9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, August 21, 2013

RIANG RIA AIDILFITRI

Hola...
Belum terlambat rasanya My nak wish all readers and Muslims SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN... :) walaupun harini dah... eh raya ke-14?? How fast time flies!!!! If I could turn back to Ramadhan... :( Sekarang rasa dah tak besh sebab dah tak nampak Bazaar banyak-banyak bila on the way balik dari opis. rasa dah tak besh bila tak nampak masjid penuh orang solat Terawikh.. Rasa dah tak besh bila soping complex tak penuh orang sebab beli persiapan raya... huuu I missed that moments lots... InsyaAllah, moga dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang.. Amin...

Hihi okay sebelum mood kelaut and daku simpan ini entry dalam draft baik ku straight to the point terus... citer pasal raya My and family tahun ni.... ;)

Tahun lepas raya pertama as wife turn beraya di KL, rumah PIL. pilu nya jangan cakap yu ols.. meleleh air mata lepas solat raya. dengan mengandungnya lagi masa tu hihi. Yela festime kita beraya dengan suami tanpa mak dan abah... sedikit sebanyak sedih jugak lah. Nasib raya kedua dah balik turn Johor..:P So, this year raya pertama giliran berkampung di kampung belah mak abah My pulak. Oleh kerana My dah amik 3 hari cuti awal makanya dapatlah My balik lebih awal ke kampung. Hasben kena keje lagi sehingga 2 hari sebelum raya so dia hantar My dengan Dhia balik dulu weehuuuu... Seminggu jugaklah My dengan Dhia kat rumah mak abah seronok sangat bukan senang dapat balik lama-lama camtu kan hehe. Raya ke 3 kami dah balik KL dah..

Dipendekkan cerita My ada 7 beradik.. My ada 2 abang, 2 kakak, dan 2 adik lelaki. Atas-atas My semua dah berkahwin termasuklah My. Tinggal 2 adik je belum. Kami tinggal bukan dekat-dekat. Abang sulung dekat Bandar JB, kakak no 2 dekat Bt Pahat, Johor, kakak no 3 dekat area Segamat jugak tak jauh dari mak, Abang no 4 dekat Perlis nunnnnn jauh di sana, My di KL, sorang adik bekerja ikut suka kadang-kadang luar kawasan kadang-kadang tinggal dengan mak abah, adik bongsu masih belajar di Politeknik Merlimau, Melaka, boleh dikatakan tiap-tiap minggu balik cium tiak mak. So, bila duduk masing-masing berjauhan ni jumpa setahun sekali pun susah... eh bohonglah sekali pun xdapat hihi tapi memang tak selalu la jumpa... n susah nak jumpa serentak semua 7 beradik. Same goes to turn beraya... kalau semua turn serentak sape pulak nak beraya dengan mak abah bila turn semua di rumah PIL ye dak? adik 2 orang tu rendang pun xleh masak hihi.

Niat My tahun ni nak berkumpul 7 beradik sekali n bergambar sama-sama. Yela dahlah susah nak jumpa kan so apakata bila dah jumpa tu kita ambil gambar complete satu family hehe. Tahun ni, turn My, kakak no 2 dan abang dari Perlis tu beraya dengan mak abah.  Yang lain di rumah PIL masing-masing kakak no 3 tak jauh rumah mertua masih di area Segamat. So setiap pagi raya lepas solat raya dia mesti akan balik rumah mak abah jugak untuk jumpa adik-badik and bersalam-salaman and balik semula rumah PIL. Abang yang sulong di JB, makan masa mungkin 3/4 jam nak balik rumah mak abah. Dia memang dah bagitau akan balik hari raya pertama. 

So, raya pertama haritu kitorang memang tak ke mana. Nak ke rumah sedara-mara takde plak sedara-mara terdekat duduk berdekatan. Abah plak kena turn dialisis pagi tu. Masuk pukul 11pagi abis petang dalam kul 3pm. Seharian tu kitorang duk rumah je dengan harapan nak tunggu abah, kakak yang beraya rumah PIL dan abang sulung balik rumah untuk bergambar satu keluarga. Satu hari suntuk ko duduk melepak... kalau tak tidur, makan, bergambar. tak makan, tido.., bergambar. itu je lah kojo hehe. 





Petang tu, Alhamdulillah.... yang terakhir sampai abang sulung. Itupun dah petang beno. dalam dekat nak pukul 6pm camtu lah. Complete je semua apalagi.........



nak amik complete gambar cucu punya pasal.. mak2 ngan bapak2 sanggup dukung interprm kan anak.. termasuk anak aku hahaha~ (sila lihat tangan yang mendukung..:P)

Family Along

Family Angah

Family Kakak
Family Abang
Family Bahagia~... eh eh... :P
Adik-adik
Lepas sesi bergambar, dua kakak pulang ke rumah PIL... Alhamdulillah... Walaupun masa yang singkat dapat jugak berkumpul 7 beradik serentak, 5 menantu dan 10 cucu dengan mak & abah... Seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Sedih pun ada.. sedih mengenangkan kami semua dah besar-besar dah ada keluarga sendiri... Keluarga yang dulu besar dah jadi satu keluarga kecil-kecil yang berjauhan.... Rindu zaman kanak-kanak.. rindu zaman persekolahan.... Apapun.. time flies... tak boleh buat apa. So kenalah ikut peredaran zaman. Kalau dulu kanak-kanak riang takkan nak kekal jadi kanak-kanak riang kan. kalau dulu masih dara nak dara sampai bila? sampai jadi andartu? kikiki.... So, My bersyukur apa adanya... syukur dikurniakan keluarga yang besar dan bahagia... sebab itu lah 'cita-citaku nak ada anak ramai... '... sila dendangkan mengikut versi lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. :P bila anak ramai, hidup pun tak sunyi eventho bila dah tua nanti sorang-sorang akan tinggalkan kita. At least bila anak ramai, sorang tak balik yang 6 orang lagi balik ye dakkk... riuh rendah rumah... Macam mak, seronok anak cucu balik. Bila semua dah balik.... dia wassap (mak aku moden koooo ade wassap..:P) kat group family "sekelip mata je dah sunyi...."... alahai syahdunyaaaaa... nanti ada masa lagi kami balik lagi ye nenek... tamo sedey2... :)

Raya kedua tu pun tak kemana. Cuma ikut enchek hasben ke rumah makciknya di negeri sembilan. Abang yang dari Perlis dah gerak ke Terengganu plak beraya rumah mertua.. huuu sedey. 

Raya ke 3 baru kami keluar sarang... Ke Kluang, Johor ke jamuan raya family sebelah mak My. Macam ni lah kami tiap-tiap tahun raya ke 2/3 mesti berkumpul semua. Walaupun nenek dan atok dah tak ada lagi. Lepas lepak-lepak My, enchek hasben dan Dhia gerak balik KL. Ikutkan pagi-pagi memang nak gerak balik KL. tapi ada jamuan raya kat Kluang berjaya jugak ku pujuk enchek hasben pegi hihi. Yela nak beraya satu satu rumah sedara belah mak confirm tak dan nya dah semua belah johor kan... hihi.

Antara yang hadir. Aunties & nieces... hihi
owh yang ni adik-adik perempuan My... :P
Last but not least.... walaupun berhari raya di Johor 3 raya pertama je, Alhamdulillah.. raya tu bermakna. Tak dapat jumpa kawan-kawan sekolah cam tahun lepas pun takpelah asal jumpa semua kaum family... :) Lepas ni entah bila dapat berkumpul lagi semua... huuuuuu....


harap-harapnya dapat lagi berkumpul satu family tahun depan walaupun harapan itu tipis sebab abang yang kat Perlis bakal cuti tanpa gaji ikut bawa anak ikut isteri sambung pHd di UK... :( Takpelah, tak dapat jumpa asal selalu berhubung pun okay... ada fesbuk.. ada wassap...  jauh di mata dekat di hati... :)

Raya ke-4 kami pusing KL ke rumah sedara mara hasben pulak... :) sorry gambar tade hahahaha... 



Sebagai penutup entry..... tepek gambar dak kecit pusar depan nih! hihihihi



mommy love you darl~ muahhhhh!
Till then!

 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronok kan

nanakimie said...

comelnya!:)

Munnafendy said...

happy nya semua..sporting pulak tu :)


selamat hari raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers