9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 26, 2013

Tawakkal...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... Seminggu tak pergi kerja cukup membosankan... :( yela bukan cuti dapat kuar berjalan pun... kena menanggung sakit lagi ado... Alahai chicken pox, bilalah kau nak baik... banyak benda My ketinggalan. Masakan tidak dahlah 60hari cuti bersalin, baru 2 minggu naik kerja dah sambung MC plak... maaf boss.. :(

2 hari ni kami kembali semula ke rumah sendiri atas-atas sebab yang tak perlu dinyatakan. Yang penting, susah senang biarlah kami tanggung sendiri. Baby sitter pun dah tak sanggup nak jaga Dhia waktu malam so terpaksalah enchek hasben yang menjaganya dengan bantuan My memandangkan My tak boleh nak pegang Dhia kerana chicken pox. Kalau boleh tak boleh duduk serumah pun dengan Dhia tapi apa boleh buat... Tawakkal je lah dengan harapan Allah pelihara kesihatan anak mummy... Amin...

Chicken pox My sekarang tataolah nak cakap macam mana. Kat muka ni nampak dah kering tapi kat bahagian abdomen masih mekar bintik-bintiknya. belum kering. Chicken pox pun nampak macam tak keluar semua lagi-lagi kat bahagian kaki.. nampak beberapa bijik je yang timbul. haih~... Apalagi My nak buat... :(

Cik B My pun masih belum sedia untuk teruskan penyusuan Dhia. Even boleh keluar darah plak... sedih memang sedih. My sedih bila tengok Dhia terpaksa telan susu lembu... :'( Susu badan still My pump untuk pastikan susu masih ada. Tapi hasilnya terpaksa dibuang. Ya Allah janganlah kau tarik hak Dhia yang satu ini ya Allah... izinkanlah aku untuk terus memberikannya yang terbaik sepertimana yang telah kau syariatkan... izinkanlah aku ya Allah... Aku terlalui merinduinya rindu untuk memegangnya erat... rindu untuk menyusukannya dengan susu badanku... sembuhkanlah segera penyakitku Ya Allah..... :'(

Tadi enchek hasben call. Dia kata, pengasuh sms bagitahu belakang kepala Dhia ada bintik-bintik merah. Allahuakbar. Dhia nak kena chicken pox plak ke? :'( Enchek hasben suh BS cek suhu badan Dhia... Ya Allah kau lindungilah anakku... :'( 

Apalah dugaan yang kami terima lepas satu... satu... :( Sabarlah wahai hati... Allah hanya menguji... moga kami sabar dan tabah hadapi apa jua yang datang... Amin....


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

banyakkan berdoa ya

mas saari said...

sabar.. moga my cpt sembuh..

With Julia said...

Hope sgt Dhia x berjangkit...harap u olls berdua cpt2 sihat dan kembali seperti biasa ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers