9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, May 30, 2013

Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan

As you all know, eh know ke? Huhu… Dhia will turn 6month old soon. Bermakna dia sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal aka solid food. But! Senanya My dah pun introduce her first solid food.. ala seminggu awal je pun hehe. Today is the 4th day Dhia dah start makan. Sebab apa? Sebab Dhia dah tunjukkan few signs yang dia sudah bersedia. “ I’m ready to eat mommy! please gimme food!!!!” macam gitulah gamaknya kalau Dhia reti berkata-kata kikikiki.

Al-kisah few days ago My tengah makan biskut. Dhia dengan rasa tak bersalah tengok je mulut My mengunyah. Tak pasal-pasal je dia ikut kunyah sama. Senanya dah perasan few times pun sebelum tu tapi malas layan haha. Tapi that day My saje la cuit sikit biskut tu bagi Dhia rasa. Sebelum ni My pernah bagi dia rasa gak tapi dia tolak but this time.. die menelan hokayyy… My suap lagi.. n bila da abis menelan dia tunggu dan tunggu lagi My suap hahahaha… lawak je. My titis air masak kat dia pun kemain suka dia. Macam baru lepas bagi anak yang memang tengah kelaparan xmakan hihi. So, I think she is very the ready to eat.. :P So esoknya My pegi soping-soping sikit n made apple puree for her! =) Alhamdulillah Dhia berselera sungguh makan… =) Ikut rule, bagi makan 4 hari. Next solid food is vege plak. Dah ready for her broccoli puree hehe. harap2 nak le dia telan hehe.



Owh main point harini senanya nak cakap pasal tanda-tanda anak kita dah bersedia untuk solid food. Lupakan pasal Dhia kejap ye hehe. As all mommies semua tahu, kita disarankan untuk eksklusif menyusu badan our baby sehingga umurnya 6 bulan tanpa apa-apa makanan tambahan lain seperti susu formula ataupun air masak. Selepas 6 bulan, susu badan sahaja tak akan memberikan bayi kita nutrient secukupnya terutamanya zat besi. Oleh itu, sumber makanan tambahan lain adalah diperlukan.. =)


Menunggu usia bayi sehingga 6 bulan ni sebenarnya untuk mengelakkan kesan-kesan buruk terjadi pada bayi contohnya alahan/alergi. Lagipun, usus bayi ni belum matang untuk proses makanan-makanan tambahan lain tu. My sangat tak suka bila orang selalu cakap.. “ala dulu mak-mak kita tu bagi makan awal sihat je anak-anak dia”… “Anak aku umur 2 bulan aku dah bagi nestum”… Ini adalah dialog2 parents yang takde ilmu ye. Lantak ko lah ko nak buat anak ko macam mana pun but dun bother my child.. I know what’s the best for Dhia. Yes I did. Alhamdulillah… sebab apa? Sebab My adalah seorang ibu yang berilmu. Macam mana nak ada ilmu? Bukan kena ada ijazah or master baru dikatakan ibu yang berilmu but cari ilmu! Kita sekarang dunia moden.. boleh dapat banyak sumber-sumber ilmu. Dekat internet ada lots of knowledge you can learn from A-Z… Trust me, when u have that knowledge you takkan tergamak pun nak bagi anak setitis air masak when she is only 2months.. =)

Anyway, 6 bulan tu adalah jangkamasa yang diberikan untuk kita sebagai panduan. Namun, kalau kita sebagai ibu merasakan yang anak kita dah boleh mula makan sebelum usia 6 bulan bolehlah berbuat demikian jika ada beberapa tanda menunjukkan dia sudah boleh mula makan.. Tapi, agak-agaklah kalau anak ko baru 3/4 bulan ko dah bagi jamah solid food.. sian dia wehhhh… J Kalau yu ols tak pasti boleh rujuk pakar pediatric okay! =)

Bagaimana nak tau anak kita dah bersedia untuk makan?

Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. Hiii… Dhia 2/3 bulan kepala dia dah tegap tau. Terkejut jugak.. mungkin penangan susu badan kot anak jadi sihat dan kuat! Hihi.

Duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah pandai duduk sendiri. Dhia dah okay kalau duduk. Tegak je.. tapi masih kena pegang la kan.. takdelah dia boleh duduk dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain hehe

Melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. Yes! Dhia dah pandai bila diberi makan.. dia tolak ke dalam n telan hehe lepas tu tunggu lagi orang suap makanan.. -,-

Berat badan telah naik secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. Hurm… Dhia dah naik sekali ganda kot. Mase lahir 3.12kg now almost 7 or 7+ kg… Minggu depan baru nak gi timbang 6 bulan hehe.

Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. Owh very the true! Dia sangat lah berminat bila tengok orang makan. Sambil lirikan matanya berkata-kata.. ‘mommy.. Dhia nak jugakkkk…’… huuuu…




So, pendek kata… Dhia dah bersedia untuk makan!!! Yeay! Makan apa? Haaa yang ni silalah menggoogle. Yang ni pun ilmu bukan main taram je. Ada makanan-makanan tertentu yang boleh or tak boleh diambil. Bukan apa, takut anak allergi. So, rajin-rajinkanlah menggali ilmu ye… =)

Till then!


#Mood eksaited buat homemade solid food untuk Dhia terchenta hehe. 

Tuesday, May 21, 2013

Dhia's outing to Melaka

Owh seminggu lebih tak ke udara. Ada di sini sebenarnya.. Cuma takde update post hihi. Penyakit ‘M’ dalam badan sudah sedia besar nampaknya… -.- n as usual alasan terbaik adalah ‘tiada masa’… Urghhh… mata ke atas tangan ke dada. :P

Ini hapdet 2 minggu lepas punya citer. Ke Melaka dengan family in law. Saje lepaking or can be a family day also. Bape tahun dah tak jejak Melaka tu. Banyak sungguh pembangunan sekarang. Remember when I was 17th… kena sertai PLKN di Kem rekreasi Ayer Keroh. Masa tu panggilan pertama siri kedua. 3 bulan ibarat 3 tahun lamanya. Seronok memang seronok dapat jumpa kawan-kawan baru but then… kalau yu ols duduk dalam kem tentera tau lah macam mana. Bangun seawal pukul 5 am untuk berebut bilik air untuk mandi. 6.30am dah kena berkumpul.. warming up… then followed by activities sehinggalah tengah malam. Kalau masa tu dijadualkan bertugas tak bolehlah masuk bilik tidur sebaliknya pakai baju celoreng biru tu dan stay kat sekitar kem berkawal.. Kalau buat silap kena marah kena maki depan-depan orang ramai. Yang jadi jurulatih semua bekas-bekas tentera can u imagine how they are? Bape banyak airmata ni turun jangan kira lah dahlah My ni cengeng haha… -.-

Ok lupakan pasal PLKN… apapun My rindukan kenangan-kenangan itu. How fast time flies… =)



Back to trip to Melaka. Kitorang stay kat chalet. Can be Dhia’s first outing jugak kot untuk aktiviti-aktiviti macam ni. Dhia masuk kolam juga first time haha. Dia boleh buat muka kering hoke sikit pun tak takut n nangis. Siap membebel lagi bila rendam dia dalam kolam hehe. Kalau mandikan dia kat rumah pun dia tak pernah menangis.. she love water.. hehe. Lepas berendam masuk bilik dah siap-siap tukar baju semua terus lena alololo siannya. Tapi lelap kejap je hee.



Malam tu Dhia mengamuk kat kedai makan. Satu Melaka dengar dia melalak haha. Mungkin penat sangat agaknya masakan tidak travel dari KL-Melaka.. dia tidur pun kejap-kejap je. haruslah penat. Balik je bilik malam tu tidurkan dia… nyenyak sampai pagi… agak-agak dia merengek haus My ‘sumbat’ je lah kenyang dia tidur balik hehe. Alhamdulillah Dhia senang dibawa berjalan. Tak perlu berbuai kalau ke mana-mana. Kalau ke mall.. soping lah berjam-jam dia seboleh-bolehnya menahan penat dan mengantuk hihi..


Dhia is growing and growing everyday… bila dukung pun dah semakin terasa semangatnya… fuhhh… balik Melaka haritu pun flat giler sakit-sakit badan sebab dukung dia lama sangat. Masuk carrier mengamuk kerimasan… nak taknak terpaksa bergilir dukung dengan daddy. Menyesal tinggal stroller kat rumah.. -.-


Minggu depan Dhia dah boleh start solid food yeay! Mommy tengah eksaited kumpul resipi and all the things yang perlu untuk homemade solid food Dhia… hehe.. Next entry kita stori mori pasal ni ye.. =)
 
Dhia wit 3 month old cousin. tapi knp dia lg beso dr dhia haha. 
Till then!


 

Monday, May 13, 2013

Cara Pengendalian Susu Ibu ke rumah pengasuh atau nursery

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini My masih Berjaya memberikan yang terbaik untuk Dhia.. susu ibu! Moga Allah izinkan My untuk terus menyusukan Dhia, Amin…. 

Bagi ibu menyusu yang bekerja macam My dah pasti perlu membekalkan stok susu ibu kepada pengasuh anak. Kalau yang hantar ke nursery then kena hantar kepada nursery lah… Macam My, My hantar Dhia ke rumah pengasuh. Awal-awal dulu agak janggal nak membekalkan susu badan ni tapi lama-lama… alah bisa tegal biasa… bila benda dah jadi rutin.. semua benda jadi senang.. =) 

Cara My: 

1) Pastikan setiap storage botol berisi 4oz susu ibu. My letak 4oz sebab Dhia minum 4oz setiap penyusuan. 

2) Untuk bekalan ke rumah pengasuh, kesemua stok Dhia adalah daripada chiller sebab sedia maklum My dah tak ada bekalan ebm daripada freezer. So, those yang ada stok beku malam sebelumnya tu bolehlah turunkan 1 atau 2 botol yang tarikh paling lama daripada freezer, gantikan yang fresh dari chiller 1 atau 2 botol juga ke freezer. 

3) Labelkan 1,2,3,… mengikut urutan untuk setiap botol. First in first out. Mana susu yang pump dulu harus minum dulu. Those yang ada stok susu dari freezer bolehlah labelkan stok beku tersebut selang seli dengan yang fresh ataupun labelkan untuk penyusuan yang tengah-tengah. Contohnya 1 (fresh), 2 (fresh), 3 (beku), 4 (beku), 5 (fresh), 6 (fresh). Susu beku tu sebaiknya yu ols cairkan dulu di bahagian bawah pada malam sebelum nak hantar kepada pengasuh ye. 

4) Pagi esoknya masukkan stok susu ke dalam cooler bag beserta ice pack dan siap untuk dihantar kepada pengasuh! =) Bekalkan ikut keperluan anak. Macam Dhia biasanya sepanjang di rumah pengasuh akan minum 4oz x 5/6 botol. So, My akan bekalkan dalam 7-8 botol. Biar lebih jangan kurang… =) 

5) Untuk first timer hantar bekalan kepada pengasuh/nursery silalah terangkan kepada penjaga cara-cara pengendalian susu ibu ye. =) Seeloknya sediakan pemanas botol (warmer) khas untuk memudahkan pengasuh memanaskan susu… =)

Note: 

#Susu beku yang telah dicairkan bertahan 24 jam selepas cair sepenuhnya. (Susu beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 
#Susu yang telah dipanaskan tetapi tidak diminum oleh bayi bertahan antara 3-4jam 
#Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 jam sekiranya dah diminum oleh bayi tetapi tidak habis.

Friday, May 10, 2013

Dah lama tak.....


You know what? I noticed that since my last trimester of pregnancy until today I didn’t post anything about tips, product review or anything that general to all readers. Homaigod… pemalas tahap gabannye ko My…. Seyesly sebenarnya sepanjang beberapa bulan ni sangat banyak benda nak My kongsi dan review untuk yu ols.. but then bila penyakit M terlalu menguasai diri segala macam idea sering ditangguh-tangguhkan sehingga menjadi full memory… End up cerita dah lapuk n terus langsung tak post it up sebab dah lupa n penyakit M dah kronik… huhu

Ok tak kire I need to start again. Boring jugak asyik posting pasal personal life je kan even hakikatnya that’s the reason I have this blog… :P Bukan apa, indirectly, kalau share general info ni kalau ngam dengan SEO engine nuffnang pun boleh masyukkkk what hahahahha… motip sangatttt.. :P

Anyway, let me think what to share with you readers.. =) See ya!


Thursday, May 9, 2013

She's growing well... :)

Dhia Batrisyia already turned 5 month last Friday, 3 May 2013.. =) Last 2 days ke klinik for her injection’s appointment… She gained 600g.. weighed 6.5kg.. Rasanya sesetengah baby around this month dah gain more kot? but it’s okay as long as ada peningkatan berat n masih dalam kategori berat badan ideal dah buat My rasa lega, Alhamdulillah… =) Moga Allah terus izinkan mommy untuk menyusukan Dhia sebab mommy percaya susu ibu adalah yang terbaik! Amin… =)

As u all know, pilihanraya telahpun berakhir dengan kemenangan kekal menjadi milik BN. Owh tapi My rasa rata-rata rakyat masih belum nak mengakhiri cerita-cerita pasal pru13 hehe. Baik offline or online semua duk pung pang pung pang pasal pru13.. haiyooooo My dah penat dah.. nampak gaya pilihanraya akan jadi macam hari raya.. sebulan! Itu kalau sebulan.. kalau 5 tahun? Adeh.. tadah je la mata ngan telinga huhu. Dalam kes ni My bersifat neutral. Masa pilihanraya memanglah My ada pilihan parti sendiri tapi itu adalah rahsia..:P So, pilihanraya dah habis dah kan so why not you people pls stop talking rubbish! Sedih wooo tengok sesame Melayu berbalah… :( Pls stop it n doakanlah pemimpin kita mampu memimpin kita dengan nilai-nilai Islam di dalamnya.. Amin…

Anyway… Dhia dah terror meniarap sekarang. Letakla dia atas toto hah! Laju je dia golek-golek. Tengah tukar pampers or pakai baju pun sibuk nak bergolek.. dalam buai pun…. Grrrr…. Lepas tu suka sangat melompat mujurlah ada jumperoo kat rumah so letak je dia dalam tu hah lompatlah sepuas hati sementara mommy boleh buat macam-macam kerja lain weeehuuu hehe. Anak mommy dah makin membesar! Sukanyaaaa… and satu bulan je lagi dah boleh makan solid food! Fuhhh tengah dok fikir ni what are the first solid foods yang My nak suap kat tekak dhia hehe. I will make for her homemade foods InsyaAllah….

Friday, May 3, 2013

Dhia balik mengundi!

Hi readers…


Macam chipsmore. Kejap ada kejap takde. Hiii… have been busy with family, business, office.. plus, sekarang ni office dah block pulak blogspot. Demmm… So, amatlah payah untuk My menambah koleksi post dan berblogwalking menjengah teman-teman bloggers. Yeah I know we have many bloggers in this office but I’m not blogging all the time during office hour.. :(

Anyway, tak banyak benda pun nak hapdet. As usual… life dengan enchek hubby… baby Dhia… She turned 5 months today!!! J she’s growing well… Ya Allah.. anak mommy dah besar… Sungguh mommy takkan perasan, until I met my friend’s baby last week. He is about 1-2 month younger than Dhia… Bila Dhia baring sebelah baby tu… wahhh besarnya anak aku hehe… Ok.. then I know she’s growing everyday.. Dhia is not a small baby anymore… Soon, dia akan faham setiap tutur kata mommy walaupun Dhia belum boleh membalasnya… oh Dhia mommy yang comel… I lap u so much!








I know Dhia dah kenal dengan daddy n mommy’s face… She know we are her mom n dad.. kan? Bila balik keje nak amik Dhia dari rumah pengasuh… nampak je muka mommy n daddy suka sangat dia. Melompat-lompat bila My dukung sebab seronok sangat nak balik hehe. Plus, Dhia dah laju meniarap…  Dhia dah mula pandai nak depang-depang tangan bila kami nak dukung dia… Soon, dia akan terbang terus kalau nak mommy dukung. Yeay!!! ;)

Owh ya! I know that satu Malaysia tengah demam PRU13 sekarang. Tengok je wall fb confirm all is about politics.. lantak pi la… My tolong baca je… hehe. I love for being part of them jugak as rakyat nak juga bersuara itu ini tapi siapalah aku sekadar rakyat biasa yang kekurangan ilmu. Lihat, baca… nilai je lah sendiri siapakah yang kita rasa layak untuk memerintah negara Malaysia bumi terchenta ni… :) n know what? I am very excited to go back to Johor for election!! baru layak mengundi so this is my first time hehe.

We are going back to johor tonight… Enchek hubby mengundi di KL so dia akan hantar My n Dhia ke Segamat, Johor. So mommy ngan Dhia je lah. Tak sabar nenek nak jumpa dengan Dhia hehe. Korang mengundi kat mana? Walau ke mana pun hala tuju yu ols untuk pru13 ni… memandu dengan berhati-hati ya… n selamat mengundi!!! :)

Till then!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers