9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, January 29, 2014

Cheque Pertama dari Nuffnang

Heee... Sejak lebih kurang 5 tahun berkecimpung dalam dunia blog, inilah festime ku cashout duit dari Nuffy... haha sebab baru ni lah amount dia ada banyak 0 0 0 0 hahaha.. xde lah banyak sangat... tapi bergerak lah jugak duit tu akhirnya... Tapi tak boleh lagi la lawan blogger2 otai lain kannnn... untuk aku yang suam2 kuku ni voley laaaa hahahaha...


Alhamdulillah... gaji bulan ni pun lambat kuar haritu.. dapatla topup2 sikit selain dari part time biz aku kikiki... :P

Resipi? Entah. yang penting isi belog kot? SEO jugak penting. hehe... kalau dulu before kawen aku rajinlah jugak buat entry merapu2 yang aku rasa orang akan cari.. yang aku rasa boleh jadi antara carta top SEO... la ni takde mase huhu.. banyak post pun pasal personal life... 

Anyway.. terima kaseh Nuffy... :) lepas ni bagilah iklan lagi huhu... 



Monday, January 20, 2014

My Big Girl!


Ok.. bila dah lama sangat tak blogging mulalah jenuh nak flashback balik kan. Seperkara yang My tak boleh biar pending lama lagi adalah ulangtahun kelahiran anakanda tercinta yang pertama pada 3 December 2013 yang lalu. Huhu.



Lama sangat rasanya tak citer pasal ragam dhia yang dah makin berakal ni. Oh gosh…. Dhia is a clever girl! She turned one now… eh no 1 and 1 month plus years old heheh. Sorry sayang mummy lambat hapdet pasal kamu. Masa befday Dhia atok dah agak gering. We celebrate it kecil-kecilan sahaja, masa tu kebetulan ada kat kampung. Tak dapat amik gambar dengan arwah atok pun sebab masa tu atok tengah berehat-rehat dalam bilik (this time abah dah rasa sangat letih dan kurang selera makan, few days before he admitted in ICU). So, Since that memang belum berkesempatan nak hapdet pasal Dhia…







Happy 1st Birthday my little princess! I love u so much! Jadi anak yang solehah k… J

Dhia dah berlari sekarang. Dapat ‘kaki’ since she’s 11months old lagi. Gigi je baru nak naik sebatang sekarang hehe. Dhia sekarang dah pandai berperasaan. Dah reti rasa kena marah, dah reti rasa nak marah kita balik grrr… Dah pandai tarik-tarik tangan mummy daddy to get what she want. Contohnya dia nak barang yang dia tak sampai will tarik mummy’s hand to get it for her. Haih~ bijak sangat!!!


Anak mummy now is a big gurl!!! Errrr…. Dah boleh ada adik tak?? Tettttttt~

Sebulan Sudah....

Assalamualaikum..

Hello Readers… errr… dah sebulan baru nak ada entry baru. :P Sorry hehe.

Entry terakhir adalah entry pemergian arwah abah ke Rahmatullah pada lewat petang 12 December 2013. Cepatnya masa berlalu dah sebulan lebih abah meninggalkan kami buat selama-lamanya.


My masih bersedih. Redha tapi masih tak percaya yang My dah jadi anak yatim… :( Masih terbayang-bayang wajah redup abah. Masih terngiang-ngiang suara abah, suara abah marah, suara abah buat lawak, suara abah azan…. Allahuakbar…. Kenapa kau pergi dulu abah? :(

My baru balik dari kampung semalam. Melawat kubur abah setelah kali terakhir pulang masa dia pergi. Rindu… rindu sangat-sangat… :( Rasa sayu bila hari berganti hari.. bulan berganti bulan… Rasa sayu bila semakin banyak hari-hari abah dah meninggalkan kami. Doa My, moga My takkan lupakan abah sampai akhir hayat.. Moga My tak lupa doakan abah di alam sana.

Ya Allah sampaikan salam rinduku pada abah tercinta… :(


Mak? Mak Nampak okay. Namun jauh di sudut hatinya ku tahu mak masih kuat mengingati dan merindui abah. Masakan tidak, tinggal berdua je dengan adik. Sesekali kami balik berkumpul ramai-ramai terubat sikit duka di hati mak. Mak, My harap mak tabah! Nanti My balik teman mak lagi ye.. :’(

Kenangan bersama abah takkan luput dari ingatan kami.. Terima kasih abah sebab tinggalkan ilmu yang bermanfaat pada kami adik beradik… Jasa abah takkan kami lupa sampai akhir hayat…. InsyaAllah…


Semoga abah damai di sana….


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers