9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, September 25, 2014

Pubic Bone Pain is coming!!!!!

Kalau first pregnancy dulu risau kemahen bila sakit macam ni. Biasalah masa tu first timer kan. Siap gi klinik, sepital bagai. Kali ni dah tau so takdelah gelabah sangat hehe. Pengalaman masa pregnantkan Dhia boleh refer entry INI

Kalau bahasa kasar aku panggil sakit pada tulang kemaluan. Kalau bahasa sopan orang panggil sakit pada tulang ari-ari hehe. Kalau bahasa perubatan If I'm not mistaken dipanggil Pelvic Girdle Pain (PGP) ataupun Symphysis Pubis Dysfunction. Kalau ada sapa2 belajar medic kat sini boleh tak bagitau mana satu senanya nama untuk yang sakit kat pubic bone ni hehe. Haaa itulah yang sedang aku alami sejak masuk 33 weeks. >_<


Cis. kartun atas ni memang terkena btol dengan batang hidung haku. Dengan perut yang semakin sarat membuyung, bila sakit macam ni dah datang makanya pergerakan aku jadi terbatas. Dari kedudukan baring nak bangun rasa sakit, dari kedudukan duduk nak bangun pun terasa sakit. Kadang2 kena berpaut atau hasben tarik huuuu. Mengengkang oiiii jalan.. >_<

Actually sakit kat pubic bone ni biasa berlaku ketika hamil. Kesakitan ni disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen yang menyokong rahim. Bahasa senangnya biasa orang cakap sebab kepala baby dah pusing dan menekan ke bawah (pintu rahim). Ini biasa berlaku di hujung-hujung kehamilan..
Antara tanda-tanda korang mengalami sakit macam aku ni adalah:
  • Sakit di bahagian hadapan pelvis. (tulang kemaluan)
  • Rasa ngilu pada bahagian punggung atau belakang kaki
  • Sakit pada bahagian peha
  • Sakit ketika mengalihkan badan semasa dalam keadaan baring
  • Sakit ketika ingin bangun atau berjalan daripada keadaan duduk
  • Sakit lebih teruk pada waktu malam lagi2 kalau korang aktif/bekerja pada waktu siangnya
  • Tetap rasa sakit walaupun sekadar nak regangkan kaki ketika sedang duduk atau baring
None of the above yang aku tak rasa. Semua ada cukup pakej hokay.. -.- Kalau dulu masa pregnantkan Dhia aku siap pergi kecemasan dewan bersalin gelabah punya pasal. Bila cek-cek doc kata ini sakit biasa dihujung2 kehamilan. Aku tanya doc sampai bila baru baik? Sampai kau bersalin! So.... sakit ni hanya akan hilang sebaik aku bersalin nanti. Ubat? takde ubat. 

Nikmati saja kesakitan ini sehingga tamat fasa kehamilan dan kelahiran heheh.. *bertabahlah!

Namun, kalau korang nak kurangkan kesakitan ni boleh lakukan perkara2 berikut:
  • Berhati2 bila buat keje-keje harian. Kawal pergerakan pelvis (yang ni kena tanya fisioterapi)
  • Pakai tali pinggang pelvis (aku pun tatao camne rupe, adakah adik-beradik dengan belly support tu?)
  • Senaman perut dan lantai pelvis (sila google pelvic floor exercise atau lebih dikenali dengan nama senaman kegel)

  • Elakkan mengangkat atau menolak barang berat
  • Perbanyakkan rehat 
  • Lakukan pergerakan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Tidur atas permukaan yang lembut. Boleh beli pregnancy/maternity pillow 
  • Duduk bila nak pakai seluar 
Itu je lah kot info yang aku boleh kongsikan hehe. Kalau korang rasa tak leh tahan sangat pegi jumpa doc O & G korang mintak MC sampai bersalin hehehehe... :P



Till then!


2 comments:

sis ekinnuar said...

syukur awk diberi peluang pregy dan merasai nikmat ini..mungkin suatu hari nti saya pula diberi peluang sebegini..still menunggu n mharap..

jemput join segmen saya

http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/09/segmen-bloglist-cun-oktober-2014-by.html

Azura Ahmad said...

cakk cakk intai sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers