9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, March 29, 2013

Dhia oh Dhia


As salam readers… woooo how many days I didn’t post? Huuuuu~ been very busy. Errr busy ke? Not really cuma kekangan waktu. Priority come first.. so belog naifku terpaksa diabaikan… :P

Perihal kerja.. ok je. akan padat with task soon. perhaps. Nyaris-nyaris rasa nak mengalah with my career.. ada rasa demotivated seketika haritu… dunno why… penah rasa perasaan seumpama ini 2 years back.. but Alhamdulillah I can survive until now. So now, takkan tak boleh ye dak? Ni semua mainan perasaan je. Lebih-lebih berperasaan bila dah kawin n dah ada anak plak sekarang ni. hurm… U can do it My… !



Anyway, masalah baby sitter dah selesai. Pengasuh recommend another BS dekat-dekat area rumah gak. Alhamdulillah dia tak fikir panjang.. boleh jaga Dhia. Kakak tu age range die around 40+.. Nampak okay.. banyak mulut gak. Yang penting bukan jenis aktif keluar sana-sini. So InsyaAllah Dhia takkan kerap kesana sini lagi. Husband dia pun keje jauh, KL. Berulang naik train katanya. Cumanya yang merisaukan dia ada jaga 2 orang budak currently. Sorang 5 tahun sorang lagi setahun lebih. Dua-dua boy. Haih… But seems like akak tu confident je bleh tambah lagi sorang… Nak survey survey lagi manalah kitorang ada masa. So, why not cuba dulu. Akak tu pun kata dia akan cuba jaga. Kalau ada yang kitorang tak puas hati dia kata bagitau je n dia tak kisah pun. Then oklah… will see how…

So, today will the last day Dhia dengan current BS. My dah selesa dah senanya dengan BS sekarang. Cumanya yang tak berkenan bila dia suka keluar sana sini n ofkos lah kena angkut Dhia sama. Lagipun dia dah reti n biasa handle susu badan untuk Dhia. Coming BS ni My dah bagitau awal-awal Dhia minum susu badan, nanti My ajar dia macam mana nak handle. Harapnya dia faham n senang nak handle SIP soon. My harap Dhia dijaga dengan baik.. keselamatan dan kesihatannya terjamin… Taknak jadi macam haritu dengan current BS…

Kuku Dhia memang My kerap potong. Tapi walaupun dah potong kuku tu still rasa tajam bila dia mencengkam. Dhia plak dah tak pakai mitten n sekarang ni memang tangan dia tengah gatal pegang itu pegang ini.. n one thing dia sangat suka buat adalah dok garu-garu kepala… Kalau dibiarkan Dhia sorang-sorang for sure datang balik dah luka belakang kepala dia. Kalau dengan My memang My selalu tepis tangan dia n kalau aktif sangat My akan sarungkan gak mitten. Kalau dia tido pun My akan sarungkan mitten even dia berbedung confirm tengah-tengah malam kang dia berjaya lepaskan diri so kena pakai mitten kalau tak berparutlah belakang kepala. Asal kat rumah BS My balik je mesti ada luka baru. Haritu sampai berdarah. Alahai dah tau Dhia tu tangannya tak reti dok diam pakaikan je lah mitten kak oi… sian My tengok dah banyak parut luka belakang kepala dia.

Satu kes lagi haritu  Dhia lebam. Masa My nak amik Dhia akak BS tu dah bagitau awal-awal yang tengahari tu masa dia baru lepas cuci Dhia berak, dia tak sengaja terjatuhkan botol water spray kat muka Dhia. Korang dapat bayangkan tak? Spray bottle yang selalu orang dok guna cuci baby berak tu? Masa tu bekas tu My tengok tengah penuh dengan air.. bayangkanlah botol seberat itu jatuh kat muka anak kau… pergh… menangis gak Dhia kejap dia kata. Mau tak nangis. Kalau terjatuh kat kaki kita yang dah tua Bangka ni konpem terkedu kejap menahan sakit inikan baby 4 bulan?? Alahai sentap mak bila tengok pipi anak lebam tapi nak buat macam mana benda dah jadi. My senyum je lah dah dia ngaku dia buat. Takkan My nak claim dia dera Dhia plak kan… hurm kesian Dhia… :(

Apapun, moga coming pengganti BS Dhia ni adalah yang terbaik.. Moga Allah lindungi keselamatan anak mummy, moga Allah pelihara kesihatan anak mummy tak kira kat mana pun.. with or withour mummy... love you Dhia! ;-*


 

Tuesday, March 19, 2013

Alahai Babysitter


Baru berkira-kira nak cari babysitter baru untuk Dhia tup tup semalam… BS bgtau enchek hasben dia boleh jaga Dhia sampai end of this month je. Wallah! Dulu awal-awal dia gak yang meng’offer’ kan diri untuk jaga Dhia laa ni baru 2 bulan dah surrender? Alasan yang diberikan kakak BS tu nak join kursus. Kursus menda ntah tataolah plak.

Allahuakbar.. lepas satu, satu. Dugaan dugaan… Sedia maklum kami belum jumpa pengganti BS dhia ni. Memanglah cadangnya nak tukar tapi bukan secepat ini. Tak sangka plak dia lebih dulu cakap tak boleh nak jaga. Tataolah kalau dia rasa susah nak jaga Dhia? Tak kot… sebab dia penah kata sebelum ni Dhia ni senang bela. Ntahlah mungkin BS tu tak larat kot. Lepas tu tak rasa bebas. Yela, walaupun tak bekerja tapi dah biasa aktif ke sana sini.. Bila dah ada komitmen nak kena jaga anak orang ni mungkin pergerakan tu terbatas sikit. Takpelah… apa nak buat…

BS tu ada cakap nak tolong carikan BS baru kalau ada. Memang eloklah kami pun bukannya kenal orang sangat kat area rumah tu. Hurm, bagi My Dhia ni sekarang tak susah pun nak jaga. Yela, kita mummy dia kan dah kenal perangai anak kita. Lagipun dia dah tak macam dulu banyak ragam. Dia cuma akan menangis kalau nak susu, perut kembung, bosan, mengantuk… Kalau tak, memang dia banyak main nak bercakap je. Kalau betul-betul dah kenal Dhia for sure boleh handle. Now, bila dah kena tukar BS baru ni risau plak My. Yela nak kena kenal orang baru lagi. Lepas tu boleh ke dia handle susu ibu? Itu lah part yang bila pikir urghhhh… Harap-haraplah dia faham and pandai handle SIP. InsyaAllah selagi My mampu nak beri susu badan pada Dhia.


Haih… nasib baiklah Dhia belum kenal orang lagi. Tapi tu lah… kesian kat Dhia… kena pass sana sini. Kalaulah Dhia boleh berkata-kata mesti dia nak mummy dia yang duduk rumah jaga dia kan… Kalaulah boleh mummy dah apply jawatan fulltime housewife kat daddy sayang.. apa daya mummy… mummy kena tolong daddy… Kesianlah kat daddy nak bayar hutang rumah, kereta sorang-sorang. Mana nak beli pampers Dhia lagi.. kan…

Allah betul-betul uji kami lepas ada anak ni. Ye, My sedar… My tak boleh cepat melatah. Penat.. memang penat. Bangun awal pagi siapkan diri n anak… berkejar pergi keje balik keje.. Balik rumah bukan terus boleh rehat.. Walaupun tak memasak kerja-kerja lain perlu diuruskan. Nak melayan Dhia lagi kalau dia taknak tidur.. Selagi anak belum tutup mata, selagi tu lah mummy tak boleh lelap..

Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini…. permudahkanlah urusan seharian kami.. permudahkanlah kami menjaga anak kami… ketemukanlah kami dengan pengganti pengasuh Dhia yang terbaik… Amin….

Iklan: Memerlukan khidmat babysitter di kawasan Serendah/Rawang, Selangor. Muslim. 7.00pagi hingga 7.00 malam. Sanggup handle EBM untuk Dhia. Kalau ada contact, bolehlah bagitau My ye. Ada nursery kat sini tapi available sampai pukul 5.00pm je.. L

Thanks for reading this! 









Pengedar Shaklee anda: 
Maizatul Akma ID: 931432 
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 

 Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Monday, March 18, 2013

'Kemeruduman'


Hi readers. Owh dah few days tak hapdet belog. Nampaknya dah nampak tanda-tanda kemalasan di situ. Adakah belog ini bakal bersawang soon? Will see…. :(

Anyway… last week 3 hari Baby Sitter cuti ‘bekerja’. Kena potong gaji ni! Selasa till Khamis. My cuti on that Tuesday, esoknya Rabu enchek hasben pulak cuti jaga Dhia. Ikutkan hati mahu saja My cuti seminggu tu tapi memikirkan kedatangan yang semakin merosot dek kerana MC due to chicken pox before, My terpaksa lupakan. Yelah, biarkan hubby jaga. Owhhhh susah nak percaya dia perfectly boleh jaga at this moment. Itupun dia bawa Dhia gi rumah MIL. Katanya, at least ada ‘back up’. Mahu nye tidak kang ada plak si Dhia yang jaga Daddy.. -..- Lagipun I know my enchek hasben mesti gabra kalau Dhia menangis n dia tak dapat pujuk hihi. Apapun, Thanks sayang sebab replace me for the second day. Third day? Terpaksa gak mintak tolong MIL jaga. Mintak tolong SIL jaga sekali coz MIL bukannya larat sangat nak dukung n melayan si kecit tu.

Bayangkanlah 3 hari tu rasa macam hape je. Yelah, kami mana ada sape-sape nak mintak tolong bila jadi perkara macam tu. Memang serabut fikir sape nak jaga Dhia.. Nak keje ke tak.. bla bla bla n bla… Nak harapkan MIL memang kena fikir 10 kali. Itupun pilihan terakhir kalau dah terdesak sangat. Otherwise… memang kami buntu. Bila BS sms bagitahu tak dapat jaga for the next 2 days tu alahai… tersepit antara kerja dan anak. Kesian Dhia.. di usung ke sana ke mari… Thanks Allah that 3 days berakhir sudah. On Friday baru BS betul-betul sihat. Hurm….

Bertambah-tambah lagi dugaan bila susu badan untuk Dhia seakan merudum. Sedia maklum My memang dah kehabisan stok ebm. Dhia pulak susah nak DF jadi hasil pumping memang untuk dia minum n bekalan kat rumah BS. Setiap kali pump hanya mampu cecah 3oz. Itupun kadang-kadang berhempas pulas sambung buat marmet semata-mata nak cukupkan level 3oz tu. Ya Allah tolong jangan duga aku macam ni! Apapun still bersyukur sebab masih boleh bekalkan susu untuk Dhia di rumah BS walaupun ‘pump hari ini untuk stok esok hari’….

Dhia plak sekarang macam dah tak cukup sekali minum 3oz.. sebab dia dah kerap menyusu. Biasanya 3-4 jam sekali tapi sekarang adakalanya tak sampai 2 jam dah nak susu lagi. Haritu pun kat rumah BS habis 7 botol. Biasanya Dhia minum cuma 5-6 botol saja. Nasib baiklah My bekalkan 8 botol kat BS. Ok. Nampaknya My dah kena tambah jumlah penyusuan untuk Dhia… 3.5 oz.. 4 oz mungkin? Fuhhh cabaran sungguh.

Lepas ni kenalah bertungkus lumus supaya susu badan ni produce more untuk keperluan Dhia… Apa lagi My nak buat ye? Mungkin My a bit stress lately ni kot. Dengan MC nye, hal BS lagi… supplemen pun asyik skip je. Jadual pumping memang My buat every 2/3 hours. Cuma sekarang ni kena rajin buat power pumping plak bila susu merudum ni. Supplemen kena maintain ambil.  ESP & Alfalfa Shaklee memang help me lots tapi kalau tak konsisten tak guna gak kan. Ok My pls rajinkan diri untuk anak anda!

Mommies out there… kalau ada tips untuk banyakkan susu badan ni share pls… I hate formula milk… rasa kejam sangat bila terpaksa bagi anak susu lembu… L susu badan ni hak anak yang harus kita jaga.. yang harus kita berikan pada empunya… InsyaAllah… masih ada lagi rezeki untuk Dhia… Sekurang-kurang My perlu bertahan sehingga Dhia dah boleh makan solid food nanti… sebab bila dia dah start makan mungkin jumlah penyusuannya akan berkurang, right?

Ya Allah permudahkanlah perjalanan penyusuanku ya Allah.. izinkanlah aku untuk terus menyusukan anakku sehingga umurnya 2 tahun+ seperti mana yang telah kau syariatkan… Amin….!





Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
Member ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Tuesday, March 12, 2013

cuti kerja lagi...

Alahai... tak pasal-pasal kena EL harini. Babysitter Dhia sms enchek hubby bgtau tak dapat jaga Dhia harini... tak larat demam katanya. Memang dah 2 hari BS tu tak sihat senanya. Tapi harini makin menjadi-jadi demamnya langsung terus tak dapat nak jaga Dhia...

Kami suami isteri dah serabut kepala fikir sape nak jaga Dhia... Enchek hubby tak boleh nak cuti. My? Banyak hari sangat dah tak datang keje. Kan ke minggu lepas baru naik keje selepas 2minggu MC? Haih mulalah rasa serba salah tak tentu pasal... Kami bukan ada sape dekat sini. Nak hantar kat MIL? Tak sampai hati sebab MIL bukannya larat sangat dah. Nak dukung Dhia pun alahai... lagilah Dhia ni dah 5kg+. Nak melayan Dhia lagi nanti... kesian.. :( ipar-ipar My pun takde yang housewife huhu semua berkerjaya....

Sudahnya, My lah yang terpaksa mengalah. Duk rumah jaga Dhia. Apa boleh buat... dah ada anak ni kenalah berkorban sket. n normal lah early stage mungkin ada masa-masanya i'll not available to go to work. Mahap boss... :(

Nak kata ada anak ni menyusahkan? Ada anak ni buat kerja terbatas? Owh tidak sama sekali. Anak kan amanah.. anak ni pembuka rezeki.. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Ni cuma dugaan kecil yang Allah bagi. Allah cuma nak duga kami mampukah menjaga amanah yang diberi... Allahuakbar....

Moga Allah permudahkan urusan My sebagai pekerja kepada majikan.. sebagai ibu kepada Dhia.. sebagai isteri kepada enchek hubby dan yang paling penting.. sebagai hamba Allah yang amat naif kepada Tuhan yang satu.... InsyaAllah....







Pengedar Shaklee anda:
Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 
 Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma... :)

Wednesday, March 6, 2013

Back to work!


Hey.. I’m back to work afta 2 weeks on medical leave! OMG… kena refresh balik minda… tenangkan fikiran moga Allah permudahkan kerja… Amin… Alhamdulillah chicken pox dah beransur pulih tapi parutnya masih ada… nasib baik kat bahagian muka tak banyak n tak begitu ketara pfffftt~

Sekarang kena tune balik masa kepada asal. 5.30 pagi dah kena bangun persiapkan diri dan anak. Kalau tak sepanjang MC bangun sebelum 6.30 pagi huhu. Itupun kalau Dhia masih membuta taknak bukak mata la hihi. Fuhhh… dah ada anak ni 24jam seakan 24 saat. Mana nak jaga rumah, jaga suami, jaga anak. Nak maintain susu badan lagi… Memang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental sama sekali. Sabar My.. alah bisa tegal biasa… InsyaAllah lama-lama nanti biasa dengan kehidupan berkeluarga ni… =)

K Lah… later sambung lagi… blur senanya tatao nak tulis apa…-..-

Till then!



Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
Member ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife 

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Monday, March 4, 2013

Dhia @3 months old

Err... masih di rumah menghabiskan mc yang masih berbaki 2 hari ngee~ chicken pox Alhamdulillah dah kering dan mula terkopek-kopek. Kadang-kadang tu sengaja gatal tangan kopek sendiri...-..- ye, tau nanti berbekas tapi yang dikopek kat badan je kat muka memang tak berusik dia tanggal sendiri huhu. Geram tau dok raba-raba badan kejenye nak kopek je.. takpela kalau parut pun laki den je yang nampak...:D 

Alahai rindunya nak keje. ceh rindu ke? hihi awal-awal tahun dah berderet mc baru ingat nak save mc tahun ni...-.-' Ni kang sok lusa naik keje konpem blur balik. bila blur performance down laaa... arghh... mahap boss... :( come on My... bangun balik... start balik... u know u can do it.. InsyaAllah...


owh ye. Dhia turned 3 months yesterday! perkembangan setakat ini? entah. hihi. selain dah pandai borak dan gelak-gelak.. badan dia pun dah makin mantap dan kuat sekarang. Kalau baring pun kemain nak diangkat-angkat kepala. Meniarap? coming soon kot. Semalam macam nampak dia nak mengiring ke kiri. Tapi dia macam marah bila tak reti nak pusing kadang-kadang sengaja My tiarap kan dia sketika hihi. Sabar ye sayang... sket hari lagi anak mummy akan belajar banyak benda! mummy can't wait!!! :)


Anyway, sekarang ni kitorang (somi istri) bercadang nak tukar babysitter. Mungkin enchek hasben pun dah realize.. dia kesiankan putri sulong dia tu yela selalu kena ikut BS ke sana sini. jenis BS aktif tak reti duk diam kat rumah... jap gi amik anak sekolahlah, jap gi pasar lah, jap gi rumah sedara la... jadinya, terganggulah waktu tidur Dhia... so bila balik rumah petang tu kami nampaklah muka letih dia macam tak cukup rehat n tidur. hurm... kadang-kadang mungkin sebab dah biasa berjaga dia pun lambat je nak tidur malam walaupun dia memang dah mengantuk.  dah konfius gaknya bila waktu yang betul untuk tidur... :( Lagipun kitorang tak nak take risk.. baby under 5months ni banyak sangat terdedah dengan environment luar tak elok gak... Recently, kawan My anak dia masuk wad seminggu sebab kahak teruk and ada infection kat lungs if i'm not mistaken. Sebabnya? Banyak sangat terdedah dengan keadaan luar rumah. So, segala menda yang tak bersih kat luar tu masuk kat peparu dia.. maunye tak tidur kat spital. meraung lah mama dia. kesian sangat. Tak dapatlah bayangkan kalau berada di tempat mereka... :(


Tapi, masalahnya kitorang bukan kenal orang sangat kat area perumahan ni...-..- Ada gak tanya kat akak jiran sebelah kot lah dia kenal mana-mana orang yang boleh jaga Dhia, dia pun tak kenal banyak orang sebab dia suri rumah jaga anak sendiri huhu. Hurm... kat mana My bleh publish nak cari BS ek? nak memusing cari manually memang idaklah kan... Kalau nak cari BS kena cari segera sebelum Dhia betul-betul kenal orang. Kang dah kenal susah plak nak serasi dengan BS baru kan... 


Plus, My nak cari BS yang sanggup n RAJIN handle ebm. Yela, ibu mana yang taknak berikan yang terbaik untuk anak dia kan. So, selagi mampu dan ada rezeki Dhia My nak terus berikan susu badan untuk Dhia. Ini hak Dhia yang harus My pertahankan. Pedulilah orang nak kata apa pun. My ibu kolot fully bf? kedekut taknak beli fm? This people is not into bf.. this people takde knowledge pasal susu ibu n kebaikan2 nya. My dah invest riban-riban untuk keperluan penyusuan badan ni, i;m so excited to give the best for Dhia so My kena pertahankan niat suci murni ni. mesti! hurm.. will see macam mana pasal BS ni. Current BS My tengok takde problem nak uruskan ebm walaupun dia tak banyak ilmu pasal bf. Tapi i know she knows that susu ibu adalah yang terbaik. InsyaAllah. 

Menyusu badan? Ye, My dah back to normal bekalkan Dhia susu badan. Seminggu lebih ni terpaksa bagi fm sebab Cik B berjangkit Chicken Pox. Stok ebm dah habis. Kesian Dhia berak keras + selalu sangat tak habis bila menyusu. Bila dah start balik bf seronok sangat-sangat tengok dia minum laju n licin... :) Cumanya sekarang production agak low balik.. Sekali sesi nak dapat 3 oz pun tercungap-cungap. Ni gara-gara jadual pump dah banyak lari sepanjang MC. Hurm... Takpe, My akan usaha dan usaha lagi. Moga Allah perbanyakkan susu badan My untuk Dhia.. Amin...

Eh oklah. time to pump. hehe. till then!

Friday, March 1, 2013

Recovery

Cuti seminggu yang doktor bagi haritu tak cukup untuk proses penyembuhan chicken pox. Jadinya, sambung lagi MC sehingga 5 Mac ini. Haih~ Kalau cuti lama-lama boleh keluar berjimba takpe gak kan. Ini dah macam suri rumah dah duduk rumah je.. -.- 

Dhia? Alhamdulillah, setakat hari ini belum berjangkit. Haritu cuma ruam yang tumbuh di belakang kepalanya yang botak. Biasalah dak kecit sorang ni kuat berpeluh. Memang stanby krim econozine yang berkesan tu kalau badan dia naik ruam. Breastfeeding pula belum dapat lagi diteruskan sebab cik N belum sepenuhnya pulih. Kalau di pump pun susu akan bertukar jadi air bandung gara-gara berdarah... :( Sian Dhia, selalu minum fm tak habis. Yela, dah biasa susu badan mana mahunya tekak dia terima fm.. nak tak nak terpaksa dia telan... sorry anak mummy... tunggu sket hari lagi okay... 


Chicken pox beransur pulih walaupun macam sebenarnya tak keluar habis kat bahagian kaki. Bergelen-gelen dah minum air kelapa tapi macam tu jugaklah sampai bintik-bintik lain yang ada dah mula mengering. Hurm, kata orang time-time dia nak mengering ni lah lagi senang berjangkit. Risau gak ni. Moga Allah pelihara kesihatan anak mummy... Biarlah semua sakit Dhia pergi kat Mummy, mummy rela.. bila Dhia sakit nanti mummy yang susah hati... dah kena tambah cuti lagi jaga Dhia plak. Lagipun Dhia kecit lagi tak sampai hati Mummy nak tengok Dhia tanggung sakit... Moga anak mummy sihat-sihat je oke... :)

2 minggu cuti rasa 2 bulan lamanya. Dengan tak pergi keje nya.. Alahai Apalah kata kawan-kawan opis ni kang... dahlah kau cuti bersalin 60 hari.. baru naik keje 2 minggu sambung lagi cuti. adeh... mahaplah ye tak ku pinta sakit begini... :( Dahlah baru masuk haritu terkial-kial nak mula kerja semula.. la ni tambah plak cuti sakit adoiii lagi blur lah My masuk keje ni kang... Ya Allah kau permudahkanlah hambamu ini Amin....


2 minggu cuti macam rasa lama sangat. Yela sebab jarang dapat pegang erat Dhia. Macam banyak sangat My ketinggalan pasal perkembangan Dhia... Anak mummy dah nak masuk 3 bulan dah... :) Ya Allah izinkanlah aku menyusukan anakku kembali sehingga umurnya 2 tahun seperti mana yang kau syariatkan... Mummy nak berikan yang terbaik untuk Dhia!!! 


tak sabar nak tunggu anak mummy besar. at least dah kenal mummy n daddy dia.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers