9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 4, 2013

Dhia @ Paed Ward Qaseh 506 KPJ Damansara

Salam readers...

Owh mahap kembali sepi lepas up entry raya hehe.. ok kali ni posting pakai smartphone. Dah lama app blogger ni daku donlod tapi xnyempat2 nak guna walhal on the go pun boleh hehehe. Ok kali ni nak post sampai habes.

Sementara dhia masih tido.. Alhamdulillah she's getting better... ;)

Owh senanye dah 4 hari berturut2 dhia demam. Now she's admitted at hospital dah 2 malam. Suhu turun naik. This is her first fever after 9month dilahirkan... n ofkos.. pengalaman pertama yang harus my lalui... :'(

Selalu dengar anak orang lain demam, sakit.. bila anak sendiri demam... ah... x semudah disangka... kena korban waktu tido... korban tenaga.. n ofkos korban cuti daripada bekerja...


Dhia start demam pagi sabtu haritu.. bangun tido badan dia panas sangat. Oleh kerana dhia tak pernah demam so kitorang main agak2 je. Nak cek suhu dia tak reti diam. Sudahnye pegi klinik. Sah demam.. 40•c... doc kate kaki sejuk kepala panas. Tu maknanya suhu dah terlalu tinggi. Doc masukkan ubat muntut.
Balik tu.. my mandikan dhia... jerlum badan dengan air sejuk. Mintak nasihat dan petua dari siblings dan kawan2... but she's still active.. masih boleh gelak dan main2. Then ok lah cuma suhu badan terlalu panas. Nasib baiklah dhia demam time kitorang memang off day keje. Program open house weekend dua hari tu memang serta merta kami batalkan. Seharian di rumah je pantau keadaan dhia. Suhu turun naik.

Sabtu malam tu my masih jerlum badan dia yang panas. Masuk ubat muntut lagi n bagi juga antibiotik. Malam tu around 2/3pagi badan dia still panas. 39•c. Risau sangat. Taknak tanggung risiko kami bawa lagi ke klinik 24jam. Masa tu suhu dah turun balik sebab my dah masukkan ubat muntut sebelum tu. Sampai pagi ahad tu my dapat lelap kejap2 je. Jam my kunci every hour untuk pantau dhia.

Ahad tu suhu badan dia still turun naik. Gabra betul kami. Macam biasa mandikan.. jerlum.. etc. But still panas datang pergi... tak tinggu lama kami pergi pulak ke kpj damansara. Doc kate tonsil dia dah merah.. mungkin sebab tu panas turun naik. Dia suruh continue antibiotik je dulu.

Ingatkan malam tu dah okay. But then pagi Isnin tu dhia still dedar... so My terpaksa EL. Berat hati jugak sebab ada keje yang perlu My buat kat ofis tapi... ini ANAK. anak is priority... :'( My teringat kes minggu lepas ofismate seorang kawan ni kehilangan anak tercinta usia 10bulan sebab demam panas. Sebelum meninggal baby tu kejang dan sawan. Yang sedihnya masa dia 'pergi' dia di rumah pengasuh tanpa ibunya di sisi sebab keluar bekerja... :'( so, for me.. kalau anak tak sihat biarlah kita as mom yang jaga n pantau sendiri... sampai anak betul2 sihat... :'(

Ye.. bukan mudah. Penat memang penat.. tapi nak buat macam mana. Dah nama anak kan.... xpela.. tak kisah banyak mana waktu tidur dan tenaga yang perlu my korbankan yang penting dhia ada depan mata dan my jaga dia.

Time dia demam ni memang dia nampak manja sangat.. nak ada My je depan mata. Nak My pegang n peluk dia setiap masa. Even masa bawa dia pegi hospital petang Isnin haritu dia dah lemah.. dah tak aktif n nak menempel dengan My je. Alahai anak.... sudahnya doc advise untuk warded...

Today... she's getting better. Dah cek darah n urine semua clear. Malam tadi badan dah tak panas. Dhia pun nampak dah ceria sejak petang semalam. Hopefully harini boleh discaj... :)

Anyway she's turned 9months yesterday.. how fast time flies kan... rasa macam baru semalam disahkan mengandungkan dhia.. ;) orang kata baby demam ni sebab nak tambah akal + nak besar... mungkin ada betulnya... ;) cepat sihat ye sayang....
Mommy ngan daddy sayang sangat kat dhia... besar nanti jadi budak baik hokayy... muah3!


6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

get well soon

e k i n ♥ y u s r i said...

get well soon dhia!

Rai Ourkizuna said...

alahai.. kesiannya.. get well soon dhia..

aznor ibrahim said...

demam2 pon comeyyyy...get well soon syg!

Chekgu Azrine said...

Tgok gmbr dhia ni terin.gat aish msa kena warded dulu..huhu..mmg seram je sbb risau.

m@m@yAyA said...

hye my..~

akhirnya jmp gak blog awk..akk da follow.@-@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers