9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, June 5, 2013

Keperluan Persediaan Solid Food untuk Dhia

lain macam je nak sebut tajuk tu.. ahhh lantok la.

Hi! Dhia dah seminggu awal start solid hehe itupun dia mam sikit je. Setakat ni My dah bagi dia apple puree n broccoli puree. Homaigod.. Dah bagi broccoli baru perasan yang broccoli is for 8month above hokayyy! Alahai sian dhia.. maap syg mommy baru belajar… :P Anyway sekarang dhia sedang belajar menikmati pear puree.. esok-esok nak bagi carrot plak asyik buah je kan bagi dia belajar makan sayur sikit hihi. 6 bulan ni ikutkan elok bagi puree je dulu but then My rasa nak start bubur nasi la next week. Ok tak?

Ok sila kembali ke pangkal jalan.. mainpoint harini adalah mengenai barang-barang yang diperlukan sebelum memulakan solid food.  There are the lists!

1)   Ilmu pengetahuan/ Knowledge

As usual, nak memulakan sesuatu benda harus mempunyai ilmu. Tanpa ilmu macam mana nak bagi anak makan kan? Mana nak cari? Sekarang dunia moden internet berlambak.. kalau xde internet pun boleh ke kedai buku cari bahan rujukan.



Untuk Dhia My dapatkan buku ini sebagai rujukan. Tapi, tak pernah bukak lagi sejak dhia dah start makan. Sebab lupa ada beli buku tu.. beli dah lama haha. Ok minggu depan start bukak.. :P

Selain itu, My banyak google di internet dan ada join club di facebook yang bagi banyak info pasal persediaan solid food. From A-Z semua ada. Kalau tak faham anytime boleh bertanya for sure mommies in there yang dah banyak experience boleh jawab… =) Nak join sila ke FB fanpage HSFFYB

So kalau boleh few months sebelum baby anda boleh mula makan silalah cari ilmu dulu, survey-survey cara pemakanan yang betul, makanan apa yang boleh/tak boleh.. rules, etc… jangan dah bagi makan baru nak cari ilmu okay! =)

2)   Food processor/blender

Owh ini penting. Rasanya bukan kehendak tapi keperluan dalam menyediakan solid food hehe. Yela kan, takde blender camne nak buat puree? Takde blender camne nak blend nasi tu bagi anak makan? Huhu. So, penting. Terpulanglah yu ols nak pakai food processor apa janji sama fungsinya. My pada awalnya sangat-sangat berminat dengan baby bullet ni… uuuuu comel giler kan. Complete all in one! Hehe.

At the end, baru teringat hadiah blender masa kawen dulu tersimpan rapi dalam kotak. Pernah guna sekali je hokay lepas tu xde langsung dah. Takde apa yang nak di blend kot masak pun semua guna yang dah sedia ada contohnya tayah susah payah nak blend cili kering sebab dah ada jual cili boh haha. So, guna je lah apa yang ada. Lagipun dapur kecik mana plak My nak campak baby bullet segala bagai kalau beli nanti huuuu

Owh anyway, kalau yu ols ada dapur yang agak luas or memang takde hadiah blender yang belum digunakan masa kawen bolehlah dapatkan baby bullet ni daripada My… daku kan macam poket doraemon segala benda ade jual haha… roger-roger je untuk dapatkan harga Baby Bullet.  (email: mythegreat87@yahoo.com or sms/whatsapp: 019 336 4122)

3)   Feeding set
google~
Owh yang ni perlu ada juga. Janganlah jimat sangat sampai bagi anak makan pakai sudu besi yang kat dapur rumah tuuuu… Kalau tak mampu beli mintak kawan-kawan hadiahkan kikiki. My ada 2 set hadiah newborn. So dah jimat di situ. Tapi My tak guna sangat pun sebab lebih mudah gunakan bottle weaning…

model~ hahaha
Banyak orang jual online ada brand nuby, munchkin… tapi mahal-mahal huuu. So My beli yang brand pigeon sahaja. Kecik 4oz RM12.50, yang besar 8oz RM16. Pengasuh pun lebih suka pakai bottle ni dari sudu dan mangkuk ngee~ Ada lagi murah member sorang ni jumpa. Kat Giant. Cubalah korang cari.. =)

4)   Food Storage Containers

For those mommies yang bekerja. Takde banyak masa untuk masak makanan anak hari-hari? Jangan risau.. boleh blend banyak-banyak buat stok simpan dalam freezer. Boleh tahan sehingga 3 bulan.. Tapi kalau boleh janganlah malas sangat sampai 3 bulan ko simpan stok kan haha. Seeloknya buat stok untuk seminggu dua sahaja. Buat stok ni bukan bermakna kita as mommies ni malas.. idok… tapi jimat masa, tenaga.. n boleh jimat electricity jugak. Almaklumlah kalau tido doploh ampat jam pasang aircond.. hamekau dulu bil about RM50+ sahaja tapi sekarang RM100++ kauuuuu…

So, kalau boleh jimatkan peralatan elektrik lain kenalah jimat sebab dhia dah biasa tidur dengan aircond ngee~ makanya, jom kita jimatkan penggunaan blender dengan blend terus stok makanan anak untuk 2 minggu hihi. Lagipun kan takkan lah kita nak beli barang-barang makanan tu untuk stok sehari je. Sebagai contoh beli sayur of kos kita beli banyak kan takkan nak beli sehelai dua semata-mata masak untuk sehari hihi. So, bolehlah beli amount untuk stok 2 minggu dan simpan dalam freezer.. Cara nak panaskan dia sama je konsep macam ebm.. J


Food storage ikut yu ols nak beli macam mana. Macam My, beli ice cube yang bertutup.. dekat giant.. murah je RM3++ tak silap untuk 2 bekas (8cube each). Pastu ada ade beli baby cube dekat onebabyworld haritu. Senang gak. My selalu bagi bekas ni untuk bekal puree Dhia kat pengasuh. Sekarang ni die baru 6 bulan cukupla banyak tu je (2oz) nanti dah besar sikit kena pakai bekas lain plak hihi. My ada jugak beli bekas Tupperware khas untuk kegunaan freezer. Brand alienware pun ada yang jenis multipurpose boleh msuk microwave n freezer. Murah pun murah hihi. Eksaited yu ols.. belum guna pun lagi yang tu hahaha…

5)   Warmer
pinjam google!
Yang ni tak payah beli pun takpe kot. Kalau yu ols memang ada warmer untuk botol susu tu boleh guna sekali rasanya ada provide bowl jugak kan macam My pakai warmer autumnz ada untuk panaskan makanan sekali. Warmer ni untuk My sangat berguna sebab pengasuh fully utilize warmer. Susu dhia dia panaskan pakai warmer je.. biasanya kalau keluar mana-mana pun memang My guna warmer dalam kereta kalau dhia tak nak df. So, untuk solid food dhia pun macam tu My suruh BS panaskan guna warmer je. memudahkan keje dia.. =)

6)   Steamer

Yang ni perlu ada kalau nak kukus bahan untuk puree anak. Kalau takde steamer korang rebus je pun boleh.. =) Cuma makanan yang dikukus ni lebih elok berbanding rebus. My tak beli pun kebetulan beli rice cooker memang ada penapis untuk kukus tu haaaa buat solid anak baru guna yu ols… so, dah jimat lagi di situ kukus saja di rice cooker hehe. Alamak! Tapi tinggi balikla bil elektrik yang kunun nak jimat tadi ahhahaha.
       
7)   Bip
model bip huuu

Nak elakkan dari baju anak comot dek solid food hihi. Dhia punya My belikan yang jenis plastic je senang cuci hehe. Itupun jarang pakai sebab dia suka tarik-tarik grrrr… nasib baik pakai bottle weaning tu senang sikit huuuu

8)   Food feeder

Yang ni terpulang nak beli ke tidak. Its act as snack untuk anak kita. How? Masukkan buah/sayur/ikan/ayam untuk anak makan bila-bila dia suka hehe… My dah beli satu untuk dhia hehe… Kalau korang nak jugak boleh cari brands kidsme,  munchkin n apa tah lagi google la haha.

Hurm… apa lagi erk? Tu je lah kot yang paling penting. Barang keperluan lain yang  boleh juga dipertimbangkan adalah grinder, penapis, pisau pengupas kulit, baby seater. Kalau ada lain-lain yang korang rasa perlu ada boleh add di ruangan komen ye… =)

Till then!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great :)

amal said...

wah sangat bagus. kenapala amal x rajin mcm mai ni huhu

Chekgu Azrine said...

Selamat memberi mkn dan menyediakan mknn ye sis. Sure excited nih..hehe

Maria Firdz said...

mmg byk dh kemudahan... tapi sy sedia yg asas saja... tapi allah uji sy bila ankxde selera makan... mmg betul2 menguji... Namun, skrg x lagi.. Alhamdulillah... moga Dhia berselera dgn air tgn ibu... :)

Khairul Bariyah said...

jual x baby bullet tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers