9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 30, 2013

Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan

As you all know, eh know ke? Huhu… Dhia will turn 6month old soon. Bermakna dia sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal aka solid food. But! Senanya My dah pun introduce her first solid food.. ala seminggu awal je pun hehe. Today is the 4th day Dhia dah start makan. Sebab apa? Sebab Dhia dah tunjukkan few signs yang dia sudah bersedia. “ I’m ready to eat mommy! please gimme food!!!!” macam gitulah gamaknya kalau Dhia reti berkata-kata kikikiki.

Al-kisah few days ago My tengah makan biskut. Dhia dengan rasa tak bersalah tengok je mulut My mengunyah. Tak pasal-pasal je dia ikut kunyah sama. Senanya dah perasan few times pun sebelum tu tapi malas layan haha. Tapi that day My saje la cuit sikit biskut tu bagi Dhia rasa. Sebelum ni My pernah bagi dia rasa gak tapi dia tolak but this time.. die menelan hokayyy… My suap lagi.. n bila da abis menelan dia tunggu dan tunggu lagi My suap hahahaha… lawak je. My titis air masak kat dia pun kemain suka dia. Macam baru lepas bagi anak yang memang tengah kelaparan xmakan hihi. So, I think she is very the ready to eat.. :P So esoknya My pegi soping-soping sikit n made apple puree for her! =) Alhamdulillah Dhia berselera sungguh makan… =) Ikut rule, bagi makan 4 hari. Next solid food is vege plak. Dah ready for her broccoli puree hehe. harap2 nak le dia telan hehe.



Owh main point harini senanya nak cakap pasal tanda-tanda anak kita dah bersedia untuk solid food. Lupakan pasal Dhia kejap ye hehe. As all mommies semua tahu, kita disarankan untuk eksklusif menyusu badan our baby sehingga umurnya 6 bulan tanpa apa-apa makanan tambahan lain seperti susu formula ataupun air masak. Selepas 6 bulan, susu badan sahaja tak akan memberikan bayi kita nutrient secukupnya terutamanya zat besi. Oleh itu, sumber makanan tambahan lain adalah diperlukan.. =)


Menunggu usia bayi sehingga 6 bulan ni sebenarnya untuk mengelakkan kesan-kesan buruk terjadi pada bayi contohnya alahan/alergi. Lagipun, usus bayi ni belum matang untuk proses makanan-makanan tambahan lain tu. My sangat tak suka bila orang selalu cakap.. “ala dulu mak-mak kita tu bagi makan awal sihat je anak-anak dia”… “Anak aku umur 2 bulan aku dah bagi nestum”… Ini adalah dialog2 parents yang takde ilmu ye. Lantak ko lah ko nak buat anak ko macam mana pun but dun bother my child.. I know what’s the best for Dhia. Yes I did. Alhamdulillah… sebab apa? Sebab My adalah seorang ibu yang berilmu. Macam mana nak ada ilmu? Bukan kena ada ijazah or master baru dikatakan ibu yang berilmu but cari ilmu! Kita sekarang dunia moden.. boleh dapat banyak sumber-sumber ilmu. Dekat internet ada lots of knowledge you can learn from A-Z… Trust me, when u have that knowledge you takkan tergamak pun nak bagi anak setitis air masak when she is only 2months.. =)

Anyway, 6 bulan tu adalah jangkamasa yang diberikan untuk kita sebagai panduan. Namun, kalau kita sebagai ibu merasakan yang anak kita dah boleh mula makan sebelum usia 6 bulan bolehlah berbuat demikian jika ada beberapa tanda menunjukkan dia sudah boleh mula makan.. Tapi, agak-agaklah kalau anak ko baru 3/4 bulan ko dah bagi jamah solid food.. sian dia wehhhh… J Kalau yu ols tak pasti boleh rujuk pakar pediatric okay! =)

Bagaimana nak tau anak kita dah bersedia untuk makan?

Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. Hiii… Dhia 2/3 bulan kepala dia dah tegap tau. Terkejut jugak.. mungkin penangan susu badan kot anak jadi sihat dan kuat! Hihi.

Duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah pandai duduk sendiri. Dhia dah okay kalau duduk. Tegak je.. tapi masih kena pegang la kan.. takdelah dia boleh duduk dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain hehe

Melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. Yes! Dhia dah pandai bila diberi makan.. dia tolak ke dalam n telan hehe lepas tu tunggu lagi orang suap makanan.. -,-

Berat badan telah naik secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. Hurm… Dhia dah naik sekali ganda kot. Mase lahir 3.12kg now almost 7 or 7+ kg… Minggu depan baru nak gi timbang 6 bulan hehe.

Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. Owh very the true! Dia sangat lah berminat bila tengok orang makan. Sambil lirikan matanya berkata-kata.. ‘mommy.. Dhia nak jugakkkk…’… huuuu…




So, pendek kata… Dhia dah bersedia untuk makan!!! Yeay! Makan apa? Haaa yang ni silalah menggoogle. Yang ni pun ilmu bukan main taram je. Ada makanan-makanan tertentu yang boleh or tak boleh diambil. Bukan apa, takut anak allergi. So, rajin-rajinkanlah menggali ilmu ye… =)

Till then!


#Mood eksaited buat homemade solid food untuk Dhia terchenta hehe. 

4 comments:

*Vivilicious* said...

yeah..dhia dh mkn. saya pun tak sabar nak bg waiz makan. brg2 dh beli..mcm sblm 6bln kot nak bagi... ala.mcm die..smggu je lagi nk 6bln. hahaha

With Julia said...

Yeyyyy dia dh besar lah....seronok tau bila anak dh mula pandai mkn :)

Shuhaida Subri said...

Tq for sharing.. My baby baru 4 bln. Tips berguna ni..

siti natrah said...

As salam..mesti dhia dah besarkn sekarang ni..alhamdulillah bukan senngkn nk besarkn sorang ank..ilmu amat penting..salam perkenalan..jemputlh jln2 kt blog saya bg pendapat natrah4ever.blogspot.com..saya newbie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers