik awal sekurang-kurangnya untuk dapatkan injection. Bila dia ke klinik beberapa hari selepas tu doc cuma bagi antibiotik. Sehinggalah bila dia demam teruk.. Bila ke hospital semuanya dah terlambat... kebanyakan organ dalaman dah tak berfungsi akibat infection. Malam tu My, enchek hasben dan yang lain-lain berkampung di hospital agak lama… Bekas isteri arwah bersama-sama 4 orang anak-anak arwah ada datang menjengah arwah.. Sedara-mara lain pun turut datang melawat… Hanya dalam pukul 12.00 malam baru kami pulang ke rumah PIL. Ikutkan malam tu jugak kami nak uruskan pengebumian arwah tapi berikutan hujan lebat sebelum tu menyukarkan pihak masjid untuk menguruskan kubur kerana keadaan tanah yang terlalu basah. Jadi, kami putuskan untuk kebumikan arwah keesokan harinya (Jumaat).

Keesokannya, jenazah selamat disemadikan sebelum solat Jumaat. Sepanjang pengurusan jenazah arwah, enchek hasbenlah yang banyak berhabis tenaga. Dari sejak pagi tu dia yang ke hospital tolong mandi dan kafankan arwah, ke balai polis untuk urusan pengebumian, solatkan jenazah dan sampai ke tanah perkuburan pun dialah waris yang tolong angkat jenazah arwah hingga ke liang lahad. Puas betul hati dia dapat buat semua tu untuk arwah abangnya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar… Malam tu bermulalah majlis tahlil untuk arwah… My dan enchek hasben pun berkampung di rumah PIL sepanjang beberapa malam tu.

Semoga roh abang ipar ditempatkan di kalangan orang-orang yang Mulia… Banyak cerita-cerita baik mengenai arwah di saat-saat akhirnya… Kami semua tak sangka dia pergi secepat ini… Sedara-mara pun ramai terkejut. My sendiri tak sangka… masih terbayang-bayang wajah arwah.. masih terbayang-bayang pertemuan terakhir kami di hospital masa melawat FIL haritu. Huh…. Ramai cakap FIL yang sakit tapi anaknya yang pergi dulu… Di saat-saat akhir sebelum pemergian arwah, dialah yang banyak menemani dan tolong FIL sepanjang keluar masuk hospital… Masa FIL kat rumah, dialah yang bawa PIL ke sana sini untuk makan-makan, jalan-jalan. Arwah sebelum kematiannya belum dapat kerja baru… FIL baru je bagi dia duit untuk keluar teksi baru… Arwah hanya sempat keluarkan teksi baru tapi belum sempat untuk bawa teksi tu untuk cari rezeki sebab demam.. Tak sangka dia langsung tak dapat nak bawa teksi tu sebab Allah lebih menyayanginya…. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya…. Amin…..

Tanggungjawab yang lebih berat

Adik beradik enchek hasben 7 orang kesemuanya. 3 lelaki, selebihnya 4 perempuan… Selama ni, yang paling bertanggungjawab ke atas PIL adalah arwah dan enchek hasben sendiri. Abangnya yang sulung masih boleh diharap tapi kurang sedikit apa yang dilakukannya tak seperti arwah dan enchek hasben. Enchek hasben tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki… Begitu juga dengan arwah, di saat-saat akhirnya banyak betul jasanya pada PIL. Sehinggakan kakak ipar My dan kawan arwah ada cerita arwah pernah bgtahu dia nak jaga PIL, nak bela PIL…

Tapi, bila arwah dah pergi buat selama-lamanya… tanggungjawab tu jatuh seluruhnya ke bahu enchek hasben…. Allahuakbar…. My kesian pada enchek hasben… Tak pernah duduk diam... semua benda dia yang buat…. Beratnya apa yang perlu ditanggung selepas ini… Tanggungjawab pada kedua mak dan bapak… dan tanggungjawabnya pada My, isterinya dan anak kami yang bakal lahir tak lama lagi…. Huh…..

My faham tanggungjawab yang perlu enchek hasben pikul selepas ini.. akan jadi lebih besar…. Inilah ujian kecil yang My rasakan terlalu berat untuk My terima… Masakan tidak… Enchek hasben kena jaga kesemuanya selagi hayatnya masih ada… My sedar, tanggungjawab anak lelaki yang paling utama adalah kedua ibu bapanya… My takde hak untuk menidakkan semua tu. Persoalannya, adakah My cukup kuat untuk hadapi semua tu di masa-masa akan datang? My hanya insan lemah… L

My tahu My ni jenis yang sukakan perhatian dan kasih sayang dari insan bernama suami… Kadang-kadang ada juga My terkecil hati bila enchek suami terlalu mengambil berat hal keluarganya… Ya Allah… berdosanya My rasa bila ada perasaan seperti itu… Enchek hasben tak pernah abaikan My… tapi My sendiri yang rasa kurang perhatian daripadanya sedangkan dia bukan macam tu … Mungkin sebab keluarga My jauh… kat sini kehidupan My cuma ada suami je… mungkin sebab tu My kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan.. L

Allah uji My lagi bila arwah abang ipar pegi, bila tanggungjawab enchek hasben pada keluarganya makin bertambah… Macam mana My nak lalui semua ni? My takut My mudah kalah… My takut My tak kuat untuk jadi kekuatan pada insan bernama suami… My takut…. L

Apa yang My harapkan adalah… My mampu jadi isteri yang memahami situasi suaminya… My mampu jadi isteri yang mampu beri kekuatan pada suaminya… My mahu jadi seperti itu! Sejak arwah abang ipar pergi, My banyak fikir pasal ni… mengenai tanggungjawab yang perlu enchek hasben pikul… bila fikir semua ni, airmata ni secara tiba-tiba mengalir… My kesiankan enchek hasben dalam pada masa yang sama My rasa….. entahlah. Mungkin My terlalu tamak perlukan enchek hasben sepenuhnya…. Hakikatnya, My perlu faham keadaan dia… My perlu faham apa yang ditanggungnya…. Ya Allah…. berilah aku kekuatan…. L

*****************************************
Korang mungkin tak faham apa yang My rasa… apa yang My lalui… Maaf kalau entry kali ni terlalu panjang untuk korang habiskan… Takpe, tak perlu baca habis. Ini cuma luahan rasa yang perlu My coretkan… itupun di belog sendiri. I need a friend to talk to… tak semua orang faham apa yang kita lalui… apa yang kita tanggung…

My harap My cukup kuat nak hadapi kehidupan ni…. My harap enchek hasben kuat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dan suami… My harap My kuat untuk jadi isteri terbaik di sisi suami….

Kepada enchek suami… Maafkan b kalau selama tempoh perkahwinan ini banyak dosa yang b lakukan sebagai isteri… b tahu, abg tak pernah tak memaafkan b… abg adalah suami yang terbaik di sisi b…. doakan b diberikan kekuatan untuk jadi isteri terbaik untukmu…. Doakan b jadi isteri yang mampu memberi dan menjadi kekuatanmu… Moga kasih sayang yang terbina antara kita akan kekal sampai akhir hayat.... InsyaAllah…


Wednesday, October 10, 2012

Bayi Rosak Saraf Otak Perlu Bantuan


-entri ringkas-

Dapat sms pagi ni sebaik sampai office jam 8 pagi…
“Syg nanti sampai ofis bace Berita Harian ad bby sakit saraf.. Bley tak derma 10 ke 20 ke kat acc die.. abg tgk kt tv3 tadi sebak sedih sume ade sian die syg.. Name bby 2 adam syukri.”
Alahai… tersentuh hati My… enchek hasben memang sukakan budak-budak. Sifat kebapaan dia memang dah terserlah lagi-lagi sejak baby dalam pewut ni semakin membesar… Kalau dengar sikit berita pasal baby mati tersedak susu, kena buang dari atas flat, kena dera.. memang dia tak sanggup nak tengok atau dengar… naluri seorang bakal bapa barangkali…

My selak Berita Harian pagi ni.. yes, Ahmad Adam Syukri. Baru berusia 7 bulan… dikatakan kekurangan oksigen dan mengalami kerosakan saraf pada otaknya. Kini, dia bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Allahuakbar.. simpati sungguh pada nasib bayi ini… apatah lagi pada ibu dan ayahnya yang menanggung penderitaan menerima ujian berat ini.

So, to all readers… marilah kita sama-sama membantu bayi malang ini. Sekecil mana pun sumbangan anda pasti ada ganjarannya di sana nanti…

Untuk sumbangan, bolehlah disalurkan kepada akaun bank si ibu:
Noraisah  Mohamad Malena
161136331818 (Maybank) atau 02040007292201 (CIMB)

Hulurkan tangan, ringankan beban... Sumbangan anda, Allah saja yang mampu membalasnya…

Moga Adam Syukri dapat terus hidup dan membesar dengan sihat dan ceria seperti bayi dan kanak-kanak lain. Amin…..


Tuesday, October 9, 2012

Persiapan & Kelengkapan Bayi


So far, persiapan bayi boleh dikatakan hampir 100% prepared. Tapi macam tak complete je. So, My bagi 90% je lah heheheh.Biasalah mommy to be… mana pernah cukup…:D

Jom tengok apa yang bakal ibu ni dah sambar untuk bakal baby tak lama lagi… J

Barang-barang kat atas ni adalah antara barang-barang terawal yang My beli.. rasanya bulan Mei /Jun kot. Masa tu ada Pureen Warehouse Sale kat PJ. So entah bila lagi ada warehouse sale kan My ajak lah enchek hasben ke sana. Sampai sana main suka hati je masuk shopping beg barang-barang yang berkenan heheh. Masa gi sale ni habis around RM250++...


Fasa seterusnya... eceh siap berfasa-fasa... My beli barang-barang ni semua thru online. Sedia maklum, memang tak banyak masa sangat nak keluar shopping.. so banyak juga barang-barang yang beli online tapi taklah beli sekali semua dalam satu masa... berperingkat-peringkat.. kalau tak nampak lah duit tu kuar macam air kannnzzz... hehe.

Diaper Bag - RM 47 (onlinebabywear.com)
Nursing Cover - purple - RM44 (mypermatahati.com)
Handkerchief - RM 9.00 (ucuk-mama.blogspot.com)
Confinement Sock - RM4.30 X 3 Pairs (ucuk-mama.blogspot.com)
Safety Pin - RM4.30 X 2 packs (ucuk-mama.blogspot.com)
Tilam Travel - RM41 (ucuk-mama.blogspot.com)
Autumnz Milk Storage Bottle - RM39 (onebabyworld.com)

beli online jugak... :)
Autumnz Disposable Breastpad 60 pcs - RM 25.90 (onebabyworld.com)
Confinement Shoe - RM 12.00 (mammahouse.com)
Confinement Socks (tambah lagi 2 pairs hehe) - RM 4.30 X 2 pairs (mammahouse.com)
Nursing Bra - RM 9.95 (enjoybreastfeed.com)
Head protection - RM5.80 (enjoybreastfeed.com)

online dan online lagi...:D
Towel Hooded - RM 23.90 (onebabyworld.com)
Receiving Blanket - RM 10.00 x 2 pcs (onebabyworld.com)
Newborn Hat - RM3.50 & RM2.00 (Mammahouse.com)
MAM Bottle - RM30.15 (enjoybreastfeed.com)

Haaa... yang fasa terakhir ni (tak bape nak akhir la) My beli offline. Campur-campur ada beli kat Giant, Mydin, Carrefour... Barang-barang consist of baju-baju baby,mitten & booties, towel, cloth detergent, barut dan sebagainya... Total barangan adalah RM200++ hehehe.

Setakat ni je lah dulu kot barang-barang keperluan baby. Sekurang-kurangnya cukup untuk selepas bersalin nanti.. Anything yang diperlukan yang tak cukup atau belum ada boleh beli masa berpantang... Siapa yang kena beli? Mestilah Daddy dia hahahahaha...

Tak sabar nak tunggu anak mommy keluar... :) Moga Allah permudahkan kelahiranmu sayang!

notakaki: korang rasa, apa lagi yang My belum sediakan untuk persiapan baby? hurm.....


Set Bersalin : yang mana Pilihan Hati?

Setakat ni, barang-barang keperluan untuk si kecil boleh dikatakan hampir 100% complete… :) Wallah! kemain lagi eksaited dah beli barang baby kan hehe. Tu lah jiwa mommy la katakan… 24 jam fikir pasal anak je… :) sekarang ni baby movement makin terasa.. Bila selak perut tengok perut goyang-goyang My fikir tah apa lah yang dibuat anak mommy dalam tuh… Tak sabar nak keluar ye sayang…. Sabar eh eh… weeeee~ 

Anyway, dok sibuk menyiapkan persiapan anak… barang keperluan mommy plak yang masih pending… biasalah tu anak is priority… nanti anak dah keluar ni konpem laki letak tepi kehkehkeh… tak baek wooo… Oklah, kali ni My nak buat review pasal Set Bersalin plak… Sampai harini tengah dok fikir-fikir lagi ni set bersalin mana yang My nak beli… hurm…. 

Sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Seyes kau… nak sebut satu-satu sampai tulat pun tak habes. Cumanya nak cari yang mana yang terbaik tu yang tatao… My nak listkan kesemua brand tersebut rasanya tak perlulah kot.. kang jamu2 yang jual tepi jalan tu pun aku masukkan jugak haha. So, My listkan je lah mana-mana yang paling laris dan fofular di kalangan ibu-ibu bersalin okay. 


Set Bersalin Herbanika Nona Roguy 


Nona Roguy is quite familiar among all mommies yang berpengalaman melahirkan.. From my observation, most of the users berpuas hati dengan produk ni. Kalau ada mommies yang biasa kena sembelit selepas bersalin pakai produk NR ni confirm takde masalah sembelit. Ianya sesuai untuk mommies yang bersalin normal ataupun secara caesarian. 

Produk yang terdapat dalam rangkaian Herbanika adalah: 
  • PhytoNatal 90 biji 
  • Krim Herbanika Barut 60g 
  • Herbanika Lulur 100g 
  • Minyak Herbanika 100ml 
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag 
  • Akar Herbanika 10 t-bag 
Untuk maklumat lanjut mengenai setiap produk, silalah google ye tiada 

Harga? RM365 untuk bukan ahli. Gulp. Kalau yu ols jumpa kedai yang ada diskaun bolehlah dapat dengan harga yang lebih murah.. n kalau anda bijak mencari mungkin ada kedai yang bagi free gift macam produk bersalin tambahan ataupun bengkung… :)

Set Bersalin Amway – Tropical Herbs 

Kalau yu ols jenis yang suka ala-ala traditional bolehlah cuba Set Bersalin dari Amway – Tropical Herbs. Orang cakap, produk-produk di Amway ni bagus sebab semuanya made from bahan-bahan semulajadi.. So, same goes to dia punya set bersalin. Set bersalin Tropical Herbs merupakan sistem herba lengkap untuk membantu mommies memulihkan tubuh badan di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. Ramai jugak review yang set bersalin ni berkesan untuk diorang.. ada jugak yang tak habis guna sebab tak konsisten kan. 

Produk-produk yang terkandung di dalam set bersalin ini termasuklah: 

Untuk dimakan

  • Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2. 
Untuk Kegunaan Luaran

  • Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang. 
Yang menariknya, dengan setiap pembelian set bersalin Amway akan dapat bengkung lepas bersalin secara PERCUMA… :) Untuk mommies yang bersalin melalui caesarian, boleh menggunakan set bersalin ini sebulan selepas melahirkan. 

Harga adalah RM308.. nak murah? Contact My… sebab My ahli Amway hehe. 

Set Bersalin Shaklee 



Sebelum ni My tak berapa familiar dengan Shaklee ni.. Tapi ramai betul dok memperkatakan mengenai keberkesanannya. Seller-seller online pun tak kurang hebatnya dok promote Shaklee dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka. Wallah… tergugat juga iman My… yela, awalnya dalam fikiran ni fikirkan NR dan Amway sahaja sebab ada kawan yang dah penah guna. Nah, datang plak lagi set bersalin yang bagus jenama Shaklee. So, My pun observe sana-sini tengok pendapat-pendapat users dan get to know dengan lebih details produk-produk yang terdapat di dalamnya. 

Bagi mommies yang tak suka akan jamu-jamu, herba bagai tu mungkin set bersalin Shaklee ni sesuai untuk anda.. Set bersalin Shaklee dikatakan selamat kerana produk-produknya adalah terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi di mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. 

Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah: 
  • Vitalea Iron Formula 
  • B-Complex 
  • Vitamin C 
  • Zinc Complex 
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari) 

Biasanya untuk hasil yang lebih ohsem untuk tubuh badan dan penyusuan, seller turut menawarkan 2 produk tambahan iaitu:
  • Energizing Soy Protein (ESP) berharga RM150
  • Ostematrix Berharga RM61 
*Harga yang anda dapat mungkin berbeza, depends on kedai yang anda jumpa.. can be less can be more… :) 

Hm, nampak menarik. Tapi kan… produk Shaklee ni takde ke krim untuk sapu kat perut tu kan. Boleh kurus ke setakat makan vitamin je? hurm…

(update: ku dah jadi ahli and pengguna tegar SHAKLEE sejak bersalinkan Dhia, for special price... bolehlah roger2 ye hehe)

Tanamera Postnatal Care Set 

Bagi anda yang tak suka makan jamu-jamuan bolehlah mencuba produk tanamera ni. Yang ni pun My tak berapa familiar.. Tapi bila jengah-jengah ke laman sesawang ramai jugak yang memilih produk dari tanamera ni. Set tanamera ni hampir kesemua produknya adalah untuk kegunaan luaran.. ada pun teh je kot untuk diminum. 

Item-item yang included dalam set tanamera consist of: 
  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml) 
  • Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Bath (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Massage Oil (100ml) 
  • Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets) 
  • Bengkung / Abdominal Wrap 
  • Herbal Tea (2gm x 14 sachets) 
  • Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets) 
  • Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets) 
  • Brown Formulation Soap (125gm) 
  • Lavender Floral Water (70ml) 
Yang bestnya ada few items yang boleh digunakan sebelum bersalin macam VCO, Brown Formulation Soap dan Herbal Massage oil. 

Harga? RM 360.. :)

Sebenarnya ada banyak lagi set-set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Antaranya adalah Set Bersalin Leesa Formula, Salindah, Mustika Ratu, DCL, Sendayu Tinggi dan macam-macam lagi lah. Tapi nak review satu-satu sampai nak beranak anak kedua pun tak habeh lagi kan... Entry ni pun otopublish. Sekarang nak berblogging pun dah malas, tade masa. Kat office lagi laa.. dah nak dekat-dekat bersalin ni kenalah fokus keje betul-betul... kang ada plak dah bersalin keje semua tak handover lagi huhuhu....

Apepun, tak kira set bersalin mana yang anda pilih pasti ada pros and cons nya  ye dak.. bukan lah kata sesetengah produk tu tak bagus.. tapi kadang-kadang depends kepada si penggunanya jugak.. kalau bagus pada dia... maka berkesanlah set bersalin tu pada dia ye dak?

My? Masih konpius nak pakai set bersalin mana. keempat-empat produk yang My review kat atas memang di antara carta tertinggi dalam kepala otak ni... Tapi, nak beli yang mana satu? Impian My hanya satu...

NAK KURUS!!!! kalau boleh nak kurus dari sebelum pregnant. Almaklumlahh.. rasanya sebelum preggy pun badan ni dah macam tong drum hahahaha... so, My berazam nak berpantang betul-betul...

So u guys... tolonglah bagi suggestion which Confinement Set yang patut My cuba? hurm....

Tuesday, October 2, 2012

Berpijak Di Bumi yang Nyata

Morning yu ols!

FYI, effective semalam, kami telah berpindah ke office baru… J Tu yang semangat je datang kerja semalam… Ibarat macam baru festime masuk alam persekolahan..  jakun, eksaited gitew haha. Pindah dekat je kalau sebelum ni dekat level 13A now kami dah berpijak di bumi yang nyata, ground floor haha.

So last week been a busy week… busy mengemas lorh… barang-barang kat cubicle je dah berkotak-kotak. Amik masa beberapa hari jugak untuk settle. Almaklumlah mak buyong.. cramp perut kauuu duk mengemas… tak angkat berat-berat pun dah mengah macam hape… bila kena angkat file-file hah amikkkk…. Rasa nak terberanak jeeee…


Situasi di office lama sewaktu sesi mengemas heheh
Bergambar kenang-kenangan di cubicle lama sob sob...
Selepas barang2 dipunggah ke office baru oleh movers... jenuh nak mengemas!
Dah siap kemas! ... kemas ke? (mata ke atas tangan ke dada...:D)
Sekarang ni mentang-mentang cubicle baru... habuk pun dilarang singgah tau hahahaha... bagi My sebulan je... pastu lantak pi laaaaa hahahah... Tapi agak boring gak kadang-kadang.. mungkin masih dalam mood menyesuaikan diri di tempat baru eceh...

Anyway... my pregnancy is almost 8 month this week!!! wallah!!!! takutnyaaaa.... sekarang makin tak larat actually.. luaran nampak je kuat bertenaga.. hakikatnya Allah je lah yang tahu.. badan sakit-sakit... perut terasa semakin menekan ke bawah... pantang berdiri atau berjalan lama sikit... :(

counting weeks and days yu olssss!!! Moga Allah permudahkan..... Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers