9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, June 27, 2014

Dhia bakal tukar pengasuh lagi...

Tiba-tiba airmata keibuan ku laju je nak keluar bila terdetik nak up post ni.

It’s about Dhia… Lama dah rasanya tak post pasal Dhia. Hehe maaflah Dhia dulu Dhia kecik-kecik rajin mommy up pasal perkembangan Dhia tapi dah semakin jarang dan tenggelam sekarang. Bukan tak menikmati Dhia membesar tapi dah ketandusan idea dan kekangan masa…. In short, malas senanya kan ko My.. -.-‘



Anyway, Today (27 June 2014) is the last day Dhia dijaga oleh pengasuh aka baby sitter. Bakal bertukar pengasuh yang ke 4. Itupun sejak Dhia berusia 4 bulan.



Nak cerita panjang pun tak guna. Sebab malas nak fikir lagi, cukuplah aku katakan Dhia dah tak serasi dengan pengasuh sekarang. Jangan kata Dhia.. mommy pun rasa dah tak boleh giiii dah. As mom, we have instinct that sometimes we feel something wrong somewhere lagi-lagi bila melibatkan darah daging sendiri. Bukan instinct as wife je kuat tau sebagai emak pun kau boleh rasa hape! So, kalau rasa pengasuh yang kita amanahkan tu dah tak layak jadi pengasuh anak kita, lepaskan dia.

Kalau boleh nak cari sehabis perfect orang yang boleh jaga anak kita sebaiknya. Bukan dia tak boleh atau tak jaga Dhia dengan baik. Kalau tak takkan aku hantar Dhia pada dia selama ini sehingga dhia dah berusia hampir setahun 7 bulan. But, as I said.. dah tak serasi. Pengasuh pun ada sorang lagi baby berusia 7 bulan untuk dijaga. Plus, dengan keadaan Dhia sekarang yang tengah lasak (but bukan hyper!) mungkin sedikit mengganggu rutin hariannya. Maklumlah dia pun seorang emak… seorang surirumah. Perlu memasak, perlu jaga rumahtangga ye dak.


InsyaAllah, dah jumpa bakal pengasuh Dhia. Nampak lebih muda dari pengasuh sekarang (yang sekarang umur 40an… yang baru ni dalam akhir 30an mcm tu la). Tak nampak dia perfect but then tiada pilihan. We have no ther choices. Sebab tak kenal ramai orang dekat kawasan perumahan. Yang ni pun recommended by one of our friend. Bab pengasuh anak ni My tak lah terlalu cerewet… apa yang paling penting adalah, dia sayangkan budak-budak (jaga budak bukan semata-mata nak duit), jaga makan pakai anak kita dan pelihara keselamatan dia sepanjang dia berada dalam jagaan.

Berat sangat sebenarnya nak biarkan orang lain jaga anak kita, lebih-lebih lagi orang yang kita tak kenal hati budi. If I just can quit my job NOW…. L Bila jadi macam ni my motivation with work become low…. Rasa nak berhenti kerja tu tebal sangat… menangislah jugak beberapa harini mengenangkan anak… mengenangkan diri sendiri… Yes, I wanna be at home.. look after my kids… InsyaAllah… harap ini bukan niat sahaja. Enchek hasben pun dah cakap, dia akan usahakan agar one day aku boleh berhenti kerja dan bergantung sepenuhnya pada dia. But not now… dia masih memerlukan aku untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga kami.


Ya Allah kuatkanlah hati aku… lindungilah keselamatan anakku tak kira ketika dia bersama atau tidak bersamaku… Perkenankanlah niatku untuk menjaga sendiri anak-anakku suatu hari nanti…

Amin…. InsyaAllah…..



 

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

MUNGKIN INI YG TERBAIK

DYatie said...

Semoga Dhia akn sntiasa berada d bawah perlindungan Allah

juicy X said...

takpelah..mohon pada allah agar pelihara anak kita. Dia lah sebaik2 pelingdung :)

penyisir rambut said...

amin.. memang sedih bila pk pasal anak kan...same la mcm sy..sob3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers