9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, November 30, 2012

Entri Terakhir Sebelum Bergelar Ibu... Doakan Saya!


Entry Autopublish

Takut tak sempat nak hapdet sebelum masuk ke Labor Room. Entri ini di autopublishkan pada hari ini, 30 November iaitu  merupakan expected delivery date anak dalam kandungan yang dah 9 bulan My kandungkan… J Seakan tak percaya, macam baru semalam kawen.. macam baru semalam disahkan pregnant… hakikatnya dah lebih 9 bulan anak ini hidup dalam rahim My… terima kasih Allah…. *tears

Dalam tempoh beberapa hari ni, My mungkin akan melahirkan bila-bila masa je. Atau mungkin tidak, makanya My terpaksa serah diri di hospital. Sudah sedia maklum, My ada GDM so kalau 30hb tak jugak bersalin kenalah serah diri… Apa akan jadi bila serah diri? Wallahua’lam… My sendiri tak tahu n tak boleh nak bayangkan… Redha je lah.. nak tak nak… Anak ni tetap kena keluar kan? So tawakkal je lah moga-moga Allah permudahkan My bersalin…. Amin….

Jadi, dikesempatan ni… My nak mintak maaf pada semua readers atas kesilapan, kesalahan yang pernah My lakukan (kalau ada)… tak kira ianya disengajakan ataupun tidak… kira 0-0 lah ye! J

Fuhhh.. sesungguhnya memang My sangat berdebar-debar di minggu akhir kehamilan ni.. Masakan tidak, first timer… Macam-macam pengalaman dah My baca dan dengar.. namun, tahap ketahanan setiap ibu yang melahirkan adalah berbeza… Biarlah My laluinya sendiri… baik atau tidak… Yang penting, anak My selamat dilahirkan n My sangat tak sabar nak tatap wajah dia… cium dia… peluk dia… susukan dia... J

Ini mungkin entri terakhir My sebelum bergelar seorang ibu… Lepas ni, InsyaAllah kalau ada kelapangan waktu berpantang akan My hapdet cerita postnatal My pulak hokay… J If not, mungkin early February baru My akan kembali iaitu selepas berpantang hehe… (tapi kalau diikutkan pada ketegaran My mungkin tidak selambat itu kot lagipun internet sentiasa available dan hanya dihujung jari…:D). Will see…. J

Oklah, setakat ni dulu. Korang doa-doakanlah My dipermudahkan bersalin ye… until we meet again… J daaa…


Monday, November 26, 2012

Mommy To Be at 39 weeks++


Haluuuuu…. Mommy to be still in da house yaw…. Yeah right… Baby masih belum nak keluar dan My masih gagah bekerja! I am now 39weeks and 3days already.. Fuhhhh…. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan… Agaknya baby dah selesa sangat duk dalam poyot ni sampai tanak keluar kan.. maklumlah rumah first hand hehe…


Anyway, company launch event has been accomplished on last Friday… Alhamdulillah everything goes smoothly cuma ada sedikit glitches yang tak dapat dielakkan but it was a successful event. Thanks to my lady boss and clique jugak sebab without them for sure My lah yang akan terkial-kial on that day dengan perot yang sudah maju ke depan ni huhu. n nasib baik My tak rasa nak bersalin on that day, maybe baby ni ikut kata lady boss jangan keluar on the event day heheh. Sudahnya dah 2 days after event pun dia still tanak keluar…. Haih sabo je lah… -..-



Yet, yesterday was our last weekend life as wife and husband.. Next weekend InsyaAllah will be with our newborn!!! Yeay. We will be a mommy and daddy!! Coming to hidup bertiga pulak… Due date My adalah hari Jumaat ni, 30hb nov. Kalau sampai on the date takde tanda-tanda baby nak keluar nampak gayanya terpaksalah My serah diri kat hospital… Alahai… harap-haraplah baby keluar secara semula jadi… takmolah kena pakse baru baby boleh keluar kan… L My harap kelahiran bakal anak kami nanti akan dipermudahkan… Amin…. yu ols doakanlah My selamat dan dipermudahkan bersalin ye… berdebar-debar ni! Ada tips tak yu ols? Meh kongsi hehe…

Hari ni datang ofis semua orang duk pelik n cakap… ‘eh ada lagi?’… adeh…dah baby tanak keluar lagi kannnn memang ado je lah muka My ni kat ofis hehe. Nak amik cuti awal pun rasa macam malas je sebab kalau cuti pun boring gak duk rumah… so better gi ofis… clear up mana-mana keje yang masih pending, etc…

Mommies to be out there macam mana? Ada tak yang due sama dengan My tapi dah deliver dulu? Kawan-kawan My yang due date selepas My boleh dikatakan semua dah selamat deliver tau! Stress je bila dapat tau… Yela, orang dah selamat yang kita ni? uwwwaaaaa…..

Mommy just can’t wait to see you darling!!!

Tuesday, November 20, 2012

Bila nak keluar ni sayang.....


Salam…

Hai readers… sorrylah, makin malas hapdet belog… :D Ops sila diberitahu bahawa My masih belum melahirkan ye.. baby masih aktif menendang-nendang di dalam perut mommynya ni… haish…. Counting days!!

My dah 38 weeks++ today… n masih tiada sebarang tanda-tanda menunjukkan yang baby nak keluar… Perasaan? Entahlah… macam-macam perasaan ada.. perasaan paling kuat adalah… ‘risau’… Tertanya-tanya bilalah baby ni nak kuar… betul-betul nak tunggu 40 minggu ke? Kalau 40 minggu tu dia tak nak keluar jugak? L My tak boleh lebih dari due date… biasalah GDM… in case dalam 40 weeks nanti baby tak mau keluar nampak gaya kenalah My serah diri kat hospital. Kalau takde tanda apa akan doktor buat ek? Induce? Hurm… Harapnya boleh bersalin normal… Amin….

Bila dah cukup bulan ni, tapi masih lum ada tanda nak keluar rasa macam… urghhh… entahlah. Pagi ni je My rasa stress. Stress sebab dapat tau beberapa kawan terdekat dah nak bersalin n dah bersalin sedangkan due date diorang selepas My… I feel like…. ‘asal diorang bersalin dulu dari aku ni…’… L Mulalah rasa risau… baby okay ke… My ni okay ke? Sebab banyak berfikir punya pasal My menangis masa drive ke Klinik gi check up pagi tadi… Tatao kenapa hati ni rasa sebak sangat-sangat. Sampai bengkak-bengkak mata lah nangis haih… Sabar My… sabar… ada seminggu lebih lagi… Sabar itu separuh daripada Iman….. Fuhhh.. okay. Chill… !

Anyway tadi check up okay je kot. HB pun makin tinggi daripada sebelumnya… cumanya, latest BSP tak review lagi gara-gara My lupa yang check up harini. Sepatutnya My check BSP semalam! Tup tup malam tadi tengok buku lorhhhhhh check up harini My ingatkan esok (Rabu)! Sudahnya tadi gtau kat nurse My lupa nak cek semalam. So My cek BSP harinilah… then esok doc suruh datang klinik dia nak review result BSP. Hopefully okay lah… kalau tak control dia nak refer My ke hospital plak… erkkk~

Enchek hasben pun dah tak sabar nak tunggu anak dia keluar. Hari-hari dia cakap-cakap dengan baby… n baby pun masih aktif bergerak especially waktu malam… Ya Allah… tak sabar nya nak tunggu dia lahir… L

Korang doakanlah My dipermudahkan bersalin nanti ye. Kalau boleh biarlah turun tanda… taknaklah kena paksa bersalin baru bersalin kan isk isk… Hurm, mungkin baby mommy ni nak tunggu keje ofis mommy settle kot… Jumaat ni ada event kat office.. so I’m one of the committee… so, bersangka baik je lah… baby nak mommy jadi pekerja yang komited… Dah sarat-sarat pun dia nak mommy dia perform kerja betul-betul… kan baby kan? J

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku… permudahkanlah kandunganku sehingga selamat melahirkan… Amin…..


Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam a.k.a Maal Hijrah, Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun 1434H


Walaupun ramai orang tahu awal Muharam merupakan cuti umum di Malaysia hakikatnya mungkin ramai yang masih tidak faham apakah peristiwa di sebalik Maal Hijrah atau Awal Muharam ini. Yelah, sedia maklum kita lebih mengambil kira mengenai tahun masihi berbanding tahun Hijrah... :) So, sempena awal Muharam pada hari esok My nak kongsikan sejarah mengenai Maal Hijrah atau Awal Muharam dan apakah perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan untuk topup segala amalan kita yang tak seberapa di dunia pinjamanNya ni.. My pasti korang semua tahu cerita ini kerana pernah belajar dalam pendidikan Islam kat sekolah dulu tapi berapa ramai yang masih ingat? Jom refresh minda! :)

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri

KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri - fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  3. Menahan marah - fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat - fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim - fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah - fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri - fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat - fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu  (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala).
  9. Bercelak - fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali - fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  11.  Sembahyang sunat empat rakaat - fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" - fadhilat :  Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk
  13. Menjamu orang berbuka puasa - Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Berpuasa - Niat : "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala" - fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
(sumber: myvoiceeheart)

Banyaknya amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari Asyura.. :) Mana yang berkemampuan untuk melaksanakannya.. jangan lupa 10 Muharam nanti ye!;) Doa akhir tahun dan akhir tahun juga jangan lupa korang!!

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Rabu, 14 Nov 2012 : Petang)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Rabu, 14 Nov  2012: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

(sumber: zanas)

Don's miss it ya!!! Wassalam..

**REPOST and edited from 2011... :)


Friday, November 9, 2012

Risau berat Baby...-.-


Morning…. Gejala-gejala trimester akhir à malas nak hapdet belog, malas nak keje, malas… malas… malas… -..-

Hai yu ols… I am 37 weeks tomorrow. Full term already kan. Entah bila agaknya si kecit dalam ni nak keluar… Setiap hari masih lagi aktif bermain dalam perut…  barangkali dia rimas dengan ruang yang semakin kecil untuk dia bergerak hehe. Daddy pun rajin je layan dia dalam perut..lagi ligat lah dia buat movement.. enjoy the moment.. nanti dia dah keluar mesti rindu bila perut dah kosong hehe. J

Semalam gi check up… urine ok.. HB pun cantik.. tapi tang BSP hancus. Doc review kelmarin punya BSP… ada 2 bacaan terakhir 6.3, 6.8…. Itupun consider tinggi ke? -..-‘ Terus dia refer kat doc lagi satu. Kena datang next Monday dia set kan appointment. Adus. Alang-alang My set terus next checkup on Monday tu nanti memandangkan dah 36 weeks kena datang seminggu sekali plus minggu depan klinik bukak 2 hari je sebab public holiday kan… hurm…

Yang merisaukan My sekarang adalah berapa senanya berat baby dalam perut ni? Perut giler nampak besar sangat dah n ketinggian My hanyalah 148cm okay! L Semalam ada tanya kat doc masa dia cek. Masalahnya doc ni festime My jumpa.. Dahlah lelaki nampak muda sangat dan macam tak banyak experience. Cek My pun macam teragak-agak je huh. Pastu My tanya dia agak-agak berapa ye berat baby saya sekarang? Dia kata 3kg++ kot.. dia estimate je… Fuhhhh ntah btol ntah tak… Apepun, baby ni memang macam dah besar dah… risaunye!!!

Bukan apa, My ni dahlah first timer in pregnancy… ada GDM plak tu… Makan? Confirm lah tak berapa nak control kan. Nasi My bedal hari-hari (tak boleh nak tinggal!) even sekali sehari je. Matlamat My adalah… My nak bersalin normal. L My rasa My takde masalah lain. Blood pressure pun takde.. masalah kesihatan pun takde.. My masih kuat bekerja dan berjalan macam orang biasa (tak sedar diri). Cumanya sekarang itulah… My takut nanti baby besar sangat n takut nanti masa nak deliver doc kata I cannot go for normal delivery… L My biasa scan dekat klinik yang dekat ngan rumah tu.. masalahnya doc tu kata scan machine dia tak boleh baca berat baby so apa yang dia boleh buat cuma ukur tulang baby. Hurm…

Apa My nak buat sekarang ni? Usia kandungan baru 37 minggu.. n My mungkin ada masa seminggu paling cepat atau 3 minggu lagi untuk bersalin. Dalam pada tempoh itu baby masih boleh membesar dan membesar… uwwwaaaaaa…. Tolong mommy baby… janganlah besar sangat…. Kuar ikut bawah okay jangan ikut tingkap…. L Motip? Sebab My nak produce anak ramai-ramai hehehehehe…

Apapun, hopefully Allah permudahkanlah proses My bersalin nanti. My dah dengar n baca banyak sangat pengalaman bersalin kawan-kawan kat luar dan bloggers’ friend. Macam-macam pengalaman ada tapi yang pentingnya manis pahit mana pun saat mereka bersalin tu pastu berakhir dengan airmata kegembiraan pabila keluarnya kurniaan Allah yang sangat bernilai… Subhanallah…J

My tak sabar nak tunggu saat itu… My tak sabar nak pegang nak peluk nak cium zuriat yang lahir dari rahim My sendiri… Ya Allah permudahkanlah…….

Monday, November 5, 2012

BERURUT

Heee... bukan My yang berurut... My lom deliver lagi...:D

After 3 nights warded di KPJ Damansara, Husband discharged on last Saturday noon. Itupun request kat doc keluar awal since demam dia dah kebah sejak malam sebelumnya. With hope demam tu tak datang balik. So, kami balik around 2 pm. Sempat singgah di rumah PIL di Kepong sebelum pulang ke rumah yang dah berhari-hari kami tinggalkan dek berkampung di wad.

Malam tu, sampai rumah bersihkan diri, solat.. kami terus masuk tidur. Enchek hasben masih tak sedap badan katanya. My selimutkan dia... pakaikan stoking... My biarkan dia tidur dulu... My langsung tak dapat lelap mula-mula malam tu sebab badan dia tiba-tiba panas balik. My rendamkan towel dalam air asam jawa n letakkan atas kepala dia... Ya Allah risau sangat... My langsung tak boleh lelap mata... My lap-lapkan muka dan badan dia dengan towel basah... kadang-kadang dia merengek macam budak kecik mungkin sebab tak sedap badan... 

My biarkan lampu bilik terang sepanjang malam tu... Lama juga My berjaga biarkan enchek hasben tidur.. kejap-kejap My tukarkan towel rendamkan dalam air. Menangis My malam tu... Allah je tau betapa risaunya My tengok keadaan enchek hasben. Dalam hati, kalau tau My biarkan je enchek hasben terus admitted kat wad... Sekurang-kurangnya ada nurse, doctor yang boleh tengok-tengokkan... :( My buat solat hajat malam tu.. tak tenang betul rasa hati... :(

Pagi Subuh Ahas semalam enchek hasben nampak okay sikit. Pergi breakfast kat luar dengan My pun larat lagi. Balik breakfast dia sambung tido.. My biarkan je dia tido sampai tengahari.. Kejap-kejap dia terjaga juga. Badan dia panas balik.. sampai menangis dia.. Alahai kesiannya. My suruh dia tenang n tido je sementara My masakkan dia bubur. Festime My buat bubur Alhamdulillah bertambah dia makan...

Tengahari tu My bukak fesbuk, dapat satu message dari seorang kawan. Dia suggest bawa enchek hasben gi berurut. Sebab dia penah demam macam enchek hasben berhari-hari tak surut-surut.. rather than pergi jumpa specialist parents dia bawa gi berurut n Alhamdulillah dia sihat lepas tu. Pernah juga My dengar sebelum ni kalau demam bagus pergi berurut tapi tak terfikir plak My. Tapi masa tu My fikir takde sape tukang urut terdekat yang My kenal. My hanya terfikirkan tempat yang boleh buat bekam di tesco rawang. Mungkin ada eloknya selain berurut. So, My try ajak enchek hasben tapi dia macam nak tak nak je. My cakap kat dia kalau dapat berurut pun bagus gak kot la demam urat... 

Tak lama pastu enchek hasben baru teringat ada sorang kawan dia yang pandai mengurut. Terus dia call abang tu. Alhamdulillah Allah permudahkan sangat.. abang tu available petang semalam n rumah dia pun kat bukit beruntung.. kurang setengah jam dari rumah kami. Tak tunggu lama, kami bersiap-siap, solat semua then terus ke tempat abang yang pandai urut tu.

Petang tu sejam lebih enchek hasben kena urut dengan dia. menggeletik enchek hasben dibuatnya sebab geli+tak tahan sakit kena urut. My tengok gelihati pun ada... kesian pun ada... Tapi dalam hati puas sangat dapat tengok dia kena urut.. biarlah dengar dia menjerit-jerit sakit pun janji dapat urut urat-urat dia satu badan... With doa, semoga lepas tu enchek hasben sihat sepenuhnya...

Alhamdulillah... Malam tadi badan dia tak panas langsung. normal as sebelum dia sakit. Beberapa kali gak My terjaga malam tadi nak rasa suhu badan dia.. syukur sangat-sangat dia tak demam dah. Cuma dia mengadu sakit kepala+tengkuk.. ada juga My tolong-tolong picitkan bagi dia lega. Pagi ni pun Alhamdulillah dia nampak okay. Dia masih MC so dia yang hantar My pergi kerja.. malah dia yang ambil My dari keje. Badan dia tak panas dah... lega sangat My rasa. Harap-harap lepas ni dia sembuh sepenuhnya memandangkan lepas ni turn isteri dia plak yang nak berjuang di katil hospital hehe.

Orang kata kalau demam lambat nak kebah ni sebab demam urat yeke. entahlah. Mungkin ada betulnya. Mungkin enchek hasben penat lately ni kot. busy dengan kerja, family, isteri dia lagi kannzz... Apapun, Alhamdulillah sangat-sangat... moga sayang terus sihat untuk jaga kami 2 beranak nanti... :*)

I am 36 weeks++ now!! dah masuk 9 bulan la kan? Pendek kata, kalau orang tanya dah boleh cakap tunggu hari je la ni kannnzzz hehe... berdebar-debar+tak sabar! Moga-moga dipermudahkan Allah... Amin ya Rabb....!

Friday, November 2, 2012

Admitted at Ward


Hi readers,

My dunia akhirat’s husband is admitted at KPJ Damansara now. Dah 2 malam kat sana. Pity him… L as mentioned at previous post, enchek hubby tak berapa sihat lately ni. Fever on and off. So last 2 night lepas balik kerja and selesai solat maghrib My bawa enchek hubby ke emergency KPJ Damansara untuk further check up. Masa sampai tu suhu badan dia adalah 40’C…. doc suh stay dulu kat yellow zone masuk drip and amik darah. Bila dapat result darah seems like everything is okay.. denggi pun takde. Cumanya doc kata ada bacteria dalam sel darah putih… Doc kata boleh balik n dia bagi antibiotic je tapi fikir-fikir bagi makan ubat kalau demam tak elok pun susah gak. Nanti My yang tatao nak buat apa dengan dia kat rumah kalau dia sakit. So, better warded. Biar doc check details kot la ada sakit lain kan who’s know.

So malam tu settle semua sampai dia masuk ward around 11.30 pm. My nak stay hospital malam tu rasa tak selesa sebab tak bawa baju, barang sume kan. So, I decided to go home alone malam tu jugak. So, before 12am My drive sorang-sorang balik Serendah. Itupun My sempat drop by Kepong amik kawan serumah masa bujang dulu mintak dia temankan balik n tido rumah. Malam tu tido around 1 am and pagi tu lepas Subuh dah gerak balik ke Kepong hantar dia, then My singgah rumah PIL dulu sebelum ke Hospital untuk menemani enchek hubby.

Pagi semalam masa sampai tu panas dia dah kebah. Tapi masih masuk drip. Sampai petang tu bila nurse keep on checking dia punya suhu badan… dia demam balik. Suhu makin lama makin naik… 37’C, 38.5’C, turun pun 38’C je… pegang kepala dia  memang panas pun… Dia akan kebah bila makan ubat je… once fungsi ubat tu dah abis barangkali demam dia mesti datang balik… L

Semalam dah x-ray badan, sinus semua… doc kata should be no problem. Cuma macam ada infection kat bahagian kerongkong. Apa tah dia sebut nama sakit tu My pun tak boleh nak recall… Doc tengah pantau lagi supaya the bacteria hilang n one of saranan dia adalah.. stop smoking. Huh…. Sepanjang kat ward tu memang enchek hasben tak smoke pun. Sebelum ni, dia janji lepas kawen dia memang akan benti merokok but then sekejap je. Sampailah ada satu masa tu dia kantoi dengan My start balik merokok. Alasan? Penat dan tekanan kerja. My malas nk membebel dah… pesan My cuma, ‘don’t hurt me… don’t smoke in front of me.. jgn sampai My bau sekalipun’… memang dia hormat pe yang My nak… dia merokok belakang My tapi kuantiti dah kurang. Kalau dulu 3 kotak sehari tapi sekarang sekotak dalam 3 hari… not so bad but for me… smoking is still very bad…

So, since yesterday dia kata, oklah will stop smoking. Doc kata kalau btol2 nak stop kena stop drastically… kalau kurangkan kurangkan… lama2 memang takkan berhentinya… exactly! Yang terharunya pagi tadi, masa My tengah kemas-kemas katil enchek hubby before pegi keje, masa My ambil jeans dia.. dia kata… ‘yunk, buang rokok dalam seluar tu…’… My amik kotak rokok tu… tunjuk dia and say.. ‘btol ni’? dia angguk… so My pun campaklah rokok tu dalam dustbin with hope… that is the last kotak rokok yang dia beli! Amin….

So,doc masih pantau keadaan dia… Drip dah masuk 6 botol dah sebab demam tak hilang-hilang punya pasal. Haih~ risau My dibuatnya… Malam tadi tido kat katil wad dengan dia… badan dia kejap panas kejap sejuk… Tangan dah bercucuk-cucuk, nak ke toilet kena bawa drip, nak solat lagi… pity him…. Dunno lah what’s the punca… mungkin sebab dia penat? Entah.

Today My keje. Inipun gerak dari  KPJ tadi nasib baik bawa baju. Ingatkan nak cuti lagi tapi memikirkan ada keje yang masih pending gagahkan gak gi keje. Hubby pun okay je suh pegi even senanya tak sampai hati biar dia sorang-sorang dalam wad tu… Takpelah, lagipun boleh save sikit cuti tu for emergency kan.

My doa is, enchek hubby cepat sihat… I am 36 weeks pregnant now… Kalau ditakdirkan Allah, kami diuji lagi anytime je baby ni boleh deliver. Taknaklah jadi macam tu. Alhamdulillah sekarang ni My masih sihat dan kuat.. segala penat lelah sakit-sakit badan, etc My tolak tepi demi hubby… Dia risau bila My drive sendiri… ke mana-mana sendiri… makan minum sendiri… kalau boleh dia suh My stay rumah mak ayah dia je tayah teman dia kat ward. Tapi My taknak. My nak ada dengan dia… My selalu cakap My okay dan dia tak perlu risau… Since bujang My dah biasa berdikari… So, My tak kisah pun. My kena belajar terus macam ni sebab enchek hubby belum tentu ada 24 jam untuk My… See now… dia terlantar sakit… Kalau My tak kuat mungkin My akan jatuh… Kalau My tak bangun dan gerak sendiri… My akan lemah… My tak boleh bergantung sepenuhnya pada dia… L

Cepatlah sembuh sayang…. My taknak nanti dah tiba masa My ke labor room My kena berjuang sendiri sebab dia masih terlantar sakit. No, I don’t want. L I wanna him to be my my side… for today… tomorrow… n till the end of my life!!!

Dear baby… be strong k.. jangan kuar sebelum waktunya… At least sehingga daddy betul-betul sembuh untuk jaga kita nanti… can’t wait to see you baby… mommy love you ketat-ketat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers