9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 5, 2013

Perihal Baby Sitter a.k.a Pengasuh


Masuk harini dah hari ke-5 Dhia dihantar ke rumah baby sitter a.k.a pengasuh. So far, oklah. Akak tu cakap dia takde meragam sangat pun. Biasa nangis nak susu je. Hurm… hope so.

Perihal Baby Sitter ni dari haritunak hapdet tapi tak berkesempatan. Dah bersusun dah entri-entri yang nak di post dalam pale otak ni tapi biasalah 24jam sekarang rasa macam 24 saat je… L

Pencarian baby sitter untuk Dhia semudah ABC je. Idaklah kami duk mencari calon-calon sekian-sekian lepas tu vote mana terbaik. Enchek hubby saje bertanyakan pada sorang brother belakang rumah ni sebab dengan brother tu je lah yang dia baik dekat area taman tu kannn… dan kebetulan bini dia dulu penah jaga baby. So, terus enchek hubby mintak borang kosong huhu. Awalnya kami main-main je tapi bini brother tu nak pulak jaga bakal anak kami. Memang dari preggy lagi dah deal so memang kami takde pening-pening kepala mencari baby sitter. Kire settle la.

2 minggu sebelum My naik keje, kami pulang ke rumah. Dah inform awal-awal dekat bakal baby sitter nak hantar Dhia seminggu awal sebelum My naik keje. Bagi dia kenal Dhia dulu n bagi dia training how to handle susu ibu perahan. So, beberapa hari sebelum hantar Dhia ke rumah BS my suruh enchek hasben tanya BS apa yang dia nak untuk keperluan menjaga baby. So, here the list:
  • Car Seat
  • Stroller
  • Buaian
Ops! Very the demanding BS ya??? Ok terkejut jugak pada awalnya. Enchek hasben balik cakap kat My yang diorang (family BS) akan buat anak kita macam anak dia. Kakak BS tu akan keluar ambil anak dia balik sekolah so she need car seat. Kakak BS tu perhaps anytime akan keluar ke mall ke, pasar ke so she need stroller. So, secara tak langsung dah tentu dia kena mengangkut anak aku bersama. Wallah! Seriously, kalau My tau dari awal yang dia ni bukan jenis yang duduk rumah doploh ampat jam My takkan hantar Dhia kat rumah die… L

Tapi, enchek hasben ni bukan jenis prasangka atau bimbang terlebey macam My so.. dia kata takpe bagi je akak tu jaga at this moment. Kita tengok dulu. Fine… nak marah lebey pun tak guna dia ketua keluarga kan. dalam hati My jangan dah terhantuk baru nak mengadah… L Anyway, sehari sebelum hantar Dhia ke rumah BS kami keluar membeli belah menghabiskan duit untuk beli segala keperluan tu untuk BS. At the same time, kami beli tu bukan untuk BS je pakai. Membazir kan. Beli yang jenis elok sikit. Time weekdays bagi BS pakai. In case kami nak pakai (cth: car seat) kami akan ambil. So, setakat hari itu kami dah beli car seat dan buaian. Stroller? Tunggu lepas CNY… My nak bawa balik dari kampung… akak My nak bagi car seat lama anak dia yang dah tak pakai. Kitorang punya? Beli baru kemudian huhu.

Lain-lain keperluan? Keperluan Dhia la. Macam pakaian dia, mandian dia…

Setakat 5 hari My hantar dia ni, for sure BS akan angkut Dhia pegi amik anak balik sekolah. Haritu dah dua kali tu dia bawa Dhia keluar. Sekali gi rumah sedara katanya. Lagi sekali ke pasar. Pasar basah la My rasa sebab dia pegi pasar tu pagi-pagi. Cube yu ols bayangkan macam mana My rasa… Entahlah My ni jenis mulut berat nak marah lebey-lebey pun cakap kat enchek hasben je. Nak suruh tukar BS immediately? Arghhh lagi My berat mulut. N sudah tentu enchek hasben pun takkan semudah itu untuk tukar tanpa sebab musabab yang munasabah. Ya Allah… risaunya My…

Ok takpe. Bagi chance. Kita tengok macam mana. Sampai masa, kalau ada sesuatu berlaku pada Dhia.. My takkan diam diri. Tidaklah My nak terjadi apa-apa pada Dhia… oh simpang malaikat 44. In case..... Huh…. Ya Allah kau lindungilah anakku ya Allah…. permudahkanlah hambamu ini…L

Harini BS call enchek hasben bagitahu Dhia taknak tido bawah. Nak masuk buai. Buai benti dia bangun. Pendek kata… BS nak ‘motor’ lah bagi buai tu automatic gerak sendiri. Grrr… Enchek hasben bgtau balik ni nak gi beli. Grrrr bukan murah kau. RM180+!!

Uwwwaaaaa.... kalaulah mummy n daddy mampu... mummy dah duk umah jaga Dhia!!!! tayah hantar gi BS.... Dhia... maafkan mummy... L

owh ye lagi satu... bayaran untuk baby sitter adalah RM300/month. Tempat kami bukan area KL ye.. bukan juga kawasan bandar. Kawasan taman tapi dah ke arah dekat dengan kampung-kampung sikit. Jiran-jiran My cakap range BS kat situ RM250... hurm... enchek hasben cakap... takpela, berbaloi la tu kalau jaga dari 7pg-7mlm... grrrrr!

I don't think worth it kalau mungkin BS kena ganggu waktu tidur Dhia bila dia perlu keluar beli barang, pegi pick up anak balik skolah! am I right???

arghhhhh bersangka baik bersangka baik..... will see....

Sorry guys kalau entry ni agak serabut dan carca marba. till then!

7 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

mahal gak tue kat kg RM300
taska ofis ekin nie pon RM300
tp standart dlm KL

Gadis said...

sabar ye My..
mak Gadis pun akan jaga anak member Gadis dalam bulan 3 ni kot..

mak Gadis tak berani nak letak mahal-mahal..
umah mak Gadis lagi mmg area bandar JB..
mak Gadis caj rm250 je..
sbb mak Gadis paham mesti member Gadis tu nak beli carseat n buai bagi kat mak Gadis..

xperla..
try dulu ngan bs tu..
kalau x ok bincang ngan suami..

Liyana said...

My, sama la kita.. Yna pulak seminggu sekali bs akan bawa faiq pegi melaka.. Ade urusan bisnes dgn hasben dia. Adoyai... Terpksa izinkan dia bwk faiq.. Kesian nye ank tganggu masa tido masa makan dia.mm... Tuhan jela yg tau...kalau la diberi pilihan mmg xnk keje. Dok umah je jaga anak.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Bayaran untuk BS memang standard lah kak kalau duduk KL ni. Mak atul pun amek bayaran dalam RM250 per month. Kalau ikutkan, memang nak jaga sendiri kan akak. Tapi nak buat macam mana. Sabar ye kak. :)

With Julia said...

Kita serupa lah my...sapa xnak jaga anak sendiri kt umah sendiri kan...bekerja dari rumah buat bisnes online...tp kenapakah diri ini terasa mcm kurang berani...aduyaiiiiiiiiii dair awal ppreggy smpai dh bersalin nih pun dok pk memanjang...nak jga anak sendiri dpn mata...tp apa kan dayaaa :( dhia dh pandai behave kt pengasuh kan...dia faham umi dia keje...gud girl :)

saca said...

alangkah baiknya jika anak kecil tu di jaga di taska berbanding pengasuh yang terlalu sibuk dengan urusannya..kesian baby

YanaUjang said...

mmg dugaan mummy berkerjaya..erm sementara waktu ni cr la jugak bs len...as a backup..

klu taska lg better, pe kata htr taska je..cr taska yg ada cctv tau..hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers