9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, April 24, 2013

Hapdet

Salam yu ols… Waahhhh long time no see.. hehe. See see betapa 24jam itu tak cukup bagiku sampai belog hampir bersawang ku biarkan.. =)

Sebenarnya banyak sangat nak cerita… banyak sangat… semua benda dari bangun tidur sampai tutup mata tu kalau boleh nak share satu persatu kat sini. Tapi apakan daya. Siang bekerja malam bekerja.. bekerja jaga anak.. jaga online business.. jaga suami… hihi. Fenat tapi membahagiakan… =)

Dhia semakin membesar… Tapak kakinya yang dulu Cuma sebesar ibu jari My sekarang dah makin membesar sebesar telapak tangan My… Alahai anak mommy.. betapa pantas masa berlalu…


Dhia dah pandai meniarap sekarang.. Mulut dah kurang becok macam dulu sebab dia keje dia sekarang focus on rolling over! Sebesar-besar toto ku bentang keluar jugak dari daerah toto itu haih~ Dhia dah sangat pandai tengok tibi sekarang kalau dah leka tengok tibi panggillah dia banyak mana pun mata dia tetap tertumpu dengan babytv kesayangannya tu… Daddy kata ikut perangai mommy sampai masuk dalam tibi… :P Owh ya Dhia dengan Babysitter pun dah semakin serasi... =)


Anak mommy dah nak masuk 5 bulan! My gementar sebenarnya, yela almost 6 month.. ada sebulan je lagi untuk dia belajar makan solid food.. n I’m thinking what are the first solid food yang My nak berikan pada dia.. Nampak macam simple je nak buat tapi My sangat nebes… boleh gitew? Hihi. Apapun I’ll try my best to prepare her my homemade solid food… InsyaAllah… Moga anak mommy membesar dengan sihat!





Apa lagi nak hapdet? Macam ni lah.. gi ofis.. balik dengan anak n suami macam tu je lah kehidupan seharian.. sabtu hanya berdua dengan Dhia sementara daddy pergi keje. Sunday? Biasanya akan keluar bawa Dhia gi rumah nenek sebelah daddy ke gi shopping ke.. tu je lah masa yang ada untuk diluangkan bersama hehe.

Err sekarang ni tengah sibuk dengan perang pru13 sana sini. Haih.. lebih baik diam dari berkata apa-apa. Luahkan dekat kertas undi je nanti. My festime nak mengundi tahun ni huhu. My mengundi di kampung, segamat. Yu ols? Haruslah daku pulang untuk mengundi yeay! Enchek hubby mengundi KL so dah pesan suruh dia hantar My n Dhia balik kampung before mengundi hehehe.. eksaited yu ols!








Pengedar Shaklee anda: 
Maizatul Akma ID: 931432 sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Monday, April 15, 2013

Mommy Gagah!


Kami tiga beranak tak sihat. Mula-mula Dhia diserang selsema+kahak.. berjangkit pula pada mommy n daddy. Sudahnya Dhia pun kena balik selsema. Huuuu sorry sayang mommy terkiss lebey-lebey ngee~. Pelik. My ni jenis yang jarang nak demam, selsema semua ni. Tapi this year dah 2 kali demam. Adeh. Ikutkan badan ni memang tak larat. Flat je rasa kat rumah tapi demi tanggungjawab sebagai isteri dan mommy kat rumah tu, ku gagahkan jua.

Beruntunglah jadi seorang lelaki, suami dan daddy kan. Tak perlu beranak… Tak perlu fikir bape banyak botol susu dan jumlah oz nak dibekalkan pada pengasuh.. tak perlu fikir berapa helai baju, berapa helai seluar, berapa helai sarung kaki nak diletakkan dalam beg dhia untuk bekalan seminggu ke rumah pengasuh, Tak perlu fikir berapa banyak baju anak yang masih muat dipakai, hanya tau bila si mommy mula buka suara perlu beli baju yang baru. Tak perlu basuh baju anak… tak perlu lipat baju anak… Tak perlu mandikan anak… Tak perlu berjaga malam untuk susukan anak…

Apa yang daddy tau? Tukar pampers Dhia (in case mommy has another thing to do)… Rendamkan susu dalam air panas and feed Dhia (In case mommy has another thing to do)… Tidurkan Dhia (In case mommy has another thing to do)… yeah… Itupun only a few times yang berjaya… if not, mommy jugak yang kena tidokan Dhia…  Mandikan Dhia? “Tak reti… nanti mommy complaint tiak Dhia leher Dhia masih berdaki..”… Lipat baju Dhia? “Tak reti”… Bila daddy tahap dah try the best tidurkan Dhia, tapi Dhia taknak tidur ditambah dengan mengamuk… “yang tolong.. Dhia taknak tido lah.. cuba bagi susu (direct feeding)”… hurm… mommy jugak……

Ye… kadang-kadang diri ini sangat stress. Enchek hubby memang helpful. Bukan jenis lepas tangan kalau kat rumah.. Tapi mungkin dah lumrah keje-keje di atas memang semuanya untuk seorang isteri dan seorang ibu makanya sangat tak sempurna bila diserahkan pada seorang yang bergelar lelaki dan bapa. Is it? Or… Daddy yang taknak belajar untuk jadi sempurna?

I’m solute to all mommies yang bergelar housewives out there! Sesungguhnya anda di rumah bukan duduk goyang kaki je.. hanya kami-kami yang bergelar isteri dan ibu ni je tau dan faham betapa ‘robot’ nya anda di rumah. Jadi housewife pun perlu kekuatan mental dan fizikal hokay… Sangatlah dukacita jika seorang suami tidak memahami tugas kita sebagai isteri dan ibu. Tugas kita lebih berat dari tugas mereka ditempat kerja. Exactly! So… sangatlah hebat jika seorang ibu bekerjaya mampu menggalas tugas sebagai isteri and mommy at the same time is it? Mana nak fikir soal kerja di office… mana nak fikir pasal suami n anak-anak di rumah… All tenaga need to be divided into all things… fuuhhhh…. Am I great? Hihi…

Hiii… meroyan plak. Saje je. Nak release ketensenan + kepenatan diri ini… Yang penting, saya sayang keluarga saya! Anda bagaimana? huuu…

Till then!








Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Wednesday, April 10, 2013

24 jam = 24 saat


Nak kata busy.. not really. But 24hours given per day ku rasakan seperti 24 saat. Yeup I even dunno how to manage my time….-.- Bangun seawal 5.30 am. Setengah jam untuk diri sendiri ; mandi, solat, pump, dan sediakan keperluan nak gi keje dan Dhia nak ke rumah pengasuh. Around 6.15am kejut daddynya plak mandi2 n solat sementara My melayan Dhia yang biasanya dah bangun seawal 6.00 – 6.30 am. Pegi keje before 7.30 am right afta hantar Dhia ke rumah pengasuh. Sempat breakfast dengan enchek hubby and akan sampai office before 8.30 am.

Kalau takde urusan kerja akan balik around 5.30 – 6.00pm. Sampai rumah before 7pm and terus gi ambil Dhia kat rumah pengasuh. Kalau Dhia tido awal ada la extra time untuk My rehat-rehatkan diri. If not.. akan berganti-ganti dengan enchek hubby mandi, solat, makan. Seketika letak Dhia depan tibi bagi dia layan babytv okaylah jugak. Tapi kalau dah sampai masa dia bosan berbunyilah dak kecit tu so kenalah layan dia.. sampailah bila dah berjaya tidurkan dia… baru ada masa untuk diri sendiri. Biasanya around 9pm ke atas. Itupun bukan boleh duduk-duduk saja… dok cuci-cuci botol Dhia… kemas rumah ke.. lipat baju  ke… Fuhhhh… Kalau dah takde apa nak buat seusai Isya’ dan pump susu je memang My dah letak kepala atas bantal. Tapi selalunya lewat gak. Around 11pm – 1 am. Tu belum masuk waktu berjaga malam untuk susukan Dhia. Pagi-pagi esoknya 5.30am dah kena ulang balik rutin yang sama huhu.. see? tak cukup bagiku 24 jam kan ngee~

Kalau My gi keje merempit as usual dengan hubby bolehlah gerak seiring dengan masa 24 jam tu. If not, kalau ada urusan keje macam meeting ke, etc My terpaksalah naik komuter. Sementara enchek hubby kena balik dulu ambil Dhia. My hanya akan sampai rumah around 8pm ke atas. Bila dah balik lambat mulalah kelam kabut macam tak cukup masa.. dengan Dhia tak tidur lagi… Biasalah biasanya tangan mummy dia ni je yang Berjaya tidurkan dia.

Fuhhhh… begitulah rutin harianku sebagai mummy bekerjaya. Ini baru sorang anak kalau 2,3,4,5,6,7?? Wallah….! Hehe. InsyaAllah… alah bisa tegal biasa. Kami tak serik pun ada anak… Pakallah Dhia kecit lagi kalau idak memang nak bagi adik-adik dah ni hahaha…

Anyway, Dhia semakin membesar. She is 4 month+ now. Berat? 5.9kg. Huuuu tak berapa nak berat kan. But still normal. Mungkin mummy dia kurang makan makanan berkhasiat sebab tu Dhia pun tak banyak naik beratnya. Entah benarkah? Anak yu ols yang breastfeed tu biasanya berat monthly naik banyak tak? Dhia around 400-500g je. Takpelah. Yang penting masih berat yang normal dan anak mommy sihat… :)

Perkembangan? She is very talkative! Ada je benda nak diboraknya lagi-lagi kalau dengan daddy haih~ Meniarap belum lagi. Tak sabar nak tengok Dhia meniarap… merangkak… cepatlah besar sayang!

Oh ye! isu pengasuh dah settle. Errr at this moment la... Hehe. Third baby sitter yang on the spot pi hantar haritu yang jaga. Dah masuk minggu yang kedua n kakak tu tak pernah plak merungut. Bila tanya Dhia ada buat hal tak dia kata biasalah kalau baby kecik menangis tu. Dia dah biasa jaga anak orang so bagi dia budak meragam, menangis perkara biasa yang dia boleh handle. Alhamdulillah… harapnya Dhia okaylah dengan baby sitter yang baru ni. Setakat ni My boleh gi lagi lah dengan dia walaupun sehari 3-4 pasang Dhia berganti baju sedangkan My bagi betul2 cukup untuk 5 hari… -.- BS tu mandikan dia 3 kali sehari okay. Panas katanya so dia mandikan Dhia bagi segar sikit… adeh~ apa-apalah yang penting Dhia baik-baik je.

Yu ols apa khabar? Dah lama tak BW. Nantilah ada masa My jengah okay.. :)

Till then!

Pengedar Shaklee anda:
Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Tuesday, April 2, 2013

Kesian Dhia...

Jam kul 12.44pm sekarang n My sdg dalam komuter kt Rawang tunggu ia bergerak utk ke tmpt keje. Half day hrni sebab bw dhia ke klinik dan ada perkara penting lain perlu diuruskan. Tapi urusan penting itu tpakse dilepaskan kpd enchek hasben gara2 my dah terlambat nk ke ofis. Kenapa lambat? Ini semua pengasuh punye hal...

As usual kami bw dhia check up dulu as per appoinment b4 hntr dhia ke rumah BS. So tadi lps keluar klinik kami gerak ke rmh BS untuk hntar dhia. Elok je hantar dhia kt depan pintu pagar BS dah tercegat kat depan. Bukak je pintu kereta.... "Akak nk mintak maaflah byk2 akak xdpt nak jaga anak ko lagi. Budak yg setahun lebih tu jeles. Semalam nk diterkamnye dhia xbagi akak pangku.."

Allahuakbar... rasa terpukul betul bila dgr BS tu ckp camtu. Tak sempat nak cakap apa2 dia kata da tlg crkan pengganti. Xbuang masa terus dia bawa kami ke rumah BS baru. Lebih experienced katanya, ada jg bby lain umur 6bulan, boy.

Tak semena2 airmata My mengalir time tu gak dpn dua2 BS. My sedih bila dhia kena tolak sana sini. Akk BS baru tu nmpk confident je bleh jg. Ntahla.. My okay je cuma takut BS yg xlarat jg dhia. Pd My dhia xsusah dijaga.. kalau dia menangis, meragam itu perkara biasa yg bayi seusia dia akan buat n iany hanya bersifat sementara. Tinggal  kita yg kena faham n tackle dia. Bagi yg baru take time. Mcm 1st BS dah kenal dhia mcm mne, sygnye die xboleh jg lebih lme nk buat camne..

So, My tinggalkn dhia kat rumah BS ke 3. Lme jugak lepak kat situ tadi before gerak gi opis. Alahai anak mummy... maafkn mummy syg... :'(

Doa n harapan My dhia akan jmpe penjaga yg terbaik.. adakah ini yg terbaik? Wallahua'lam.. will see

Mode: still pegi keje krn fikirkn komitmen even dlm kepala otak ni serabut dgn 1001 masalah...

Dugaan Allah... bersabarlah My....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers