9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun 1436H - 2014M

Alhamdulillah… 1435H bakal melabuhkan tirainya malam ini… InsyaAllah kita akan melangkah ke tahun baru Islam 1436H… Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru kan..

Sejarah Awal Muharram

Jom kita refresh subjek Pendidikan Islam hehe.  MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting sepanjang Muharam:
  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena awal Muharam ini. So, marilah kita ambil sedikit waktu untuk mengambil kesempatan membaca doa ni nanti okay.. :)

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (24 Oct 2014 - Jumaat)
 


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (24 Oct 2014 - Jumaat)
 


Moga2 kita semua tak lupa untuk membacanya petang ini! :)

Hurm... kalau baby dalam perut ni keluar harini jugak pun bagus ni huuu... oh baby bila nak beranak ni sayang? T___T

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

terima kasih kerana berkongsi

farhana mohamad said...

salam maal hijrah kak.
jom sama2 baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. baby awal muharram kot ni. semoga dipermudahkan sume urusan kak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers