9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 1, 2013

Recovery

Cuti seminggu yang doktor bagi haritu tak cukup untuk proses penyembuhan chicken pox. Jadinya, sambung lagi MC sehingga 5 Mac ini. Haih~ Kalau cuti lama-lama boleh keluar berjimba takpe gak kan. Ini dah macam suri rumah dah duduk rumah je.. -.- 

Dhia? Alhamdulillah, setakat hari ini belum berjangkit. Haritu cuma ruam yang tumbuh di belakang kepalanya yang botak. Biasalah dak kecit sorang ni kuat berpeluh. Memang stanby krim econozine yang berkesan tu kalau badan dia naik ruam. Breastfeeding pula belum dapat lagi diteruskan sebab cik N belum sepenuhnya pulih. Kalau di pump pun susu akan bertukar jadi air bandung gara-gara berdarah... :( Sian Dhia, selalu minum fm tak habis. Yela, dah biasa susu badan mana mahunya tekak dia terima fm.. nak tak nak terpaksa dia telan... sorry anak mummy... tunggu sket hari lagi okay... 


Chicken pox beransur pulih walaupun macam sebenarnya tak keluar habis kat bahagian kaki. Bergelen-gelen dah minum air kelapa tapi macam tu jugaklah sampai bintik-bintik lain yang ada dah mula mengering. Hurm, kata orang time-time dia nak mengering ni lah lagi senang berjangkit. Risau gak ni. Moga Allah pelihara kesihatan anak mummy... Biarlah semua sakit Dhia pergi kat Mummy, mummy rela.. bila Dhia sakit nanti mummy yang susah hati... dah kena tambah cuti lagi jaga Dhia plak. Lagipun Dhia kecit lagi tak sampai hati Mummy nak tengok Dhia tanggung sakit... Moga anak mummy sihat-sihat je oke... :)

2 minggu cuti rasa 2 bulan lamanya. Dengan tak pergi keje nya.. Alahai Apalah kata kawan-kawan opis ni kang... dahlah kau cuti bersalin 60 hari.. baru naik keje 2 minggu sambung lagi cuti. adeh... mahaplah ye tak ku pinta sakit begini... :( Dahlah baru masuk haritu terkial-kial nak mula kerja semula.. la ni tambah plak cuti sakit adoiii lagi blur lah My masuk keje ni kang... Ya Allah kau permudahkanlah hambamu ini Amin....


2 minggu cuti macam rasa lama sangat. Yela sebab jarang dapat pegang erat Dhia. Macam banyak sangat My ketinggalan pasal perkembangan Dhia... Anak mummy dah nak masuk 3 bulan dah... :) Ya Allah izinkanlah aku menyusukan anakku kembali sehingga umurnya 2 tahun seperti mana yang kau syariatkan... Mummy nak berikan yang terbaik untuk Dhia!!! 


tak sabar nak tunggu anak mummy besar. at least dah kenal mummy n daddy dia.. :)

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya

nini said...

comelnya dhia...=D

cik chinta said...

siht da dia. cpt besar. pki pump jnis ape? x bli lg pump. ptut bli lepas ke seblom besalin ek?

mynameismy said...

@cik chinta

pakai spectra 3 je...:)
saya pun hrtu beli time pantang hihi

With Julia said...

My,
Julia doakan selalu taw bg my pcpt sembuh dari chicken pox tau...hrp kan bleh bf mcm biasa kt dhia...comel betul dhia...dah 3 bulan ye...dulu Qaiser 3 bulan, ju x tau dia kenal mak ayah dia ke x...skrg dah masuk 6 bulan confirm dhia mesti kenal ibu dan ayah dia...x semua bb sama kan...yg ptg dhia sihat...mommy my, take care ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers