9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 10, 2013

Dari ICU ke wad biasa

Assalam...

Alhamdulillah... Ahad lepas, masa datang tengok abah tengahari tu doc dah keluarkan wayar2 yang masuk dalam mulut ke perut gantikan dengan alat bantuan pernafasan biasa. Petang tu doc kata abah dah boleh dipindahkan ke wad biasa... 

Syukur.... Doc kata abah kuat... :')

Tapi abah masih lemah.. masih perlukan sedikit bantuan untuk bernafas, tak boleh bercakap banyak.. Bila dah pindah ke wad biasa semua pakat dok masuk nak tengok abah.. 

Masa dalam wad, abah siap mintak kertas nak tulis... rupanya abah nak tulis 'air'... 'minum'... Allahuakbar.. My tanya pada nurse boleh tak bagi abah minum tapi nurse kata abah belum boleh minum takut nanti sesak nafas. Kami hanya mampu lembab2kan bibir abah n titiskan sedikit air dalam mulut abah.. sian abah... :'(

Lewat petang Ahad tu dengan berat hati My tinggalkan abah n balik ke KL. Tapi sedikit lega bila abah dah keluar dari ICU. Enchek suami dah 3 hari unpaid leave.. tak sampai hati plak My nak menyusahkan hasben n tinggal lagi kat kg. Maafkan My abah... InsyaAllah minggu ni My balik jenguk abah lagi ye...

Setakat harini, Selasa akak kata abah masih sama. perlukan bantuan oksigen. Masih terlantar. Belum boleh makan.. belum boleh minum... :'( Mak n akak lah yang gilir-gilir jaga abah di wad. Apakan daya adik beradik lain tinggal jauh...

Kami 7 beradik. abang sulung di JB, kakak no 2 di Bt Pahat, Kakak no 3 satu2nya kakak yang tinggal Segamat tak jauh dari mak abah, abang no 4 di Perlis, My di KL, adik sorang tinggal dengan mak abah, adik bongsu di poli Merlimau. Alhamdulillah, masa abah tenat haritu semua balik... Cuma sekarang ni masing-masing terpaksa pulang. InsyaAllah masing-masing akan balik lagi beberapa hari ni termasuk abang dari Perlis. 

Bila mak abah dah tua n tak larat ni baru terdetik di hati kenapa la dulu lepas abes belajar aku tak duduk dengan mak abah... kenapa la jodoh aku bukan orang dekat2 atau orang Johor at least. Kenapa la aku kawen cepat sangat... Semua ni bermain dalam fikiran... Allahuakbar.. Siapalah My nak lawan takdir Allah... Allah lah sebaik-baik perancang... Beruntunglah anak-anak yang kedua orang tuanya tinggal berdekatan hari-hari boleh jumpa dan bertanya khabar... Macam kami anak-anak yang tinggal di perantauan ni? Hanya Allah yang tahu.... 

Ya Allah... izinkan kami terus berbakti pada orang tua kami... :'(


So, bila masing-masing dah balik ni tinggallah family kakak dengan mak. Nasib ada adik dapat jugak tolong mana yang patut. Tapi kesianlah jugak. Kami yang tinggal jauh ni rasa bersalah jugak. Kesian mak n kakak tak cukup tidur dan rehat gilir-gilir jaga abah... :'( 

InsyaAllah... hujung minggu ni akan balik lagi ke Segamat. Selagi abah tak beransur pulih InsyaAllah My akan balik tengok abah.... :'(

Abah... cepat sembuh ye....








Pengedar Shaklee anda: 
Maizatul Akma 
ID: 931432 sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)
 

3 comments:

msredcheesecake said...

bismillahi syafi... semuga abah cepat sembuh...

Nurzakiah Hanum said...

semoga cepat sembuh

Chekgu Azrine said...

semoga abah my cepat sembuh ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers