9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, January 19, 2013

Malam terakhir.. bersediakah aku?

Jam dah almost 11pm.. manalah daddy Dhia tak sampai-sampai lagi ni hurm.. FYI, malam ni adalah malam terakhir kami di rumah mak. Pejam celik pejam celik, dah 46days berada di rumah mak. Haih~ rasanya macam baru semalam bersalin, macam baru semalam balik berpantang dengan mak, macam baru semalam lambai hasben balik KL.... Arrgh... how time flies....

My akan rindukan mak. rindukan masakan mak. Dhia pun mesti rindu nak nenek pujuk sebab mummy tak pandai pujuk Dhia... :'(... n lebih-lebih lagi nenek.. mesti sunyi sebab cucu dah balik KL... uwwwaaaa seyes sayu je hati ni malam ni... sayu nak meniti hari esok.. pulang semula ke bumi KL!

dan... dan... yang paling merisaukan My... dah bersediakah My untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu sepenuhnya?? Sudah bersediakah My tempuh hari-hari mendatang bersama insan baru ni? Ya Allah bila difikir-fikirkan seyesly My sangat worried... i have another 2 weeks leave... Macam mana My nak lalui hari-hari itu bersama Dhia? Sementara enchek hubby ke kerja... Dengan dhia yang suka meragam... uwwaaa takutnyaaaa... mampu ke My? :'(

Sampai sekarang kalau Dhia melalak tahap gaban My tak mampu nak pujuk dia. seyes tak reti... :( Nenek je pandai pujuk Dhia... Nenek je boleh buat Dhia berhenti menangis... Kalau My balik esok, kalau Dhia meragam, menangis... macam mana My nak buat? kalau My tak bleh handle? Jiran-jiran dengar achaner? :(

fuhhhh... giler kau tak risau.. first timer ni... :(

Moga Allah permudahkan.... Amin!

6 comments:

Fadilah Aziz said...

Salam My..

Baby kecil macam tula, baby saya pun haritu kuat ragamnya, kadang kita kena find out juga apa punca dia menangis, takut kembung ke atau saja nangis sebab nak tidur..alhamdulillah sekarang dah ok sikit, kena banyak berdoa juga dan baca ayatul Qursi..InsyaAllah mesti boleh punya:)

nini said...

insyaALLAH semuanya akan okey....=D gud luck...=D

With Julia said...

Dulu julia mcm my lah...nenek je pandai pujuk bb bila menangis kuat...kembung perut ke, sakit ke...semua nenek tahu...kita sebagai ibu baru nak belajar mmg risauuu sgt2...tp bila ju dh duduk rumah sendiri handle sndri masalah barulah pelan2 baby kita faham ibu ye sndri handle mcm mana...sebenarnya bb nih nk uji thp kesabaran kita tau my...bila dia uji kita, kita kena kuat azam yg AKU BOLEH! insyaAllah...aminn

Munnafendy said...

alohhh...dont worry, awal2 mmg la janggal kan..insyaAllah nnti lama2 boleh la tu.. :)

Gadis said...

In shaa Allah boleh punyer..
gadis hari tu pun mcm tu jugak..
tapi Alhamdullillah bila darwisy balik umah sendiri..
n meragam..dier ok je bila Gadis pujuk...

sentiasa cakap ngan dhia ni rumah dhia..
maybe boleh kot..

sbb gadis hari tu ckp ngan darwisy mcm tu..
hihihi

mrs kayrul said...

baby klu pindah tempat baru mesti meragam...bila nak baby nak tido cuba My pasangkan alunan ayat2 al-quran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers