9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, March 19, 2013

Alahai Babysitter


Baru berkira-kira nak cari babysitter baru untuk Dhia tup tup semalam… BS bgtau enchek hasben dia boleh jaga Dhia sampai end of this month je. Wallah! Dulu awal-awal dia gak yang meng’offer’ kan diri untuk jaga Dhia laa ni baru 2 bulan dah surrender? Alasan yang diberikan kakak BS tu nak join kursus. Kursus menda ntah tataolah plak.

Allahuakbar.. lepas satu, satu. Dugaan dugaan… Sedia maklum kami belum jumpa pengganti BS dhia ni. Memanglah cadangnya nak tukar tapi bukan secepat ini. Tak sangka plak dia lebih dulu cakap tak boleh nak jaga. Tataolah kalau dia rasa susah nak jaga Dhia? Tak kot… sebab dia penah kata sebelum ni Dhia ni senang bela. Ntahlah mungkin BS tu tak larat kot. Lepas tu tak rasa bebas. Yela, walaupun tak bekerja tapi dah biasa aktif ke sana sini.. Bila dah ada komitmen nak kena jaga anak orang ni mungkin pergerakan tu terbatas sikit. Takpelah… apa nak buat…

BS tu ada cakap nak tolong carikan BS baru kalau ada. Memang eloklah kami pun bukannya kenal orang sangat kat area rumah tu. Hurm, bagi My Dhia ni sekarang tak susah pun nak jaga. Yela, kita mummy dia kan dah kenal perangai anak kita. Lagipun dia dah tak macam dulu banyak ragam. Dia cuma akan menangis kalau nak susu, perut kembung, bosan, mengantuk… Kalau tak, memang dia banyak main nak bercakap je. Kalau betul-betul dah kenal Dhia for sure boleh handle. Now, bila dah kena tukar BS baru ni risau plak My. Yela nak kena kenal orang baru lagi. Lepas tu boleh ke dia handle susu ibu? Itu lah part yang bila pikir urghhhh… Harap-haraplah dia faham and pandai handle SIP. InsyaAllah selagi My mampu nak beri susu badan pada Dhia.


Haih… nasib baiklah Dhia belum kenal orang lagi. Tapi tu lah… kesian kat Dhia… kena pass sana sini. Kalaulah Dhia boleh berkata-kata mesti dia nak mummy dia yang duduk rumah jaga dia kan… Kalaulah boleh mummy dah apply jawatan fulltime housewife kat daddy sayang.. apa daya mummy… mummy kena tolong daddy… Kesianlah kat daddy nak bayar hutang rumah, kereta sorang-sorang. Mana nak beli pampers Dhia lagi.. kan…

Allah betul-betul uji kami lepas ada anak ni. Ye, My sedar… My tak boleh cepat melatah. Penat.. memang penat. Bangun awal pagi siapkan diri n anak… berkejar pergi keje balik keje.. Balik rumah bukan terus boleh rehat.. Walaupun tak memasak kerja-kerja lain perlu diuruskan. Nak melayan Dhia lagi kalau dia taknak tidur.. Selagi anak belum tutup mata, selagi tu lah mummy tak boleh lelap..

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini…. permudahkanlah urusan seharian kami.. permudahkanlah kami menjaga anak kami… ketemukanlah kami dengan pengganti pengasuh Dhia yang terbaik… Amin….

Iklan: Memerlukan khidmat babysitter di kawasan Serendah/Rawang, Selangor. Muslim. 7.00pagi hingga 7.00 malam. Sanggup handle EBM untuk Dhia. Kalau ada contact, bolehlah bagitau My ye. Ada nursery kat sini tapi available sampai pukul 5.00pm je.. L

Thanks for reading this! 









Pengedar Shaklee anda: 
Maizatul Akma ID: 931432 
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 

 Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

mas saari said...

dugaan inilah yg selalu dihadapi bila ada anak.. sabar my, insha allah dhia akan dpt babysitter yg baik

With Julia said...

Kesiannn dear...aduyaiii...mcm2 dugaan...yg pasti ke depan kita pun x tau cm ne lah dugaan seterusnya kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers