9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, August 12, 2014

Dhia Eksiden. Kena 2 Jahitan

Ikutkan taknak up pasal ni sebab masih rasa trauma. Dengan family pun aku tak bercerita takut mengundang lagi duka. 

So kat sini pun tak payahla aku citer panjang lebar ye.. Cukuplah tahu aku diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat. 

Dhia jatuh Sabtu lepas. hasben takde gi keje. Aku dan Dhia sahaja. Macam mana. bagaimana. Biar aku saja tau. As I said.. aku salahkan diri aku sebab gagal menjaga Dhia dengan baik. Gagal buat Dhia tak jatuh dan akhirnya berjahit.

sebelum berjahit

Ye... berjahit... Luka macam agak dalam di bahagian atas kepalanya. kena 2 jahitan. Benang? seminggu lagi baru boleh tanggal. Ya Allah kalau lah aku boleh putar balik masa aku akan pastikan Dhia dalam dakapan aku je... Taknak biar dia buat apa-apa...

Dalam usia Dhia yang semakin membesar sekarang dia memang lasak. Seyes lasak.. :( Tapi aku takleh jadikan itu alasan. Tanggungjawab aku untuk memastikan keselamatannya terjamin. Lagi2 bila hasben takde... :(

Lepas jatuh Dhia nangis kejap je. Aku bebel sikit kat dia sebab taknak dengar bila aku cakap jangan.. jangan... Dia diam je. apala budak setahun 8 bulan faham apa yang aku cakap. Dia bukan pandai lagi berfikir mana elok mana tidak mana bahaya mana tidak.. :( Tiba2 aku nampak jari dia ada darah. Berderau aku. Ya Allah mana datang darah ni?? Tangan dia tak luka... Aku belek2 badan kaki kepala... dua kali selak kepala baru aku nampak luka yang agak dalam kat atas kepala dia.. dia diam je.. bila aku sedar ada luka tu baru dia mencebik nak menangis balik. cepat2 aku cari klinik... Doc advise suruh jahit...
dah berjahit
Masa kena jahit aku peluk Dhia sekuat hati.. mau tak sakit, jahit bukan ada bius. Dhia melalak macam hape.. Sekuat hati dia cuba melepaskan diri tapi aku peluk dan pegang dia sekuat hati. Allah... kalaulah sakit tu boleh pindah kat aku masa tu.. :'(....
lepas kena jahit. muke br lepas nangis.. T__T


Lepas kena jahit dia aktif macam biasa.. lasak macam biasa.. gelak2 macam biasa... Tapi aku rasa sangat bersalah dan berdosa seyes masa tu nak putar balik masa. Aku bayangkan waktu dia jatuh ya Allah even ada dekat dengan dia pun aku tak mampu lindungi dia.. :'( Aku menangis petang tu... Wassap hasben mintak maaf sebab Dhia terjatuh...

yang lebih merisaukan aku luka tu kena bahagian kepala. tau2 je lah kepala ni sensetip ye tak. Tah apa jadi kat dalam mana kita tau? Doc kata as long as dia aktif, tak muntah, etc InsyaAllah okay... :( Hope so... memang dia takde muntah malah aktif macam biasa macam takde pape. Tapi bila kita tanya 'Dhia... mana sakit?".. dia buat muke monyok sambil pegang kepala. Barangkali dia teringat dia jatuh dan sakit kat situ. Alahai sian anak mommy.

Petang tu memang aku menangis kekesalan. Even esoknya pergi kerja pun aku tak sampai hati tinggalkan dia.. Sayu sangat. Maafkan mommy sayang... Mommy janji lepas ni mommy akan jaga Dhia baik2 okay... Ya Allah lindungilah keselamatan anakku... peliharalah kesihatan anakku.. :'(

Lately Dhia sangat2 manja dengan aku. Apa2 semua nak dengan aku. Dengan daddy kurang sikit. Orang kata pembawakan? entahlah. tapi memang rasa semakin kuat dan kuat sangat rasa sayang dan rindu ni pada Dhia... Lagi2 bila pergi keje... tinggalkan dia dari pagi ke petang Allah... rasa tak sabar hitung masa nak balik rumah amik n peluk dia. Mana tak, bila nak hantar je peluk aku dari rumah sampai rumah BS sekuat hati. Minggu ni hantar dia dah kurang nangis tapi muka monyok bila aku makin jauh tinggalkan.. Allah seyes tak tahan.. hati aku meronta2 tak nak g keje. Rasa nak bawa dhia skali.. :(

Maafkan mommy Dhia... mommy sayang Dhia sangat2... :'(


#dah 4 hari aku selesema.. pagi ni bangun ditambah dengan batuk plak. batuk jenis sakit tang tekak plak tu Allahuarabbi tak laratnya. Nak MC pun tak boleh ni lady boss ngan colleague cuti so kena jaga kedai huuu... Cepatlah baik. seyes batuk ni sangat sakit tekak! :(

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

:(

Mama Idlan Irsyad said...

kesian dhia... erm, saya paham keadaan sis.. saya pun pernah gak alami benda cmni... anak saya pernah tetiba jatuh n berdarah gigi depan yang atas tu..

n tak lama lepas tu saya plak cedera macam dia.. cedera sb dia terhantuk kelapa dia kt mulut saya...so, sakit dia tu dapatla saya rasa mcm mana.. huhu..

Rai Ourkizuna said...

Allah..kesiannya dhiya.. semoga cepat sembuh.. dulu masa damia jatuh pun saya nangis macam hape.. sampai kena halau keluar dari bilik rawatan.. doktor tak bagi tengok.. sobsob.. ada bekas sampai sekarang tapi alhamdulillah takde apa kesan lain dari tu..

semoga cepat sembuh ya mai..

Liyana said...

Allahu sedihnya tengok dia my :(
Xpe... dhia kuat ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers