9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 26, 2013

Tawakkal...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... Seminggu tak pergi kerja cukup membosankan... :( yela bukan cuti dapat kuar berjalan pun... kena menanggung sakit lagi ado... Alahai chicken pox, bilalah kau nak baik... banyak benda My ketinggalan. Masakan tidak dahlah 60hari cuti bersalin, baru 2 minggu naik kerja dah sambung MC plak... maaf boss.. :(

2 hari ni kami kembali semula ke rumah sendiri atas-atas sebab yang tak perlu dinyatakan. Yang penting, susah senang biarlah kami tanggung sendiri. Baby sitter pun dah tak sanggup nak jaga Dhia waktu malam so terpaksalah enchek hasben yang menjaganya dengan bantuan My memandangkan My tak boleh nak pegang Dhia kerana chicken pox. Kalau boleh tak boleh duduk serumah pun dengan Dhia tapi apa boleh buat... Tawakkal je lah dengan harapan Allah pelihara kesihatan anak mummy... Amin...

Chicken pox My sekarang tataolah nak cakap macam mana. Kat muka ni nampak dah kering tapi kat bahagian abdomen masih mekar bintik-bintiknya. belum kering. Chicken pox pun nampak macam tak keluar semua lagi-lagi kat bahagian kaki.. nampak beberapa bijik je yang timbul. haih~... Apalagi My nak buat... :(

Cik B My pun masih belum sedia untuk teruskan penyusuan Dhia. Even boleh keluar darah plak... sedih memang sedih. My sedih bila tengok Dhia terpaksa telan susu lembu... :'( Susu badan still My pump untuk pastikan susu masih ada. Tapi hasilnya terpaksa dibuang. Ya Allah janganlah kau tarik hak Dhia yang satu ini ya Allah... izinkanlah aku untuk terus memberikannya yang terbaik sepertimana yang telah kau syariatkan... izinkanlah aku ya Allah... Aku terlalui merinduinya rindu untuk memegangnya erat... rindu untuk menyusukannya dengan susu badanku... sembuhkanlah segera penyakitku Ya Allah..... :'(

Tadi enchek hasben call. Dia kata, pengasuh sms bagitahu belakang kepala Dhia ada bintik-bintik merah. Allahuakbar. Dhia nak kena chicken pox plak ke? :'( Enchek hasben suh BS cek suhu badan Dhia... Ya Allah kau lindungilah anakku... :'( 

Apalah dugaan yang kami terima lepas satu... satu... :( Sabarlah wahai hati... Allah hanya menguji... moga kami sabar dan tabah hadapi apa jua yang datang... Amin....


Saturday, February 23, 2013

Hak Dhia yang terpaksa saya catu... :'(

Masih menderita diserang chicken pox... bukan sahaja menderita di kulit malah menderita di hati bila tak dapat nak sentuh dan kucup anak sendiri... ='(

2 malam biarkan Dhia di rumah BS dah cukup buat My tak keruan. Tidur malam asyik terjaga dan termimpi Dhia... suhu badan naik mendadak. 2 malam kejutkan hubby dengan suhu badan yang panas sambil menangis sebut nama Dhia... diberinya My panadol dan letakkan kain basah kat kepala sebelum My kembali tidur sehingga Subuh...

Akhirnya semalam My minta enchek hasben untuk ambil Dhia dan bawa ke rumah MIL. Ye, kami ke rumah MIL sementara My sanggup tumpang tidur di rumah seorang kawan baik. dekat dengan rumah MIL. So, Dhia dijaga nenek walaupun sebenarnya nenek kurang larat. Sesekali waktu hubby pegi kerja My jengah juga ke rumah MIL bantu apa yang patut tanpa menyentuh Dhia.. seksa memang seksa... tapi apakan daya... :'(

Sekarang ni yang buat My tambah-tambah sedih... bila bintik merah tumbuh betul-betul dekat kedua-dua cik N... Subhanallah... beratnya ujian kecilMu ini... Langsung My tak boleh nak teruskan beri Dhia susu badan My... :'( Stok susu My betul-betul dah susut.. ada My suarakan untuk cari ibu susuan untuk Dhia sementara waktu ni tapi enchek hubby seakan tak mengizinkan jadi terpaksa lah beri Dhia susu formula buat sementara waktu... kecewa memang sangat kecewa... sedih memang sangat sedih tapi My tak mampu nak buat apa.. Inilah hak Dhia yang terpaksa Mummy catu buat sementara waktu... maafkan mummy sayang... :( kalau My teruskan bagi susu badan khuatir jadi lebih teruk pada Dhia... :'(... So, untuk pastikan susu badan sentiasa ada My masih kena konsisten pumping tapi hasilnya terpaksa dibuang...:'( Kalau tak pump pun for sure Miss B akan bengkak dan My terpaksa pula menanggung kesakitan selagi tak dipump... :'(

Chicken Pox My masih belum ada tanda-tanda nak sembuh... sebahagiannya nampak belum muncul lagi terutama bahagian kaki. Banyak dah air kelapa yang My minum. Mandi pun My mandi guna sabun daun semambu. Tapi macam tu je lah. Bintik-bintik ni nanti akan jadi ape ye korang? meletopkah? lepas tu? arghhh cepatlah sembuh... tak sanggup nak hadapinya lebih lama lagi... :( akibatnya, cuti kerja lama... cuti pegang anak pun lama... :'(

Ya Allah.... sembuhkanlah.... :'(

Thursday, February 21, 2013

Saya dilarang untuk mendekati anak sendiri... :(

Salam readers...

tatao dari mana nak mulakan.. tatao pada sapa My nak luahkan... tatao berapa liter dah airmata ni mengalir.. mengalir sebab terlalu rindukan satu-satunya puteri kami, Dhia Batrisyia... :'(

3 hari lepas My tiba-tiba demam. Sehari seblum tu dah rasa seram sejuk kat ofis. Malamnya ke klinik suhu 38'c... MC esoknya. Sempat pergi berurut sebab My ingat sebab My terlalu letih. Tapi lepas tu demam masih on off. sakit-sakit badan masih terasa. Ditambah dengan keletihan menjaga Dhia yang meragam taknak tidur gara-gara selsema+berkahak. Semalam My tak datang kerja lagi.. Sampailah masa tengah mengepam My perasan macam ada biji-biji merah di badan. MasyaAllah.. banyaknya! Dalam kepala hanya fikir denggi atau chicken pox!!

Nasib baik masa My perasan biji merah tu enchek hubby dah pun odw balik rumah. My suruh balik awal bawa pegi hospital sebab My on off demam n Dhia plak meragam sebab selsema+kahak dia masih banyak. Tak lama tu enchek hubby sampai. My persiapkan apa yang patut untuk ke hospital.

Masuk bilik doctor, bila dia tengok bintik-bintik merah tu... sah chicken pox! alahai... dah tua-tua bangka macam ni baru nak kena memang bengkek giler la kan... -..- Doctor yang rawat tu plak bukan bahagian pediatrik atau O&G so bila My tanya bab penyusuan dan jangkitan pada anak dia call sorang doc perempuan untuk pengesahan. 

Alhamdulillah... masih boleh breastfeed anak malah sangat-sangat digalakkan untuk antibodi anak. Cuma kalau boleh jangan bagi direct. Pasal jangkitan, doc cakap memang sangat senang berjangkit.. so, jangan pegang anak sekurang-kurangnya seminggu. doc tu cakap macam serious sangat je sampai kalau boleh jangan duduk serumah dengan anak... :'(

Ah sudah.. keluar bilik doc kitorang dah terfikir nak suruh sape jaga anak sepanjang My kena chicken pox ni. My cuma terfikir MIL n BS je. Alahai nak letak rumah MIL jauh sangat dengan anak nanti... Nak letak dengan BS pun risau jugak yela sebab orang luar kan... Lepas balik dari spital memang My tak dukung anak langsung. sesekali je usap celah kening dia bagi dia tidur. Kebetulan bawa adik ipar teman sekali gi spital so dia yang dukung Dhia sepanjang balik.

Sudahnya, sebab ini pengalaman pertama My kena chicken pox (agaknya lah) dan first timer kami jadi mummy daddy so sebab risaukan Dhia, malam tadi Dhia tidur kat rumah BS... MasyaAllah.. balik je rumah teresak-esak My nangis. Pakaian Dhia yang belum berbasuh My cium puas-puas... :'( terngiang-ngiang suara Dhia berborak dengan mummy daddy... Ya Allah rindu sangat kat anak mummy... :'(

Kami cadang nak letak Dhia siang malam di rumah BS sepanjang seminggu ni. Nak bawa Dhia balik rumah waktu malam boleh je asalkan My kuarantinkan diri dalam bilik n enchek hubby jaga Dhia. cuma tu lah My risau kalau tengah-tengah malam Dhia bangun nak menyusu.. Sah-sahlah enchek hubby takkan terjaga eventho tangisan anak tu sebelah telinga dia je! haih~ n kalau My kejut dia still My kena keluar bilik jugakkan... pastu nak panaskan susu ke, nak ke toilet ke.. nak minum ke... still ada risiko untuk berjangkit kan... :'( Allahuakbar....

La ni sorang-sorang kat rumah. enchek hubby gi kerja. Dhia? kat rumah BS lah mana lagi. Rindunya kat Dhia sampai termimpi-mimpi dia tadi... :'(

Sekarang ni, My confuse. Apa yang perlu My buat. My ada gak tanya sana sini. Ada yang kata ok duk serumah ada yang kata memang sangat senang jangkit n kalau boleh jauh-jauh. ada yang kata takpe kalau baby berjangkit ada yang kata bahaya/kesian kalau baby berjangkit... Alahai... mana satu My nak ikut n percaya ni... semalam doc cakap pun macam serious bahaya sangat. Kalau ada tanda-tanda baby lain macam dari biasa cepat-cepat bawa gi spital katanya. Yela, baby bawah 5 bulan ni antibodi belum kuat lagi kan.. senang kena infection tak kira kat mana pun. 

Ya Allah sembuhkanlah penyakitku segera agar aku dapat bertemu Dhia kembali... :'(

Yu ols ada tak petua bagi chicken pox ni cepat baik? :( Sekarang ni dah penuh kat abdomen. Kat muka pun dah naik. ahhh gatalnya toksah cakap lah. rasa nak garu-garu je... :( 

Hurm... My risau jugak letak kat BS ni. Dah lah sah-sah BS akan bawa dia keluar sana sini... :'(

alahai siannye anak mummy kalau kena mcm ni...:(

Dhia, mummy rindu Dhia... mummy rindukan senyum tawa Dhia.. :(

Monday, February 18, 2013

Ada anak memenatkan!

Ye… memang penat. Lebih penat daripada time preggy. Mana nak galas tugas sebagai isteri lagi… dengan kerja-kerja rumah lagi… dan bertambah-tambah lagi tanggungjawab bila dah ada anak ni… Badan ni haaa lenguh-lenguh seharian melayan anak… setiap malam mesti kena minta daddy nya tolong urutkan bagi lega sikit. Subhanallah penatnya Allah saja yang tahu…



Tapi, penat ni adalah anugerah Allah yang mungkin tak semua wanita memperolehinya.  Syukurlah My… kau dah bergelar isteri dan ibu di usia yang menjangkau 26 tahun. Alahai Dhia… sayangnya mummy pada Dhia Allah saja yang tahu… Mummy faham… di usia Dhia macam ni Dhia tak pandai nak ekspresikan apa yang Dhia mahu selain menangis. Kalaulah Dhia pandai berkata-kata pasti Dhia dah jerit… “mummy, Dhia nak susu! Mummy… Dhia sakit perut!! Mummy… hidung Dhia tak selesa!... Mummy, tolong tukar pampers Dhia.. Mummy, Dhia mengantuk tolong tidokan Dhia!... Mummy, Dhia tak suka baring dukunglah Dhia bawalah Dhia jalan-jalan…”…. Maafkan mummy kalau mummy belum faham setiap permintaan Dhia.. berikan mummy masa lagi ye sayang…

Haih~ meroyan plak My ni kan hehe. Saje je nak bagitahu yang My happy ada anak but at the same time My agak penat dengan kehidupan baru ni. Tengok raut wajah Dhia My lupakan segala penat lelah.. kau anugerah terindah sayang…


2 hari ni kami duduk rumah je. Sabtu berdua-duaan di rumah dengan Dhia sementara enchek hubby gi kerja. Malam tu daddy Dhia bawa jalan-jalan gi tesco.. bawa Dhia naik stroller.. elok je dia diam hehe. Ahad. Duduk rumah sebab ada kawan nak datang tengok Dhia. 2 hari ni banyak melayan Dhia je. Buat kerja rumah pun lambat-lambat. Masakan tidak.. bila tidokan tamo tido.. letak bawah tak lama tu mengamuk.. Bila diangkat baru senyap.. Suka duk kat riba kita… layan tivi dengan dia. Sudahnya kerja mummy tertangguh. Haih.


Dah beberapa hari ni Dhia kena flu. Tekak dia berkahak. Pegi klinik doc bagi ubat tapi tak berani nak bagi Dhia yang baru 2 bulan tu makan ubat. So, kami usaha sendiri je macam sedutkan hidung dia… tepuk-tepuk belakang dia bagi keluar lendir… sapu vicks kat dada, leher. Malam tadi Dhia tersedak kuar sikit lendir. Kami pun apa lagi sedut hidung dia bila lendir tu kedengaran kat hidung. Melalak-lalak jugaklah dia sekejap. Pujuk-pujuk pastu dia diam… Nampak dah lega sikit. Tapi masa bangun susukan dia awal pagi ni dengar lagi srok srek nafas dia menandakan masih ada kahak. Alahai siannya Dhia. Awalnya nak ajak enchek hubby gi klinik dulu tapi bila fikir-fikir ni kang mesti doc bagi ubat lagi so kalau pergi sia-sia je. Hantar je lah pegi rumah BS pesan kat dia sapukan ubat kat dada Dhia. Balik ni kalau tak elok gak camne ye. My ingat nak bawa gi buat nebulizer… tapi boleh ke? Tak sampai hati lah tengok dia macam tu…


Kalaulah sakit Dhia tu boleh pindah kat mummy.. mummy rela sayang…. :(



Teringat berita Amah lambung anak malam tadi.. damn it! Thanks God ada cctv kat rumah tu. Moga amah tu dapat balasan setimpal. Tak dapat bayangkan kalau ianya terjadi pada anak sendiri. Kalau My tu, dah ganyang-ganyang amah tu sebelum serah pada polis. grrrr

Thursday, February 14, 2013

Si Botak yang Comel


2 bulan cuti bersalin haritu memang cukup buat otak My tepu. Rase macam dungu semacam je bila dah lupa cara nak bekerja. Boleh gitu? -..-  Rasa macam dianaktirikan pun ado bila orang yang dulu replace tempat kita masa maternity kini lebih tau lebih dari kita hehe. Lady boss dah bagi task last week tapi once dapat task terpinga-pinga My dibuatnya. Mulalah tertanya-tanya.. dari mana harus aku bermula? Fuhhhh… cari balik semangat bekerja yang dah lama diperam… come on My u can do it!!

Blog sekarang dah macam tapai rasanya. Dengan header, skin tak bertukar-tukar… tu atas tu gambar masa zaman den anak daro tu takdo dah badan cenggitu dah… haha. Tak menyempat nak tukar. Takpe, bukan priority so biarkan dulu. Yang lebih penting? Tanggungjawab pada suami dan anak & tanggungjawab sebagai kuli di tempat My bekerja. Ye…. 24 jam sehari sekarang seakan 24 saat.. fuhhhh bukan masa yang tak cukup tapi My yang belum pandai nak manage masa. Takpe, slow-slow kayuh InsyaAllah My akan biasa dengan kehidupan sekarang. Amin….


Anyway, cuti CNY yang lepas (yang tak rasa macam cuti tu sebab masa berlalu terlalu pantas!) My balik kampung mak abah di segamat. Seronok sangat sebab dapat berkumpul semua adik-beradik. Bukan senang kami 7 beradik dapat berkumpul serentak macam tu… raya pun belum tentu dapat sebab turn beraya ada yang tak sama (sorang mungkin turn rumah mertua). Yela dah sedia maklum kami semua tinggal jauh-jauh sorang duk utara, sorang duk selatan, sorang duk timur, sorang duk barat huhu. So, time-time camni bila dapat balik semua memang sangat bermakna. Kami buat majlis tahlil dan cukur jambul Dhia haritu. Alhamdulillah… Dhia lolap masa makcik-makcik tu potong rambut dia hehe so takdelah dia tunjuk taring meragam ke melalak ke hehe. Walaupun rambut macam tak berapa nak ado kan potong je lah kontot mana pun cukup syarat…:D Petang tu daddy n aunty dia duk sama-sama botakkan kepala dak kecit tu hehe… licin kepala anak mummy… :)

Aqiqah Dhia My buat dekat EziQurban je. Selain harga kambing lebih murah boleh gak berbakti kepada yang memerlukan kat luar negara tu. Biasanya aqiqah diorang akan adakan di negara-negara luar yang memerlukan. Once dah buat aqiqah sijil akan diberikan. Alhamdulillah… senang. Tayah susah-susah nak cari kambing buat korban niatkan je wakilkan EziQurban untuk melaksananakan Sunat Muakkad tersebut… :)



Dhia sekarang semakin bijak… Dah pandai berborak-borak dengan mummy daddy. Lagi-lagi dengan daddy…kemain dia kalau borak walaupun kami tak faham apa yang dia cakap layankan aje la hehe. Dahlah makin di ajar direct bf makin liat dia nak terima. Kemain ngamuk dia kalau My sua Miss B kat mulut dia. Seboleh-boleh dia taknak isap walaupun My dah picit-picit kasi hint yang susu boleh diperoleh dari situ jugak! Dia taknak. Nak jugak botol… bila sua puting botol kemain lahap dia hisap.. alahai Dhia… Takpelah, salah mummy gak bagi botol awal-awal kat dhia.. sekarang dhia taknak df mummy gak yang susah huuuuu. Takpe, mummy takkan putus asa! Mummy akan usaha lagi untuk pujuk anak mummy ni… and at the same time mummy pun takkan malas pump susu untuk dhia. Mummy akan pastikan Dhia minum susu mummy je sepanjang 2 tahun ni ok! Mummy akan berusaha dan terus usaha!!! Amin….. :)


Tuesday, February 5, 2013

Perihal Baby Sitter a.k.a Pengasuh


Masuk harini dah hari ke-5 Dhia dihantar ke rumah baby sitter a.k.a pengasuh. So far, oklah. Akak tu cakap dia takde meragam sangat pun. Biasa nangis nak susu je. Hurm… hope so.

Perihal Baby Sitter ni dari haritunak hapdet tapi tak berkesempatan. Dah bersusun dah entri-entri yang nak di post dalam pale otak ni tapi biasalah 24jam sekarang rasa macam 24 saat je… L

Pencarian baby sitter untuk Dhia semudah ABC je. Idaklah kami duk mencari calon-calon sekian-sekian lepas tu vote mana terbaik. Enchek hubby saje bertanyakan pada sorang brother belakang rumah ni sebab dengan brother tu je lah yang dia baik dekat area taman tu kannn… dan kebetulan bini dia dulu penah jaga baby. So, terus enchek hubby mintak borang kosong huhu. Awalnya kami main-main je tapi bini brother tu nak pulak jaga bakal anak kami. Memang dari preggy lagi dah deal so memang kami takde pening-pening kepala mencari baby sitter. Kire settle la.

2 minggu sebelum My naik keje, kami pulang ke rumah. Dah inform awal-awal dekat bakal baby sitter nak hantar Dhia seminggu awal sebelum My naik keje. Bagi dia kenal Dhia dulu n bagi dia training how to handle susu ibu perahan. So, beberapa hari sebelum hantar Dhia ke rumah BS my suruh enchek hasben tanya BS apa yang dia nak untuk keperluan menjaga baby. So, here the list:
  • Car Seat
  • Stroller
  • Buaian
Ops! Very the demanding BS ya??? Ok terkejut jugak pada awalnya. Enchek hasben balik cakap kat My yang diorang (family BS) akan buat anak kita macam anak dia. Kakak BS tu akan keluar ambil anak dia balik sekolah so she need car seat. Kakak BS tu perhaps anytime akan keluar ke mall ke, pasar ke so she need stroller. So, secara tak langsung dah tentu dia kena mengangkut anak aku bersama. Wallah! Seriously, kalau My tau dari awal yang dia ni bukan jenis yang duduk rumah doploh ampat jam My takkan hantar Dhia kat rumah die… L

Tapi, enchek hasben ni bukan jenis prasangka atau bimbang terlebey macam My so.. dia kata takpe bagi je akak tu jaga at this moment. Kita tengok dulu. Fine… nak marah lebey pun tak guna dia ketua keluarga kan. dalam hati My jangan dah terhantuk baru nak mengadah… L Anyway, sehari sebelum hantar Dhia ke rumah BS kami keluar membeli belah menghabiskan duit untuk beli segala keperluan tu untuk BS. At the same time, kami beli tu bukan untuk BS je pakai. Membazir kan. Beli yang jenis elok sikit. Time weekdays bagi BS pakai. In case kami nak pakai (cth: car seat) kami akan ambil. So, setakat hari itu kami dah beli car seat dan buaian. Stroller? Tunggu lepas CNY… My nak bawa balik dari kampung… akak My nak bagi car seat lama anak dia yang dah tak pakai. Kitorang punya? Beli baru kemudian huhu.

Lain-lain keperluan? Keperluan Dhia la. Macam pakaian dia, mandian dia…

Setakat 5 hari My hantar dia ni, for sure BS akan angkut Dhia pegi amik anak balik sekolah. Haritu dah dua kali tu dia bawa Dhia keluar. Sekali gi rumah sedara katanya. Lagi sekali ke pasar. Pasar basah la My rasa sebab dia pegi pasar tu pagi-pagi. Cube yu ols bayangkan macam mana My rasa… Entahlah My ni jenis mulut berat nak marah lebey-lebey pun cakap kat enchek hasben je. Nak suruh tukar BS immediately? Arghhh lagi My berat mulut. N sudah tentu enchek hasben pun takkan semudah itu untuk tukar tanpa sebab musabab yang munasabah. Ya Allah… risaunya My…

Ok takpe. Bagi chance. Kita tengok macam mana. Sampai masa, kalau ada sesuatu berlaku pada Dhia.. My takkan diam diri. Tidaklah My nak terjadi apa-apa pada Dhia… oh simpang malaikat 44. In case..... Huh…. Ya Allah kau lindungilah anakku ya Allah…. permudahkanlah hambamu ini…L

Harini BS call enchek hasben bagitahu Dhia taknak tido bawah. Nak masuk buai. Buai benti dia bangun. Pendek kata… BS nak ‘motor’ lah bagi buai tu automatic gerak sendiri. Grrr… Enchek hasben bgtau balik ni nak gi beli. Grrrr bukan murah kau. RM180+!!

Uwwwaaaaa.... kalaulah mummy n daddy mampu... mummy dah duk umah jaga Dhia!!!! tayah hantar gi BS.... Dhia... maafkan mummy... L

owh ye lagi satu... bayaran untuk baby sitter adalah RM300/month. Tempat kami bukan area KL ye.. bukan juga kawasan bandar. Kawasan taman tapi dah ke arah dekat dengan kampung-kampung sikit. Jiran-jiran My cakap range BS kat situ RM250... hurm... enchek hasben cakap... takpela, berbaloi la tu kalau jaga dari 7pg-7mlm... grrrrr!

I don't think worth it kalau mungkin BS kena ganggu waktu tidur Dhia bila dia perlu keluar beli barang, pegi pick up anak balik skolah! am I right???

arghhhhh bersangka baik bersangka baik..... will see....

Sorry guys kalau entry ni agak serabut dan carca marba. till then!

Monday, February 4, 2013

Back to Work!

Akhirnya…. Berakhir sudah percutian selama 60 hari selepas berpantang melahirkan puteri terchenta, Dhia Batrsyia. Subhanallah.. Allah je tahu macam mana rasanya tinggalkan anak sendiri dalam jagaan orang yang tidak kita kenal rapat a.k.a orang luar. Apa yang My harapkan, anak secomel Dhia akan dijaga sebaik-baiknya…. Sebak sangat nak tinggalkan dia pagi tadi. Dahla baru bawa dia pergi injection 2 bulan. Melalak-lalak dia lepas kena inject sampai bengkak-bengkak mata. Alahai siannya anak mummy. Balik rumah pujuk-pujuk dia, bagi susu baru dia diam n terlelap. Sampai rumah BS dia celik nampak My terus dia senyum… dah ok barangkali. Tak sabar tunggu petang mummy rindu Dhia! L

First day keje? Agak janggal sikit. Mana tidaknya 2 bulan cuti kauuu… nasib baik tak lupa mana satu workstation den haha. Tapi skejap je lah lama-lama dah kembali kepada diriku seperti 2 bulan yang lalu, Cuma bezanya… dahku yang dulu tak se slim dahku yang sekarang… :D Alhamdulillah ramai yang kata dah kurus… Ops! Jangan kembang! Kurus ini takkan statik macam ni je… can be more slim or re-bigger! So, beware on what u eat! Lebih-lebih lagi bila dah naik keje ni… lots of foods will coming in front of your eyes soon! -..-

Errr… korang nak kurus gak? Meh amalkan supplemen Shaklee… J more info sila sms/whatsapp 019 336 4122 hoke… (iklan kejapppp...:P)

Ok first day nampak relax sikit… Cuma tengah review on our new website n do a little bit uploading works on it. esok? Lusa? More projects will come soon I guest! Sejak-sejak company dah rebranding ni My sure there will be more exciting tasks to do it soon… hurm….

Apapun, My harap dapat biasakan diri sebagai pekerja… and at the same time My dah jadi Dhia’s Mummy!!!!

Ya Allah… permudahkanlah…. 

Saturday, February 2, 2013

Setia Hujung Nyawa

Heeee...  mentang-mentang sekarang tengah hot drama slot akasia kat tv3 bertajuk Setia Hujung Nyawa... tajuk pos pun tak nak kalah haha. Kalau korang tergoogle drama tu kat sini sorrylah ye entri ni takde kena mengena langsung dengan citer tu wakakaka...

Actually post ni dah overdue... biasalah dah ada anak kecit ni memang susah nak cari masa nak berblogging... :) Anak is priority so... pentingkan yang lebih penting dulu hehe. Sekarang anak sudah kenyang sudah tido makanya bolehlah mummy curi-curi berblogging...:D

22 Januari lepas genaplah usia perkahwinan My dan enchek hasben yang pertama kali. Alhamdulillah... how time flies kan... rasa macam baru bertunang.. macam baru dok prepare itu ini for coming wedding. Fuhhhh lum setaun kahwin dah keluar pun bukti chenta kami... Dhia Batrisyia.. hehe... Rasa nak bersanding lagi skali je.. tapi bawa anak sekali ngeee~




Harapan My, moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.... moga My dapat menjadi isteri yang terbaik buat suami.. moga My dapat menjadi isteri yang tidak menyakiti hati suami... Memasak? haha belum perfect lagi. lagipun, sejak kawen bape kali sangatlah masak.. time keje memang tak dan langsung. weekend sekali sekala... so sebab tu lah belum perfect memasak kuikui. Lagipun enchek hasben sendiri yang cakap beli kat kedai lebih menjimatkan dari masak sendiri kat rumah haha.. so takleh cakap ape lah kan.. cakap suami jangan lawan...:D

Untuk anak kami.. My harap dapat berikan yang terbaik untuknya.. Moga Allah permudahkan kami untuk menjaga dan mendidiknya Amin... 


2 hari lagi dah nak masuk keje... Allahuakbar.. dah terasa bahang-bahang rindu teramat pada anak mummy...:'(... Ya Allah permudahkanlah pengasuh anakku... Kau peliharalah kesihatan dan keselamatannya walaupun ketika dia tidak bersama kami... Amin ya Rab....

Dear hubby n Princess mummy... mummy love both of you sooooo much.... :-*

till then!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers