9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, January 15, 2013

Menjayakan Breastfeeding - Item penting yang perlu ada

Haih~ sehari dua ni Dhia dah bangun seawal Subuh... lepas minum susu, tido balik. sebelum tengahari dah bangun. Lepas mandi, tidokan balik sikit punya susah nak lelap. Lelap kejap je tak sampai 15 minit dah berjaga balik. My pun cuma sempat pegi buang air yo. Lepas tu My layankan dia, susukan dia.. dia dah bosan dia mengamuk.. My tidokan balik. as usual dia tido bape minit je or tak tido langsung.. sampailah ke maghrib.. Mulalah meragam. Sebab tak cukup tido. Mata dah mengantuk sangat tapi ditahan-tahan grrr... dalam kul 10/11 barulah dia lelap.. Mummy ngan nenek yang tersengguk-sengguk hadap dia tau... sabar je lah...-..-

Anyway, straight to the point. Sementara Dhia dah Zzzzz ni baik cepat-cepat update. kali ni My nak cakap pasal my breastfeeding journey. As I mentioned before, dengan kejamnya My dah pernah beri Dhia susu lembu.. sedangkan dia bukanlah anak keturunan haiwan berkenaan.. -.-' Biasalah awal-awal kelahiran haritu kekurangan pengetahuan pasal breastfeeding. Padahal masa tu perut Dhia hanyalah sebesar guli.. Tapi My silap.. tangisannya buat My tak sampai hati lalu bagi susu lembu sebab masa tu Miss B masih kering.. :(

Sekarang, My dah kurangkan susu lembu. Ye.. kurangkan sebab My tengah buat stok ebm.. susu masih belum berapa nak meriah jadi terpaksa topup formula. Dhia pulak refuse untuk direct feeding, dia lebih suka susu badan thru bottle. So, memang stok pumping bukan untuk ebm semata tapi untuk current supply jugak.. My sedang bertungkus-lumus mencari gali knowledge mengenai Exclusive breastfeeding sekarang. All infos my simpan n print. Bersungguh-sungguh ni. Ye, My nak teruskan penyusuan. My nak Exclusive breastfeeding Dhia.. InsyaAllah.. sehingga 2 tahun!!! I hate cow's milk badly actually.. :'(

Untuk meneruskan azam n impian My yang satu ni, macam-macam My dah buat.. My beli pump Spectra 3 (itu je termampu), My beli storage bottle/bags, My gain knowledge from internet, My makan supplements as milk booster... n ada beberapa lagi wishlist.. owh bukan wishlist tapi list yang memang kena ada untuk menjayakan impian ini.. fuhhh

Pengetahuan asas

Paling penting. Yela, xde pengetahuan pasal breastfeeding macam mana nak berjaya ye dak? Untuk mendapatkan pengetahuan itu My join group KIM (Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan) di Facebook. Giler kau group tu dah lama giler n mempunyai ahli seramai 34,770 orang setakat ni. wow! n, n, n... banyak giler ilmu yang My dapat kat situ... :). Buku 'Hebatnya Susu Ibu' tak kurang hebatnya. Baru je beli online.. belum start baca lagi...:D



Breastpump

Setakat ni pump dah ada. Spectra 3. Tapi tengah pikir macam mana kat opis nanti? Takkan nak angkut spectra 3 gedabak tu? Nak beli another electric pump? Owhhh worth it but... x kot.. better use for Dhia's other stuff. My ada beli manual pump unimom tapi macam tak sesuai je dengan My.. suction macam tak berapa nak kuat susu pun segan-segan nak keluar.. lenguh tangan plak tu.. :( hurm... Angkut je lah spectra 3 tu. Unimom? My try n error dulu mana tau okay. Ada sape-sape nak sedekah breastpump? -..-

Breastpump Backpack/knapsack

I don't have this yet. Must buy. sebelum naik kerja. Dah survey.. harga paling murah around RM90+, Autumnz.. Tapi My macam lebih prefer AmazingMom ni kot... siap leh letak gambar baby sekali hehe. Harga pun around RM90+ je. ('je'...?-.-). Hurm... 

Cooler Bag & Ice Pack

Dah ada satu cooler bag dan 3 pcs ice pack (Autumnz), tapi rasanya kena beli lagi 1 set kot? Sebab i think of satu untuk bawa gi ofis, satu lagi bagi kat babysitter so takdelah semak peti ais BS tu kan. acaner acaner? ok tak?



Warmer & Sterilizer

Hurm, menda alah dua ni My masih fikir lagi. Korang rasa perlu ke? For sure, lama-lama nanti benda ni jadi pekasam je kot sebab biasalah, awal-awal je kang rajin guna..-..- Tapi, My fikirkan kalau My travel. Bawa susu botol (since baby refuse df)... nak panaskan celah mana kan? SO kalau ada car warmer elok gak ye dak? n untuk BS, rasanya better tak sediakan warmer untuk kemudahan dia? hurm. Sterilizer tu... entah. perlu ke? Biasanya My sterilize botol-botol tu dengan air panas je. My ingat nak cari yang preloved je tapi kebanyakkan yang My jumpa dah sold out. Ada sape-sape nak let go dengan harga murah? silakanlah huuuu

Storage Bottles & Bags

Hurm, setakat ni dah ada 12 botol kot. Storage bags ada dalam 50pcs je haha. Cukup dulu kot wat masa ni sebab peti ais rumah cuma satu pintu je.. susu tak tahan lama nanti.. :( So nanti beli lagi storage stuff ni.

Milk Booster

Ini perlu. Susu My ni agak kurang meriah. But, sejak ambil supplemen Alhamdulillah nak kata meriah sangat idaklah tapi boleh tahan lah. Milk Booster pilihan My adalah vitamin Shaklee. Supplemen ni bukan sahaja sebagai milk boosters tapi juga untuk kesihatan diri. Seriously, lepas ambil supplemen shaklee ni badan My rasa ringan je.. tak rasa penat.. tak mengantuk.. Buang air pun lawas je. n yang paling best, berat badan My turun! satu set Girdle sebelum kawen yang My tak muat nak pakai lepas bersalin haritu dah boleh muat masuk peha, punggung dan pinggang! My sedang usaha lagi untuk lebih sihat dan InsyaAllah kurus... errr...-.-

Anyway, yu ols kalau nak try Shaklee boleh helo helo My okay... I am a distributor of Shaklee now.. :) Kalau nak walk in terus ke Shaklee pun boleh.. guna je ID My 921432 untuk dapatkan harga murah.. :) Kalau takde branch berhampiran boleh je halo-halo My k dun worry i'll give you the best price.. penghantaran ke seluruh Malaysia...! (ceh sempat promote product). Jom LIKE PAGE FB ---> Vitamins4HealthyLife
Anyway, My harap sangat-sangat dapat exclusive breasfeeding.. at least for the first six month ni. Tapi kalau boleh taknaklah 6 bulan je.. nak sampai 2 tahun seperti yang disyariatkan. Amin... Korang pun sokonglah My hokay! n those yang ada pengalaman tu mehlah share dengan My breastfeeding journey korang... :)

err... what else needed for successful breastfeeding? 

korang tak teringin ke nak bagi aku hadiah menatang2 di atas sempena aku bersalin ni? -..-

4 comments:

juicy X said...

kmi pon stresss sgt pk psl breastpump ni.stau nk pilih yg mana =.=

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

ok la klu dhia suka breastfeeding dr susu lmbu..sbb ank buah dila mmg xpuas hati mnum susu ibu..mngkin sbb skit kot susu akak..ank dila nnti hrap2 suka la breastfeeding n susu bnyk...skrg pregnant tgh mnum esp shaklee:)

hana.basri said...

all the best sis! saya slalu beli kat http://www.facebook.com/mommykembar. dia jual barang autumnz dgn harga sgt murah banding dgn page lain

Anonymous said...

salam,

Kalau awak rasa nak let go Mezzo tu contactla saya ya :)
nazfa21@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers